Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

How To Plan A Trip To Penang National Park ?

$
0
0
Pemandangan cantik di Pantai Kerachut.

Tahukah anda Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di pinggir Teluk Bahang merupakan taman negara terkecil di dunia ?  Dengan keluasan 2,563 hektar,  Taman Negara Pulau Pinang memiliki pantai-pantai dan teluk,  sungai,   bukit dan paling menarik sebuah tasik meromiktik iaitu sebuah tasik unik yang mempunyai dua lapis air iaitu air laut dan air tawar.


Selalunya orang yang mai melancong ke sini adalah orang asing especially mat salleh dan juga pak Arab.  Pak Arab macam biasa depa akan hire boat dan turun kat mana-mana beach,  after spending some time depa akan gerak balik naik boat juga.


Orang Mat Salleh depa suka nak hiking,  kecuali mat salleh yang tua tua tak larat nak jalan.  Depa suka nak hiking sebab depa nak tengok kecantikan alam semulajadi.




Orang Malaysia,  ramai juga yang suka mai sini tapi tak semua tau macam mana nak masuk ke sini dengan cara yang betul ?  Oleh itu,  akak harap artikel ini dapat membantu hangpa.  Sama ada hangpa kumpulan peribadi (keluarga atau kawan-kawan) ataupun hangpa mai ikut persatuan ataupun aktiviti riadah syarikat / tempat kerja hangpa.


Artikel ini khas untuk you olls yang nak mai sini dalam group besar antara 20 hingga 100 orang.  Kalau hangpa individu dalam kumpulan kecil,  hangpa tak perlu nak buat urusan besar sangat,  hangpa hanya perlu datang kat kaunter pintu masuk utama ke Taman Negara dan register apa yang patut.

click read more

Peta Taman Negara Pulau Pinang


Pantai & Lokasi Menarik
Terdapat lebih kurang 8 pantai dan tempat menarik di dalam Taman Negara Pulau Pinang seperti berikut  :


  • Pantai Mas
  • Teluk Kampi
  • Pantai Kerachut
  • Teluk Duyung (Monkey Beach & Muka Head)
  • Tanjung Ailing
  • Teluk Tukun
  • Teluk Bahang Beach




Hangpa mesti kena ada team AJK yang kuat bekerja dan rajin seperti budak budak BUDDIES USM ni.  Depa ni semua memang aku respek gila.  Buat kerja tak pernah complain,  cekap dan ikhlas bila buat kerja.  Aku seronok buat kerja bersama BUDDIES.  I learn a lot from them too.



Teluk Duyung mengandungi dua lokasi utama iaitu Monkey Beach dan Muka Head.  Monkey Beach adalah lokasi yang orang paling suka nak pi sebab kat sini tak berapa nak jauh sangat berbanding pantai pantai lain.  Untuk hiking,  mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.  Kalau menaiki boat,  lebih kurang 10 minit sahaja.  Monkey Beach terkenal dengan nama tersebut sebab kat sini adalah banyak monyet.  Destinasi di sini lebih selamat  dan mesra keluarga sebab ada banyak sumber air putih (paip air yang di ambil daripada sumber air tawar terdekat) dan pantai yang cantek.
  And kalau u olls hiking naik bukit sikit lagi,  u olls akan sampai ke Muka Head untuk tengok keindahan Rumah Api tertua di Malaysia dibina pada tahun 1883,  sampai sekarang masih berfungsi.  Dan berdekatan dengan rumah api tersebut terdapat sebuah lokasi tanah perkhuburan orang Islam dari Acheh Indonesia,  yang mula mula tiba di Penang pada zaman dulu.


Teluk Kampi adalah sebuah destinasi perkhemahan yang indah.  Pantainya terselindung,  oleh itu pada bulan apa pun,  selalunya Teluk Kampi boleh dimasukki oleh bot untuk menghantar dan mengambil penumpang.  Akak tak pernah camping kat sini,  tapi baru baru ni team office akak telah membuat camping kat sini and depa kata sangat best sebab terlindung dan pada waktu malam,  air laut penuh dengan plankton dan menjadi glowing hijau bila mandi.  And yes,  Teluk Kampi ni la tempat yang hari tu viral pasai ada budak budak pi buat parti aktivit bogel.  Bodo piang betul.

Akak paling rekemen you olls kalau anak datang buat camping,  datanglah ke Pantai Kerachut.  Mengambil masa 2 hingga 3 jam untuk hiking,  lokasi ini bukan sahaja mempunyai pantai putih yang panjang,  malah merupakan tapak perlindungan penyu.   Dan di sini jugalah lokasi terdapatnya tasik meromiktik yang akak nyatakan tadi.  So artikel akak hari ini adalah merujuk kepada contoh aturcara untuk program perkhemahan 2 hari 1 malam di Pantai Kerachut.


The reason pokok ini menjadi bengkok ada di bawah.
Nenjia sikit punya nala duk duduk atas pokok.



Contoh Aturcara Program
Berikut adalah contoh aturcara program perkhemahan dan pemuliharaan penyu di Pantai Kerachut.  Kalau hangpa tak mau camping,  so hangpa edit aturcara ni,  seadanya  :

DAY 1 9.00 am :
Tiba di Taman Negara Pulau Pinang (Teluk Bahang)
Taklimat oleh renjer hutan
9.30 am :
Hiking ke Pantai Kerachut
Menaiki boat ke Pantai Kerachut ( AJK sahaja )
10.30 am :
Team AJK tiba dan membuat persiapan di Pantai Kerachut
12.00 pm :
Ketibaan team hiking
Makan tengahari & rehat 
2.00 pm :
Telematch & aktiviti team building 
4.00 pm :
Aktiviti membina khemah dan menyediakan makan malam / BBQ 
6.00 pm :
Taklimat mengenai aktiviti pemuliharaan penyu
Aktiviti pelepasan penyu (subject to availability) 
8.00 pm  :
Makan malam / BBQ / Unggun Api 

DAY 2 
7.00 am :
Bersenam di tepi pantai 
8.00 am  :
Makan pagi dan mengemas khemah 
11.00 am  :
Aktiviti group presentation dan penyampaian hadiah 
12 pm  :
Bertolak balik ke Jeti Utama Taman Negara Pulau Pinang menaiki boat 
1 pm  :
Makan tengahari di jetty Teluk Bahang
Bertolak balik


Contoh aktiviti jimnastik di ruang dewan.

Ini bukan lakonan ya akak memang angkat betul betul.  Celaka hangpa semua mesti ingat akak props kan?




Aktiviti Yang Boleh Dijalankan di Pantai Kerachut
Berikut adalah beberapa aktiviti yang kita boleh rancang semasa berada di Pantai Kerachut  :

  • Aktiviti Pendakian
    Untuk group yang besar akak mencadangkan agar you olls menempah renjer sebagai teraju sepanjang pendakian.  Sebab dalam group yang besar,  ada yang mungkin tertinggal,  ada yang mungkin terlalu laju.  Walaupun sudah ada papan tanda arah,  tapi kita takutla nanti kita tersesat.  Dan dalam group besar macam ini juga selalunya akan jadilah benda yang tak elok seperti jatuh luka kaki tergeliat dan sebagainya.

    Satu lagi yang bagusnya kita hire renjer adalah,  depa boleh ajar dan cerita kat kita macam-macam sepanjang perjalanan pendakian kita.  Tentang flora dan fauna,  sejarah dan juga kalau you olls pandai tackle,  hangpa suruh abang-abang renjer tu cerita hantu kat hangpa.  AHAHAHHAHA mampuih aku selalu nanti marah depa sebab walaupun aku tak tanya depa sendiri akan cerita kat aku.
  • Perkhemahan
    Aktiviti perkhemahan perlu dijalankan di kawasan khas yang telah dibuat khas untuk pengunjung.   Tak boleh camping kat tepi pantai sebab pada waktu malam,  kita tak tau bunyi bising dan cahaya daripada khemah menyebabkan penyu tidak mahu kembali untuk bertelur di pantai.
Papan tanda menunjukkan kita dilarang untuk berkhemah di kawasan berdekatan dengan pantai kerana kita tidak mahu menggangu aktiviti pendaratan penyu di Pantai Kerachut.

U will find this signboards di sepanjang pantai.

Tapak perkhemahan yang dikhaskan di bahagian belakang,  jauh sikit dari pantai.


  • Pemuliharaan Penyu
    Di Pantai Kerachut terdapat Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu  Pulau Pinang yang dibina oleh Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang.  Menempatkan ruang utama kepada pengunjung untuk melihat dan membaca tentang spisyis penyu sekitar negara Malaysia dan Pulau Pinang khasnya.  Masa akak pergi ke Pantai Kerachut last September akak telah berkesempatan untuk melihat dua ekor penyu agar yang dipinjamkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Terengganu yang diletakkan dalam kolam khas di sini untuk dilihat oleh para pelancong.  Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang yang bertugas di sini bertanggungjawab untuk memantau aktiviti penetasan penyu di samping,  menanda dan mengutip telur berkenaan untuk tujuan penetasan.


    Aktiviti ini sangatlah menarik sekali,  selepas mendengar penerangan daripada pihak renjer (yang fasih menerangkan dalam Bahasa Inggeris) tentang spisyis penyu dan aktiviti penetasan di pantai ini,  kalau kita bernasib baik,  ada telur penyu yang menetas,  kita boleh buat aktiviti pelepasan anak penyu ke pantai.


    Dah banyak kali akak mai sini,  tak pernah sekali pun akak amik kesempatan untuk amik anak penyu tu dan lepaskan ke laut.  Sebab akak rasa aktiviti ini amatlah menyedihkan.  Dalam 1000 anak penyu yang dilepaskan,  hanya 1 atau dua yang mampu hidup.  Itu statistik yang menyedihkan.

Nampak tak ada rimbunan ranting ?  Ini adalah tapak telur penyu yang ditanda oleh pegawai perikanan.  Ranting ini adalah untuk menanda dan juga mengelak haiwan lain untuk korek amik telur sebelum dipindahkan ke tempat pemuliharaan penyu.

Nampak tak ada macam lubang sikit kat bawah pokok tu ?  Penyu-penyu yang mendarat kat sini mempunyai satu kebijaksaan yang sempoi iaitu depa akan korek lubang seolah-olah depa bertelur kat situ.  Untuk memperdaya binatang yang boleh memakan telur mereka.




Jalan menuju ke pusat pemuliharaan penyu.

Kanan adalah anak-anak penyu agar yang masih kecil.  Dia memang colour macam ni.  Bila dah besar dia akan jadi macam blah kiri.  Dua ekor penyu agar yang dipinjamkan daripada Jabatan Perikanan Terengganu.

Pameran dan kemudahan ruang duduk duduk di dalam Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Pantai Kerachut,  Pulau Pinang.  

Pameran dan kemudahan ruang duduk duduk di dalam Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Pantai Kerachut,  Pulau Pinang. 



  • Tengok Tasik
    Selain ronda kawasan sekitar untuk tengok pantai dan pokok-pokok yang cantek,  kalau datang pada hari yang sesuai,  kita dapat tengok tasik meromiktik.  Tasik ini akan terbentuk apabila ombak kuat,  menaikkan pasir di kawasan itu dan menjadi empangan yang menahan air laut tersebut daripada keluar.  Bergabung dengan air tawar yang mengalir dari bahagian bukit,  maka terbentuklah tasik meromiktik di Pantai Kerachut.

    Tasik ini mempunyai dua lapis air,  air laut di bawah sebab air garam berat dan air tawar di atas.  So ikan,  pokok dan juga hidupan lain yang hidup di kawasan itu adalah lain daripada lain. 

Gambar ini akak rakam masa tasik ini sedang membentuk.  Boleh kelihatan air laut mengalir masuk dan air tawar mengalir dari bahagian hutan di belakang tu.  Tasik ni bila dah penuh keluasannya agak besar juga ya.

Papan tanda ke arah tasik.

Hidupan di kawasan tasik like siput dan juga ketam.


Kemudahan di Pantai Kerachut
Pantai Kerachut mempunyai keluasan yang sesuai untuk membuat aktiviti sehingga lebih kurang 150 orang.  Akak berani cakap macam tu sebab kami pernah buat aktiviti angkut 150 pelajar USM dan pelajar antarabangsa hiking dan buat day activity kat sini.  Kat sini ada beberapa kemudahan asas yang pengunjung seperti dewan terbuka,  tempat mandi, surau,   tandas,  kawasan perkhemahan,  bangku-bangku dan meja di sepanjang pantai.

Sumber air putih juga terdapat untuk tujuan membersih dan sebagainya.  Untuk sumber elektrik,  akak tak sure you olls.  Hangpa kena check balik.  Sebab kalau kami berkhemah kat sini kami akan bawa generator untuk memberikan sumber elektrik.

Tapi yang pasti,  rangkaian telefon memang takdak ya diknon.

Buddies sedang membuat persiapan aktiviti di dewan serbaguna yang terbuka.

Aktiviti bersama pelajar daripada Taiwan.



Post kawalan Pantai Kerachut.

Penerangan pasai pokok ketapang.






Peringatan & Persediaan
Like pepatah Melayu,  sediakan payung sebelum hujan.  Oleh itu,  kepada you olls semua yang merancang untuk mengadakan aktiviti di sini,  akak harap dalam keadaan apa pun kena selalu ada plan B.

Especially apabila u olls merancang aktiviti pada musim tengkujuh antara bulan Julai hingga Disember di mana hujan selalu turun dan air laut bergelora.  Pihak renjer akan menasihati kumpulan pengunjung sama ada selamat untuk mendaki ataupun menaiki boat.  So far tak pernahlah sampai kena batalkan aktiviti tetapi kena tukar lokasi ke kawasan pantai lain di dalam Taman Negara Pulau Pinang.  Just be ready.

Dan dalam keadaan apa sekali pun,  please jangan duk gatai gatai nak feeling mandi laut walaupun u olls adalah jaguh lumba berenang seperti Michalle Phelps sebab air laut kat sini sangat bergelora.   Selain itu,  sapa pun yang mandi juga akan terdedah dengan serangan obor obor.  Hat ni lagi bahaya,  sekali dia shot tangan hangpa mampuih !!! Boleh mampuih teruih.  Dah banyak kejadian kena sengat dengan obor-obor,  hanyut dan lemas berlaku kat sini sampai menyebabkan kematian.  So kalau setakat geli geli basah betis takpa.  Kalau nak berenang sangat,  hang pi mandi kat Taman Rimba ataupun Taman Belia.

Oh satu lagi peringatan,  semua orang dilarang untuk menangkap apa-apa binatang atau mengambil sebarang pokok keluar dari Taman Negara ini atau membawa masuk ke sini.  Jika didapati bersalah,  u olls akan didenda.  Tapi biaq pila kena denda sampai 2327 juta pun,  janganlah duk bagi rosak habitat dan ekosistem asli kat sini.  Inilah khazanah untuk anak cucu kita kelak.

Kalau hujan,  belilah ponco macam ni siap siap.  Kalau beli daripada renjer nanti depa cas mahal. AHAHA


Peringatan penting juga,  jangan bagi makan kat kera.
Bendera merah menandakan bahaya untuk mandi.

Nenjia....


Surat Menyurat dan Permohonan
Untuk menjalankan aktiviti di Pantai Kerachut,  sama ada day trip ataupun aktiviti perkhemahan di sana,  kita perlu sediakan dua pucuk surat.

1.  Tulis surat kebenaran kepada Penguasa Taman Negara Pulau Pinang.  Nyatakan aktiviti,  jumlah peserta dan juga tarikh dan masa aktiviti berkenaan.  Jangan lupa sertakan bersama aturcara program dan juga senarai nama peserta (dengan maklumat IC dan passport) supaya pihak berkenaan boleh register nama you olls siap - siap.  Alamat Penguasa adalah seperti berikut  :

Penguasa,
Taman Negara Pulau Pinang,
Jalan Hassan Abbas,
Teluk Bahang,
11050 Pulau Pinang.
Tel: 04-881 3530 / 04-881 3500
Faks / Fax: 04-881 2016
Emel  :  tnpp@wildlife.gov.my

2.  Surat kebenaran untuk mengadakan aktiviti pemuliharaan penyu di Pantai Kerachut kepada Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang.  Sama macam kat atas,  tapi you olls tak perlu sertakan senarai nama peserta.  Adalah amat penting untuk you olls buat follow up berkenaan perkara ini sebab kita boleh tau sama ada mereka boleh terima kumpulan besar untuk sesi lawatan ke tapak pemuliharaan penyu dan sama ada pada waktu kunjungan tersebut,  ada anak penyu yang baru ditetaskan.  Maklumat Jabatan Perikanan Negeri adalah seperti berikut  :

Pengarah
Jabatan Perikanan Negeri
Jalan Akuarium
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04 657 2777
Faks: 04 657 2323
Emel : prkpenang@dof.gov.my
Follow Up Person  :  Syahrul Nizal 019 - 751 8956


Tempahan Renjer dan Boat
Untuk memudahkan urusan program hangpa kat sini,  ampa boleh membuat urusan menempah renjer dan boat melalui Penang Nature Tourist Guide Association (PNTGA).  Selain menerima bayaran secara tunai,  yang bestnya persatuan ini juga menerima pembayaraan melalui purchase order.  (Untuk orang USM,  jangan risau this persatuan dah register under Bendahari USM).

Semasa membuat tempahan,  hangpa boleh bagitau jumlah peserta,  tarikh dan juga aktiviti yang ingin hangpa adakan.  Depa boleh advice kalau tarikh itu kosong atau tidak,  inilah pentingnya membuat tempahan awal dengan depa kalau kita dalam group besar,  sebab kadang kadang,  kalau dah ramai orang berkhemah pada minggu itu,  kita terpaksa tukar pantai dan sebagainya.

Selain menempah boat dan renjer,  persatuan ini juga boleh bantu kita untuk memberi sewaan khemah dan peralatan masak memasak semasa camping termasuk generator elektrik.  Persatuan juga boleh bantu,  kalau u olls nak minta depa sediakan makanan dan juga BBQ semasa di sana.

MOHD SHAHNON KARIA
Tour Guide License No. 12956
PENANG NATURE TOURIST GUIDE ASSOCIATION (PNTGA)
Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Pulau Pinang
H/P: 017- 429 3335 OFFICE/FAX : 04-881 4788


Baca satu blogpost yang lebih terperinci  :  hafifistories.blogspot.my

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>