Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

RIP Brangelina

$
0
0
Babak pembukaan dari filem Mr & Mrs Smith.

Tarikh 15 September,  Hollywood dan seantero dunia telah digegarkan dengan berita tentang perpisahan Angelina Jolie dan Brad Pitt pasangan royal Hollywood yang menjadi kesayangan ramai peminat.  Angelina Jolie yang mengefail tuntutan cerai dan katanya,  Brad Pitt sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk isterinya untuk memberikan peluang kepadanya.  Tapi rasanya u olls,  Kak Anjie tetap akan pergi meninggalkan jantan ini.  Bapak dia sendiri pun dia pernah buang,  sampai tak mau guna surname,  apatah lagi lelaki yang selama ini mak rasa dia pakai sebagai aksesori hidupnya.


Persoalan yang menjadi tanda tanya semua orang adalah,  pasaipa dia nak blah ?  Akak pun cepat-cepat membuat siasatan dan membuat bacaan rapi dalam laman-laman gossip,  ada dua cerita.


Pertama. Brad Pitt gaduh dengan anak lelaki depa yang paling tua,  Maddox.  Tiada pergaduhan fizikal,  hanya bertengkaq mulut orang Penang kata.  Cumanya,  yang jadi lawak adalah berita ini sampai ke pihak berkuasa sampai polis mai buat siasatan kat rumah depa.  Aku tak tau la nak kata depa ni memang super dahsyat punya jaga rakyat jelata depa,  ataupun punya super bodoh sebab benda bangang macam tu pun depa nak mai siasat.


Kedua. Aku rasa benda ini adalah lebih aku percaya adalah the fact that Brad Pitt sampai lani masih tak boleh nak buat habit dia suka duk pi enjoy,  menyebabkan Kak Anjie dah jadi fade up.  Baru-baru ini,  ada rumors mengatakan yang Brad Pitt sedang menjalinkan hubungan intim dengan partner lakonannya,  Marion Cotillard dalam filem terbaru iaitu World War II.  Tapi actually selepas Kak Anjie gigih memasang beberapa penyiasat peribadi,  dia mendapati bahawa Abang Brad duk berfoya-foya ketika di set penggambaran.  Dalam satu laman blog gossip yang akak baca,  dilaporkan begini  "The atmosphere [off-set] was full of hard drugs and Russian hookers, and Angie was told Brad got caught up in it,’


click read more

Aiiiyooooo !! Mak rasa mak percaya pada reason kedua kerana sebagai seorang pelakon hemsem yang mempunyai title superstar di Hollywood,  banyak cabaran dan tekanan yang depa kena tanggung.  Especially apabila meningkat usia.  Abang Brad dah masuk 50s u olls,  walaupun dia masih kendu,  tapi mak rasa dia dah mulai perasan yang dia bukan lagi hero muda trang tang tang yang akan menjadi pilihan utama.  So mak rasa,  dia duk lalui midlife crisis.


Mungkin sebab dia duk banyak kali duk buat perangai teruk sebab tu la sampai boleh bergaduh dengan anak angkat depa,  Maddox.  Kot kot la,  Maddox duk back up mak dia,  sebab bapak dia macam pundek.  Mak rasa laa.....

Kak Anjie dan anak teruna dia Maddox.  Tak berapa ells Maddox ni.

Where as,  Kak Anjie yang dah lama settle down dengan diri dia sendiri.  Dia dari kecik dah lalui kehidupan yang bewarna warni.  Dia pernah ada masalah dadah,  ada masalah psiko nak bunuh diri,  kapel dengan abang sendiri,  kawen cerai dengan lelaki tua,  gaduh dengan bapak dia,  mak dia mati kengser....macam macam dah dia lalui.  At one point,  dia dah get herself clean and dia dah tetapkan dalam hidup dia.  Dia tau apa dia nak buat dalam hidup dia.


Tiba-tiba mai Abang Brad,  dah lama depa hidup bersama.  Barulah depa kahwin,  itupun sebab disuruh oleh anak-anak depa.  


So bila Kak Anjie akhirnya terima Abang Brad untuk masuk dalam hidupnya,  mestilah Abang Brad yang kena ikut cara Kak Anjie.  Tapi nampaknya,  Abang Brad sampai lani masih duk gila nak enjoy foya-foya.  Maybe dah banyak kali Kak Anjie dah bagi chance kat Abang Brad sebelum ini.  Ada satu sumber melaporkan "He’s in the throes of some insane midlife crisis, and Angie is fed up."


Ada satu laporan yang akak baca mengatakan "He was willing to do anything,  change any habit, change any lifestyle, to do what had to be done to make this work.  And by 'make this work,' that means doing what has to be done to make even a split one that is amicable and in the best interests of the children."


Kan ?


Seterusnya bila orang dah start tau pasai kenapa depa berpisah,  semua orang macam duk buat meme pasai Jennifer Anniston.  Ya la u olls,  dulu,  Kak Anjie seriap Abang Brad daripada Kak Jenni.  Habih belakang,  lani depa pun dah nak berpisah.  Akak macam gelak-gelak jugak bila baca meme-meme pasai perpisahan ini.  Tapi u olls,  please remember that it's Kak Anjie yang meninggalkan Abang Brad.  Bukan the other way around.  So Kak Anjie tetap pemenang di sini.  


Okaylah dipendekkan cerita dan secara kesimpulannya,  akak rasa tak kisahlah apa pun yang menyebabkan perpisahan ini tapi bagi akak,  walau apa pun jadi,  Kak Anjie tetap akan menjadi wanita ikon yang disegani.  Dia mampu menjaga kesemua anak-anaknya sendiri,  and lepas ni dia akan dapat offer lakonan yang lagi vogidevas,  dan pastinya dikesempatan ini dia akan gunakan masa-masa terluangnya untuk melakukan lebih banyak kerja-kerja amal di negara yang memerlukan.  Kak Anjie akan terus run the world,  and Abang Brad akan terus menjadi kenangan sebagai lelaki yang pernah menjadi aksesori kepada Angelina Jolie.


Inilah yang kita kena pelajari.  Pompuan,  tak kisahlah hang cantek,  tak cantek, hang gemok,  hang kurus,  hang pernah jahat, hang pernah balik,  hang kaya atau hang miskin,  bila hang dah kahwin,  hang kena always be ready to face anything. Biarlah lelaki kita pikiaq 2398 kali sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan kita. Baca sini : Hidup Lepas Kahwin, Perempuan Kena Kuat & Siapa Diri Kamu Sebagai Seorang Perempuan?


Sekian.  

Sumber  :  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>