Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Adik Ipar Yang Suka Melawat

$
0
0
As salam Jumie,

Saya ada satu problem yang maybe pada orang lain tak lah besar sangat. Tapi pada saya semakin hari semakin besar. Mohon pandangan dari Jumie & sesiapa sahaja yang ada pengalaman macam ni.

Saya dan suami kedua bekerjaya dan mempunyai jadual kerja yang agak sibuk. Kami boleh spend time bersama dengan anak-anak pada hari minggu je. Masalah di sini, saya mempunyai seorang adik ipar yang stay dalam negeri yang sama yang setiap weekend mesti nak datang lepak-lepak di rumah kami.

Seriously saya sebenarnya sangat tak kisah kalau kadang-kadang je. Tapi ini setiap weekend tanpa gagal. Kalau kami takde rumah sebab outstation atau balik kampung dia akan datang juga naik teksi sebab dia dah ada kunci rumah kami. Jumaat husband saya kena jemput dia dan Ahad kena hantar dia balik sebab dia takde transport.

Oh ya, adik ipar saya ni lelaki. Atas sebab itu menjadi satu faktor saya agak kurang selesa bila setiap minggu dia ada. Sebab saya kena jaga aurat. Bertudung 24 jam sehari dalam umah dengan cuaca sekarang yang macam dekat tengah padang pasir. Saya memasak di dapur dah macam saya yang kena masak, punya panaih. Kemas rumah dan nak menyusu anak agak kurang selesa. Kami dah sediakan dia satu bilik siap toilet dalam bilik. Tapi dia tetap suka lepak depan TV dekat ruang tamu dari pagi sampai malam dan konker TV dengan siaran sukan 24 jam. Tak dapat la saya nak lepak-lepak malam minggu dengan family tengok drama gitu. Nak tengok TV berdua duaan dengan suami bila anak dah tido pun tak boleh. Hari keje masing-masing sibuk jarang sangat dapat spend time dengan family. Sedih kan..

Akhirnya yang jadi, suami join adik dia duduk tengok TV di hari minggu, saya banyak masa terperap dalam bilik je dengan anak-anak sebab tak selesa nak duduk depan dengan pakai tudung dalam rumah sebab panas. Ruang tamu takde air cond.  Begitulah setiap minggu. Saya rasa macam dah makin jauh dengan suami sebab hari keje memang jarang dapat komunikasi, hari minggu masing-masing buat hal
sendiri. So camne.. ermm..

Saya pernah usulkan pada suami pasal masalah ni. Tapi suami serba salah nak buat apa sebab tu adik dia dan ni isteri dia. Atas faktor kesiankan suami tak nak dia pening pikir masalah ni saya terpaksa buat biasa berlakon macam tak kisah adik dia selalu datang walau hakikatnya saya sangat tak selesa.

Mohon pandangan macam mana saya nak buat tanpa menguris hati sesiapa pun. Sebab saya rasa kalau berlarutan dan terus memendam rasa takut satu hari nanti jadi kot lain pula.

Tq Jumie sudi baca email saya dan sudi bagi pandangan..

Wasalam.

Love,
Sarah




Dear Sarah,

Thank you for sharing this.  Seperti yang u olls sendiri kata,  masalah ni takdak la besar sangat tapi pelan-pelan akan menjadi besar dan boleh menjadi punca kepada masalah-masalah yang lain.

Since u olls tak bagitau berapa umur adik lelaki you olls,  so I agak-agak sendirilah.  Mesti umurnya antara 20-25 tahun.  Dah bekerja tetapi masih belum ada pengangkutan sendiri.  Atau juga mungkin masih dalam pengajian.

I rasa adik ipar you olls takdak la menyebabkan masalah besaq like duk bagi rumah semak,  curi barang ka,  atau bagi you olls laki bini bergaduh.  Itu semua antara contoh tak baik yang kita kalau boleh tak mau la terjadi.  So masalah u olls,  its just you tak selesa.  Sedangkan husband and maybe anak-anak happy dengan adanya uncle depa.

So cadangan I olls adalah,  why not,  kalau you olls rumah dua tingkat,  habaq siap-siap kat adik ipar,  tingkat atas adalah zon you olls dan anak-anak.  Adik ipar tak boleh nak naik sebab you mungkin tidak menutup aurat.  Pasanglah semua aircond dan TV apa semua dengan Astro so that you boleh enjoy dan lepak di atas.  Tapi bab memasak dan kemas rumah,  you cakap kat your husband..........I KEMAS ATAS...YOU KEMAS BAWAH.......Masak...beli kedai! HAHAHAH

Tapi cadangan I olls kat atas ni hanyalah bersifat sementara,  mesej utama tak sampai.

Actually takdak cara lain yang boleh u olls buat supaya tidak mengguriskan hati sesiapa,  sebab kot mana pun u olls sendiri kena berterus terang dalam perbincangan 3 pasang mata,  you,  suami dan adik ipar.  Biarlah ada hati yang terasa hari ini, daripada ada hati hati yang akan terasa pada hari esok.  Terutama sekali hati you olls yang semakin lama semakin terkongkong dan tidak selesa walaupun hakikat itu adalah rumah you olls sendiri.

Seharusnya,  adik you olls,  yang bujang trang tang tang ni,  HANG TAKDAK LIFE KA SAMPAI TIAP-TIAP MINGGU HANG MAI DUDUK DENGAN ABANG HANG?  Maksudnya,  hang takkan takdak kawan sendiri,  kawan-kawan jantan hang la...pi melancong ka,  pi hiking ka,  pi roadtrip ka?  And takkan hang takdak GF ka pi jalan-jalan dengan marka pada hujung minggu?

So takdak cara lain yang boleh I olls cadangkan kecuali you olls bertiga duduk sekali dalam satu perjumpaan kat rumah you olls,  dan you sebagai suri di rumah itu memulakan kata.  Maybe mulakan dengan you olls memasak benda yang sedap-sedap,  bagi dia happy apa semua,  pastu start sembang benda-benda happy yang dia suka.  And later,  barulah you olls bersuara "Akak ada benda nak cakap ni....minta maaf la kalau akak terpaksa berterus terang.  Akak dah pernah cakap dengan abang kamu tapi mungkin abang tak tau yang akak ni siries.....tapi setiap minggu akak duk kena pikiaq benda yang sama,"

And then you pun sambung la terus bercakap........cakap elok elok.  Jangan lupa untuk keep on tegaskan,  bukan akak tak suka kamu datang tapi pada masa yang sama akak jadi tak selesa sebab hujung minggu akak macam takdak time nak spend betul-betul dengan keluarga akak.

Sorrylah I olls punya cadangan ni memang straight forward sebab I olls punya pendirian dari dulu pun,  buat apa duk sibuk jaga hati orang,  orang tak tau nak jaga hati kita?

Apa pun,  kepada pembaca-pembaca blog akak yang bujang ni semua,  tak kira la hang laki ka pompuan,  jangan duk setiap minggu duk tersadai kat rumah orang!! Tak kisahlah orang tu adik beradik hang ka,  sepupu ka,  tok menakan ka,  dan tak kisahlah orang tu bujang or dah kawen,  TU RUMAH ORANG!!!  Lainlah tu rumah mak bapak u olls sendiri.

Macam akak dan suami akak ni,  haaa...dulu mak dan bapak akak duduk sendiri,  so masa depa duduk sendiri,  abang I boleh kata hari-hari akan pi jenguk parents I kat rumah depa.  But now,  my parents duduk dengan akak dan En  Khafi,  so secara tak langsung abang I pun jarang-jarang mai rumah I.  Bukan sebab I dan Khafi dah ada untuk tengok parents kami,  but because ini adalah rumah I olls dan suami juga.

Haaa ko paham??????

ps/  Sarah...dah susah-susah...bila artikel ni dah terbit,  you print and bagi adik ipar you baca.  Se me nang mang.

Love,
Jumie Samsudin



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>