Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Gathering Raya Anak Ayam JS 2016

$
0
0

Hello u olls,


Baru-baru ini pengakhiran bulan Julai,  ramai yang berpusu-pusu untuk mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri.  Akak terima satu jemputan daripada kawan akak Azli Daud yang tak pernah lupa menjemput akak saban tahun,  tapi tahun ni tak dapat nak pergi sebab memang dah janji buat plan gathering raya Anak Ayam JS di rumah salah seorang anak ayam akak iaitu Tengku Zaren Badlishah Almarhum Tengku Jalil.  Alhamdulillah,  beliau yang kini telah hampir 3 tahun menetap dan membina kerjaya di bandar diraja Kuala Kangsar ini telah pun berjaya membeli sebuah rumah di sini.  Of course lah area Bukit Chandan,  area raja-raja u olls.


Asalnya kami semua nak gathering dalam Penang sahaja,  nak cari banglo apa semua bagai.  Tapi nahariam banglo kat Penang semua mahal macam gila,  caj sewa satu malam dah boleh buat belanja bil rumah akak sebulan.  Maka,  kami pun tukar lokasi and why not,  since beliau pun baru saja membeli rumah baru,  kami pun berkumpul di sana.


Nothing much pun nak story kat hangpa,  yala,  kami jumpa pun gelak-gelak,  makan-makan and gelak-gelak lagi.  Sekali sekala saja keluar bunyi notifikasi look around yang seharusnya membuatkan akak rasa macam nak tampar muka depa ni sekor-sekor.   Mula-mula kami ada la pasangan angan-angan Raja Emma nak pi mandi air terjun la, apa la.  Tapi nenjia semuanya punggah,  disebabkan ada antara kami yang buat kali pertama bertemu muka,  ada pulak yang hampir 7 tahun tak jumpa,  haruslah perjumpaan ini menjadi riuh rendah sampai tak menyempat untuk aktiviti outdoor.





But here some of the pictures yang akak saja nak share dengan u olls semua.



Proud MOTHER ! Akak di tengah diapit oleh anak-anak semua.  Alhamdulillah ini antara anak-anak yang masih sedar diri dan tak derhaka dengan akak la.  Sejukla pepek selama ni duk tolong beranak depa ni semua sekor-sekor.  Ada yang beranak normal,  ada yang kena caesar,  ada yang bayi tabung uji.  

Tapi apa pun,  tengokla semua badan tembun-tembun ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM.  

From top left,  Taufiq and Rozi,  Yuss and me,  Rozi and Nizal.
From bottom right,  Taufiq and me,  Yuss and Rozi and Azmi with me.


Akak berposing bersama tuan rumah.  Apa pun tahniah akak ucapkan kepada Tengku Azren sebab telah berjaya membeli sebuah rumah sendiri.  Rumah teres ini mempunyai 4 buah bilik tidur,  2 bilik air,  1 ruang tamu,  1 ruang makan dan dapur.  Sangat selesa,  ber-air cond lagi u olls.  Itu yang kami semua jadi baloq liat nak keluar rumah.


Apa pun Rozi paling over,  dia sorang yang keluar rumah semata-mata nak posing ni dengan memakai spek mata hitam.  NAHARIAM!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>