Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Jumpa Zaki Bijak di Penang

$
0
0
Me and Zaki Bijak.

Hello u olls,

Ini adalah cerita lawak yang sangat menarik untuk akak kongsikan dengan u olls.  Pada hari yang sama akak membawa anak-anak Jepun dari Toyo University berjalan-jalan keliling bandar Georgetown,  akak telah bertemu dengan seorang lelaki istimewa yang membuka mata dan juga memberikan satu suntikan semangat kepada akak.  Haruslah akak share dengan hangpa semua kisah pertemuan yang agak lawak ini.

Seperti hangpa semua tau,  akak bawak budak budak Jepun tu jalan jalan Georgetown Heritage Trail katanya.  Dari Campbell Street,  kami jalan kaki nak pi Armenian Street,  tapi sesat kot belakang Lumut Lane,  pastu pusing pi Little India,  then jalan terus ke Padang Kota,  and dari Padang Kota,  kami merentasi Beach Street,  cross over Victoria Street dan sampai ke Clan Jetty.  Semuanya lebih kurang 4 kilometer (mak kira guna Google Maps).  Penat jangan cakap lah kan.  Dengan panas macam praktis neraka.  Budak budak Jepun ni pulak,  ada yang mengada macam pepek,  sat sat berhenti nak touch up make up.  Kurkis betul.  Kita ni duk berpeluh macam macam kelenjar peluh reject,  depa boleh duk touch up make up.




Gambar gambar sadis akak yang dirakam oleh Kak Maya.  Kesian pompuan ni,  daripada bekas Miss Venezuela 2009 terus jadi pelarian Rohingya.

So akhirnya bila akak dan Kak Maya tiba di area Jetty Clan,  mak cakap kat anak anak Buddies USM mak, "Hangpa bawak la depa depa ni pi Jetty Clan.  Kot kot depa nak shopping ka sana banyak jual barang sourvenir.  Takpa,  saya tunggu sini,  nanti 5 pm kita tunggu di bus stop Ho - Ho depan jeti feri," students Buddies USM menurut perintah mak dengan rela hati. Ho Ho adalah singkatan untuk bus Hop On Hop Off Penang.


Bila mereka dah beredar,  akak dan Kak Maya pun singgah di sebuah kedai menjual buah - buahan di persimpangan Jalan Victoria.  Tengah kami relaks menikmati kipas angin di dalam kedai buah ni,  tiba-tiba datang seorang budak lelaki Melayu bertanyakan soalan pelik kepada si penjual buah berbangsa India ( tapi sejak tadi mak dengar dia cakap Hokkien je,  indahnya orang Penang yang begitu majmuk ) 


"Nak tanya,  kalau nak pergi Bukit Bendera,  lalu jalan maner?" tanya budak lelaki Melayu tu dengan slend KL.  Mak pun bingkas bangun sebab terlampau pelik.  Ini memang sah sah pelancong habis sesat dah.  Akak pun keluar daripada kedai buah dan mendekati mamat tu.  Kurus orangnya,  berpakaian standard seorang pelancong bag pack,  bercermin mata.  Dia nampak penat dan gelisah.  Kak Maya stay duduk dalam kedai buah seperti seorang mem - mem besar.


"Hang nak pi Bukit Bendera naik apa?" tanya akak kepada pemuda itu.


"Naik orang," 


Aku tanya elok elok,  hang duk buat jawab kurang ajar pulak.  Ada ka naik orang ???  Aku tau la naik orang,  takkan nak naik  unta.  Maksud aku,  hang nak naik bus ka,  hang ada kenderaan sendiri ka?  Itu maksud aku.  Aku tau la hang pun penat and panas,  hang ingat aku tak penat dan panas ka duk melayan budak budak Jepun yang hanya faham 20 patah perkataan Inggeris dari pagi ??


Apabila akak mendengar jawapan ringkas daripada pemuda ini,  secara tak langsung darah akak menyirap naik.  Nahariammm deni.  Aku tanya elok elok hang boleh nak buat lawak pulak.  Hang tau dak aku sapa kat sini ?  Sekali aku amik spek mata hang,  aku duduk ataih spek tu,  pastu spek hang pecah,  hang buta sampai tua!!  


Aku dah start rolling my eyes out ke tepi,  tak boleh nak tengok budak ni lama  - lama.  Satgi teruk budak ni kena dengan aku.  Tapi entah macam mana,  aku terperasan kat tangan dia ada kotak.  Sekeping kotak yang tertulis sesuatu di atasnya. 


"Ooooo hang nak hitch hike ka?"


Pemuda itu mengangguk.  AHAHAHAH.  Nasib baik laaaaaaaa nampak kotak tu.  Mak secara otomatik faham sangat kehendak pelancong di Pulau Pinang yang pelbagai karenah dan cerita ni.


"Hang kalau nak pi Bukit Bendera hang tak boleh berdiri sini,  hang kena jalan ke arah matahari terbenam.  Sebab Bukit Bendera ada di arah situ.  So any jalan yang menghala matahari terbenam adalah jalan yang betul untuk pi Bukit Bendera,"


"Aduuiiiiii...aku dah sesat teruk dah ni......Arghhsss....tensyen nyaa....penat.........aku dah jalan jauh dah.  Pusing - pusing.  Salah jalan lagi," pemuda itu merungut sendirian.  


"Aku tengah kerja.  Kalau tak aku boleh je hantar hang pergi sana.  Hang naik la bus,  dari sini ada banyak bus pi Bukit Bendera,"


"Tak boleh.  Aku hanya boleh tumpang sapa-sapa pergi tempat yang aku nak pergi,"


"Hang ni dalam misi apa?  Hang ada special cabaran ka? " tanya aku spontan.  Ternyata kalau pelancong lokal nak buat benda benda pelik ni mesti ada misi tertentu.


"Baca kotak ni," kata pemuda ni sambil menunjukkan sekeping kotak tertulis MALAYSIA CANCER FIGHTER.  


"Hang cancer apa?" tanya aku selamba lagi. 


"Lymphoma.  Sejenis cancer darah"


"Macam luekimia ka?"


"Lebih kurang la jugak......" masa tu la mata aku lebih tajam memerhati pemuda kurus ini.  Disebalik cap yang dia pakai,   kepalanya botak.  Tangannya juga ada kesan-kesan luka,  tapi yang tu tak tau la adakah kesan penyakitnya atau sebab kehidupan sebagai pelancong hitchhike yang mencabar.


"Waah....baguihnyaa......hang dah pi berapa negeri ?"


"Dah banyak juga.  Cabaran aku nak hitchhike satu Semenanjung.  Aku start dari Bentong,  Pahang,"


"Gilaa laaaa......hang duk ada cancer boleh pusing Malaysia secara hitchhike.  Aku migraine sikit dah EL tak pi kerja," 


Pastu kami dorang gelak lagi.


"Kalau nak pergi Bukit Bendera atas tu ada aper ehk?"


"Macam macam ada.  Kalau hang nak pi kena cepat,  last train pukul 930pm.  Naik atas tu ada pemandangan la cantek,"


"Aku nak cari landmark.....kat mana lagi aku boleh pergi dalam Penang ni?"


"Nooo nooo !! There is a saying,  if you never been to Bukit Bendera,  you've never been to Penang.  So hang kena jugak pi Bukit Bendera,"


"Okay okay...so aku kena lalu kat jalan ni ehk?"

"Yes....hang jalan sini straight jaa....wehss...tunggu tunggu...sat......," aku berlari masuk ke dalam kedai buah.  "Kak Maya....mai tolong I sat amik gambar," kata ku kepada Kak Maya dalam bergegas.  Aku capai name card holder dalam bag aku.  Aku keluarkan sekeping name card Jumie Samsudin,  Penang Malay Blogger yang aku baru print.


"Wehs...ini name card aku.  Nama aku Jumie.  Aku blogger from Penang," kata ku kepada pemuda tu sambil menyerahkan name card ku dengan kedua belah tangan ku.  


"Mak aiiiii...dia ni !!! Dah sembang lamer baru nak kenalkan diri dia siapa.  Aduuuh !!! Jom jom amik gambar," kami pun merakamkan gambar kami berdua sambil memegang kotak di tangan kami.  Kak Maya membantu merakam gambar menggunakan Iphone lelaki itu dan juga camera Canon milik ku.


"Nanti aku whatsapp ko terus k," kata pemuda itu lelaki yang aku baru realized aku lupa nak tanya nama dia.


"Wehs nama hang apa?"


"Zaki,"


"Okay okay......,"


"Aku jalan ke arah sini.  Arghhhssss...penattt gilerrr.....tensyen tensyen," pemuda itu terus mengomel.  Dia berjalan ke arah yang aku ajar tadi.  Menjinjing beg spisyis orang travel selalu bawak tu,  tengok beg itu padat.  Kurang kurang mesti 15 kg.  Dia semakin jauh meninggalkan kami.


"Wehs...hang kena jalan ke arah sana tapi kalih kot sini...baru orang nampak hang punya card," aku menjerit dari jauh.  Dari jauh aku nampak dia membuat reaksi muka penat dan tensyen.  Aku jerit lagi , "Wehs...blah laaa...hang dah pusing satu Malaysia...nak pi Bukit Bendera hang duk buat penat....come on you can do it !!!"



Sekianlah kisah pertemuan aku dan Zaki Bijak,  later aku follow dia dalam Instagram dan Facebook dengan mencari #MalaysiaCancerFighter.  Hangpa boleh follow kisahnya dalam Instagram dan Facebook miliknya juga.  Misi #MalaysiaCancerFighter telah tamat dan dia telah pulang ke kampung halamannya pada awal September 2016 yang lalu.  Aku dah balas Whatsapp dia dan aku cadang dia buat satu catatan perjalanannya dalam bentuk statistik, contohnya,  berapa negeri dilalui,  berapa bandar dijejaki,  jumlah kasut yang rosak,  berapa rumah ditumpangkan,  berapa masjid disinggah,  berapa kereta ditumpangkan,  berapa lori ditumpangkan,  etc etc etc


Mana nak pi tau,  dengan adanya statistik ini,  ada orang nak sponsor Zaki Bijak declare pencapaian dia dalam Malaysia Book of Records.  Sekian sahaja catatan akak.  Thank you Allah sebab kali kedua dalam pengembaraan akak (on cavation of some sort ),  bertemu dengan insan yang memerlukan akak 'menceritakan kisahnya' kepada semua kawan - kawan akak.  (Before this,  i met Rahman Rohingya di Langkawi ?)  Adakah ini mesej tersembunyi daripada Yang Maha Esa yang mengkehendakkan akak untuk lebih jauh mengembara ?  Gicccuuu !

Perjuangan Zaki Bijak dalam pengembaraan ini bukan sahaja membuktikan yang kanser adalah tiket untuk mati tetapi memberikan satu tamparan hebat kepada akak bahawa migraine bukanlah alasan hang untuk EL tak pi kerja lagi.  Sekian !!


Follow Zaki Bijak on Social Media





some of his pictures taken from his social media









Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>