Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Mengdelete Kenalan Di Facebook

$
0
0
Berapa ramai Kawan you olls dalam Facebook?  Ramai?  Yes,  akak tau memang ramai.  Akak start pakai Facebook lebih kurang since 2008 masa tu Facebook baru nak masuk kat Malaysia.  Sebelum ni semua gila Friendster and MySpace. 


So disebabkan akak main Facebook sejak 2008 maka tidak dinafikan akak punya Facebook friends punyalah ramai.  And memang sejak dulu akak ni jenis tak berapa nak kisah pun sapa sapa jer nak add akak approve jer.  Takder peraturan khas penapisan.


Pikiaq positive masa tu akak duk buat business wedding planner dengan my sister,  pastu akak duk buat make up,  tulis blog...so I think mempunyai rakan Maya yang ramai boleh Bantu untuk marketing jugak.  Yes,  ternyata betul dan akak akuinya.


Dan sekarang,    hari demi hari, minggu demi minggu, bulan berganti tahun, akak rasa Kawan akak kat Facebook dah terlalu ramai sebabnya kita kan duk feeling pi aktiviti sana sini,  perjumpaan,  kenduri kendara,  mesyuarat / program di tempat kerja....so bila terlibat dengan aktiviti seumpama demikian kita pun add la kawan-kawan baru alog the way. And Kawan kat Facebook kita pun dah makin ramai.


Bila friends kita dah cecah 5000 orang secara otomatik Facebook akan sekat kebolehan penggunaan untuk akaun kita.  We cannot add more friends,  and kalau tak salah akak,  nak komen,  nak mesej and nak apa sahaja kat Facebook secara otomatik disekat.  Sebab pernah terjadi kat akak.

Mau tak mau,  akak terpaksalah delete from time to time.





So dulu akak feeling la bubuh kat status "Okay U olls...akak sedang mendelete / unfriend kawan-kawan kat Facebook ni...sorry ya kaalu I unfriend you,"


Feeelinggggggg macam aku popular teruk macam artist kan?  Masa tu tak sedar diri lagi.  Duk rasa diri best macam mana ka Tuhan boleh buang orang sesuka hati. Aneh manusia ni ( tiru ayat mama Regina...hahahaha)


Pastu bila tengok kawan-kawan pun duk buat status yang sama akak rasa macam oh shit,  sounded so tak bestnya tulis macam tu.


So sekarang ni,  sumpah lillahi,  adalah menjadi aktiviti harian akak jugak untuk membuat sesi mengdelete Kawan kat Facebook tetapi modus operandi nya adalah secara rahsia dan senyap-senyap.
Tau akak buat macam mana?


Hari - hari kan Facebook akan announce birthday sapa hari ni? Haaa akak akan bukak tu and check mana nama-nama yang akak tak pernah tengok sebelum ni,  tak pernah berinteraksi dengan kita kat Facebook,  tak ingat pun depa ni sapa,  profile gambar katun ataupun pemandangan ( nak main Facebook tapi nak rahsia), haaa akak akan unfriend depa depa ni.


Akak rasa inilah cara yang terbaik sebab kita pun nak add kawan-kawan baru jugak yang semestinya kali ini kawan-kawan yang memang penting dalam contact kita. Bukan sekadar nak add untuk buat ramai.


So itulah sahaja yang akak nak share dengan you olls.  I know it's important for you to maintain you Facebook account macam maintain email inbox kita.  Tapi tak perlu la kot nak announce-announce kita nak delete.  Aku kalau tengok orang duk announce-announce macam ni kat Home Feed and hang pun memang aku tak kenai...aku nanti unfriend hang dulu siap-siap. Hehehe.



PS / kisah PERTEMUAN dalam naskah CERPEN by Regina Ibrahim sangat berkaitan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>