Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

United Buddy Bear Penang Exhibition & Thai Festival Penang 2016

$
0
0


Hello u olls,

Sekarang ni tengah berlangsung pameran patung patung beruang yang bertajuk United Buddy Bear di Padang Kota,  Penang.  Semua orang Penang duk pi,  akak pun haruslah Melayu Melayu typical tengok orang lain semua duk pi buat apa tengok,  akak pun tiru juga buat sekali.  Kan ?  Bohsan hidup akak ni.  AHAHAHAH

So pada hari minggu yang fana itu,  akak pun mengepi untuk menyaksikan pameran United Buddy Bear ini.  Naik bus dari rumah akak,  turun kat Padang Kota.  Feeling Regina Ibrahim u olls.  Ehhh !! Seronok tau naik bus.  I think naik public transport adalah sangat memudahkan. En Khafi ada ja kat rumah time tu sebab hari Ahad,  tapi akak sendiri yang feeling naik bus.

So dah sampai kat sana,  cuaca agak panas terik.  Tak guna akak tempek bedak Pixy semua u olls.  Sampai je kat sini,  dia jadi panas berkuap macam mana tak tau.  Dah la Padang Kota ni tepi laut.  Haba laut duk naik macam mana ka...sikit angin pun takdak.  Dah la pagi tadi,  Penang duk hujan.  So Padang Kota pun lecak la u olls.

Tapi takpalah,  alang alang dah sampai kan ?  Pameran United Buddy Bear ni ada banyak patung-patung bear daripada pelbagai negara dari seluruh dunia yang telah dilukis oleh seniman tempatan (dari negara asal) dan setiap lukisan yang terdapat pada bear tersebut melambangkan kebudayaan,  sejarah dan kesenian dari setiap negara tersebut.  Sangat sesuai kalau you olls pergi tengok siang hari supaya you olls boleh melihat lukisan pada bear tersebut dengan jelas.  

Akak sangat fascinated melihat lukisan-lukisan yand disenikan pada setiap patung berkenaan.  Kalau ikutkan hati akak nak amik gambar semua gambar bear ini,  tapi rasa macam tak puas.  Duk hayati tengok dengan mata  sendiri,  pastu ramai pulak pelancong yang sibuk nak bergambar dengan bear kan ?  Oleh itu,  akak amik beberapa gambar bear yang akak rasa menarik sahaja dan akak akan share kat sini.

United Bear Malaysia by Imuda.  Akak suka lukisan sangat ceria.

Patung - patung bear daripada pelbagai negara ini disumbangkan oleh individu atau institusi dari negara berkenaan.  Untuk negara kita Malaysia,  patung berkenaan telah disponsor oleh Bank Bersatu dan dilukis oleh Imuda.  Lukisan dan warna-warna pada patung Bear Malaysia amat ceria.  Objektif pameran seni ini adalah untuk menyatukan semua negara negara di dunia melalui seni.  Tapi awal-awal pameran ini ada beberapa pihak yang telah membuat isu mendesak pihak penganjur mengeluarkan beberapa patung yang didakwa mengandungi ayat-ayat Al Quran atau mungkin perkataan Allah yang dilukis pada patung berkenaan.  Ini pun dah menunjukkan betapa tak unitednya kiter,  sama-sama tak memahami sensitiviti sesama kita.  Tapi yang bestnya,  patung bear yang ada lukisan tetek terdedah tak kena tarik buang pulak.  AHAHAHAH.  Kan ????


Bohsan la objektif.  Cliche.

Okaylah taknak komen lebih lebih nanti kata akak ni liberal pulak.

Oh sebelum hangpa tengok all the pictures,  satu lagi benda akak nak carut,  kata pameran untuk menyatukan semua negara di dunia,  tapi akak tak nampak pun patung dari negara Israel ?

Sekian,  nak pi cari keropok kosher sat.  Click untuk tengok gambaq and also cerita pasai Thai Festival pulak.





From depan,  Taufiq Noor,  Miss Venezuela,  Azmi, and Syed Amir (dia yang macam pedofil pakai spek mata hitam duk tenggek kat beruang).  Panaih lit lit hang tau dak masa ni.  Nasib baik lah aku bawak Imaan Suci Wipes.  Sekali ja lap pasai benda ni terus rasa lega.  Kalau dak dari tadi aku punya duk lap muka aku macam apa ja...
Haaa inilah Imaan Suci Wipes yang mak maksudkan.  Baguihnya wipes ini adalah dia takdak alchohol so lepas lap muka dengan benda alah ni kita akan rasa segar dan kulit kekal lembap.  Mak akan cerita lebih lanjut pasai produk meletops ni soon.



Ayaq lecaaakkk



Kat bawah ini adalah beberapa bear yang akak rasa lukisan depa cantek dan menarik mata akak.  Sorry akak tak ingat semua bear ni dari negara mana.  Tapi ampa boleh check out kat official website yang akak share seperti di bawah nanti.  Kepada pencinta seni,  ini adalah satu pameran yang harus you olls hadiri.  Cuma satu jer la akak rasa tak syiok sebab tiada penerangan panjang tentang pelukis dan lukisan pada patung ini.  Check kat website pun takdak.  Takpa nanti akak emel kat depa personally.  I really hope I can read and learn more about the culture of these negara.  

Pelukis dia nama Jason King. AHAHAHA


And this is also a good time to bring your kids and encourage them to baca maklumat nama-nama negara kat setiap bear ni.  Sebab akak overheard satu pompuan ni,  dia cakap style kuat kuat "Ehkk.....semua nama negara aku tak pernah tau pun," sambil tengok kepada patung negara Estonia.  Nahariaaamm punya kampung.  Ni mesti dasar hari hari bukak TV pkl 630 pm and 9 pm sebab nak tengok drama.

























Aku rasa bear ni sorang la membawa imej wanita.  Siap pakai baju punjabi suit dan lukisan inai di kaki dan tangan.  




Ini pula adalah beberapa patung yang memaparkan lukisan wanita tetek terdedah.  Akak syiokla tengok macam ni semua.  AHAHAHA




Sapa boleh nampak puting tu dulu dia menang !!

Bahagian perut bear selalunya menjadi canvas utama untuk pelukis meluahkan seninya. And these are some of my favorites.








Please pay attention pada bahagian muka bear-bear berkenaan.  Sangat details.  Ada yang melukis mata dengan begitu realistik sekali,  ada yang tambah elemen-elemen berdasarkan budaya negara masing-masing.

I love his eyes.


Deni ada lekat patung.

Deni Mauri,  so kena la lukis tatto kat muka dia.


Deni isap curut teruih. Guess the country ?

Why China have to make their bear look like mischief Winnie The Pooh ?

I thought this naga was for negara China ka apa ka,  rupanya dari salah satu negara Amerika Selatan. Can't remember.

He got bee on his nose.
Ini pulak adalah beberapa lukisan wanita yang digarap atas badan bear.  Actually banyak yang melukis imej wanita.  I love it. Termasuk sekali dengan gambar tetek tetek tu la kan.



Depa lekat real lace.  Meletops.

U olls harus pay attention kat bahagian ekor bear juga.  Sebab banyak pelukis yang buat funny things kat bahagian pungkur.  Macam Imuda,  aku perasan,  dia lukis buah langsat terlebih satu and jatuh kat ekor.  So for me nampak macam satu elemen lawak kira macam taik bear la.  Everybody just obsessed with butts and they cannot lie. AHAHAHA


Akak dan bear
Akak tak amik gambar banyak sangat bear. Ada la sikit sikit ni.  Ampa boleh tengok.  Akak share kat Facebook kata akak adalah bear pompuan.  Nahariam punya ramai duk gelak.






Thai Festival Penang 2016
To be honest,  I was really looking forward to this festival.  Tapi actually banyak yang menghampakan kerana,  boleh dikatakan semua gerai adalah melambangkan daerah-daerah Selatan Thailand.  So I setuju dengan penyataan Syed Amir,  they should put as Southern Thai Festival Penang.  I was expecting more of Thailand,  masakan orang Utara Thai dan bahagian tengah Thailand.  Takdak pun sapa-sapa jual keropok kala jengking !! Durian gedongga depa ada la.  Durian Siam tak best,  kita punya durian Penang paling best in the world kot.

Tapi yang bagusnya,  makanan dia tak berapa nak mahal sangat.  Standard.  Cuma Melayu kita semua bosan bodo bin bangang,  duk mai Thai Fest semua duk kerumun beli roti canai and teh tarik Melayu.  Ehkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......bangangnya baik hang pi Gemas Road pekena roti canai and teh tarik Abang Shaik.  

Dah macam floating market u olls.

Akak beli natural loofah,  ataupun orang Melayu kata buah petola.  Dah bagi kering,  sabut dia buat tempat gosok badan.  Dulu,  mak aku tanam pokok ni,  sabut dia buat cuci pinggan ja.  Aku lani feeling buat gosok badan.  Pastu ada juga kraftangan beg tangan yang diperbuat daripada kulit,  sangat mahal tapi aku tengok kulit dia sangat tebal dan jahitan dia padat dan kukuh.  Ada banyak produk kecantikan daripada bahan-bahan semulajadi,  biasalah orang Siam cukup pandai bab bab kecantikan ni.  Depa suka duk pakai bahan-bahan asli tempatan.  Kita ja kat sini duk feeling pakai minyak lavender la apa la semua kepala bured.  Tapi tak salah la,  negara kita sendiri tak bangunkan industri yang hasilkan produk macam ni.  

Satu benda mak terlepas nak beli iaitu sisik ikan yang diwarnakan dan diletakkan pewangi.  Boleh gantung bubuh dalam almari.  Sangat kreatif orang Thailand ni.  Mak tak amik gambar banyak dalam Thai Fest ni sebab dah la panas dengan Melayu Melayu semua duk beratur beli makanan.  Last-last kami semua pun belah pi makan kat tempat lain.


Akak dan Azmi kami pun dah macam United Bear Buddies dah.





Last last kami pi makan dekat Mizi Bistro.
Okaylah u olls.  Nantila kita sembang-sembang lagi ya.


Facebook Page for United Bears Penang
Facebook Page for Thai Festival 2016 Penang
United Buddy Bears Penang Official Website

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>