Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Pakcik Usher Berkongset Lagi


Bangga Bila Tengok Kawan Kurus

$
0
0
Hello u olls,

Ingat tak cerita pasai one of my friend,  Mr.  Aiman yang telah hilang berat badan yang teramat sangat.  Memang jeles at the same time sangat bangga bila tengok kegigihan dia telah membuahkan hasil.  Baca sini  :  Personaliti Bulan Jan 2013 | Aiman Syazwan Roslan

Then baru-baru ini,  i olls terperanjat pula apabila melihat seorang lagi rakan agam saya yang tidak kurus tapi 'kurang inchi' (katanya....).  Ohmaigod. Bila I buka Facebook beliau,  gambar-gambar dan post beliau semuanya tentang gaya hidup sihat.  Eksesaizing,  cara makan sihat dan of course gambar beliau sendiri yang kelihatan lebih FABOLOUS!!

She looks gooood!

The last time i met her,  it was end of 2011.  And yes,  we were both very AGAM woman.  We talked about our body issues (perempuan mana tak sembang pasai body issue kan?)  She shared about her troubles masa nak beranak,  of course macam-macam masalah yang dia hadapi.  As a woman yang tak pernah kurus sejak kecik,  dia juga ceritakan kisah bibit percintaan dia dengan suami dia yang mencuit hati ku.

Click read more


Dia kata,  dia berkenalan dengan suami dia masa zaman duduk rumah sewa (time study).  Kisahnya,  dia dan suami menjadi orang tengah kepada housemate masing-masing yang merupakan pasangan kekasih.  Zaman tu,  takdak handphone lagi u olls.  So medium berhubungan adalah telefon rumah.  So when the GF wants to say something to the BF,  depa akan suruh Amelia and Eiz untuk jadi tukang penyampai.

Tapi lama kelamaan, pasangan GF BF itu terputus cintanya,  tapi demam cinta tu berjangkit kat depa dua orang.  Dalam perbualan telefon (saya ulangi dulu-dulu takdak handphone) depa mula memberikan hint-hint percintaan.  Yang paling eager is Mr.  Eiz.  Dia bersungguh sungguh dah bagitau kata dia jatuh hati dengan Amelia.

Tapi Amelia kata,  tak mau....kita ni tak berjumpa lagi.  Baik kita jumpa dulu baru awak buat keputusan awak nak suka kat saya atau tidak.  Amelia rasa kurang yakin dengan dirinya hanya kerana berat badan.  Tapi memang betul u olls,  gadis berbadan gempal,  bukan senang nak jumpa cinta sejati.  Rata-rata lelaki Melayu terutamanya mengutamakan gadis putih molek  berbadan kerengga.

Pertemuan diaturkan.  Mereka berdua ditemani rakan-rakan lain pun berjumpa.  Kata Amelia,  dia paling tak lupa kenangan makan di Mc Donald.  Amelia order Big Mac dan Eiz hanya order nugget ayam.  Amelia makan Big Mac tanpa segan silu.  Kawan-kawan lain ada menegur "Ko ni first time jumpa dia pun nak tunjuk ko makan banyak,"

Tak cukup dengan itu,  lepas makan Big Mac,  dia nampak nugget ayam Eiz tak habis lagi.  Ada lagi banyak keping.  So apa lagi.....Amelia pun tanya "Awak tak mau ke nugget ni?" Bila Eiz kata dia tak mau,  maka Amelia pun habiskan nugget itu juga.

Lepas pertemuan itu,  Amelia dapat sangka yang Eiz akan hubungi beliau lagi.  Mungkin akan terus dihantui oleh bayangan budak perempuan gemuk yang perabis nugget ayam dan Big Mac.  Tapi no no no!!  Lepas itu,  Eiz tetap hubungi Amelia dan tak lama selepas itu,  dia pun masuk meminang dan mengahwini Amelia.  They are happily married for almost 10 years now.  Anak dah masuk 3 orang.

Tidak dinafikan,  Mr.  Eiz menerima Amelia dengan penuh rasa cinta dan kasih.  Amelia said to me,  he never complain nor ask her to loose weight.  Like some people kata "She is in her comfort zone,"

Just like me.  I used to be 'bergetah' and my face,  macam Dr.  Pitt kata "Dulu saya ingat lagi muka Jumie ada structure," Lepas kawen (baru nak masuk 3 tahun) i olls dah berbadan macam makcik-makcik.  Semuanya menaik secara sedikit demi sedikit.  Saya tidak mau salahkan siapa-sapa. Semuanya kerana tiada inisiatif untuk jaga pemakanan dan juga pergi eksesais secara berjadual seperti yang saya lakukan sebelum kahwin.

Me and En.  Khafi lebih kurang 3 months after wedding.  read here  :  3 Bulan Lepas Bergelar Isteri Orang


Saya dapat juga offer untuk supplement secara percuma dan juga join fitness activity tapi saya sendiri yang menolaknya atas alasan-alasan yang entah apa-apa.  Sebenarnya,   kalau mau seribu daya, tak mau seribu dalih.

Jadi bila saya tengok Amelia Shafer looking fabolous on her pictures.  Saya sangat jelessssssssssssssssssssssssssssssssssss.  Menjadi 'kurang inci' dan sihat tubuh badan boleh dicapai oleh semua orang.  Dengan kegigihan,  displin dan panduan yang betul kita boleh lakukannya.  I am 29 this year and i have to do something about my own body and my own life.

This is not about percubaan menjadi Anna Kournikova,  tapi bila kita treat our own body nicely,  'dia' pun akan treat kita balik nicely.  Kepada u olls-u olls yang sedang semakin gemok dan langsung tak kisah dengan apa yang orang kata,  please please please,  sayanglah diri u olls.

Sebagai presiden persatuan wanita agam,  i always ask you olls to please love your own body.  Saya selalu kata,  biarlah gemok janji fabolous.

But this time,  saya nak tambah lagi intipati kepada  kempen itu iaitu,  sayangilah tubuh badan u olls tak kira kurus,  gemok,  sederhana dengan menjaga pemakanan dan selalu bereksesais!!

Kalau dah nampak badan tu macam apom Ipoh dah,  silalah berusaha sikit untuk buat perubahan itu.  Biarlah kecil dan sedikit and im sure u akan rasa sangat happy dan puas hati!!  And u feel good,  u will look good!


Just tengok dia pakai kasut sport and hitting gym macam retis akak dah rasa bangga!!  She is taking a good care of herself.  So how about me?


Akhir kata,  resolusi tahun 2014....................kita usaha untuk hidup sihat.  

Love,
Jumie Samsudin

Golden Globe 2014 Fashion Review Part I

$
0
0
Hello u olls,

Seminggu yang lalu telah berlangsunglah Golden Globe Awards 2014 sebagai pembuka tirai untuk pelbagai lagi majlis anugerah filem di Hollywood.  Dan of course tugas I olls akan bertambahlah untuk membuat review fesyen untuk santapan u olls semua.  

So let's start dengan ulasan fesyen Golden Globe Award 2014 part I!  (gitu ada part-part....)


Elisabeth Moss in J Mendel

Komen  :  Baju ini sangat trendy untuk orang-orang muda.  And fesyen macam ini adalah dikira sebagai paling trendy la untuk fesyen red carpet sekarang.  I saw this girl pakai baju ni masa dia terima award for her performance in siri TV Mad Men.  I think baju ini really suits her.  Macam punk sikit tapi tetap macam ayu ayu

Bintang  : 7/10

Lagi ulasan?  Sila click bawah.




Jessica Chastain in Givenchy

Komen  :  Tahun lepas perempun ini pakai baju yang membuatkan dia punya payu dada nampak tidak menggiurkan.  Ampa ingat tak?  Check it out kat sini  :  Ulasan Red Carpet Golden Globe 2013

Well this time dia membuat pilihan dengan baik.  Walaupun warna hitam adalah warna-warna klasik yang agak play safe tapi tak mengapa.  Dia nampak sungguh elegen and stunningly meletops.

Bintang  : 7 /10



Uma Thurman in Atelier Versace

Komen :  Siriessslyyy?  Baju ni nampak macam fesyen tahun 90an yang sungguh tidak sesuai untuk dibuat comeback for 2014.  Please tukar stylist ya kakak.....

Bintang  : 4/10


Emma Roberts in Lanvin

Komen :  I olls macam terkejut kerana baju meletops ini dikeluarkan oleh Lanvin sebab design macam ni sangat Dior.  Amat suka apabila baju hitam ini dikenakan dengan subang warna turqoise macam ni.  U guys yang pakai baju kurung pi kerja,  why not sekali sekala,  pakai baju kurung polos warna gelap dengan tudung turqoise.  Pasti meletops u olls.  (bukan buat lawak yaa...memang betui)

Bintang :  7/10


Kelly Osbourne in Escada Pre-Fall 2014

Komen :  Jarang orang pakai Escada untuk fesyen red carpet.  I like this dress.  Sesuai dengan personaliti beliau.

Bintang  :  7/10



Lady Victoria Hervey in Gaurav Gupta

Komen  :  Aiiyoyoyoyoyoyoyoyoyo......tulaaaa Golden Globe tak buat memo macam Grammy Awards buat.  Bagi warning siap siap kat semua selebriti agar jangan pakai baju yang mencolok mata.  Untuk wanita yang bertubuh badan biasa takdak benjol-benjol,  akak rasa percubaan ini tidak begitu menarik perhatian.  Cuba bagi Kim K or Kak Beyons ka pakai...tak pun Kak JLO....barulah menangis sampai banjir red carpet depa.

Bintang :  2/10



Cate Blanchett in Armani Prive

Komen  :  Wanita maskulin ini selalu tampil dengan fesyen yang sangatlah klasik dan sofistikatedly look expensive.  Dulu-dulu akak tak faham apakah baju baju yang dia pakai.  Ada yang sofa dan lapik kerusi.  Mama Regina akan kata "Tu semua avant garde anak ku..." tapi akak tak faham.  Lani baru akak faham.  But this one is timeless meletops!  Suka.  Paling suka adalah bahagian belakang baju ni.  Confirmlah tahun ni punya baju raya i nak buat macam ni sebijik!

Bintang :  8/10


Sofia Vergara in Zac Posen

Komen  : Beberapa bulan yang lalu I olls ada perasan Zac Posen pose gambar baju baju dia duk tengah siapkan.  Ada la satu dress itam ropol-ropol macam ni.  Rasanya baju ni la kot yang Zac Posen duk siapkan masa tu.  Potongan ini memang trademark untuk Zac Posen.  Seperti mana trademark skirt net tingkat tingkat daripada Rizman Ruzaimi.

Bintang  :  8/10



Sandra Bullock in Prabal Gurung

Komen  :  Ramai yang gelak kat baju ini.  Depa kata macam pelik sangat.  Memang pelik la.  Nampak macam khemah untuk sarkis.  Tapi sebenarnya dress fesyen lagu ni akan jadi trend tak lama lagi ampa percayalah.  I olls pernah tengok design colour pelik pelik dan potongan macam ni dipakai oleh retis lain dalam Fashion Police and i like it.  Cuma yang dipakai oleh Sandra Bullock ini adalah macam tak relevan sikit.  Maybe sebab dia adalah sedikit kertu (tua) untuk fesyen yang trendy macam ni.

Bintang  :  4/10


Julia Roberts in Dolce and Gabbana

Komen  : Hang bagi dulang kat dia teruih jadi waitresss!  Kalau dia duduk belakang bar (tak nampak kain dia) orang terus akan order ayak kat dia.

Bintang  :  3/10


Zoe Saldana in Prabal Gurung

Komen  :  Pernahkahhh aku tengok deni pakai baju yang berjenih??????????????????????????????? Pernah tapi dalam filem yang dia berlakon.  Kalau kat red carpet dia mesti akan pakai baju gila gila merapu.  Aku tak percaya Prabal Gurung buat baju ni.  Prabal Gurung ialah fesyen designer kegemaran Michelle Obama and dia buat banyak baju meletops untuk Kak Michelle.  Tapi pasaipa masa buat baju kat Zoe Saldana jadi lagu ni?  Baju ni kan,  macam carik daripada kain-kain belen kat dalam kotak (yang selalu ada kat Kamdar tu),  pastu sambung sambung buat dress.

Bintang  :  0/10


Heidi Klum in Marchesa

Komen :  Nenjiaaa deni pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk aku tak tau pasaipa sejak dia menjadi janda,  dress red carpet dia semua merepek.  Baik tengok dia dress up dalam Project Runaway lagi meletops.  And aku tak percaya Marchesa buat baju ni!!  Tapi rasanya dengan gaya rambut yang berbeza,  better make up and buang eksesori rantai ala-ala coker tu terus akan nampak lebih mahai kot.

Bintang :  1/10



Hayden Panettiere in Tom Ford

Komen  :  Sangat fesyen 90an!!  Kalau ampa tengok pertandingan ratu cantek tahun 1990-an nanti ampa mesti akan tengok banyak kontesten pakai baju macam ni.

Bintang :  1/10




Laura Carmichael in Viktor & Rolf

Komen  :  What everlaaaa

Bintang  :  next........................


Julianna Margulies in Andrew Gn

Komen :  Meletops.  Simple dan cantek.  Corak tu nampak macam sea coral.  Potongan dress ini juga kemas.  Terletak elok pada si pemakai.

Bintang  :  7/10


Melissa McCarthy in Daniela Kurrle

Komen : Detailing yang warna grey kat tengah dress ni menampakkan beliau lebih sloppy. Dress ni tak berapa cantek bagi saya tapi I pernah tengok dia pakai baju yang far more tak elok dari ini.

Bintang : 2/10

Camila Alves in Dolce and Gabbana

Komen  :  Dia ni bini Matthew McConaughey.  Simple dress tapi meletopssss sangat.  Body cantekkk!!

Bintang :  7/10


Amy Poehler in Stella McCartney Fall 2014 

Komen :  Stella McCartney memang meletops.  Sangat suka dress ini.  Simple tapi ada detail detail yang menyeksikan dan nampak powerful.

Bintang  :  7/10

Tina Fey in Carolina Herrera

Komen  :  I sangat suka Carolina Herrera.  Tapi sorry dress ini tidak sesuai untuk beliau kerana warna ini membuatkan Kak Tina nampak pucat dan lebih tua.

Bintang :  6/10



Allison Williams in Alexander McQueen

Komen  :  Lama tak tengok dress agar agar tingkat lagu ni.  Dress ni memang sesuatu.  Kalau si pemakai ni bubuh eyeshadow hitam keliling mata bagi macam horror sikit mesti teruih jadi macam baju Halloween.

Bintang :  6/10

Leslie Mann in Dolce and Gabbana

Komen :  Jarang tengok mat salleh pakai peplum.  Perempuan Meleis ja suka pakai Peplum...........................................hahahaha

Bintang :  6/10


Helen Mirren in Jenny Packham

Komen  : Sangat suka kerana makcik ini walaupun dah tahap tok tok tetapi pilihan warna yang dia selalu pakai for red carpet adalah jauh lebih meletops dan berani berbanding bintang bintang muda lain!  What i noticed most about her look pada malam itu adalah dia punya subang.  Memang cantek.

Bintang :  7/10




Amber Heard in Versace

Komen :  I sangat suka dress terbelah-belah macam ni.  Warna dia cantek.  Suka make up and hair do.  Sangat sesuai dan mendivakan lagi penampilan beliau.  Kalau bagi kat Che Ta mesti Che Ta akan tambah dengan liptick sepink-pink Nicki Minaj,  rantai berlian mastura Habib Jewels dan bulu mata pelasu sampai ke dahi.

Bintang :  8/10




Reese Witherspoon in Calvin Klein

Komen  :  Sangat suka apabila beliau tampil simple tapi fun dan elegen pada malam ini kerana beliau tiada pencalonan langsung.  Walaupun dia juga adalah nama besar sebab pernah menang Oscar tapi dia macam relaks saja bagi orang lain menyerlah pada malam itu.

Komen  :  6/10 (alaaa...CK belambak bok keluar design macam ni sejak 2005 lagi)




Emma Thompson in vintage Lanvin 

Komen  :  Nanny McPhee ni macam tok tok sangat pakai dress macam ni.

Bintang :  4/10



Mila Kunis in Gucci 

Komen  :  Potong pendek dress ni teruis jadi macam orang pakai for gimnastik berirama.

Bintang :  5/10


Tatiana Maslany in Jenny Packham

Komen :  Simpleee jaaa

Bintang :  Nextttttttttttttttttt





Sara Paulson in Marchesa

Komen :  Ampa perasan dak deni sapa?  Deni la berlakon Conjuring,  cerita hantu Tamil tu.  (hahah lawak hambar untuk Nonie)  Anyway,  baju ni lawa tapi untuk orang yang umur 16-21 tahun.

Bintang :  3/10




Naomi Watts in Tom Ford

Komen :  Baju ni adalah simple tapi meletops.  Ada potongan kat area tetek.  Ampa tengok betul betul?  Cantek kan?

Bintang :  7/10



Kate Beckinsale in Zuhair Murad

Komen :  Meletops mak ayam ni.  Dress ini betul betul membuatkan tubuh badan beliau nampak lebih meletops.

Bintang :  7/10


Tak puas??? Tunggu part II.


Golden Globe 2014 Fashion Review Part II

$
0
0
Hello u olls!

So ini review fesyen for Golden Globe 2014 part II.  Sajalah la buat dua part.  Sebab banyak sangat gambar.  Kalau tak ampa kena scroll panjang.  Nak load page pun lama (untuk depa yang internet 2gig) ataupun wifi universiti.  So pecah dua part.  

Ampa baca ni dulu.  Tapi nanti tunggu part III iaitu best and worst dress!!


Taylor Swift in Carolina Herrera

Komen :  Taylorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....siriesly.  Please walaupun sekali fuck up dalam pemilihan pakaian u olls.  I teringin  nak carut u.  HAHAHA boleh?  Perempuan imej baik ini selalu tampil dengan fesyen yang always meletops dan classic dan ratu sangat.

Bintang :  8/10


Click read more





Emma Watson in Dior

Komen :  I terkejut baju funky ini dibuat oleh Dior.  Selalunya dress macam pelik pelik ni dibuat oleh Lanvin.  Adakah i salah information?  Tapi i google banyak kali memang betul dah Emma Watson pakai Dior.  Emma Roberts pakai Lanvin.  Baju ini memang unik.  Kot depan bila berdiri stret u akan nampak macam pakai dress,  tapi bila u jalan.....rupa rupanya ada seluak kot dalam.  Tapi bila kaleh belakang nenjiaa rupa rupanya adalah uniform pesakit kat hospital.  Tapi i sangat suka idea ini.  FRESH!  Sesuai untuk orang orang muda yang kena stay funky macam beliau.

Bintang :  8/10




Guiliana Rancic in Lorena Sarbu

Komen  :  Kenapakahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh??? Dress ini sangatlah biasaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.  Tula duk komen macam macam dress orang dalam Fashin Police.  Nenjia baju hang pun macam takdak taste.

Bintang :  Nexttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt



Berenice Bejo in Giambattista Valli

Komen :  Baju ni merapu.  Tops longgar.  Pastu kolar tiba tiba macam blazer pejabat.  Pastu takdak sleeve.  Pastu tiba tiba ada macam agar agar laut melekat semua kat paha dan bahu.

Bintang  :  3/10



Lupita Nyong'o in Ralph Lauren

Komen  :  Dari awai tengok deni dalam majlis ni i memang duk perati sapa perempuan kulit hitam berkilat ni.  Pakai dress merah macam mana ka meghelit.  I suka keunikan dan keberanian ini.  I suka dress ini juga.  Simple tapi warna tu yang meletops.

Bintang  : 8/10


Amy Adams in Valentino

Komen :  Baju ni macam murah sangat.  Siriesly macam takdak effort.  Kita pernah tengok kot Amy Adams dalam dress yang lebih lawa lawa.  Sangat tak suka dress ni.

Bintang :  4/10


Julia Louis-Dreyfus in Narciso Rodriguez

Komen  :  Simple and sofistikated.  Not much to komen.  Sebagai seorang komedian,  bila dia tidak memakai baju yang merepek dan tak tentu hala,  orang akan lebih focus kepada lawaknya bukan kepada bajunya.  Gituuuu pendapat akak.  Over sangat.

Bintang  :  7/10

Louise Roe in Monique Lhuillier 

Komen  :  Suka suka suka suka.  Tahun ni,  baju raya untuk hari kedua adalah design macam ni. Confirm.

Bintang :  7/10



Drew Barrymore in Monique Lhuillier

Komen  :  Comeiiiiiiiiiiiiiiiiii dia mengandung.  Dengan baju bunga bunga semua.................................Deni memang cute.  Tapi walaupun.......nenjia tengok tang kasut.  5 inchi kot.  Malam tu balik rumah mesti jenuh duk sapu minyak angin kat kaki sebab bengkak.

Bintang  :  7/10



Robin Wright in Reem Acra

Komen :  Ala ala Noami Watts sikit kan?  Tapi i suka Noami Watts punya version sebab ada macam rantai Jay Z sikit.

Bintang :  6/10



Michelle Dockery in Oscar de la Renta

Komen :  Classic design tapi depa buat bagi singkat kot depan.  Ni semua memang trend lani.  Trend skirt kembang tapi nak tayang kasut.  Actually sebenaknya depa potong depan macam ni sebab senang nak jalan.  I dah try pakai skirt kembang.....memang susah nak jalan u olls.

Bintang  :  7/10



Kerry Washington in Balenciaga

Komen  :  Dress ini direka khas untuk wanita bunting ini.  Meletops la depa.  Simple dan sangat suci suci untuk wanita mengandung.  Tapi i tak suka colour ni la.  

Bintang :  6/10


Paula Patton in Stéphane Rolland

Komen  :  Aiyoooooooooooooooooooooo nenjiaaaaaaaaaaaaaaa agar agar laut duk mai dah.  Suka sangat dress ni.  Putih salju kosong polos.  Tiba tiba segedabak agar agar laut mai melekat kat bahu.  Memang cantek.  

Bintang :  8/10



Jennifer Lawrence in Dior

Komen  :  Siriessslyyy????????????????? Baju ni macam amik kain putih 10 meter.  Balut kat badan,  bubuh kipas angin Mamak Nasi Kandar kat bawah tiup bagi kain tu kembang,  pastu ikat dengan shelotape hitam.  Tak elok baju ni.  Tapi erm........................maybe baju yang paling cantek dia akan pakai kat Oscar kot....gitu.

Bintang :  4/10


Zooey Deschanel in Oscar de la Renta

Komen  :  Aku tak faham pasai pa depa (website lain) duk kata baju ni antara baju paling cantek untuk Golden Globe red carpet?  Maybe sebab ramai suka kat deni kot.  Dia kan macam cute cute lawa macam tu.  Tapi siriesly i tak suka dress ni.  Dress ni kalau buat versi kecik pastu bagi budak umur 5 tahun pakai nampak la macam comei. Tapi mak mak orang pakai nampak macam pelik.

Bintang :  5/10

Margot Robbie in Gucci


Komen  :  Tak sabar nak tengok aksi perempuan ni tampar muka Leonardo DiCaprio dalam filem terbaru depa.  Tak tau la keluar kat wayang Malaysia ke tak.  Rasanya kena tunggu HBO jugak laaa...  Dress ni adalah simple dan cantek.  Tak banyak yang akak boleh carutkan.  So bagi bintang je laa..


Bintang  :  7/10

Anna Gunn in Donna Karan Atelier

Komen  :  Aiyoooooooooooooooooooooooooooooooooooo lamanya tak tengok orang pakai dress leret leret simpul macam ni.  Dulu Charlize Theron la suka pakai macam macam ni kan?  Dress ni sangat cantek.  Napak macam kain ni kena pukau dengan sihir pastu dia lilit sendiri naik jadi baju kat perempuan ni.  I sangat suka simpul kat tetek dia.  Nampak macam mejik!!  Macam mana depa buat jadi baju???  I rasa ni sihir ni...

Bintang  : 8/10

Emilia Clarke in Proenza Schouler

Komen  : Dress ini adalah pakaian rasmi untuk jenama Kuih Sarang Semut.

Bintang  :  5/10


Jenna Dewan-Tatum in Roberto Cavalli

Komen  :  Dress ini memang cantek.  Tapi sebenarnya eksesori yang benar-benarkan membuatkan Jenna lebih meletops dan semua perempuan jeles dengan dia adalah tu........laki dia tuuuuuu.......makan ati laaaa.

Bintang  : 7/10



Lena Dunham in Zac Posen

Komen  :  Meletops perempuan ni pakai Zac Posen.  Perempuan ini memang selalu fun dalam fesyen fesyen red carpet dia.  Sama ada design polos ataupun printed imej semuanya meletops bagi I.  Sapa kata wanita agam tak elok pakai sleeveless dress.....haaaa...kannnn!

Bintang  :  7/10



Kaley Cuoco in Rani Zakhem

Komen  : Sangat suka dress ini.  Designer ini sangat creative kerana dia amik kain jarang bermotif bunga besar pastu dia bagi layer layer menampakkan dress ini macam mistik-mistik macam mana ka.  Dress ini nampak macam diambil stret daripada iklan iklan perfume dalam majalah.  Kan??  I suka la dress kembang kembang macam ni.

Bintang  :  8/10

Aubrey Plaza in Oscar de la Renta

Komen  : Baju ni dengan dress Sandra Bullock ampa boleh sambung buat khemah.  Siriesly tak kisahlah walaupun baju ni dibuat oleh Oscar de la Renta pun.  Baik dress dinner i olls pakai hari tu lagi meletopsss!!

Bintang  :  3/10

Golden Globe 2014 Fashion Review Part III : Best and Worst Dress

$
0
0
Okay u olls,

Here are my list for 5 best dress and 5 worst dress for Golden Globe 2014 kali ini.  Pilihan ini berdasarkan gaya kesuluruhan yang i olls rasa adalah meletops dan mungkin bakal menjadi trend tidak lama lagi.  Manakala baju baju yang tak elok pulaaa....wells perlukah aku perjelaskan mengapa aku tak suka baju itussss!!

Jom tengok mana pilihan i olls.  And please share pilihan u olls pulak!  



Click untuk tengok full list


BEST DRESS LIST


Emma Watson in Dior




Paula Patton in Stéphane Rolland



Cate Blanchett in Armani Prive


Anna Gunn in Donna Karan Atelier


Kaley Cuoco in Rani Zakhem



WORST DRESS LIST

Zoe Saldana in Prabal Gurung


Jennifer Lawrence in Dior


Heidi Klum in Marchesa


Hayden Panettiere in Tom Ford


Aubrey Plaza in Oscar de la Renta


Komen Rasis

$
0
0
"Ni la susah nak meeting dengan Melayu......tak on time...pastu duk fikir ada makan minum tak?" 
"Awat u dressing macam Cina bukit?"  
"Bisingnya kat luar tu macam ada Keling mabuk!"

Haaaa ada sapa sapa terasa dengan komen komen di atas?  Berikut adalah beberapa contoh biasa yang selalu saya dengar.  Dari mulut rakan-rakan sekerja,  saudara mara ataupun rakan-rakan.  Sebagai seorang yang cool dan agak tingtong (gila gila sikit) dalam beberapa keadaan,  saya tak pernah rasa offended bila kawan saya dari agama / bangsa lain mengutuk agama / bangsa saya.  Relaks la....melawak ja kot.  Hang kata aku.  Esok aku kata la hang balik.  No point taken.

Masa aku kecik-kecik,  aku dengar lagi macam-macam lawak berkenaan agama dan kaum yang amat melucukan dan kadang-kadang tu memang rasa macam celaka ja.  Sapalah yang reka benda benda ni semua?


I will share u two stories.  Please be aware cerita ini akan betul betul menyakitkan hati sesetangah pihak.

Click read more



Cerita 1 
Kenapa tokong Cina mata sepet?
Kenapa tokong Hindu mata besar?
Jawapan  :
Tokong Cina selalu kena asap gaharu banyak....so tutup mata sikit sebab pedih kena asap banyak.
Tokong Hindu mata besar sebab banyak orang mai pakai sari nampak perut.  So bukakla mata nak tengok perut.


Cerita 2 
Kenapa kita semua tak pernah tengok Allah?
Sebab dulu semua Tuhan-tuhan kat dunia ni main dam (board game).  Buddha,  Dewa Hindu ( tak tau la dewa mana),  Jesus dan Allah.  Tapi dari awai semuanya Allah duk menang.  Depa semua heran pasaipa Dia boleh menang banyak kali.  So last sekali depa dapat tau sebenarnya Allah main tipu.  So sebab tu dia lari masuk dalam Kaabah and sampai lani kita tak dapat tengok dia.  Buddha,  Dewa Hindu and Jesus semua duk cari dia sampai lani dia tak keluar-keluar.

Okay sekarang ampa nak fuck aku?  Bukan aku yang buat cerita ni.  Cerita ini dikongsi oleh rakan-rakan sekolah aku dahulu.  Dari mulut ke mulut.  But not to everybody la.  Just among kami kami yang betul betul sporting dan ting tong.  Masa tu kami muda lagi.  Kami gelak sahaja bila dengar benda benda macam ni.  Tapi sekarang bila dah dewasa,  kami tak gurau benda benda macam ni.  Bila nak berkata benda yang berkaitan dengan agama dan kaum di khalayak ramai,  kami kena berhati hati dengan pilihan kata.

Aku just share kat sini sahaja.  Tapi siriesly mesti ramai yang sedang membaca artikel ni sekarang sedang rasa panas hati dengan perkongsian cerita ini.

Sangat kurang ajar dan bangsat sangat kan rasanya bila orang kutuk Tuhan kita?

Kalau ampa rasa offended dan betul-betul rasa tak suka dengan kebodohan ini,  so ampa janganla buat.  The reason saya berkongsi cerita ini kerana lately saya dapati terlalu ramai Melayu bodoh yang mengutuk bangsa dan agama lain sesuka hati dalam laman sosial seperti Facebook.

Contohnya,  baru baru ini,  seluruh rakyat Malaysia berbangsa Hindu sedang meraikan hari kebesaran agama mereka iaitu Thaipusam.  Perayaan ini amat penting dan hanya diadakan di kuil kuil tertentu sahaja di Malaysia ini iaitu di Batu Caves dan juga di Botanical Garden,  Penang.  Sebagai anak Penang yang membesar di Dato Kramat,  dari kecik lagi aku dah amat dekat dengan perayaan ini.  Tiap tiap tahun aku akan lalu tokong lokasi ritual cucuk besi ke badan di buat (Tokong di Lorong Kulit).

Boleh dikatakan aku lagi banyak kali pi tengok perarakan Thaipusam daripada pi tengok perarakan Maulidur Rasul.

Aku dah biasa dengan sekatan jalan.  Nyiuk (kelapa) penuh jalan.  Perarakan tokong (pada malamnya) and tarian perarakan kavadi.  Bapak aku (Abang Manap) sejak dulu tiap tiap tahun akan meniaga air Milo depan Heritage Penang Club.  Dulu aku duk pi tolong tapi lani dah tua dah tak pi tolong dah.  And yes,  paling aku suka sekali tengok perarakan Thaipusam adalah melihat keindahan warna warni kain sari yang dipakai oleh para wanita.  Oh i reallly love it!!  Indians are very good with colours.

Semalam kawan aku,  Kak Zizie telah share satu status kat Facebook.  Pasai seorang perempuan yang mengutuk dan menyalahkan kesibukan jalan raya kerana perayaan Thaipusam.  Lepas tu,  Mama Regina and Nalainee pun share kat I tentang satu lagi screen capture seorang lelaki duk kutuk pasai perayaan Thaipusam.




Saya sendiri pernah baca benda yang sama.  Tidak lama dulu dalam laman Facebook Group Melayu Pulau Pinang,  admin page itu telah kongsikan beberapa gambar babi hutan yang berkeliaran di taman perumahan Sungai Ara.  Perkongsian itu adalah untuk makluman orang awam dan bagaimana admin sedang berusaha untuk memastikan pihak berwajib (MPPP dan Jabatan Perhilitan) membuat tangkapan kepada babi hutan itu.  Babi hutan bukan macam kucing ataupun tupai.  Silap haribulan,  dia pi sondoi orang duk main bola tak ka pasai???

Masa saya baca perkongsian itu,  saya dapati banyak komen komen rasis daripada rakan-rakan berbangsa Melayu.  Sorry saya tak screen capture.



"Mau tangkap semua babi babi ni.  Tak cukup ka babi yang berlambak atas jalan raya.  Meniaga sana sini.  Yang duk control negeri kita ni?" antara komen yang paling celaka saya baca.

Sebagai seorang yang mengenali insan yang menulis komen itu,  saya terus komen balik pada komen beliau "Adik...akak tak suka komen kamu ni.  Kamu terlalu rasis dan komen kamu ini boleh dibaca oleh orang ramai.  Mohon kamu delete"

Ada lagi komen macam ser sikit la.

"Ni la kerja depa (Cina).  Saja depa (Cina) mai letak babi kat sini....ni semua saja la nak bagi kita panas.  Apa lagi.  Sampai bila kita nak sabar?"

Gitulah amarah seorang abang.  Sapa la yang nak pi letak babi tak pasai pasai ni.  Hang ada bukti ka babi tu orang mai letak saja saja.  Sekarang ni kat Sungai Ara semua hutan dah depa tebang abih buat rumah banglo buat flat.  Binatang dalam hutan semua dah lari pi mana mana saja takdak tempat dah nak duduk.  Sebab tu la seekor babi ni boleh sesat sampai sini.  I didnt give a reply to that comment kerana tuduhan melampau itu terlalu sarat dengan kebodohan.

Tapi tak lama lepas itu,  admin sendiri delete semua post dalam perkongsian itu.  Bagus admin.  Maybe itulah cara terbaik dan rasa tanggungjawab yang boleh dilakukan oleh admin. Hope admin lebih peka dengan posting dan komen komen yang dikeluarkan oleh rakan-rakan dalam page itu bagi memastikan objektif penubuhan kumpulan iaitu untuk memperkukuhkan martabat bangsa melayu di bumi sendiri ,selain merapatkan ukhwah dan juga dapat menbina jati diri Bangsa,Agama dan Negara.

Sebagai satu bangsa yang bermartabat,  kita tak seharusnya membalas kebodohan dengan kebodohan.  Kalau kita ada harga diri dan ilmu yang tinggi,  kita tidak akan melayan sesuatu yang lemah dengan kacau bilau.

"Biarlah Kak Jumie....depa pun duk kutuk bangsa kita.  Saya mana boleh sabar,"

"Adik.....sabar dan diam tak semestinya kita lemah dan kalah,"

Saya rasa sangat malu sebab kata kata kesat itu dikeluarkan oleh rakan-rakan sesama bangsa and agama dengan ku.  Apa yang ditulis oleh insan insan seperti ini sejujurnya bagi saya hanya boleh lahir daripada mereka yang tiada pendidikan agama dan sivik,  tidak ada pengalaman bergaul / bersoaial dengan baik dan mungkin dibesarkan dalam keluarga / environment yang menghalalkan perbuatan mengutuk dan menghina bangsa dan agama lain.

Samala ja jugak kepada beberapa kawan-kawan India dan Cina yang selalu keluarkan statement provokasi kepada agama dan bangsa kami.  Ingat cerita seorang lelaki marah dengan tindakan para guru buat perayaan Hari Raya Korban di sekolah?  Komen dia adalah offensive.  Gambar Vivian Lee makan Bah Kut Teh dan ucap selamat berpuasa?  And terbaru,  gambar seorang lelaki Cina tengah nak makan babi panggang dan kata Bismillah.

I dont want to share this but i have to.

Semua kelakuan bodoh ini bagi saya tidak mewakili mana-mana bangsa secara keseluruhan.  Bila saya tengok satu tindakan rasis yang dilakukan oleh seseorang itu.  Apa yang dibuat oleh dia,  tidak mewakili seluruh bangsa dia.  Bagi saya,  tindakan itu adalah contoh kebodohan diri sendiri.  Tiada sentiviti untuk hidup di dalam negara yang berbilang kaum bangsa dan agama.

Kenapa perkara ini berlaku?

Senang sahaja kerana kita tidak saling memahami.  Bila kita tak faham,  kita nak kisah apa?  Kat sekolah kita tak diajar semua ni.  Sekolah hanya ajar untuk dapat 30 A dan kurikulum sekolah mementingkan anak-anak untuk jadi pandai dan bukan bijak!

Untuk memahami sesuatu agama,  saya tidak suruh kalian taksub.  Why not just Google Wikipedia dan baca.  Lepas tu,  kalau ada peluang tanya kepada rakan-rakan dari agama / bangsa berkenaan.  U will fascinate to hear all the details dan reason mengapa sesuatu bangsa / agama tu punya perayaan macam tu.  That is what i do.  Bukan nak suruh pi hafal semua nama nama Tuhan depa.  Hang pi baca dulu betui betui Al Fatihah bagi perbetui baru hang pi hafal benda lain.

Saya pernah tulis satu komen bodoh yang betul-betul offensive untuk orang agama Hindu.  Saya tulis kat gambar kawan saya "Tudiaa...kaliyamma duk mai..."

Then mai friend,  seorang wanita India mai kat i "What u do mean kaliyamma?"

Ohmaigod.  Am i in trouble.  Then i baru tau,  kaliyamma adalah panggilan kepada para dewa.  So tak boleh la kita nak rujuk kepada seorang manusia.  So i pun minta maaf dan delete komen itu.  Saya betul betul rasa malu sebab saya duk ingat kaliyamma ni macam MAK AYAM BESAR (merujuk kepada kaum kaum ibu yang dihormati).

Kepada u olls yang bekerja di syarikat / jabatan yang mempunyai rakan staf daripada pelbagai kaum.  Ada yang vegetarian,  ada yang tidak makan lembu,  ada yang tidak makan babi.  How detail can u be dalam proses meng-order makan for office party?  U kena ingat dan consider semua.  Kalau ada vegetarian,  kena order la makanan yang vegetarian boleh makan.  Janganla satu lauk sahaja untuk dia.  Selalu staf vegetarian paling kesian,  boleh makan nasi sahaja.  Yang lain tak boleh sentuh dah.  Even sayur goreng pun ada ikan bilis!

Kalau ada penganut Hindu or Buddha yang tak makan daging,  do u even care bagi dia ceduk dulu makanan dan lauk lauk lain supaya dia tak guna senduk yang sama sebab mungkin akan tercampur dengan lauk pauk yang ada daging.

And untuk jemputan Melayu,  pernah tak u terfikir untuk ambil katering Muslim sahaja sebab orang Melayu Islam particularly memang jaga bab pemakanan halal.  Kenapa Muslim sangat jaga pemakanan mereka?  Kerana mereka sembahyang hari hari.  5 kali sehari.  Sama macam sami Buddha dan Hindu,  mereka tidak makan sembarangan.  Kerana mereka adalah sami.  Untuk dekat dengan Tuhan mereka kena pastikan makanan mereka always suci.

Satu lagi contoh sikap yang menyedihkan kerana tidak memahami.

Oleh itu, to all my non Malay yang membaca artikel ini,  kalau ada masa,  ampa pun baca baca lah sedikit pasai agama kami.  Why we like this?  And why we like that?  Dan kalau kami bukan seperti yang kami sepatutnya jadi (dalam agama kami),  then kesalahan orang itu bukan sebab agamanya tapi sebab individu itu sendiri.

Saya berani jamin seramai mana kaum Cina dan India tak faham apa itu raya korban,  maulidur rasul,  upacara sembelih lembu,  akikah dan lain lain,  seramai itulah Melayu yang tak faham langsung apa itu vel (laungan vel vel masa tarian kavadi),  kenapa ada Hungry Ghost Festival,  pasaipa ada tarian naga,  dan macam-macam lagi.

"Hey u orang Islam bukan tak boleh minum arak ke?  Kenapa ramai Melayu selalu mabuk di SS?" tanya seorang rakan ku berbangsa India.

"Alaa.....hang duk sibuk apa.  Awat dalam agama hang,  Tuhan hang bagi ka hang minum arak semua?  Depa yang minum arak tu semua tak insaf lagi....depa nak enjoi..."

"Yalaaa.....Jumie  i nak tanya u.  Dalam Islam u not married tak boleh stay in (tinggal bersama) together kan?  Nanti u kena tangkap khalwat kan?  Tapi how u nak tau dia (pasangan) tu baik ke tak?" tanya seorang rakan beragama Kristian.

"Tell me in Bible...which phrase that allows u not married couple to sleep together?"

Apa yang terjadi dalam rakyat Malaysia sekarang ini adalah kurangnya kefahaman.  Bila kurang kefahaman,  kita pun tidak peka dan sayang.  Bila kita tidak sayang,  maka tiada hormat antara kita.  Usaha untuk menyemai kefahaman,  membuahkan rasa sayang dan menyemai kehormatan antara satu sama lain ini bermula dari rumah.  Kita semua sekarang dah jadi ibu ibu,  ayah ayah kepada anak-anak kita jenerasi dunia akan datang,  kitalah yang bertanggungjawab untuk mengelakkan rasisme ini daripada terus berlaku.

Akhir sekali,  macam mana marah pun kita,  jangan kutuk orang tak tentu pasal.  Elakkan kutukan yang melibatkan agama,  bangsa,  kaum atau fizikal seseorang itu.  Walaupun dalam Facebook (atau apa-apa laman sosial) ingat,  bukan kita sahaja yang baca.  Semua orang boleh baca dan share.  Spread love not hatred.

Sekian.

Love,
Jumie Samsudin

CM Lim Guan Eng Followed Me on Twitter

$
0
0
Hello u olls!

Adakah anda telah membaca artikel yang saya tulis tentang IKEA coming to Penang?  Ataupun u olls hanya tengok gambar kat blog i and tekan-tekan iklan gambar dan seperti no komen given and terus blah?  Hahaha yes...jangan terasa.  I know 90% daripada pembaca blog Jumie Samsudin memang stalker besar.

Okay baru baru ini,  i ada menulis satu artikel tentang IKEA coming to Penang. IKEA Coming to Penang ~ my wish came true

Ada juga suara sumbang yang pernah mencarut di muka i sambil berkata "Apa punya bodo......IKEA mai Penang hang terima kasih kat Li Guan Eng,"

Read here : IKEA Coming to Penang ~ my wish came true
Saya tidak menjawab suara itu tapi apa yang i boleh kata adalah,  pendapat adalah seperti ketiak.  Semua orang ada ketiak (pendapat).  Cuma ada ketiak yang wangi dan ada ketiak yang busuk.  Requoted dari Buddy - Cake Boss.

Click here to read more


Selepas beberapa hari artikel itu disiarkan,  saya amat terkejut apabila melihat CM Lim Guan Eng mentioned me on Twitter!  Bukan sekali.  Malah dua kali.  And of course lepas itu,  ramai orang tolong retweet and of course rating bacaan blog pada hari itu adalah lebih tinggi.






Lebih menggembirakan hati apabila,  I  olls dapati CM Lim Guan Eng kini followed me on Twitter.  Say what ever that u want to say,  tapi kalau orang besar macam beliau followed u on Twitter,  u should be BANGGA!

Love,
Jumie Samsudin

Ning Baizura - Bukan Wanita Sempurna

$
0
0
Hello u olls,

Terketar-ketar kita mendownload sebuah petikan video dalam wassap yang dihantar oleh anak ayam kita.  


"Mak ayam............sila tengok video ni cepat.  From Ning Baizuraa.........mesti u sukaaa," kata anak ayam itu.

Setelah menontonnya dengan penuh rasa keterujaan terlampau bercampur dengan rasa hiba,  eksaited,  seram sejuk dan terperanjat saya pun bertanya kepada anak ayam saya;

"Awat u antar petikan video je?  Takdak kat YouTube ke?"

"Entahla mak ayam.  I download ni siap siap.  Tadi i cari kat Youtube balik tapi tak jumpa..."

"Mesti kena banned ni.....video ni meletopss sangat noks,"

Nak tau video tu meletops tahap mana? Sila click bawah


Tapi sebenarnya video ni tak kena banned pun.  Maybe anak ayam kita eksaited macam mana ka,  cari link tak jumpa.  Sebab video ini masih baru.  Diterbitkan oleh RumpunRecords melalui laman Youtube mereka.  I tak mau cerita apa-apa lagi,  sila hayati lirik di bawah dan tontonlah sendiri videonya.  

Bukan Wanita Sempurna - Ning Baizura 
Hati diam membisu
Menduga mencari tahu
Ada apakah denganmu
Hati makin curiga
 
Mendengar sebuah cerita
Ada apa kau dengannya
Aku bukan wanita sempurna
Aku pastilah ada kurangnya
 
Tapi ku setia
Tak mencuba ke lain hati
Aku merasa dia curang
Aku merasa ditiadakan
Aku sakit hati
Sakitnya setengah mati
Jangan anggap cintaku tiada




Haa dah tengok? What say u?

First of all,  saya amatlah bangga dengan penerbitan video muzik ini.  Melalui kata-kata lirik dalam lagu ini,  menceritakan penderitaan seorang wanita apabila pasangannya telah mengecewakannya.  Dia akui dia bukan wanita sempurna.  Walaupun dia tidak pernah cuba untuk mencari cinta lain tapi dia amat sedih apabila pasangannya menduakannya.

Clichenya,  lirik lagu ini adalah seperti lirik lirik lagu balada yang lain.  Sedih,  kekecewaan,  cinta tidak sampai,  cinta yang dipermainkan,  cinta yang dimungkiri.  Tapi bila dicernakan dalam sebuah seni video,  ada PLOT TWIST yang betul betul menggoyahkan hati hati kita yang menontonnya.  Si dia yang berada di hati suami kita ialah seorang lelaki.

Mengapa saya bangga dengan penerbitan video ini?

Untuk orang seperti saya yang selalu merapatkan diri saya dengan isu-isu wanita,  saya amat sinonim dengan kes-kes ini.  Acapkali saya menulis tentang hati-hati wanita yang terguris dan keliru apabila mereka mendapat cinta dari seorang lelaki yang biseksual atau lebih menyedihkan homoseksual.  Saya juga kerap dapat personal message yang meluahkan hati hati wanita yang ditiadakan oleh insan bernama lelaki yang mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Berikut antara artikel yang pernah saya tulis dalam kategori isu yang saya perkatakan  :

Saya mohon maaf kalau ada kalanya mesej kalian terpaksa saya letakkan di tepi kerana saya sudah terlalu penat untuk menjawab persoalan-persoalan itu.  Kerana ada kalanya soalan kalian seperti "Haruskah saya teruskan hubungan ini?" amat menyesak hati saya.  

Sebab itu saya bangga dengan penerbitan video ini.  Ning Baizura memang seorang wanita (MAK AYAM DIVA BESAR) yang pernah mencetuskan huru hara dalam kalangan rakyat Malaysia tentang keterbukaannya dalam isu seksualiti.  Tapi kali ini,  keterbukaan ini dilakukan dengan amat baik.  I LIKE 384734368 juta kali.

Isu ini bukan hanya untuk wanita-wanita yang berada dalam dilema ini,  bukan juga hanya untuk lelaki lelaki yang mentiadakan hati hati wanita yang setia kepada mereka,  tapi mesej dalam video ini juga harus ditujukan untuk hati ibu-ibu yang mempunyai anak homoseksual.  Oh mothers!!   Please do not tell me the only untuk insafkan anak-anak 'patah' mu ini adalah dengan mengahwinkan mereka dengan seorang wanita.  Tidak kah kalian fikirkan masa depan wanita itu?  Kalian juga seorang wanita kan?

Pembikinan video ini juga kemas dan tidak serabut.  Walaupun hasil solekan untuk diva kita tidak memberikan keadilan kepada kecantikan semulajadi Ning Baizura but its okay,  mungkin sesuatu yang perlu difokuskan oleh pengarah video ini,  make up HD adalah amat penting dalam pembikinan video HD.  Baju Ning juga ada yang agak merapu.  I think a simple dress with dark colours will make her look more serious and kita (penonton) boleh lebih fokus kepada nyanyian,  muzik dan lirik lagu dan bukan kepada rambut,  mekap dan bajunya. Lakonan Ning seperti biasa....meletops.  She can act (dia dah berlakon banyak filem kot).

Akhir kata,  please please please saya harap pihak pihak berwajib tidak melarang tayangan video ini.  

ps/  lirik yang i suka dalam lagu ini  " Aku merasa ditiadakan  Aku sakit hati  Sakitnya setengah mati"

Love
Jumie Samsudin




Sapa yang Youtube kena banned kat opis,  ini screen shot yang akak rakam untuk u olls.









Tambah Pendapatan Anda ~ Ajen Diana Shope Dropship!!

$
0
0



Click here to read more

Apakah Dropship?
  • Tidak memerlukan modal untuk membeli produk.
  • Tidak perlu menyimpan stok.
  • Tidak perlu menghantar produk kepada pembeli.
  • Tidak perlu poskan barang
  • Mampu mengaut keuntungan sehingga 45%



Terma Dan Syarat Dropship atau belian

1. Pembeli serius sahaja. Pemakaian backouts / pertukaran selepas pengesahan.

2. Setiap Dropship perlu mendaftar dan membayar Yuran RM10

3. Semua harga yang dipamerkan adalah eksklusif caj penghantaran. Sila rujuk Pembayaran & Penghantaran untuk maklumat mengenai caj pos / penghantaran.

4. Buyer akan menanggung kos penghantaran. Tracking no akan diberikan selepas penghantaran dibuat oleh pihak kami.Penghantaran dilakukan setiap Isnin – Jumaat .Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa penghantaran item (s).

5. Sila ambil perhatian bahawa warna mungkin berbeza sedikit daripada produk sebenar kerana fotografi dan tatacara kapsyen. Sesetengah produk yang ditunjukkan di sini mungkin berbeza sedikit dari segi tekstur atau warna dari gambar.

6. Saiz boleh berbeza-beza sedikit disebabkan pengukuran tidak tepat. Tetapi tidak ada kebimbangan kerana ia hanya berbeza sedikit sangat ;). Bagi produk yang diimport , ukuran yang diberikan oleh kilang kami.

7. Semua barangan yang teliti diperiksa sebelum penghantaran untuk memastikan ia adalah baik dalam keadaan .

a) Item (s) akan dihantar setelah bayaran penuh telah dibuat.

b) Barangan dijual tidak boleh dikembalikan atau ditukar.

c) Semua gambar kami adalah hak cipta oleh Online Diana Shope

8. Sebarang pertanyaan atau cadangan mengenai perkara-perkara , sila e-mel kepada ask@onlinedianashope.com

9. Online Diana Shope mempunyai hak untuk mengubah / meminda mana-mana subjek di atas kepada keadaan tanpa notis terlebih dahulu kepada sesiapa.



Polisi Pemulangan Barang

Barangan boleh dipulangkan atau exchangable dalam masa 2 hari selepas menerima , jika pelanggan mahu kembali atau bertukar-tukar item, sila pastikan ia mematuhi dasar kami di bawah:

Nota Penting:
  • Pelanggan perlu untuk menampung pulangan dan bayaran penghantaran penggantian.
  • Ruangan yang berkaitan perlu kembali dalam bungkusan asal termasuk paip , tag, karton atau kotak. Mana-mana yang hilang, permintaan pulangan tidak akan dilayan.
  • Jika permintaan untuk kembali adalah melebihi 2 hari, kami tidak akan melayan ia .
  • Jika perkara itu tidak diposkan kepada kita kembali dalam masa 2 hari dari tarikh menerima, kami tidak akan melayan ia.
  • Kami berharap pelanggan kami akan memahami bahawa kita menjalankan skim margin keuntungan yang rendah untuk memberikan harga produk yang kompetitif. Oleh itu kita tidak akan meliputi kos penghantaran untuk kembali dan penggantian barang-barang.
  • Semua bayaran balik akan dikreditkan ke dalam akaun anda untuk membeli masa depan jika tidak.
  • Barangan yang sama.
  • Dikembalikan Seksyen Exchangable.
  • Barang-barang yang sangat merosakkan atau berwarna.
  • Seksyen Non-Returnable/Non-Exchangable
  • Benang longgar kecil, kali ganda tidak teratur atau kedut yang dihasilkan oleh crumpling , warna berlainan dari gambar-gambar yang ditunjukkan dalam talian.
  • Kerosakan selepas penggunaan oleh pembeli
  • Tidak boleh muat ke dalam pakaian, tidak suka pakaian, beg
  • Reka bentuk item adalah sedikit berbeza dari gambar yang dipaparkan (contohnya butang , poket, atau tag)
  • Pulangan atau pertukaran tidak dibenarkan Jika ukuran saiz berbeza kira-kira 1 - 3cm sahaja.
  • Pembeli yang tidak memaklumkan kami mengenai sebab bagi Exhange dan hantar item belakang langsung tidak akan dilayan.
  • Dijual Daripada Item tidak tersedia untuk pertukaran.

AJL 28 Coming up this 26 Jan 2014

$
0
0
Hello u olls,

Tak kurang seminggu lagi kita akan menyaksikan acara yang amat akak tunggu tunggu sepanjang tahun (malah tiap tiap tahun) iaitu Anugerah Juara Lagu yang ke 28.  Kalau ampa nak tau umur akak berapa sekarang ni?  So tengok AJL tahun tu yang ke berapa tambah 1.  Contohnya untuk 2014 adalah AJL28 so 28 + 1 maka umur akak adalah 19.

Haaa betul laa.....bukan typo error okay!!

Haaa sudah sudah sudah.  Tahun tahun lalu  i olls selalunya akan buat pesta makan-makan kat rumah dengan anak-anak ayam semua tersayang sambil tengok AJL.  Tapi kali ni rasanya tak kot.  Ramai anak ayam kita sekarang dah keluar negara.  Kelas depa.  Takpalah....maybe this time i akan tengok TV sambil pasang laptop siap siap depan TV.  Sambil tengok terus akan buat review di Twitter!!  @jumiejumie

So here goes the finalis untuk AJL28!





Click read more


  1. Penglipurlara by Hazama feat The Penglipurlara
    I tak suka Hazama.  Tengok muka dia otomatik dalam kepala otak aku kata,  mamat ni muka poyo macam nak mintak penampak ja bak hiang.  Tapi suara dia memang sedap tak dapat dinafikan.  Jantan and mantap.  Lagu ini juga unik dan sedap.  Fun untuk didengar.  :)





  2. Takkan Terpisah by Black
    I sangat sukaaa lagu ni!!!  Lagu ni ala-ala nyanyian kumpulan rock America okay.  I memang feeling bila dengar lagu ni.





  3. Bahagiamu Deritaku by Hafiz

    Lagu ini sangat best!! Kalau keluar kat radio i akan nyanyi kuat kuat dalam kereta.  Pastu ....Tan Chin Chin akan tepuk tangan.  HAHAHAH celakoi tau Chin Chin ni.  Lagu ini mengisahkan seorang insan yang difriend-zone oleh aweknya.  Sedih u olls.  Akak pernah kena friendzone.  Memang rasa sangat duk pilu.





  4. Aku Pelat by Salam Musik

    Sangat bangga sebab rakyat Malaysia sekarang sangat open dengan lagu lagu anak muda yang memang luar daripada rentak cliche seperti POP ROCK dan Balada.  Muzik ni ala-ala ska muzik kan?  Kalau salah please mohon maaf ya.  Lagu ini sangat popular di corong radio.  Kalau persembahan pada malam itu boleh membawa goosebumps maka lagu lagu lain kena bewarela!







  5. In Love With You by Noh Salleh feat Aizat Amdan
    Tak pernah dengar lagu ni.  Tapi lagu lagu yang kita jarang dengar dan tak berapa popular ni la yang bahaya diknon.  Tau tau ja menang macam macam anugerah nanti.  I suka suara Aizat.  Memang sedap.  Tapi bila ganding dengan Noh rasa macam suara Noh sedap lagi.





  6. Bosan by Stacy
    Lagu ni memang best.  Dah la lagu  ni lagu rancak.  Sangat bestlaaaaa tak sabar nak tengok persembahan mantop mak ayam Sabah ni.






  7. Kalau Aku Kaya by Altimate feat Awi Rafael
    One of the iconic song for 2013.  Siriesly pi mana pun orang akan tau lagu ni.  Kalau aku kayaaa....kalau aku kaya.  Yalah...di zaman semua barang harga naik.  Kuih kacang pun harga naik.  Make up pun harga naik.  Haaa......kan best kalau kita kaya.  Hari hari hari raya....




  8. Hanya Aku by Hyper Act
    Lagu ni maca lagu rock tahun 90an.




  9. Tanda Tanya by Azlan And The Typewriter
    Lagu ni juga boleh membahayakan kepada para peserta lain kerana lagu ini dinyanyikan oleh Azlan yang mempunyai suara yang amat tinggi dan mantap.




  10. Sahabat by Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
    Satu lagi lagu popular.  Tapi i tak rasa lagu ini ada peluang untuk menang sebab lagu lagu lain jauh lebih kuat dari segi susunan muzik dan lirik.  Lagu ni macam fun fun sahaja.




  11. Ikut Rentakku by Jaclyn Victor
    Ermm.....lagu ni..........bagi i sangat biasa biasa.  Maybe sedap sebab Jacklyn yang nyanyi.  Takdak yang menarik.  How come lagu ni pi final?




  12. Kau Yang Terindah by Alyah
    Kita tak pernah dengar lagu ni.  Alunan balada yang mendayu dengan lirik yang best haruslah menyengat.  Tambahan pula dinyanyikan oleh Alyah.  Aiiyooo tak sabar nak tengok kecantikan Alyah pada malam AJL nanti.  Mekap mesti meletops.




Website rasmi  :  http://www.anugerahjuaralagu.com/ajl28/

Penyanyi Wanita Dakwa Dipaksa Turun Pentas Kerana Bertudung

$
0
0
Hello u olls,

Semalam heboh pasai kisah seorang penyanyi wanita bertudung yang dipaksa turun pentas kerana bertudung.   Sebelum kita cerita panjang,  jom baca kisahnya dulu.


BERNAMA - Wednesday, January 22, 2014
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Seorang penyanyi sambilan mendakwa dipaksa turun pentas pada majlis makan malam anjuran sebuah syarikat pembinaan di sebuah pusat konvesyen di ibu negara pada 18 Jan lepas kerana bertudung.

Ketika kejadian, wanita itu mendakwa beliau berada di pentas utama setelah dijemput menyanyi oleh kumpulan muzik untuk majlis makan malam itu namun diminta turun oleh seorang pengarah syarikat berkenaan.

"Pengarah itu berkata kepada saya, bertudung tidak sesuai dengan majlis itu," kata Marinatasha Isnariah Mustapar dalam sidang media anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di sini hari ini.

Click to read more


Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez dalam sidang media itu mengesahkan menerima aduan daripada penyanyi sambilan itu. Freddie berkata isu diskriminasi terhadap wanita bertudung tidak seharusnya berlaku dinegara ini dan berharap pihak yang terlibat tampil memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf.

"Mereka harus tampil untuk selesaikan secara baik, kami (Karyawan) akan menulis surat kepada pihak pengurusan Castmet Sdn Bhd bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Castmet Tan Keh Wah memberitahu Bernama, syarikatnya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana bangsa atau agama seperti yang didakwa.

"Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukanlah kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tan menjelaskan perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang telah melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.

"Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung," kata Tan.


Okay,  ini pula penjelasan wanita ini dalam video.




Berikut adalah pendapat saya :


  • Bagi saya sebagai seorang penyanyi (recording artist / freelance) yang dijemput untuk membuat persembahan bertanggungjawab untuk mengetahui tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan persembahan itu.  Lokasi,  jenis persembahan,  tema majlis,  jemputan dan paling penting kehendak penganjur majlis.

  • The reason kita kena tahu semua ini adalah sebagai persiapan sebelum kita buat persembahan.  Mungkin ada perkara baru yang perlu lakukan ataupun perkara lama yang harus diperbaiki.

  • Sekiranya kehendak dan keperluan majlis adalah tidak bersesuaian dengan cara persembahan kita,  kita seharusnya dengan rasa tanggungjawab menolak job itu dengan baik.  Tidak boleh terima mana-mana job nyanyian dengan fikiran tangkap muat.

  • Dalam kes ini,  mungkin wanita ini tidak mendapat maklumat penuh daripada orang tengah / pengurus pentas / ataupun siapa sahaja yang bertanggungjawab meng-hire beliau sebagai penyanyi pada malam itu.

  • Siasatan perlu dibuat sebaiknya sebelum menuduh mana-mana pihak secara melulu kerana hal ini bukan soal racisme tetapi soal etika kerja dan rasa timbangrasa kedua dua pihak.

  • Sekiranya betul apa yang dikatakan oleh wanita ini bahawa dia dipaksa turun pentas depan orang ramai (please rujuk video),  bagi saya pihak penganjur seharusnya boleh suruh dia turun pentas dengan cara yang lebih baik.  Contohnya,  bagi dia nyanyi dulu satu lagu and suruh MC panggil penyanyi ke belakang.  And then settlelah apa yang patut.

  • Tapi yang menghairankan saya,  kenapa walaupun telah disuruh turun oleh pihak penganjur (hingga memalukan),  wanita ini masih mahu ke depan untuk buat persembahan?

  • Wanita ini juga menyatakan bahawa ini bukan kali pertama dia rasa di-'diskriminasi' sebegini.  Malangnya,  mengapa dia masih tidak belajar daripada situasi?

  • Ramai yang memberikan tanggapan negative kepada wanita ini seperti "Suara adalah aurat,  patut duduk dirumah dan lain-lain,".  Bagi saya,  i dont have any problems dengan penyanyi bertudung (saya juga penyanyi),  tetapi of course,  bila kita dah pakai tudung,  banyak pengorbanan yang perlu dilakukan and kena jaga tata tertib dengan baik kerana bertudung bukan semata-mata sehelai uniform / fesyen tetapi lebih dari itu.

  • Isu ini amat sensitif.  Saya harap pihak Castmet tampil dan buat makluman mohon maaf dan terangkan kisah pihak kalian.  Kalian juga ada hak untuk bersuara.
     
  • Kalau saya ditempat wanita ini,  (saya juga penyanyi dan dulu pernah nyanyi di hotel,  lounge,  pub dan private function) saya juga akan rasa malu dan marah apabila berada dalam situasi ini.  Bukan senang nak jadi penyanyi (apatah lagi penyanyi picisan yang tiada nama macam recording artist).  Bayaran yang diterima kadang-kadang menyedihkan berbanding dengan penat lelah dan masa kita.  Ada kalanya pula,  orang buat tak layan dengan nyanyian kita dan layan kita macam murahan sangat.  Bila kesempitan wang,  kadang-kadang terpaksa nyanyi kat restoran atau pub
    yang ada pentas penyanyi bunga kalung. Kita menyanyi, orang naik kalung bunga. Satu kalung dapat RM50. Sedih noks walaupun suara kita sehebat Pavaroti.
Akhir kata, saya setuju sekali dengan komen seorang teman Facebook yang menulis "Dalam penceritaan ni,  kenapa pihak penganjur lebih memahami kedudukan seorang wanita muslimah dari diri dia sendiri?"

Sekian, love u olls.

Jumie Samsudin

A New Concept of Tuition Centre : KATZ ACADEMY

$
0
0
What is KATZ Academy?

KATZ Academy melatih calon SPM berdasarkan 4 teras yang utama iaitu Knowledge, Attitude, Transdisciplinary dan Zero-defect. Calon bukan sahaja akan dilatih mengikut subjek, malah pembentukan karektor, rentas bidang serta penguasaan softskills.




Apakah sesuatu yang dimiliki oleh KATZ Academy yang u olls nak share dengan orang lain? 

KATZ Academy akan melatih calon menggunakan pendekatan Neuro-linguistic Programming (NLP) dan Emotional Experiential Learning (EEL). Menyedari hakikat bahawa calon perlu mendapat dorongan secara berterusan, maka pihak akademi turut menawarkan program motivasi kepada semua calon secara PERCUMA setiap bulan. Selain itu, pelajar terbaik setiap bulan mengikut subjek akan mendapat kursus tambahan PERCUMA yang dapat memberikan pengalaman baru kepada calon. Contohnya kelas menembak, lawan pedang, menunggang kuda dan sebagainya.


Click to read more



Macam mana boleh dapat idea untuk membuat konsep tuition centre yang lain daripada yang lain ni?

Ideanya bermula daripada kejayaan pelaksanaan Seminar Explore the Unknown Potentials (EXP) di Dewan Sri Pinang (2013) & di Auditorium Dewan Budaya, USM (2013). Maklum balas yang diterima daripada alumni Seminar EXP yang menyatakan bahawa pelajaran mereka mula memberikan impak yang positif membuktikan keberkesanan seminar ini. Oleh itu, konsep seminar yang lebih umum ini ingin diterjemahkan ke dalam bentuk pusat tusyen yang dapat membimbing pelajar secara lebih khusus berdasarkan subjek yang dipilih.


Gambar sekitar Seminar Explore the Unkown Potentials (EXP) di USM dan Dewan Sri Pinang.










KATZ Academy menerima pelajar dari peringkat mana? 

Setakat ini, KATZ Academy melatih pelajar tingkatan 4 dan 5. Walau bagaimanapun, pihak akademi sedang menggubal modul Creative Arts for Kids (pelajar sekolah rendah)

Bagaimana kelainan konsep tuition yang dibawa oleh KATZ Academy boleh membantu golongan pelajar yang menyertai akademi kalian?

Penggabungan konsep yang digunakan di dalam Seminar EXP dan pusat tusyen Hong Kong ini merupakan konsep yang lebih mesra calon. Konsep ini sememangnya bertujuan untuk menarik minat golongan muda. Kelainan dan kepelbagaian ini dapat mendorong calon menerokai keseronokan menuntut ilmu.


Macam mana pelajar / ibu bapa boleh daftarkan anak-anak / diri sendiri untuk program tuition ini?
Untuk pendaftaran, hubungi : 0111-222-5575

Bagaimana pula dengan kadar bayaran / yuran ?

Yuran Pendaftaran = RM 30
Yuran Pengajian = 1 subjek RM 50 
2 subjek RM 95 
3 subjek RM 125 
4 subjek RM 160

Boleh terangkan sedikit mengenai cara pembelajaran yang akan dipraktikkan di KATZ Academy?

Calon akan mendaftarkan diri mengikut subjek yang mereka pilih. Untuk setiap sesi, mereka akan dibimbing oleh jurulatih akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Selain teknik NLP dan EEL, proses pengajaran turut melibatkan pembentangan kumpulan, pengucapan awam, aktiviti fizikal dan penyelesaian masalah.

Terangkan mengenai jadual pengajaran dan lokasi?

Lokasi : Blok F27, Desasiswa Fajar Harapan, Universiti Sains Malaysia



*  KATZ Academy adalah usaha yang dibangunkan oleh para pelajar dan juga alumni yang saya kenali secara peribadi.  Azhar Jalil selaku Principal dan Solihin Razali selaku Inspirer merupakan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga kokurikulum sejak zaman sekolah menengah hingga ke era universiti mereka.  Barisan Coaches juga tidak kurang hebatnya.  Sebut ja nama diorang kat USM, memang rakan pelajar and pensyarah kenali mereka. Seronok bersembang dengan insan-insan ini semasa sesi interview dilakukan.  If you are sending your kids to them,  i am sure they are in good hands.

Sekian,  sokongan daripada anda semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Jumie Samsudin

Ulasan Mengenai Artikel "Marriage Isn’t For You" daripada Seth Adam Smith

$
0
0
Hello u olls,

Tidak lama dulu saya pernah kongsikan sebuah artikel daripada blogger Seth Adam Smith yang bertajuk Marriage Isn't For You.  Dalam artikel itu,  secara ringkasnya Smith mencatat pengalaman beliau masa ingin mendirikan rumahtangga.  'Self doubt' menghantui dirinya.  Keyakinan diri seringkali tiada dalam hati.  Namun jawapan yang pasti daripada ayahnya membuatkan dia nekad untuk teruskan niat mengahwini kekasih hatinya.

 "No, a true marriage (and true love) is never about you. It’s about the person you love—their wants, their needs, their hopes, and their dreams. Selfishness demands, “What’s in it for me?”, while Love asks, “What can I give?” - Petikan dalam artikel beliau.

Kalian boleh baca artikel penuh (in English) kat sini  :  Artikel "Marriage Isn’t For You" daripada Seth Adam Smith

Kawan saya,  Kak Elle bagitau kat saya "Jumie,  I rasa u kena ulas artikel tu.  Artikel tu baguih.  Tapi orang tak faham kot.  U kena bagi faham...."

Baiklah...so here are my simple thoughts about this artikel.  Mohon perkongsian daripada kalian juga.  Input artikel ini adalah amat penting untuk kita yang sudah ataupun masih belum berumah tangga.


Click Here To Read More



Point 1 :

My dad giving his response to my concerns was such a moment for me. With a knowing smile he said, “Seth, you’re being totally selfish. So I’m going to make this really simple: marriage isn’t for you. You don’t marry to make yourself happy, you marry to make someone else happy. More than that, your marriage isn’t for yourself, you’re marrying for a family. Not just for the in-laws and all of that nonsense, but for your future children. Who do you want to help you raise them? Who do you want to influence them? Marriage isn’t for you. It’s not about you. Marriage is about the person you married.”

My say  :
  • Apa yang dikatakan oleh bapa Smith adalah amat tepat sekali.
  • Perkahwinan bukan untuk diri kita.  Tetapi untuk siapa yang kita kawen tu.
  • Ramai yang telah silap konsep perkahwinan.  Orang selalu beranggapan,  "bila aku kawen aku akan happy!" Tapi hakikatnya,  proses kerja dalam perkahwinan tidak berjalan seperti itu.  
  • Oleh sebab itu,  ada isteri yang lepas kahwin minta macam-macam daripada di suami.  Minta suami beli itu beli ini.  Tidak mau jumpa keluarga mentua.  Suami pula,  lepas kawen,  MINTA semua isteri siapkan.  Dari siapkan baju hingga makan dan minum.  Kalau isteri tak siapkan,  terus jadi isu.
  • Perkahwinan juga adalah untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada anak-anak yang bakal lahir dalam keluarga itu (if you are planning to have kids).  Bapak Smith menegaskan tentang siapa yang kamu nak bantu untuk jaga anak?  

Point 2 :

I realized that I wanted to make her happy; to see her smile every day, to make her laugh every day. I wanted to be a part of her family, and my family wanted her to be a part of ours. And thinking back on all the times I had seen her play with my nieces, I knew that she was the one with whom I wanted to build our own family.
My say  :

  • Ada orang yang nak kawen dengan seseorang itu kerana harta,  rupa.  Ada juga yang kahwini seseorang itu atas nama cinta dan hatinya yang baik.  
  • Kat sini,  Smith menegaskan dia kahwin dengan kekasihnya kerana dia kata dia nak tengok kekasihnya senyum dan gembira hari hari depan dia.  Dia nak kekasihnya menjadi sebahagian daripada keluarganya.  
  • Perkara ni simple je.  Masa bercinta...ayat ayat ni semua jadi buah buah cinta la.  Tapi sejauh mana kita zahirkan lafaz ini?
  • Oleh itu,  bila dah kawen nanti,  dua tiga bulan,  duk mai dah sikap sikap lama yang boleh merosakkan kebahagiaan rumah tangga,  haruslah kita muhasabah diri kita dengan persoalaan seperti ini.  
  • Janji kita untuk terus tengok pasangan kita bahagia.........sejauh mana kita berusaha untuk teruskan dia bahagia? 

Point 3 :

My father’s advice was both shocking and revelatory. It went against the grain of today’s “Walmart philosophy”, which is if it doesn’t make you happy, you can take it back and get a new one. 

My say  :
  • Pendapat bapa Smith ini juga adalah bertentangan dengan falsafah perniagaan Walmart (ala -ala Tesco la kat US).  Kalau tak suka dengan satu satu produk,  just bawa balik ke Walmart dan depa akan bagi yang baru.  
  • Perkahwinan bukan macam itu.  Kalau u are not happy with him / her.  Tanpa usaha untuk baiki keadaan,  u terus anggap perkara ini tidak menjadi kenyataan dan terus give up dan cari yang baru.
  • Banyak kes di mana,  apabila sudah setahun dua duduk bersama,  di dia telah tunjuk belang.  Berani ada hubungan dengan insan ketiga.  Perhubungan yang dimulakan dengan suka suka menjadi siries dan menjadi masalah kepada hubungan yang sedia ada.  
  • Adakah insan-insan ini menggunakan konsep Walmart?  Ataupun depa langsung tak pikiak apa-apa kecuali diri sendiri.  Kalau depa pikiak pasai pasangan masing-masing,  takdak hati langsung la nak pandang kepada orang lain.
  • Ada sesetengah orang,  bila dah tak ada baru nak belajar menghargai.  Sebab tu la banyak yang duk jadi gila talak. 
Point 4 :

Love is about the person you love.
And, paradoxically, the more you truly love that person, the more love you receive. And not just from your significant other, but from their friends and their family and thousands of others you never would have met had your love remained self-centered.

My say  :  

  • Kesimpulannya kata Smith,  kalau kita ikut cara yang dia cadangkan,  kita end up 'menerima' lebih banyak kasih sayang bukan sahaja daripada pasangan kita tetapi juga daripada insan-insan disekeliling pasangan kita seperti keluarga,  kawan-kawan dan lain lain.  


Akhir kata dari saya  :
  • Kalau tak mampu buat orang lain bahagia jangan commit.  
  • Jangan sia siakan hidup orang lain untuk kepentingan diri sendiri (status,  permintaan ntah apapapa dan sebagainya).  
  • Jangan jadikan hidup orang lain sebagai eksperimen.
  • Terkadang dalam hidup rumah tangga,  kita macam hilang dan tak tau kita berdiri di mana.  Cepat-cepat betulkan diri.  Jangan sampai benda dah jadi tahi.
  • Kepada kamu yang hidup dengan pasangan yang abusive dari segi mental dan fizikal,  kamu tak boleh ikut sangat teori ini!!  Dah sah sah laki / bini hang tak boleh buat hang bahagia macam Smith cadangkan.  So nak duduk situ sangat lagi ka?
  • Jangan lupa baca ni  : Penceraian Di Awal Perkahwinan
Love u olls semua!

Jumie Samsudin

My Life, My Story by PT Foundation

$
0
0
Hello u olls,

Hari ini saya nak share 3 video yang akan membuatkan u olls tersentap,  terkedu dan terpana.  3 video terbuka yang memaparkan 3 kisah rakyat Malaysia yang openly mengakui bahawa mereka ialah insan yang hidup dengan virus HIV.  HIV dan AIDS adalah satu stigma dalam masyarakat kita.  Seseorang yang mempunyai virus ini perlahan-lahan akan terus pergi dan menjauhkan diri daripada keluarga dan masyarakat.  Tiada sokongan,  tiada panduan yang betul,  tiada pemahaman membuatkan seseorang yang mempunyai virus ini rasa rendah diri malah masyarakat disekeliling juga secara tidak langsung mendikriminasikan golongan ini.

Saya juga amat terkejut apabila Mama Regina kongsikan video ini. Cepat-cepat saya kongsikan dengan Mr. NajMi penulis blog http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/.  Saya pernah tulis mengenai blog beliau dalam blog saya.  Please read it here  :  Blog Best - Hidup Mesti Diteruskan  Saya harap Mr.  Najmi juga akan kongsikan video video ini dengan rakan pembaca blog Najmi.  

Penerbitan video oleh PT Foundations ini masih baru.  Rating penonton masih sikit.  Oleh itu,  saya harap kalian semua ramai-ramai tolong share link video video ini.  Bukan sebab nak bagi Kak Chinema dan rakan-rakan lain dalam video tu jadi popular tapi untuk spread the words tentang realiti insan yang hidup dengan virus ini.  

Berat mata memandang,  berat lagi bahu memikul.  Aku menangis masa tonton cerita Kak Chinema apabila dia kata mak dia sendiri tak mau bercakap dengan dia.  Aku tersenyum bila Rista dan Suhaim cerita bibit bibit perkenalan cinta mereka dalam support group PLIHIV (people living in HIV).

My tall respect for this lady!! Hanya Allah yang tau macam mana dalam hatinya.


Mereka juga manusia macam kita.  Ada dosa. Ada pahala.  Kita tiada hak untuk menghukum mereka.  

Saya tak mau cerita panjang,  please take your time tgk video video ini and share kepada semua.

Love u olls,
Jumie Samsudin

Click read more to watch the video clip

My Life, My Story takes as its goal one simple idea; letting people living with HIV tell their own story.
The stories collected here in the My Life, My Story project are but a small portion of the stories of the over 80,000 people living with HIV in Malaysia but they reflect some of the diversity of those affected. We hope by spreading the stories of those living with HIV that we can begin to foster understanding around the realities of living with HIV. Too often people living with HIV in Malaysia face ongoing stigma and discrimination, often based on misunderstandings or stereotypes. My Life, My Story allows people to see the faces and stories of those living with HIV and to hopefully understand that HIV doesn't discriminate, so why should we?

If you want to know more about the Positive Living program, the PT Foundation or anything to do with HIV/AIDS see our website below or contact as at +60 3-4044 4611  or visit out website at http://www.ptfmalaysia.org/

Kisah 1

 

Kisah 2

 

Kisah 2




Ulasan Anugerah Juara Lagu 28 by Jumie Samsudin

$
0
0
Hello u olls semua,

Seperti yang dijanjikan,  dilampirkan ulasan panjang lebar mengenai AJL28 yang menjadi acara tahunan di blog JumieSamsudin.Com.  First of all thank you untuk semua yang bersama-sama dengan saya dalam Twitter pada malam AJL28 yang lalu.  (Follow me at @jumiejumie)

Memang meriah Twitter malam tu.  Hashtag #ajl28 menjadi worldwide trending.  Dalam kita semua bergembira bersama kawan-kawan and family menonton rancangan TV yang menjadi kebanggaan TV3 malam itu di rumah ataupun di Stadium Putra,  Bukit Jalil,  ada juga beberapa suara sumbang yang memberikan komen-komen hambar yang agak menyedihkan.

Maybe depa rasa cool untuk menyatakan yang mereka tidak layan music Malaysian mainstrem.  Mungkin mereka terlalu urban :)  Dan ada juga yang melemahkan semangat dengan mendoakan benda benda tak elok apabila melihat ramai anak muda bersorak riang dalam stadium tu.  Saya sangat sedih kerana kata-kata itu lahir daripada graduan universiti yang seharusnya mempunyai pemikiran yang lebih positif.

What everla........


I hope u olls semua enjoy menonton AJL28 malam kelmarin.  Saya pun enjois.  Sambil makan nasik putih dengan sambal udang petai sebanyak dua kali (masa before start dan masa tunggu keputusan) HAHAHAH.  Oleh itu,  jom kita baca what i have to say about AJL 28 kali ini.

Click Read More


Opening
Persembahan pembukaan oleh Mus dan Shila Amzah.  Shila Amzah of coz tampil dengan suara yang mantap menyanyikan lagu Mahakarya Cinta.  Tapi baju yang beliau pakai nampak bulky dan tidak memberikan pujian yang baik kepada wanita yang mempunyai tubuh badan yang masih jelitawan.  Mungkin terlalu terikut-ikut dengan tema Game On kali ini.



Mus nyanyi tak masuk beat!!  Sedihlah.  Penampilan beliau tidak GAME ON langsung.  Very the rock rock like biasa biasa.



Selepas itu,  ada dua budak lelaki buat dribble bola keranjang.  Rentak dribble perlahan dan dua dua budak tu nampak macam tak yakin.  Nampak sungguh tak profesional.  Ada sorang budak tu terlepas bola and apala camera pi focus masa dia duk berlari turun pentas kejar bola.  Producer tak tengok betul betul ke angle camera mana paling meletops.

Bila DJ Fuzz spinning baru meletopsss! Diiringi dengan tarian budak budak baju putih yang mantap.

Selesai persembahan simple ini,  muncul video rakaman dua pengacara Scha Alyahya and AG Hot.FM yang seolah-olah sedang berada dalam dunia digital videogame.  Tak lama lepas tu,  kami dirumah terus disajikan dengan iklan-iklan Celcom XPAX and maggi ntah apa-apa.  Bukan 1 iklan.  Tetapi almost 5 iklan.  Memang mengtahikan.  I tidak rasa impak langsung.  Okay fine,  tanpa bayaran iklan yang beribu ribu itu manalah staf TV3 nak dapat gaji,  tapi ada banyak lagi cara untuk menyampaikan iklan kepada penonton.  Please be more creative.

My Tweet (@jumiejumie) :
  • HAHAHa mus nyanyi masuk lambat #ajl28 opening shila amzah meletops
  • #ajl28#opening budak dribble bola tu nampak tak mantap. siap jatuh lagi. bagi budak budak baju putih tu saja pun nari lagi letops
  • #ajl28 #opening like tahi.  Pentingkan iklan penganjur??? aparaaaah orang dah tunggu dari pagi kot
  • perhatian @tv3malaysia kami kat rumah tengok iklan ja #ajl28 sungguhla tahi!
  • RT @azraazni: @jumiejumie sabarlah lalink.. Tadak iklan, kami tadak gaji nnt // penyampaian iklan boleh tapi mengaburi opening yang sedih



Aku Pelat by Salam Musik
Persembahan pertama yang tidak menghampakan.  Depa semua tampil dengan pakaian pahlawan melayu yang diurbankan.  Penyanyi wanita dalam kumpulan ini iaitu Eyza yang juga penulis lagu ini tidak kurang hebatnya.  Lincah menyanyi dan berdansa dalam dress ala-ala PGL itu.  Tapi kawan-kawan i tertanya,  awat dia menari macam tu?  Akak,  memang budak budak underground music ska alternatif and what so ever...menari macam tula.  Macam main acilut at at acilut koci lompat nestum nesti pak aji tukang cat.  Lagu ini memang meletops.  Susunan semula oleh Datuk Ramli MS untuk AJL28 pun best,  tapi starting dia macam tak berapa best sikit.  Formasi tarian ahli kumpulan Salam yang lain (yang duk main main terompet tu semua),  agak berceramok.  

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Pembukaan sajak...kerlasssss #akupelat hahah wehs memang penyajak ni pelat D. #ajl28
  • bestnya and bangganya Malaysia ada muzik meletops seperti ini #akupelat #ajl28
  • Persembahan pertama yang tidak menghampakan. Tahniah Salam Aku Pelat #ajl28





Takkan Terpisah by Black
Black muncul simple.  Pembukaan persembahan dengan lighting ala-ala UFO nak turun dan permulaan muzik okestra yang menggempakkan.  Lagu balada ini memang tahap tahap Grammy Nominations u olls (pada I).  Pada permulaan,  nyanyian Black amat meyakinkan.  Dia nyanyi dengan sangat smooth.  Tapi pada bab bab akhir,  ada beberapa bahagian dia nyanyi macam off pitch.  Suara dia sedap secara keseluruhan tapi saya dari awal dah boleh jangka dia tak boleh menang persembahan terbaik / vokal terbaik sebab kesalahan vokal itu terlalu ketara.

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Takkan Terpisah adalah lagu kegemaran saya malam ini :) Nanti nak buat soundcloud lagu ni la #ajl28
  • Muzik Takkan Terpisah ni ala-ala Story Of My Life One Directions. I like #ajl28
  • Black Takkan Terpisah.Ada bberapa pitching yg terlari.tp emosi dia mmg meleps. siap baling baling tiang mic sekali #ajl28




In Love With You by Noh Salleh feat Aizat Amdan
Depa dorang ni memang cool.  Pakaian ala-ala The Beatles.  Bergaya and very the happening nampak depa macam really enjoy playing and singing the song.  Nothing much nak kata pasai persembahan depa.  I really enjoy their show.  Tak over.  Padanan vokal terkawal :)

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Meletops depa buat ala-ala The Beatles! #ajl28
  • Sejak Aizat buat persembahan pegang cawan tahun lepas. 2013 semua jantan jantan feeling simpan kumis #ajl28
  • Lagu In Love With You ada keistimewaannya. Kalau menang i tak akan terkejut :) #ajl28




Hanya Aku by Hyper Act
Lagu ini mempunyai fan paling ramai malam itu.  Lagu yang menjadi runut bunyi untuk sebuah drama TV.  Persembahan Hyper Act tidak menghampakan.  Tampil simple dengan suit serba putih.  I suka pilihan fesyen and warna itu kerana tidak mengaburi persembahan mereka.  Kostum dan prop persembahan boleh membantu sesuatu persembahan tetapi bukan mengganggu persembahan itu.  Kita nak tengok show bukan kostum semata-mata.

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Hyper Act ni banyak peminat. Lagu ni memang sedap. Tapi vocalist dia tak berapa kendu sangat. HAHAHA #ajl28
  • Vocalist Hyper Act ni macam B ung Moktar. HAHAHAHA Steady Zizie #ajl28




Bosan by Stacy
I was expecting something yang lain dari yang lain.  Tempo lagu ini diperlahankan.  Rentak tari dan juga pergerakan Stacy lincah tetapi bak kata anak ayam i Ezal "nothing new la kakak".  Bila dia pakai suit hitam,  dia nampak lebih kecik.  Warna cerah dan metalic mungkin boleh bantu appearance dia di atas pentas.  Saya setuju dia potong rambut pendek.  Kerlas.  Satu-satunya persembahan yang ada terbang-terbang u olls.  Game on katanya.
My Tweet (@jumiejumie) :
  • Meletopsss Stacy potong rambut!! #ajl28
  • Stacy Bosan. Tempo slow.Tarian beliau pun tak berapa lincah. Step macam biasa saja. #ajl28




Bahagiamu Deritaku by Hafiz
Persembahan Hafiz memang ditunggu tunggu.  Komposer dan penulis lirik lagu ini adalah pasangan suami isteri yang mempunyai nama yang digerunkan dalam area AJL.  Saya suka apabila Hafiz tampil tampa rambut kerinting.  The only thing yang saya happy nak cerita pasai persembahan Hafiz adalah kemantapan suaranya yang SEBIJIK MACAM DALAM YOUTUBE!!!  Gila meremang saya mendengarnya.  Setiap kali camera focus kat muka Hafiz,  hati saya berdebar takut kalau kalau he messed up dalam nyanyian lagu ini.  Tapi dia masih maintain emosi feeling feeling sendu sesuai dengan lagu ini.  Memang Hafiz layak menang persembahan terbaik!
My Tweet (@jumiejumie) :
  • hhhhhuuuuuuuu Hafizzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz #ajl28
  • Kalau ampa tengah frust cinta jangan dengar lagu ni Bahagiamu Deritaku by Hafiz terlalu senduuu #ajl28
  • Hafiz sofar suara dia plg sedap.Better dari Black. Harus menang best vocal.X over tp membuatkan kita macam neves dengar dia nyanyi. #ajl28






Penglipurlara by Hazama feat The Penglipurlara
Lagu ini adalah favorite saya.  Rentak muzik dan lirik lagu ini meletops.  Tapi entah kenapa persembahan Hazama malam ini macam tenggelam.  Adakah beliau over confident?  Belum sampai ke chorus pertama,  Hazama dah sounded sangat semput.  So walaupun di akhir persembahan,  Hazama cuba mengolah cara nyanyian kepada nada-nada tinggi,  tapi bagi i,  i dah turn down dah.  Can i also say that Hazama tak sesuai ada jambang dan kumis,  siries nampak macam pekerja kontrak yang tak sempat shave.  Trend secangkir kopi Aizat untuk lagu Terukir Di Bintang biarlah untuk they they olls yang kendu berkumis saja.

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Penglipurlara!! suka lagu ni #ajl28
  • Back up singer untuk lagu Penglipur menghampakan #ajl28
  • This is my favorite song but Hazama nyanyi sangatlah semput tak bestla. Hang tarik tinggi tinggi pun lepas tu orang dah hampa #ajl28




Ikut Rentakku by Jacklyn Victor
Nyanyian Jacklyn Victor memang tidak dapat disangkal lagi. Vocal beliau yang amat mantap ini memang amatlah kena buku dengan ruas apabila memilih diva diva vocalist Malaysia yang amat disegani seperti Dina,  Adibah Noor,  Atilia,  Salamiah Hassan and one of their lady friend.  Dalam persembahan lain-lain,  kita boleh dengar kelemahan suara latar yang agak sumbang terkalanya.  Tapi for this persembahan memang mantap la!! I sangat suka.  Cuma i nak komen adalah nombor satu,  dress tu!  Design memang fun fun ala-ala Broadway kan.  Tapi colour tu gelap and tidak compliment background yang juga gelap.  And bukankah dua tahun lepas masa persembahan Beribu Sesalan,  Jack Kak Ning and Shila pakai purple jugak?  Komen kedua adalah,  kan kalau bagus all the diva (back up singer) macam nyanyi kat tepi sikit.  Masa part last baru ampa mai and perform sebaris dengan Jack.  Baru kerlas u olls.  Ini dari awal,  mak duk nampak Kak Dibah je duk pose pose nari kat belakang Jack.  Ampa kat stadium i tak tau la.  Tapi we olls kat dalam memang nampak tu jer la...

My Tweet (@jumiejumie) :
  • RT @mkahr87: Cuba bayangkan @jumiejumie bersama dengan 5 diva kat blkg tu....// yes tapi buang Atilia and Salamiah Hassan
  • Meletops JV dgn 5 diva di blkg.Barulah mantop backgroup singer macam ni!Tapi i lebih suka if background singer ke tepi sikit. #ajl28





Sahabat by Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
Persembahan ini tidak ada tarikan langsung.  Scene anak-anak muda duk melepak dan bergurau senda sangatlah scene teater Kasanova masa akak berlakon dulu.  Tarian mereka berceramok and tidak ada impak kepada appearance pentas.  Persembahan Syamkamarul sebagai pendatang baru tidak menghampakan.  Beliau tidak semput dan suara maintain sedap.  Begitu juga Najwa Latif yang dari awal maintain ala-ala ayu dengan baju bertunang.  Oh yes!! Why Najwa pakai dress warna Bendera Pulau Pinang?  Sedang rakan-rakan penari background pakai ala-ala urban,  tiba tiba u olls pakai dress macam nak bertunang.
My Tweet (@jumiejumie) :
  • Sleeq ni muka macam Nadeem BOSNET #AJL28
  • Syamkamarul....macam bapss jeeeeerrrrrrsssss #ajl28
  • Warna and design dress Najwa Latif sangat Bendera Pulau Pinang #ajl28




Tanda Tanya by Azlan And The Typewriter
Lagu ini memang sesuatu.  Ada peminat tersendiri.  Saya tak berapa boleh follow lagu ini sebab lagu macam ni jarang mendapat tempat di hati pendengar Malaysia.  Tapi persembahan depa memang mantap.  Suara Azlan tetap maintain walaupun dia dah gemok sikit.  Saya tak terkejut kalau lagu ini boleh menang best song.
My Tweet (@jumiejumie) :
  • Azlan nyanyi best. Tapi lagu tanda tanya mmg membuatkan i penuh dgn tanda tanya. Maybe i tak boleh IN dengan music rock laju macam ni #ajl28



Kau Yang Terindah by Alyah
Lagu ini ala-ala lagu balada zaman Siti Liza and Liza Hanim.  Tapi kalau ampa dengar original song dengan susunan muzik untuk persembahan malam tu memang beza.  Ternyata Datuk Ramli MS susunkan lagu ini menjadi lebih meletops pada malam istimewa ini.  Alyah memilih tema pahlawan gladiator.  Lagu ini tidak memberi apa-apa impak kepada saya.

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Insat Penanggal akan keluak. Pukul penanggal dapat 100 point #ajl28
  • Dress Alyah ala-ala dress Rizman Ruzaimi for ZZ je. Cuma versi putih. :( #ajl28
  • Penari perempuan kat atas tu rasanya tak perlu kot. #ajl28





Kalau Aku Kaya by Altimate feat Awi Rafael
Lagu ini adalah my favorite song for 2013.  Masa mula mula depa tampil sambil main guitar. I was like????? Apala rap rap duk main guitar ni semua.  Macam poyo sahaja.  Susunan muzik macam tak best!!!  Lagu original lagi best.  Lebih rancak.  Lebih catchy.  Tapi paling best bila last kopek depa tabur ala-ala duit kat para penonton.  Memang meletops.

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Apakah rapper main guitar macam ni. Tak bestlaaaaaaa macam tak feel #ajl28
  • Susunan muzik untuk Kalau Aku Kaya memboringkan. Aku lagi suka original susunan lagi. Tapi depa baling duit. #ajl28
  • Altimet dan Awi telah merasuah semua penonton dengan membaling duit #ajl28





Persembahan Penutup
Waris,  Ziana Zain,  Amy Search, Zaidi One Nation Emcess,  DJ Fuzz and Dato' M Daud Kilau adalah lebih happening daripada persembahan pembukaan.  Saya amat kagum apabila Kak Ziana tampil bukan sahaja dengan baju Rizman Ruzaimi yang meletops malah dengan vocal yang kembali mantap.  Saya sedih apabila beberapa fasa yang lalu,  lepas Kak Ziana kawen,  she cannot sing anymore.  Suara dia macam tak boleh sampai.  Tapi malam ini....dia memang melepsss!!  Amy Search memang best.  Tapi paling best adalah Dato M Daud Kilau dan kerusinya.  Habis semua orang dalam Stadium Putra nampak sangat enjois dan sama-sama menari masa Dato M Daud Kilau datang dengan kerusi arak arak macam tu.  Yes,  saya setuju dengan ratusan Twitter yang berpendapat,  persembahan terbaik harus diberikan kepada Dato M Daud Kilau!

My Tweet (@jumiejumie) :
  • BESNTAAA Kak @iamZianaZain vocal sangat meleps macam dulu dulu balik! Tahniah kak kerana kembali meletops. #ajl28
  • Gilaaaaraaaahhhh EMDAUDKILAU duduk atasssssssssss sofaaaaaaa.....................#ajl28
  • Penari kat belakang tu tak perlu. Kami nak tengok EMDAUDKILAU and Waris sajaaaaa #ajl28







Persembahan Terbaik - Bahagiamu Deritaku by Hafiz
Tidak dapat disangkal.  Siapa yang telah berjaya membuatkan saya menonton dengan penuh rasa nervous layak untuk mendapat anugerah ini.





Vokal Terbaik - Ikut Rentakku by Jacklyn Victor
I agak terkejut + gembira dengan pilihan ini kerana saya duk ingat depa akan bagi semua kat Hafiz.  Terima kasih para juri kerana mengiktiraf vokal wanita Malaysian Idol ini!!





Pemenang Ketiga - Kalau Aku Kaya by Altimate feat Awi Rafael
Yes!! Saya sangat suka kerana mereka adalah salah satu lagu favorite saya.  Kalau lagu ini menang nombor 3 pastinya tempat ke 2 dan 1 akan diberikan kepada lagu lagu dengan genre pop / rancak yang semakin mendapat tempat di hati kita,  penyokong muzik Malaysia :)





Pemenang Naib Juara - Hanya Aku by Hyper Act
WOW!!  Pasti seronoklah para penyokong Hyper Act yang amat ramai ini.  Lagu ini sedap.





Juara - Bahagiamu Deritaku by Hafiz
Lagu ini best!!!!  Memang layak menang.  Tapi bagi saya......................................saya agak kecewa juga kenapa Aku Pelat by Salam Muzik langsung tidak mendapat nombor.  Lagu Bahagiamu Deritaku meang hebat.  Tapi lagu seperti ini sudah seringkali diperdengarkan kepada peminat muzik Malaysia sejak tahun 1990 an lagi.  Balada sendu.  Why not bagi pada lagu lagu nafas baru dengan rentak hip hop ska macam Aku Pelat.  Kita kena naikkan lagu lagu macam nila!  Tapi saya hormati pilihan para juri.  Tahun depan sila buang Azmeer daripada barisan Juri.  SEKIAN.
My Tweet (@jumiejumie) :
  • Tahniah Hafizzzz. Lagu ni sedap. Tapi kalaulah #ajl28 angkat lagu AKU PELAT. Aku rasa lebih happy sebab lagu baru macam tu diiktiraf :)
  • Tapi apa pun aku happy juga sikit sebab lagu KALAU AKU KAYA menang. Tu semua muzik muzik kini :) #ajl28



Pengacara - Scha Alyahya and AG HotFM
Ramai yang tak puas hati dan tak suka dengan persembahan dua muka baru dalam majlis berprestij ini.  Apa pun,  pendapat saya berlainan.  Bagi saya depa memang dah buat yang terbaik.  Come onla...depa baru first time kot.  Tapi saya suka cadangan kawan office saya,  "Depa mau bagi pengacara lama dua orang bergabung dengan pengacara baru dua orang ni dulu....then tahun depan barulah depa buang pengacara lama tu...."
My Tweet (@jumiejumie) :
  • Kepada siapa yang tak kenal AG ialah announcer radio HOTFM.  Cuma rambut pacaknya malam ini membuatkan ampa tak kenal :) #ajl28
  • Pengacara #ajl28 dua dua okay!! i suka.  tak over. #buatmasaini
  • Sudah sudahla pengacara baru #ajl28 depa first time kot.  Masih merangka signature sendiri :)



Tema
Tema AJL28 kali ini sangat gempak.  Video game u olls.  Game On menjadi kata-katanya.  Tapi set up pentas masih menyedihkan.  Bentuk biasa dan masih mengekalkan ciri lama iaitu statik stage.  Backdrop LED memang meriah tapi sayangnya mainan lighting tidak begitu meng-gahkan.  Hiasan prop pentas seperti pokok pokok ranting sangatlah old fashion.  Semua tu idea lama.  Takdak pembaharuan. I rasa pentas AJL27 lebih meletops.



Overall : 7/10
Saya hanya bagi 7 bintang per 10.  Memang best sebab semua bintang bintang muzik hebat Malaysia beraksi tapi sayangnya tidak ada effort pembaharuan.  Tidak banyak gimik.  (Kecuali kerusi Dato M Daud Kilau).  Set up pentas tak berapa mengkagumkan.  Susunan muzik,  ada yang best ada yang tak.  Tiada muka baru dalam penampilan persembahan khas.  Asyik asyik Amy Search.  Bagi saya,  persembahan AJL28 kali ini lebih kurang macam lain lain kongset Sure Heboh sahaja.  And TV3 masih buat persembahan dalam bentuk SD.  Bila u olls nak HD ni?



Ehsan gambar :  ROTIKAYA.COM

Fazura vs Hanez Suraya

$
0
0
Hello u olls,

Cerita ni dah lama dah habis.  Lebih kurang 2 bulan lalu,  pelakon cantek kesukaan ramai iaitu Fazura telah mengupload satu gambar dengan caption seperti berikut  :


missfazura Imitation is the sincerest form of flattery. Gratefully. But hey girl.. Enough already. It's getting quite Annoying. #Copycat#SameIndustry#FindYourOwnIdentity#BeYourself#BeOriginal

Bila post itu keluarnya,  tiada nama yang ditulis / dimention oleh Fazura.  Tapi kalau takdak angin,  masakan pokok bergoyang.  Akhirnya,  bukaklah story katanya yang dimaksudkan oleh Fazura ialah Hanez Suraya,  seorang pelakon dan juga model,  duta produk kecantikan yang baru dalam industri ini.

Apabila Hanez Suraya disuruh mengulas mengenai perkara ini,  dia tidak tau apa-apa.  Dia pun macam bingung why jadi macam ni.  Perkara ini datang dalam perhatian saya apabila seorang rakan USM suruh i ulas pasai benda ni.

"Kak Jumie....ulas sat pasai kisah ni,"

"Ala nyah...ni semua cerita pergaduhan gadis gadis la....i tak suka la..."

Tapi sebab i sayang kat anak ayam sorang tu.  I pun gigihla bukak macam-macam blog,  Google sana sini and try cari as much information.  Bagi saya pergaduhan ini memang remeh,  tapi ada juga perkara yang boleh kita ambil sebagai iktibar.  

Click Read More

Fazura dalam satu temuramah berkata :

"Status tersebut saya tidak tujukan kepada mana-mana orang dalam industri. Sebagai selebriti, saya juga manusia biasa. Saya juga ada berkawan dengan orang lain. Tak semua perkara yang saya lakukan, berkait dan mempunyai sangkut paut dengan industri hiburan," tutur Fazura lagi.

I rasa macam pelik bila baca statement Fazura sedemikian.  Tidak ditujukan kepada mana-mana orang dalam industri?  Tapi kan hashtag tu ada #sameindustry.  Industri mana lagi nyah.  Ataupun maybe Fazura menujukan kepada rakan-rakan industri seni di Hollywood.  Of coz lah,  sebab Miss Fazura main lepak lepak kat US semua dengan Tara Reid u olls.  Kau ada?

Betul ka Hanez tiru?  Tapi bila i tengok gambar IG depa,  dua dua sama lawa.  Dua dua sama hot.  Tapi yes,  rambut sama.  Make up style sama.  Hidung pun nak macam sama (eeehhh).  U olls figure out la sendiri.


x


x



Then lepas tu,  pihak media macam lebih banyak mengfokus kepada Hanez Suraya.  Banyak blog i search,  semuanya macam Hanez Suraya yang duk kena bagi komen  :

Akses Instagram Disekat, Hanez Suraya Mahu Berbincang Dengan Fazura 

Setahu dan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada masalah antara kami. Tak tahulah kalau dia tak puas hati di belakang. Jika betul dia tak tuju perkara itu kepada saya, dia akan pertahan dan perbetulkan saya. Tapi saya difahamkan gambar beserta keterangan yang menjadi sensasi itu sudah pun dipadamkannya.
 
Selama ini pun kami saling mengikuti di laman Instagram (IG), cuma baru-baru ini saya buka profilnya tetapi akses saya sudah disekat. Saya kurang faham kenapa jadi begitu. Kalau ada masalah antara kami, boleh bawa berbincang atau ditegur secara baik. Apa puncanya hingga jadi begitu andai benar kenyataannya itu memang menyindir saya.

Dah kena sekat la pulaks!!  So u olls dah baca rentetan kisah ni.  Mungkin u olls boleh bagi macam macam pendapat dan terus melabel macam-macam benda negatif kepada Hanez ataupun kepada Fazura.  But before that,  here are my thoughts about this  :
  • Apabila kita hot,  memang orang akan tiru kita.  Apa kita buat.  Apa kita minat.  Apa kita pakai.  Apa kita suka...semuanya akan ditiru oleh orang itu.  Sesungguhnya,  kita kena rasa bangga dengan diri sendiri.  
  • Tapi terkadang itu,  kalau terkena dengan hasutan para rakan-rakan jembalang tanah,  kita pasti akan terasa hati dan tiba tiba rasa macam tak suka dengan si pentiru itu.  Padahal,  dia takdak kacau pun periuk nasi kita.
  • Its very important to always have positive mind.  
  • Kalau kita tak kawal emosi,  kita pun letak benda benda tak sepatutnya kat Internet.  And walaupun Fazura dah padamkan kenyataan copycat beliau dalam IG tapi "Once you put it on the internet, it's there FOREVER"
  • Kadang-kadang kita terlalu adore and respect pada seseorang tu,  kita nak success macam dia.  Kita mesti nak tiru semua rentak dan cara dia.  Tapi kita kena ingat,  kalau kita boleh jana idea and cara rentak sendiri,  kita akan jadi lebih berjaya kerana kita original.  Bolehla tiru sikit-sikit,  tapi jangan la sampai obvious sangat. 
  • Dan kalau orang tak berenti duk puji kita sama macam orang tu....kita pun jangan la duk galak lagi nak tiru sijibek sijibek.  
  • Dalam hal ni,  berdiam durjana adalah lebih bagus daripada duk layan soal soal remeh temeh ini. 
  • Tapi dalam pandangan yang lain,  yang untung dalam kes ini ialah insan yang terima tuduhan kerana tak pasal-pasal i olls pun Google teruk pasai dia.  Padahal sebelum ni i macam so so jeeee...
Akhir kata,  i memang adore Fazura.  Bagi i sekarang,  dia ialah pelakon wanita Melayu paling cantik kat Malaysia ni.  I memang suka style dia!  Tapi bila dah terlibat dengan kes-kes macam ni,  i rasa macam....."Why la mak ayam.  U olls so tahap tahap ratu ni,  patutnya u just chin up and betulkan crown sahaja...."
Yang penting ratu lepak dengan Tara Reid.  Kau ada?

Pengajaran untuk kita,  toksah la duk terlibat dengan pergaduhan budak budak ini.  Berenti tengok Astro Ria.

Love,
Jumie Samsudin

Fashion Review 56th Grammy Awards 2014

$
0
0
Hello u olls,

Dengan rasa segan silunya akak pun membuatlah review fesyen yang sendu untuk 56th Grammy Awards 2014.  Kenapa akak kata sendu?  Kerana tiada Lady Gaga,  Rihanna,  Mylie Cyrus, Kim Kardashian dan Heidi Klum.  Sapa setuju dengan akak sila angkat tangan sorang sorang depan PC?

Tapi takpala,  akak review jugak.  Baju baju depa semua tak berapa meriah pun u olls.  Persembahan Grammy,  ada yang meriah.  Ada yang biasa-biasa ja.  Sebab lagu lagu tu semua dah pernah perform kat big big event lain.  And macam Pink,  my boss kata,  dah bohsan tengok makcik tu menari belit belit badan dengan kain.


Persembahan yang paling akak suka adalah persembahan penutup Macklemore and Ryan Lewis,  Queen Latifah,  Madonna and sapa ka perempuan gemok tu.  Kesian kat perempuan gemok tu,  dia ialah penyanyi asal untuk lagu itu (bab suara perempuan),  tapi setiap kali persembahan besar,  mesti kena jemput satu penyanyi perempuan yang lebih meletops untuk nyanyi dengan dia.  Macam dia tak cukup letops kan!!  Persembahan itu juga menjadi meletops kerana 30 pasangan 'same love' telah berkahwin di dalam persembahan itu.  Melepsss noks.  Kita yang tengok kat TV Malaysia and Youtube ni,  haruslah tak dapat tengok the real show.  Dah banyak scene cium mulut yang depa potong.


Persembahan kedua yang akak suka ialah Lorde iaitu perempuan ala-ala pontianak tua.  Horror perempuan ni nyanyi.  Macam nak menurun pun ada.  Tapi the whole arena kekal sepi masa dia nyanyi.  Memang feel u olls.

Tengok kuku diaaa!!
And of course,  paling akak suka ialah persembahan mabuk dalam cinta oleh sepupu akak iaitu Beyonce dan suaminya abang Jay Z.  Ramai yang menguturk kakak sepupu i kerana tampil dengan baju berseluar dalam ini.  Tapi bagi i,  we olls dah biasa dah tengok bogels bogels ni.  So relaks jer laa.


Feeling dak sepupu i?



Okay jom kita tengok fesyen-fesyen kali ni.  Sendu u olls...siriesly takdak yang menarik pun.




Taylor Swift in Gucci
Jala ikan yang diglitterkan.  




Rita Ora in Lanvin
Kertas ni dulu kita akan beli buat kraftangan kat sekolah.  Bila gosok gosok dengan pensel dia akan jadi macam bentuk sempol.  Tapi dahsyat deni buat baju.


Amber Rose in Naeem Khan
Perempuan ni macam alien wekshop yang bewarna emas.




Ciara in Emilio Pucci
Ohpohcot akak dah mengandung.  Meletops juga.  Tapi akak nanti lepas bersalin dalam pantang takleh rambut kusut mangsai macam ni ya.



Chrissy Teigen in Johanna Johnson
Wanita meletops ini ialah isteri kepada John Legend.  I tak tau pasaipa glitter sangat in untuk red carpet baru baru ini.  Tapi tak semua orang pakai glitter akan nampak meletops.  Contohnya baju ini,  siriesly nampak macam persembahan pentas yang cheapos.



Faith Evans
Dulu masa i teenagers,  i sangat suka perempuan ni.  Beliau ialah penyanyi RNB yang sangat meleps pada sekitar tahun 90an.  Dah tua dah beliau.  Baju ni....erm....okayla kot.  For someone trying to be modest.  




Beyoncé by Michael Costello
Dengan segala hormatnya,  diumumkan inilah baju yang i akan pakai pada hari raya nanti.  HAAAAA.  Meleps tak noks.  Akak dah tunjuk kat suami akak.  Walaupun dia memberikan komen lahar tapi akak tak kisah.  Anyway,  ramai yang kata baju ini tak lawa sebab nampak macam kain lapik tv yang mak kita suka bubuh dulu dulu (masa zaman TV lebar la).

Tapi u olls,  bagi akak,  dress ala-ala lace 'nalla' (besar) akan menjadi trend tidak lama lagi.  Tak percaya ampa tengoklah.

Tahun lepas,  JLO pakai dress ala-ala macam ni untuk Golden Globe.  Ampa boleh tengok kat sini :  JLO Golden Globe 2013

Nak story sikit pasai dress ni,  direka dan dibuat oleh Project Runaway punya alumni iaitu Michael Costello.  Dia buat dress ni and letak kat dia punya studio.  So,  apabila dia dapat call daripada celebrity stylist iaitu Ty Hunter yang nak mai studio dia and tengok apa-apa baju yang meleps dia ada,  so dia pun pasangnya dress ni particularly dibuat saja-saja dengan size yang betul betul muat untuk mannequin dia iaitu size 4.    Bila Ty Hunter tengok,  dia pun berkenan.  Makanya,  dipendekkan cerita,  Ty Hunter adalah stylist untuk Beyonce and keluar Knowles (termasuk adik dan maknya).  So diala yang bagi baju ni kat Beyonce.

Di Hollywood,  tugas seorang stylist adalah amat mencabar.  Especially celebrity stylist.  Tugas mereka bukan sahaja memastikan baju yang dipakai oleh seseorang selebriti tu cantek dan terkini,  malah dia juga bertanggungjawab untuk pi tengok apa design terbaru,  baju,  kasut,  clutch,  make up,  hair do and sebagainya.  

Contohnya,  bila mai satu big event,  i akan hire sorang stylist ni,  dia akan proposed la 2 ataupun 3 ensembles.  Why i said ensembles?  Sebab dia susun dah siap siap koordinasi dress,  rambut,  make up,  eksesori dan sebagainya.  Pada big event,  dia akan memantau proses mengandam selebriti itu dan memastikan imej selebriti itu adalah meleps.

Sebab baju mahai boleh dibeli oleh sesiapa sahaja,  tapi style,  taste dan gaya...tak semua orang ada :) 

Anyway,  tunggu album raya i tahun ni.



Paris Hilton in House of Milani
Dress ni pun ala-ala dress kak Beyons jugak.  Tapi nampak macam murah sangat u olls.  Maybe sebab dia sekeping takdak pungkok dan pinggang.  So dia nampak macam kayu berkertas warna glittter.



Katy Perry in Valentino
I sangat suka dress ni.  Sapa yang come up dengan idea dress ini sangatlah jinies.  I suka warna dia,  and make up and hair do kak Katy.  


Kacey Musgraves in Armani Privé
Kak,  orang tak pakai dah dress dress macam ni....sekian.



Iggy Azalea in Elie Saab
Pelik tengok perempuan ni. Tiba tiba pungkok besar kat tepi.  Sangat cheating lebih kat padding.  Dress ni.....biasa ja.  Macam jubah jubah putih tapi potong lengan.  Next.



Skylar Grey in Michael Costello
Dress ni macam diperbuat daripada parlak.  Ampa tau dak parlak tu apa?  Tikar minyak. 



Sara Bareilles in Blumarine
Tak tau pasaipa i tengok dia ni i rasa macam teringat kat katun Chicken Run.  Sila pecat stylist u sekarang.



Cyndi Lauper in Alexander McQueen 
Meletops tok ni pakai McQueen.  Kau ada??



Kelly Osbourne by Badgley Mischka
Oleh kerana rambut beliau adalah ala-ala baju putih terlebih nila,  oleh itu,  dia hanya boleh baju baju colour gelap macam ni saja baru nampak macam vouge.  Other than that,  dia akan nampak macam Jojo's Circus.



Queen Latifah by Carman Marc Valvo
I bara bila En.  Khafi kata bila dia tengok Queen Latifah malam tu dia kata "Hang mesti rasa hang macam deni kan???" Hareeeeeeeeeee....Mak lagi vougedevas okay.




Madonna in Ralph Lauren
Berapa umur Madonna?  97?  Anyway,  masa dia nyanyi dengan Macklemore...suara dia sangat kedengaran tua.  Sorry tok.



Fantasia Borinno
Dress ni macam something tak kena.  Nampak macma murah ja u olls.  Tak taula maybe colour ni terlalu dull untuk beliau.  Oh ya.....i lama tak kata benda ni.  Macam nak pi ziarah kematian sahaja.



Tia Carrere
NEXT.



Lorde
Deni kalau malam-malam lalu depan rumah aku,  mampuihla aku akan keriau surah Yassin kat tingkap.  Takut okay.



Ariana Grande in Dolce and Gabbana
Boring la u ollsss.  U olls kena revamp your gaya sikit.  Suara dah letopss.



Pink in Johanna Johnson
Makcik tarian kain gantung ini kekal nampak meleps dengan dress merah dari Johanna Johnson,  seorang deisgner dari Australia.


Miranda Lambert in Pamella Roland
Percubaan tidak berani mati.




Natasha Bedingfield in Christian Siriano
Warna dress ini tidak sesuai untuk beliau yang tiba tiba blonde pula.  Beliau nampak lebih pucat dan hampir hampir sopak.  Anyway,  dress ponco ini juga tidak cantek.  Nampak macam ahli sihir yang tersalah pilih dress.  And why the muka dia nampak macam SJP now? (in a bad way)



Giuliana Rancic in Alex Perry
Warna ini macam sesuai untuk beliau yang berkulit tanned ini.  Anyway dress ini juga padanan kain kain renda tau.  Ampa amati betul betul.  Tapi dress ini juga play safe oleh beliau.  Maybe dia hanya akan all out masa Academy Award next month.


Gloria Estefan in Gustavo Cadile
Dress ni cantek tapi sangat tok tok.



Colbie Callat in Ezra Santos 
Maybe kalau dia pakai push up bra dia akan nampak lebih vougedevas.  And tukar gaya rambut tu.  Nampak macam tiada effort langsung.


Tamar Braxton 
Biasa ja.  NEXT!


Alicia Keys in Armani Privé 
Dress ni pun biasa.  Sedihla.



Anna Faris in Fitriani 
Anna Faris lani muka pecah lobs.  Sekian.



Kathy Griffin
Ada lagi ka orang nak pakai dress anakonda macam ni?



Anna Kendrick in Azarro
Tak suka colour dress ni.



Bonnie McKee in Gustavo Cadile 
Siriesly deni macam Mystique dalam cerita X Men.




Paula Patton in Nicolas Jebran
Sapa perasan kat dada dress ni ada dua lion bertemu muka.  Kerlasss kan????? I suka dress ni.  Tak semua yang pakai dress ini akan nampak meletops.  Selain Paula,  kalau i pakai.....pun akan meletops juga.


Pharell William
Semua orang gelak topi deni.  Macam busut jantan.  Tapi come on...Pharell kot.  Dia pakai apa pun semua meleps.



Daft Punk 
Tahukah ampa bahawa dua mamat yang pakai helmet ni adalah pelakon sahaja.  The real Daft Punk duduk relaks sahaja tepi depa macam dalam majlis Grammy.  Hanya orang yang betul betul cool sahaja akan buat ni iaitu bayar pelakon pakai helmet and tolong amik award best record of the year kat pentas!!

The actual Daft Punk.




Macklemore and Ryan Lewis
Bagi akak..depa ni la man of the night!! Cayalah depa dorang.  Semoga terus terusan buat lagu yang best untuk kita semua.

Haria Penang Haria

$
0
0
Hariiiaaa Piii Harriaaa piiiii.....Hariaaa pi.....Hariaa Penang Hariaaa....

Sapa pernah dengar lagu ni????  Sebagai orang Penang akak sangat berbangga sebab anak watan Penang menghasilkan satu lagu meleps macam ni.  Lagu ni best and paling best depa rap dalam bahasa Penang.  Kerlas u olls.  Anyway jom tengok video depa and baca interview akak dengan depa.   Kerlas akak interview artist laniiiii!!!


Oh cup cup cup.....kepada orang orang bukan Penang yang tak tau apa maksud Haria...Haria ni macam perkataan kata kerja yang boleh digantikan untuk satu perbuatan yang agresif,  perbuatan yang kuat,  cepat,  dan tangkas.  Kita juga boleh gunakan perkataan haria untuk perbuatan negatif seperti memukul dan menyerang sesuatu tampa belas kasihan.

Contoh ayat 1 :

"Aku balik rumah time tengah lapar sangat sangat ni.  Pastu ada nasi kat atas meja.  Apa lagi,  i pun makan la nasik itu dengan lahapnya"

ganti perkataan haria

"Aku dah la duk lapiak bakhiang masa balik ghumah tengok baguih punya nasik dalca ataih meja.  Aku pun tak kira apa aku haria la nasik tu sampai habih...."

Contoh ayat 2 (negative exp)  :

"Turun kau Jebat.  Sudah berapa lama aku tunggu kau.  Mari turun ke bawah...kita lawan sama sama anak jantan.  Sudah lama aku menanti untuk beradu tenaga dengan kau Jebat," kata Hang Tuah.

ganti perkataan haria

"Hang turun Jebat.......hang jangan duk buat leceh.  Kalau hang bukan ponen hang mai turun bawah ni.  Aku dah lama nak haria hang!!," kata Hang Tuah.


   

Read the interview


JS  :  Siapakah pencipta lagu ini dan bilakah lagu ini diterbitkan? Sesi rakaman buat di mana? 
Sebenarnya lagu Haria Penang Haria merupakan lagu yang diterbitkan oleh saya sendiri (Nawi) dan di bantu oleh Al-Z yang juga merupakan jurutera bunyi untuk lagu ini. Lagu ini di cipta oleh Daney (Daney On The Beat), seorang pencipta lagu (beatmaker) yang berusia 16 tahun. Semua proses rakaman dan adunan muzik dibuat di IBP Studios yang juga menjadi 'publisher' untuk lagu ini. Proses rakaman hanya mengambil masa 1 - 3 bulan. Kami mengambil masa yang begitu lama adalah untuk memastikan lagu ini mencapai kualiti yang kami inginkan. Bagi proses music video pula, kami mengambil masa dalam 2 hari. Pengambaran dijalankan di sekitar bandaraya Georgetown, Stadium Bandaraya, Padang Kota, dan hanya pengambaran bersama WARIS dan Juzzthin yang juga merupakan artis undangan dalam video ini dijalankan di hadapan Stadium Bukit Jalil. Selain dari WARIS dan Juzzthin dijemput sebagai artis undangan, M.I.O artis dari Kuala Lumpur juga turut diundang ke dalam music video Haria Penang Haria.
Lelaki dalam gambar ini ialah Nawi.  Boleh follow dia kat Twitter @nawi24.  Cute jugak budak ni.  Ala-ala teddy bear u olls.



JS  :  Kenapa lagu ini diterbitkan? Ada inspirasi?
Lagu ini diterbitkan sebagai memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Pulau Pinang (Penang FA) yang baru sahaja naik ke Liga Perdana 2014 setelah menjadi juara di Liga FAM 2013. Kewujudan lagu ini juga adalah ingin menyuntik semangat kepada rakyat Pulau Pinang untuk turun ke stadium bagi menyokong pasukan negeri beraksi. Saya mendapat inspirasi lagu ini setelah melihat semangat yang ditonjolkan oleh Ultras Panthers yang merupakan penyokong tegar atau dikenali sebagai pemain ke 12 Pulau Pinang yang memberi sokongan tanpa henti. Saya melihat itu sebagai tamparan hebat buat saya sebagai rakyat Pulau Pinang untuk menerbitkan lagu ini sebagai sumbangan kecil saya kepada pasukan bola sepak Pulau Pinang.



JS  :  Siapakah penyanyi penyanyi (rapper) yang merakamkan lagu ini?
Al-Z dari kumpulan rap NtahSape2Ntah (NSSN) dan Muariffah dari kumpulan rap Lawa Nie Geng (LNG) merupakan artis yang turut berkolaborasi dengan saya di dalam lagu ini. Mereka merupakan pilihan artis yang saya mahu, kerana mereka berasal dari Penang dan mempunyai aura tersendiri untuk memantapkan lagu Haria Penang Haria. Lagu ini turut dijayakan bersama pihak Ultras Panthers dan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang.



JS  :  Bagaimana orang ramai boleh beli lagu ini? Maybe kat Itune? Or single CD?
Buat masa ini kepada anda yang berminat boleh dapatkan caller ringtones lagu Haria Penang Haria bagi semua syarikat tele komunikasi. Boleh dapatkan code untuk CRT di dalam MV lagu Haria Penang Haria by Nawi ft. Muariffah (LNG) & Al-Z (NSSN) (Search it at Youtube!). Kami akan memuat naik lagu Haria Penang Haria di itunes tidak lama lagi. Anda boleh like page saya di FB www.facebook.com/officialnawi dan follow twitter saya @Nawi24 untuk update terbaru mengenai muzik saya.



JS  :  Ada apa-apa program TV/gig / concert yang akan menampilkan lagu ini?
Kami masih baru dan masih dalam rangka promosi untuk lagu ini. Jadi, jika anda di luar sana mempunyi sebarang majlis ingin mengundang kami boleh email kepada saya: nawimail@gmail.com

Lirik Lagu Haria Penang Haria 
TU DIA HARIMAU KUMBANG DAH BANGUN,
TARING DIASAH, MASA UNTUK MENGAUM,
SETIA SEJATI BERSATU BERSAMA,
KIBAQ BIRU PUTIH KUNING DALAM SATU BENDERA,
KAMI DOK MAI, AMPA JANGAN BUAT LECEH,
NANTI KENA GELECEK, SAMPAI TAK DAPAT BOLA - CEK,
PENYUDAH DENGAN MUDAH, TENDANGAN PENALTI,
HARIMAU KUMBANG MENGGANAIH, AMPA JADI SAKSI,
DARI BAWAH KE ATAIH SAMPAI PUNCAK LIGA,
DARI DULU SAMPAI LANI KITA KEKAL LAGENDA,
SEMUA RAKYAT BERSATU, KITA TURUN PADANG,
PAKAT DOK SOKONG DARI PULAU SAMPAI SEBERANG,
ULTRAS BERSORAK, CHANT DI SETIAP ARENA,
CAKARAN MAUT, HARIMAU KUMBANG UTARA,
SINI STADIUM KERAMAT, INI BANDARAYA,
PERLAWANAN DAH TAMAT, HARIA PENANG HARIA!

[CHORUS]
HARIA PENANG HARIA X 4
 
MUTIARA BELUM PUDAQ NI DIA BAGUI PUNYA KILAU
RIMAU KUMBANG KLUAQ PULAU TENGOK SAPA BERANI HALAU
SATU STADIUM JADI HINGAQ DENGAN SUARA
SAMPAI BUAT KAPLA MATA LAWAN JADI CACA MARBA
ORANG KATA DEPA TAKKAN SAMPAI MANA
CUBA TENGOK SEKARANG KITA JUARA LIGA
RANCAK ATAS BOLA BARU NGANGA
BALIK BINTANG DULU KALA 98, 02
KIBAQ BENDERA BAWA PIALA KEMENANGN
DARI BANDARAYA SAMPAI STADIUM BATU KAWAN
GENDANG DARI PADANG SAMPAI PANTAI
BUDAK-BUDAK UTARA PAKAT-PAKAT BUAT RAMAI
BUNYI MASIH BERGEMA BIAQ BUKAN JUARA
ATAS PENTAS ARENA KITA MAIN MACAM BORIA
PEGANG CARTA TABIK MERZAGUA
LAUNG PULAU PINANG HARIA PENANG HARIA
 
[CHORUS]
HARIA PENANG HARIA X 4
 
DULU PUNYA KHABAQ LA NI TOKSAH DOK CERITA
KAMI SAJA BUAT GEMPAQ KAMI SAJA BUAT DRAMA
SAJA NAK KASI CHANCE AMPA SEMUA RANGKUL PIALA
MASA AMPA DAH TAMAT KAMI NAK GHAMPAIH SEMULA
SAYA BUKAN CERITA LEBAT NI BETUI SAYA HABAQ
NANTI SAMPAI SATU MASA AMPA SEMUA PAKAT KETAQ
MAI LA APA PUN SEMUA BENDA KAMI LANGGAQ
AMARAN DAH DIBERI, JANGAN KATA CHEQ TAK HABAQ
53, 54, 58, 74
EMPAT KALI ANGKAT PIALA MALAYSIA KAMI DAPAT
YANG LA NI LIGA SUPER SEMUA SEKALI DAPAT TIGA
CAMPUQ SEKALI KEMENANGAN LIGA FAM KELIMA
APA TUNGGU LAGI SEMBOYAN DAH KU BUNYI
LAUNGAN KATA KERAMAT SEMUANYA BERISI
WAHAI PULAU MUTIARA NEGERI PULAU PINANG
HARIALAH MUSUHMU
HAMBAT SEMUA KELUAQ PADANG 

[CHORUS]
HARIA PENANG HARIA X 8

Orait!!  Itu sahaja.  Apa pun....jom ramai ramai kita sokong lagu ni.  Ampa semua please lagu ni banyak banyak kat FB.  Bagi meletops.

Sekian.

ps/  I taste kat Muariffah!!

Love,
Jumie Samsudin

Sikit Sikit Takpa, Lama-Lama Kita Pasti Meletop

$
0
0
Hello u olls,

I nak share dengan u olls satu video menarik.  Sapa yang tak boleh tengok Youtube,  mai sini i nak cerita what is the story disebalik video bertajuk Boiling Frog Experiment.


Dalam eksperimen ini,  menunjukkan macam mana seekor kata (amfibia berdarah sejuk) yang akan lari daripada haba panas apabila badannya didekatkan kepada air yang sedang mendidih.

Tapi apabila dimasukkan dalam air sejuk,  katak itu kekal duduk diam.  Tanpa diketahui oleh katak,  si pengeksperimen telah membuka api dibawah periuk takungan air itu.  Maka perlahan-lahan suhu air itu menaik.  Tapi katak tidak menyedarinya.  Oleh kerana kata amfibia berdarah sejuk,  dia boleh adjust suhu badannya mengikut keadaan sekeliling.

Walaupun suhu air sudah mencapai 80 darjah tapi katak itu tetap muka macam relaks sahaja tak lompat pi mana-mana.  Walaupun tadi,  apabila didekatkan dengan air panas,  katak itu cuba melarikan diri.  Tapi dalam keadaan ini, katak kekal dikedudukannya kerana katak sedang mengadjustkan suhu badannya dengan air di dalam takungan itu.

Suhu air tetap menaik.  Sambil katak terus mengadjust suhu badannya dengan persekitaran,  tanpa disedari,  air sudah ke tahap 100 darjah iaitu tahap didih.  Maka masa itu,  katak dah tak sempat nak ubahsuai apa dah.  Dia pun mati direbus.

 

Click to read more




Kenapa saya share video ekseprimen ini? Adakah kerana tiba tiba saya feeling ahli biologi.  Tidak,  saya mengeshare video ini sebagai renungan kepada kita semua.  Ada banyak perkara yang berlaku disekeliling kita yang boleh saya kaitkan dengan ekseprimen ini.

Macam mana seekor katak akan cuba untuk adjust dan adapt dirinya dengan keadaan sekeliling tapi at the end of the day,  bila sampai satu tahap,  katak itupun terus menjadi air rebusan sahaja.


Contoh pertama,  dalam hubungan rumahtangga.  Apalah nasib kalau kita ada pasangan yang tidak boleh diharap.  Tidak tau menghormati hidup kita apatah lagi keluarga.  Berkira dalam urusan rumahtangga,  kewangan dan hal hal remeh seperti pilihan siaran TV di rumah.  Memang kasihan melihat insan yang hidup sebumbung dengan pasangan yang kaki buli.  Bukan buli secara fizikal sahaja tapi lebih sedih kalau kita tengok bulian secara mental.  Apa sahaja kita buat serba tak kena.  Ada sahaja komen dan kata-kata yang membuatkan semangat dan moral kita jatuh.  Bukankah dalam hubungan,  kita kena sama-sama memberikan kata semangat untuk pasangan kita.  Jangan terkejut kalau tiba tiba,  si dia terus angkat kaki,  bawak lari baju dan anak-anak,  hang cari satu Malaysia tak jumpa,  tau tau sahaja dapat surat cerai dari Mahkamah.  Memang ada insan insan yang sifatnya macam katak ini,  dia cuba sebaik mungkin untuk kekal dalam air itu walau semakin panas.  Tapi situ sifat katak,  sifat manusia,  sebelum dia mampus,  dia akan buat sesuatu.


Contohnya,  ditempat kerja.  Setiap hari boss kita bagi kita kerja.  Makin hari makin banyak kerja.  Tiada staff bantuan.  Tiada ruang yang kondusif.  Tiada masa yang mencukupi.  Dari sehari ke sehari,  kita cuba untuk selesaikan tugas kita sebaiknya mengikut ekspektasi boss kita.  Pada mulanya,  prestasi kerja kita akan semakin baik kerana kita sudah adjust cara kerja kita menjadi lebih efisyen dan pro aktif.  Tapi lama kelamaan,  oleh kerana faktor persekitaran yang tidak sihat seperti no moral support,  no cuti,  no kata dorongan,  no penghargaan,  seorang staff yang sangat bagus prestasinya boleh menjadi staff yang tahi.  Terperangkap dalam tekanan dan pastinya mengganggu kesihatan fizikal.  Silap haribulan,  seperti katak ini,  kita juga boleh mampus.

Contoh seterusnya,  berkenaan dengan harga barangan harian,  kos hidup yang makin meningkat.  Kita sebagai rakyat marhaen akan terus adapt dari sehari ke sehari.  Gaji tak lebih RM2000 tapi kos hidup RM4000 sebulan.  Korek sana kambus sini.  Kerajaan akan suruh kita berjimat dan bekerja keras untuk memastikan ekonomi keluarga terusan baik.  Tapi orang yang ada koleksi beg Burkins tidak akan tau perasaan orang macam kita.  Mungkin hari ini,  rakyat Malaysia masih boleh adapt dan bersyukur dengan apa yang ada.  Tapi satu hari ini,  bila keadaan menjadi terlalu kronik.  Saya sendiri takut nak tulis natijahnya.  I love my country so much.

Sekadar berkongsi pendapat saya ini dengan anda semua yang sudi membaca.  Adakah anda mangsa buli dalam rumahtangga?  Terlalu dibebankan oleh tugas kerja yang tiada akhirnya?  Sampai bila u guys mampu pertahankan senyuman dalam air panas itu?  Gembirakah?

I let u answer the questions.


ps/  Sorry i tak layan sifat sifat puki yang sendu.


Love,
Jumie Samsudin

Cerita Jebat dan Ariana Rose

$
0
0
Hello u olls,

Sekarang ni boleh kata hampir 90% wanita wanita Malaysia sendu hampir setiap malam kerana feeling menonton drama TV yang berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Nelydia Sendrose dan Sharnaaz Ahmad (orang kampung I, anak Bashir Ahmad). And satu lagi drama iaitu Ariana Rose lakonan Keith Foo dan Nur Fathia. Yang letopsnya, bapak I pun bila mai rumah we olls feeling suruh bukak cerita Jebat and Ariana Rose ni. Takut terlepas katanya.


So adalah hamba Allah yang wassap akak dan suruh I review pasai drama ni. Maybe dia tak tau taste i macam mana. I pun katalah, "Sorry nyah mak tak tengok cerita feeling macam ni,"

Click to read more

Tapi akak tak layan bukan sebab akak tak layan drama Melayu ya. NOO!! Akak suka kot drama Melayu. Tapi akak memilih genre. Kalau genre yang very the bukan berkenaan dengan cinta terlarang, wanita terinaya, cinta anak orang kaya dan anak orang biasa dan apa-apa seangkatan dengannya memang akak tidak akan layan. Kenapa akak tidak layan? Adakah kerana taste akak terlalu tinggi dan feeling Hollywood sahaja. NOO! Akak tidak layan cerita cinta sendu begini kerana akak tidak mahu menyajikan hati dan jiwa akak dengan fiksyen sendu sendu macam ni.


Natijahnya bila tonton cerita sendu macam ni, kita pun akan jadi sendu. Kita akan feeling senyum sorang-sorang depan TV. Kita akan feeling nak dicintai macam tu. Kita akan feeling marah bila ada konflik padahal konflik tu semua adalah konflik sendu yang semuanya boleh diramal dengan senarai cliche sinopsis cerita drama cinta Melayu.

The last drama bersiri cinta yang akak tonton dahulu kala ialah Rosalina Ayamor!! Tapi tu bukan cerita Melayu. Itu cerita Mexico. Akak pun feelinglah bubuh bunga rose sahaja kat telinga bila keluar cekcur. Ada orang kampung i pun panggil i PALOMAAA!!!! Masa tu umur akak 18 tahun, kerja sebagai pembantu kedai di butik pengantin Kak Nani Bayan Baru. I ingat lagi episod akhir Rosalinda, i sanggup curi tulang pi kedai spa sebelah sebab kedai dia ada TV. Akak pun feeling la tengok Rosalinda dan Fernando José Altamirano kawen kat gereja.....



Sejak tu akak memang tak tengok dah drama bersiri. Sebab akak tak mau terjerumus dalam kancah kebelungguan, penungguan, sengsara jiwa akibat kisah kisah sendu ini. Hormon akak dah la tak stabil. Ini tak tengok drama feeling pun akak hari hari berdrama kat rumah. En. Khafi (suami akak), pernah berkata dalam satu perbualan kami.

"Pasaipa abiang jarang dan tak berapa suka mai tengok I berlakon teater," kata I sebab dah banyak kali i berlakon teater. Dia pernah mai tengok i berlakon sekali ja (Kasanova).

Ampa tau dia kata apa?

"Halaa....hang hari hari kot duk berlakon drama kat rumah. Perlukah aku tengok teater pulak??"

Okayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Jawapan yang amat menyentapkan.

Inilah jawapan panjang mengapa akak tak berapa layan cerita drama Melayu. Bukan sebab cerita itu tidak bagus. Lakonan pelakon kita meletops juga. Walaupun ada juga yang nan hado. Sebab kita selalunya cari pelakon berdasarkan pilihan wanita wanita posing di swimming pool dalam Mangga dan bukan berdasarkan memberikan peluang kepada anak-anak muda keluaran institusi seni negara yang banyak pengalaman di pentas teater.

Saya tidak menonton drama Melayu kerana saya tidak suka genre cinta sendu.

Baru baru ini, ( a few years ago), akak ada ikut satu drama TV Melayu. Yang ni memang akak suka dan sangat follow. Yang ni memang tak kena mengena dengan genre cinta. Ini tentang kisah masyarakat Islam yang ekstrimis. Lakonan Eman Manan, Fauziah Ghouse, Nur Fazura dan Emma Fatimah. Tahajjud Cinta!! Fuh. Cerita ni memang best. Harap sangat ada sambungan cerita ini. Cerita macam ni i suka.  Cerita ni pasai kuasa gender,  politik agama dan kekeluargaan.


I suka genre sejarah, masyarakat, kisah benar, penyiasatan, hantu-hantu, misteri, kekeluargaan, wanita and sometime....comedy :) Antara drama bersambung yang i follow adalah Walking Dead, Madmen, American Horror Story, True Detective dan macam-macam lagi yang popular kat TV. Reality show pun i ada ikut juga. Not KIM KARDASHIAN or Guliana Rancic. Depa tu macam bodo bodo semua. I suka, Duck Dynasty. HAHAHAH.

Okaylah, kalau esok lusa penerbit drama TV Malaysia berani melabur untuk storyline macam ni i akan sokong and follow. Sekian dulu. Akak tak kisah u olls nak feeling-feeling dengan Jebat ka apa semua. Tapi kalau u olls feeling saja tengok cerita macam ni, tapi pengajarannya u olls tak boleh nak serap secara positif. Buang masa sahaja u olls.

Sekian, terimalah gambar Fernando Jose berseluar dalam.

Love,
Jumie Samsudin

 





Viewing all 1800 articles
Browse latest View live