
Kisah pasai pengesahan Ph.D. penceramah motivasi yang sangat popular Dr. Azizan Osman semakin menjadi bual bicara. Dari satu ke satu, pendedahan yang dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan menyebabkan reputasi Dr. Azizan tercalar dan para penyokong beliau menjadi marah dan menempelak sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkan idola beliau.
Akak mempunyai ramai teman-teman yang telah menghadiri program beliau dan menjadi berjaya. Depa mempunyai keyakinan diri, idea-idea yang bernas, kegigihan dan kesungguhan yang menjadikan depa usahawan yang disegani di sekeliling teman dan keluarga. Akak tak nafikan, program Dr. Azizan telah mencetus ramai usahawan muda yang bagus.
Akak pernah diajak oleh seorang teman untuk sertai program beliau. Disuruhnya akak pergi ke lokasi berkenaan, kalau boleh kena mai seawal 7 am, sebab kalau lambat, kena duduk belakang atau maybe takdak tempat duduk. Kawan akak kata, ramai orang berebut-rebut untuk sertai kelas beliau. Masa tu, beliau buat tour di Penang. Malam itu, akak tengok youtube video mengenai Dr. Azizan. Wah bersemangat abang-abang, kakak-kakak dan makcik pak long pak ngah semua bersuka ria dalam kelas motivasi beliau yang dibuat dengan begitu gah sekali. Pencahayaan, pentas, muzik, dewan yang mahal. Semuanya 'alive'. Untuk pakcik makcik daripada Merbok, Sungai Petani, pastinya amazed dengan persembahan ini. Tapi bagi akak, oh.....ala-ala MLM u olls. So akhirnya akak tak pergi, dan sampai lani akak memang tak berjaya mana. AHAHAHAH
Bukan akak nak merendah-rendahkan sesiapa, tetapi but my point is, ilmu adalah ilmu. Tidak ada ilmu yang low class, takdak ilmu yang tidak ada standard. Kita kena hormati ilmu walau macam mana pun ia. Walau dari mulut siapa pun ia datang. Dalam konteks ceramah motivasi yang penuh dengan gimik dan persembahan profesional ini, sorry akak tak interested sebab bagi akak kandungan dia sama saja. Akak pun dah baca dan tengok banyak kali, pokok pangkalnya, kita ni nak buat atau tidak ?
Akak sukakan kesederhaan dan relaks relaks u olls. Kalau nak ikut gila glamer dan pencapai kejayaan hidup yang tinggi minggi, akak rasa lepas dapat Malaysian Idol top 70 dulu akak dah ikut Aishah anak Datuk Kathijah Ibrahim untuk menyanyi as back up singer kat band depa. Dah lamaaaa dah kalau kak nak buat. Tapi, sorry akak buat pilihan yang bohsan. I'm not a risk taker. Akak penakot. Sebab tu lah akak menjadi makcik kerja kerajaan bohsan ni for the past 11 years.
Kembali kepada point utama akak, ilmu adalah ilmu. Tak kisahlah siapa pun penyebar ilmu itu, kita kena hormat ilmu itu, hormat orang yang sudi sebarkan dan kongsikan ilmu itu. Professor gred A, ustaz dari Al Azhar, cikgu ada degree, cikgu zaman dulu dulu, makcik kantin, pak long yang belajar sampai darjah 5, even orang yang mempunyai Ph.D. palsu !!!
Respek to Dr. Azizan Osman, dengan tag line jari di dahi, beliau telah berjaya mengeluarkan potensi-potensi yang selama ini terkubur kaku dalam kalbu ramai insan yang akhirnya kini dilahirkan semula menjadi usahawan yang berjaya. Tak kisahlah walaupun 237628 orang berjaya mengesahkan yang Ph.D. beliau adalah palsu, no one has the right to condemn him sebab dia adalah penyebar ilmu.
Cuma, akak harap sangatlah Dr. Azizan Osman come out straight. Tak payah la nak dalih- dalih lagi, come on, orang Malaysia sekarang bukan zaman minum Guiness Stout untuk kuatkan tubuh badan. Orang Malaysia dah pandai-pandai, dah beribu dah pun anak Malaysia yang mempunyai Ph.D., depa pun tau aih macam mana susah nak dapat Ph.D., apatah lagi nak dapat dua tiga jenis Ph.D.. dan apatah lagi pulak nak dapatkan Ph.D. pada usia yang muda. Orang Malaysia pun dah tau betapa senangnya nak dahkan rekod akademik seseorang, kalau kita ada nama penuh dan no IC we can always email to any university's registrar office dan minta depa buat pengesahan. Its a public record, tak dak masalah untuk depa berikan pengesahan itu. Kalau depa nak prosedur apa teruk sangat, kita kata pila orang ni baru apply kerja / nak sign business contract dengan kita ka apa ka. Boleh aih !!
I just hope that Dr. Azizan berterus terang, mengaku salah, and move on. Mungkin mudah untuk aku bercakap, tapi bukan mudah juga aku tengok kawan-kawan aku duk back up hang gila-gila sebab depa berhutang budi teruk dengan hang. Its not fair.
I love that you don't care how much money a person makes, you care what they make. But what you make isn't supposed to be the part of you - Joanna Hoffman [ Quoted in Steve Jobs (2015) ]
10 Youngest People Ever to Achieve a Doctorate Degree : www.gradschoolhub.com