![]() |
Kak Alicia tampil make up free on VMA red carpet. |
Hello u olls, akak sangat suka satu benda yang baru dibuat oleh Alicia Keys iaitu tidak memakai make up langsung walaupun untuk event besar iaitu red carpet. Sebagai seorang artist yang dah tahap diva divana, sesungguhnya akak harap movement baru yang dibuat oleh beliau ini bukanlah semata-mata sebagai satu langkah promosi album keenam beliau.
Selepas appear dalam beberapa segmen bual bicara di kaca TV dan majalah, serta menyumbang sebuah artikel tentang memerdekakan diri daripada calitan make up dalam website Lenny Letters, I think Kak Alicia memang siries dengan semangat baru ini.
Lenny Letters adalah sebuah website yang dibina oleh Lena Dunham dan kawan dia (Lena Dunham adalah seorang pelakon) di mana para wanita boleh menyumbang artikel yang memberikan semangat kepada wanita lain.
Akak dah start free myself from make up since 2011 bila akak nak kawen. Orang kata nak bagi berseri, a few month before kenduri kawen, janganlah pakai make up. Memang susah pada mulanya, selain teguran pelik dari kawan-kawan yang duk ingat kita ni sakit demam sebab pucat, kita sendiri sebagai tuan punya muka rasa sangat tak confident sebab tiba-tiba muka kita yang duk feeling Venezuela sekarang dah jadi macam wanita-wanita asli Pulau Bawean. Mata kecik, kening takdak, hidung bulat, kulit wajah pun tak semegah.
But it has been 5 years now, akak pun dah selalu sangat tak make up. Bukan saja untuk aktiviti bersama keluarga, even everyday kalau kat office, pagi pagi kalau akak make up, lepas cuci make up for Zohor, lepas tu akak tak touch up dah (just pakai moisturiser and lip balm sahaja).
So sebab tu sekali sekala bila akak keluar lepak dengan kawan, akak make up sikit ja, mulalah ponen ponen mulut celaka ni semua nanti duk tegur "Nyah awat hang make up cantek-cantek nyah ? Hang nak pi mana nyah ?"
Bured hang. Tula aku malaih nak make up, aku baru calit sikit ampa dah nampak aku punya kejelitaan teserlah.
Akak sangat menganjurkan hangpa semua start free yourself from make up. Bukan bermakna kita anti make up, cuma kita bebaskan diri kita daripada make up dan gain kita punya keyakinan diri melalui cabaran ini. Its also benefits your skin ya sayang.
Tapi yes, akak tahu bukan muda untuk lakukan ini. Sebab hanya wanita kuat yang berani melakukannya. Lainlah Kak Alicia Keys, sedia muka elok Italian campur black you olls ! Buat macam mana pun dia tetap elok.
![]() |
Kak Alicia pose untuk albumnya yang keenam. Photoshoot tanpa make up. |
Tapi biasalah, walaupun apa yang cuba disampaikan oleh Alicia Keys ini boleh dikatakan sesuatu yang berani tetapi bukan semua pun boleh terima benda ni. Dalam ramai ramai yang menyokong, ramai juga yang mengutuk dan menghina beliau.
Pada pendapat akak, memerdekakan diri you olls daripada make up bukan sahaja sesuatu yang memerdekakan, women empowerment so what so ever, tetapi benda ni adalah sangat bagus untuk kulit you olls sendiri and akak pasti hanya wanita berkeyakinan tinggi dan lambang kecantikan macam akak sahaja berani menjadi seperti Kak Alicia.
Read more : Lennyletter.com