Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Perkongsian Pengalaman HT Hadi dan HT Hasni from Hari Hari Tutor

$
0
0


Zaman dah berubah. Kemajuan teknologi dalam pelbagai aspek kehidupan kita kalau digunakan dalam cara yang baik,  kita dapat manfaat bersama.  Hari ini akak nak share dengan you olls tentang satu benda bagus tentang bagaimana kemajuan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dapat membantu anak-anak kita untuk lebih berminat dengan pelajaran dan meningkatkan prestasi pembelajaran mereka di sekolah dan di rumah.  

Macam ampa tengok gambar kat atas tu,  menunjukkan akak dengan muka ceria dan bangga menunjukkan akak berjaya dapat skor A untuk subjek Bahasa Melayu tahap Darjah 4.  Kah kah kah kah.  Aku pun dah eksaited apatah lagi anak-anak kita yang dapat belajar menggunakan kemajuan teknologi macam ni.  Sesuai dengan trend zaman sekarang,  everything smart phone dan juga tab.  

Mai baca sini lebih lanjut pengalaman by Cikgu HT Hadi.


Click Read More


DULU vs SEKARANG

Back to 2005, 10 years ago

When we start our Home Tuition (HT) bawak buku menimbun (nak kata rajin dan banyak ilmu lah) waktu ni masa buat kawasan sekitar Minden memang tak banyak orang buat. Tapi disebabkan rasa ingin mula kehidupan yang baharu (bajet nak kahwin lepas graduate 2010), kami mula-mula buat bisnes HT gunakan cara offline. Hantar flyers rumah ke rumah. Hadi ada kelas kat USM, so kena ikut timing dia la bila takda kelas baru kami sama-sama pi hantaq flyers.



Kalau setakat momokan anjing-anjing dalam rumah tu, kami tak heran sangat. Tapi bila dari jauh nampak kelibat haiwan berkaki empat tu dah start mai ligan kami, hanya Tuhan ja tau. Flyers kat tangan punya pegang kuat-kuat (takut jatuh, kalau hilang rugi pulak) sambil berlari pergi kat tempat awal kami start hantaq flyers menjerit “B, ni anjing mai”..hahaha.. Kiranya 5 tahun tempuh perkara yang sama pada hujung tahun dan pertengahan tahun masa untuk kami marathon dengan hantaq iklan pada “targetted parent”.



Cerita dalam kelas pada awal kami buat kelas tuisyen, masih ingat lagi, anak staff USM juga. Puan A dan Tuan R. Ya Allah, mereka ni idol husband and wife. Tuan R dan Puan A baru balik Malaysia dan kebetulan depa baru sahaja stay di kawasan perumahan tersebut. Nak dijadikan cerita, Tuan R dan Puan A menjemput untuk kami hadir ke rumah untuk bertanyakan tentang tuisyen anak depa la.



Perbezaan pendidikan di Amerika dan Malaysia nampaknya beri kesan yang besar pada dua orang anak depa yang last. Abang dengan Kakak dua beradik (yang akan ambil kelas dengan kami) ni dah memang pandai dan cerdik suai diri depa dengan SPM. Dua-dua anak Tuan R dan Puan A ni belajaq kat Australia. Rezeki anak pandai. Berbalik dengan Amin (Abang) SPM 2008 dan Naim (Adik) Tingkatan 2 2008. Boleh katakan Amin dan Naim kemahiran Bahasa Malaysia untuk mengarang dan mengikut skema memang tak dapat diselamatkan. Bak kata Puan A, “Cikgu tolonglah bantu Amin untuk subjek Bahasa Malaysia. Amin memang tak pandai mengarang BM apatah lagi BM gagal, SPM pun GAGAL”.


A photo posted by HariHariTutor (@hari_hari_tutor) on


Cabaran
Tulisan Amin, MasyaAllah. Cursive. American style kan. Aiyo. Mula-mula buat klinik rawat tulisan lebih kemas kemudian cuba buat karangan terus. Amin tak dapat bina satu karangan pun. Walaupun sama level dengan UPSR, karangan Amin lebih teruk. Saya tetap optimis, walaupun Puan A selalu dok tanya, “Boleh ka cikgu?” InsyaAllah boleh.



Masa SPM dok mai rapat, tapi improvement buat karangan takda langsung. Walaupun begitu, saya suka bersembang dengan Amin tentang minat dia berkenaan dengan kereta dalam masa yang sama saya selit nilai nilai kemasyarakatan. Amin tetap macam tu, sampai pertengahan tahun, result Amin dapat 25% sahaja. Puan A langsung tidak marahkan saya, tapi dia panggil Amin dengan saya untuk berbincang apakah solusi yang patut kami lakukan bersama untuk membantu Amin.



Saya gunakan teknik Cikgu Fakharul Razi Ahamed Khatidin (kini Guru Besar Sekolah Kebangsaan Adika Raja, Gerik), menyalin karangan berulang kali. Kami gunakan teknik ini dalam masa 3 minggu untuk Amin salin karangan. Minggu pertama hanya 3 karangan, kemudian minggu kedua dan ketiga, secara paksaan tanpa sedar, Amin dah salin hampir 30 karangan.



Semakin banyak dia menulis, semakin elok tulisan dan juga semakin bertambah kosa kata. Saya kata, “Alhamdulillah Amin, nampak tak, Allah tak akan sia-siakan usaha kamu kalau kamu kekal istiqamah mencari ilmu keranaNya”. Ujian percubaan Amin dapat 45%. Waktu saya sampai di depan rumah, Amin dah siap tunggu dengan senyuman, tak sabaq nak bagitau cikgu dia yang dia lulus percubaan.



Ya Allah, saya cukup gembira dan saya kekalkan pesanan saya, kekalkan istiqamah dengan teknik cikgu saya tu. SPM lepas, Amin lulus kredit atau C. Walaupun kredit, sehingga ke hari ini bila berjumpa dengan Tuan R dan Puan A , depa masih dok sebut-sebut teknik salin karangan.






Tahun 2016

Ada lagi kisah terkini. Student UPSR 2017. Saya ajar abang dia dulu, UPSR 2015. Dapat 5A then masuk MRSM Beseri, Perlis. Zaman abang dia memang kena buat banyak buku sebab nak buat banyak latihan. Ayah dan mak dia langsung tak komen apa-apa tentng beli buku yang banyak. Beratus juga la. Abang dia rajin sedikit, berbeza dengan adik. Adik bila tengok buku dia kurang minat sedikit.



Lepas dapat iLearnAce, sikap adik ni pun mula dah berubah. Sikap apa? Sikap banyak bertanya dalam kelas. Itu ini semua tentang sains dan matematik. Irfan ni dia ada sikap pemalu sikit, kurang keyakinan. Rasa pelik mengiringi seronok selepas Irfan mula rajin buat kerja yang saya beri. Ye la, kalau boleh buat kerja dimana sahaja mana tak seronok. Kemajuan dalam peperikasaan ada peningkatan yang ketara.



Tak sampai beberapa bulan, prestasi keseluruhan meningkat. Kenapa? Kerana latihan yang banyak. Sasbadi iLearnAce ni bukan sahaja mempunyai sebanyak 70, 000 soalan, malahan kemudahan untuk menjawab soalan mengikut tahap kesukaran pun ada. Boleh laras. Itu yang buat Irfan suka. Mula-mula ‘easy’ dah terer ‘difficult’ la pulak.



Cikgu macam saya pun ada akaun kami sendiri, akaun cikgu punya ‘function’ boleh bagi kerja online. Irfan berupaya buat latihan sebanyak 200 soalan dalam masa 2 hari. 200! Kalau buat ikut buku, 3-4 buku dah lena. Itu pun kalau dia rajin nak semak sendiri. Baru-baru ni saya nak buat video testimoni mind map pelajar. Irfan tawarkan diri untuk turut serta jadi pelakon. Pelakon real. Saya bangga sebab Irfan dah bina keyakinan diri sampai dah berani jadi pelakon !!



Fungsi mind map dalam iLearnAce boleh beri ruang murid-murid macam Irfan serlahkan bakat dalam penulisan dan gambaran idea. Mana tidaknya, satu Malaysia pengguna iLearnAce boleh tengok hasil kerja dan ‘rate’ depa punya artwork. Template semua dah ada. Bahan daripada nota dan internet pun banyak.



Sekolah Kebangsaan Minden, kelas pertama darjah 5, student saya, Sachvir Singh, pernah balik meminta saya bantu untuk susun maklumat i-think yang akan dipersembahkan di hadapan kelas sama seperti pelajar universiti membuat persembahan.



Dengan gaya penceramah, dengan pegang ‘Tab’ sambil berhadapan dengan murid dalam kelas yang lain. Nasiblah dia ada cikgu tuisyen, boleh juga saya ajar teknik gaya bercakap di khalayak dengan ‘device’, bagi ibu ayah yang tiada cikgu mai rumah mengajaq ni macamna? Boleh ajar, tapi bila masa?







Platform untuk guna macamna? Dalam iLearnAce ni juga boleh buat murid-murid bersaing satu Malaysia. Boleh tengok Irfan mula dengan 2 A, di tempat 608 dalam Malaysia kini di tempat 29 dengan 92 A. Apakah A jadi ukuran kepandaian? Tidak. Untuk dapatan A, Irfan kena buat sungguh-sungguh dalam latihan dia. Bukan main hentam sahaja. Hanya salah satu atau dua soalan untuk dapat A. Latih tubi yang banyak, insyaAllah akan dapat bantu murid saya mudah faham dan semakin minat untuk belajar. Tanpa paksaan Irfan suka untuk buat latihan dan paling penting, keyakinan diri dia semakin meningkat dan terus meningkat Alhamdulillah.


Contact Info  
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembelajaran Online dan Offline daripada Cikgu Hadi boleh terus menghubungi Cikgu Hadi di talian 0194735715 atau 0194735715.
Location Cikgu Hadi :  Pulau Pinang

Social Media
Facebook  :  https://www.facebook.com/tutorhadi

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>