Hari ini akak nak share dengan you olls seorang scammer / penipu yang telah lama menjalankan aktiviti tidak baik ini, menipu urusan perniagaan dengan tujuan kepentingan dan keuntungan peribadi. Walaupun dia berasal dari Pulau Pinang, namun dia banyak membuat perihal penipuan di sekitar Putrajaya dan sama waktu dengannya. Tapi baru-baru ini, dia kembali ke Penang.
Tujuan akak kongsi perkara ini adalah agar you olls semua berhati-hati sebab baru-baru ini sahaja akak telah bertemu dengan lelaki ini dan hampir-hampir kena 'game' dengan dia.
Hangpa boleh baca dengan lebih lanjut dan kalau kata hangpa ada berjumpa dengan orang ini, baiklah hangpa jauhkan diri daripada perangkap janji manis untuk adakan urusan perniagaan yang besar-besar alam. Melainkan perniagaan straight forward, seperti jual beli dalam jumlah yang kecil dan melibatkan wang tunai. Tetapi semuanya bergantung kepada penilaian sendiri sebab daripada komen-komen yang akak baca dalam laman Facebook Az Zubair, orang ni sangat licik dan alim-alim kucing.
click read more
Ini kisah akak :
Pada awal bulan November, adik akak yang bertugas di Jabatan Kimia Pulau Pinang menghubungi akak dalam Whatsapp menyatakan bahawa ada kawan abang kami nak datang jumpa sebab dia ada buat servis 'food delivery'. Akak pun izinkan adik akak untuk kongsi no telefon dengan lelaki itu. Kita panggil lelaki ini Mr. S.
Tak lama lepas itu, lelaki itu Whatsapp dan menyatakan yang dia berhenti sollat di masjid USM dan akan jumpa akak sejurus selesai solat. Lebih kurang jam 1.40 pm dia sudah datang kat pejabat akak, kebetulan akak memang ada di pejabat dan tak keluar untuk berehat.
Akak jemput dia masuk dalam pejabat dan mulalah bersembang. Dia kata, dia kawan abang dan mengenali bapa akak juga. Well, semua orang kenal bapak dan abang aku especially bapak aku, Penang Milo Man yang legend. Tapi takpala, layan dulu dia nak sembang apa.
So dia bagi name card dia dan bagitau dia dulu ada cafe di sebuah IPTS di Bangi. Dia kata "Ju bukak la Facebook page saya, cafe saya ni agak popular la jugak kat sana," akak pun bukak la laman Facebook perniagaan beliau. Hampeh, ada beberapa ratus likes sahaja. Tapi takpa, akak layan kan sahaja. Pastu dia kata "Ha....Ju bukak tengok photo...ramai artist makan kat cafe saya,"
Akak pun check it out la kat area photo dan nampak beberapa artist yang suam-suam kuku sedang makan di cafe beliau. Pastu dia pun menambah "Tengok tu...ramai yang makan kat cafe saya," akak pun tengok gambar-gambar tu sambil mengangguk. Dalam hati akak berkata "Poyonya hang ni, sah - sah cafe hang terletak kat cafe kampus. Surela ramai budak budak makan. Tapi tak semestinya semua orang yang duduk kat kerusi tu semua beli makan kat kedai hang," Kan ?
Lepas sesi menengok Facebook page beliau, dia pun memberi tahu tentang niatnya ingin promosi pakej khidmat penghantaran makanan ke pejabat. Dalam menu yang beliau share dalam Whatsapp mesej, ada menu nasi briyani ayam, nasi briyani kambing, nasi briyani ayam + kambing pada harga yang bagi akak adalah kompetetif. So dia suruh akak kutip order daripada kawan-kawan akak di office ni, dan bagitau kat dia jumlah order sebelum 5 pm sebab dia nak buat persediaan beli bahan memasak. Akak kata, kalau boleh lambat la sikit maybe after Maghrib sebab orang kadang-kadang time kerja tak sempat nak bukak Whatsapp dan baca. Dia setuju.
Lepas sesi memberitahu tentang order makanan delivery, dia tanya akak pulak tentang siapakah staf yang bertanggungjawab untuk order makanan dengan pihak caterer bila ada jamuan. So akak pun panggillah colleague akak untuk berjumpa dengan beliau. Apabila colleague akak masuk ke bilik pejabat akak, apa yang dilakukan oleh si dia ni memanglah tak kena dengan caranya.
Selalunya sebagai seorang businessman, kalau dia nak perkenalkan diri dia, dia ada courtesy untuk bangun sambil menghulurkan name card dengan kedua belah tangannya, dia akan perkenalkan diri dia kan ?
Namun berlainan dengan Mr. S. Apabila kawan saya melangkah masuk ke dalam bilik pejabat saya, dengan relaksnya Mr. S berkata "Ha.....mai mai jemput duduk sini," sambil menarik kerusi di sebelahnya. Siriesly, aku bukan nak kekwat ka apa ka, ni pejabat sapa ? Aku ka hang ?
So lepas dia berkenal-kenal dengan kawan saya, kawan saya pun beredar keluar pejabat. Tapi Mr. S masih duduk di depan saya. Saya pula buat macam duk baca emel sambil tengok ke arah PC saya. Masa tu Mr. S berkata "Saya ni tak boleh nak balik ni, sebab minyak kereta saya habis,"
Saya pandang kat muka dia, straight face, dalam hati saya kata "SO ?"
"Tadi masa sollat kat masjid, saya lupa nak kunci pintu kereta saya. Lupa sangat. Bila mai check tengok bag saya dah kosong. Lani saya sekupang pun takdak," katanya sambil menunjukkan beg bimbitnya yang kosong.
"La...kesiannya," itu sahaja ungkapan yang aku boleh ucap. Itu pun tak ikhlas. Dalam hati aku siriesly rasa macam pelik sangat. Apa motif hang bagitau macam ni kat aku ? Kalau aku kat hang tempat hang, malu kot nak habaq benda macam ni kat orang yang kita first time jumpa, satgi tak pasai-pasai dia ingat aku macam nak minta tolong bagi duit plaks ? Biar kita ikhtiar dulu sehabis boleh. Lagipun sekarang zaman teknologi, apa yang susah sangat kalau duit takdak ?
Pastu dia kata lagi, "Saya dah phone wife saya suruh dia bank in duit, tapi dia pulak takdak kenderaan," I dunno how to respond to this statement. Deni ingat aku bodo ka apa ? Tak payah keluar aih, gunalah online bankin. Tapi sorry akak tak akan bagi apa-apa cadangan, pandai-pandaila hang pikiaq sendiri.
Akak buat kering, akak sengap ja tak bagi apa-apa respond. So bila dia tengok akak pun macam tak berapa layan, dia pun sengap. Lepas tu, akak pun memulakan helah untuk meramboihkan dia pergi, akak kata "So, okayla Mr. S. Apa-apa malam ni saya whatsapp berapa orang nak order nasi ya?"
So Mr. S pun akur, dia pun berlalu pergi.
Petang tu seawal 5 pm, Mr. S dah mulai Whatsapp akak suruh update order. Pastu akak balaslah elok elok kat dia dan bagitau, akak akan bagi confirm order after Maghrib, paling lewat 8 pm, sebab ramai kawan-kawan staf tak sempat nak check hadphone pun lagi. Sabaq sat. Dia pun kata okay, tapi berulang kali dia pesan macam ni kat akak "Okay Ju...tolong ya bagi dapat order...paling kurang 20 set,"
Agak rimas la juga dengan mesej beliau sebab duk pushy semacam.
Lepas Maghrib hari yang sama, akak pun mesej kat Mr. S dan bagitau jumlah order makanan untuk delivery esok. Akak nyatakan jumlah briyani kambing sekian-sekian, briyani ayam sekian-sekian. Bila akak dah bagitau jumlahnya, dia pun balas Whatsapp akak lebih kurang macam ni.
"Briyani kambing dah habis. Ayam ada lagi,"
"Tak boleh ejas ka? " mesej akak.
"Tak boleh ejas dah...Tolong push untuk order briyani ayam"
Amboih hang ingat aku ni kerja sales untuk hang ka ? Haaaaa....maka akak pun hangin la. Akak pun tanpa pikiaq panjang ( biasalah orang angin ahmar macam akak ni, kalau dah marah mana ada nak pikiaq panjang ), so akak pun mesej kat dia;
"Macam ni la Mr. S. Tadi you suruh saya push sales. Bila saya dah cari sales, you tak boleh deliver pulak. Lani saya nak cancel semua order. Lain kali bila dah steady, baru saya order lain. Kami kat sini ada banyak pilihan nak buat delivery, saya nak tolong abang saja..."
Mr. S pun terus mesej akak mintak maaf dan sebagainya. Dia cuba nak pujuk akak, tapi akak ni jenis keras kepala kan. Tak maknanya akak nak ubah keputusan akak dah buat. So last sekali dia akur dan menyenyapkan diri sampai sekarang.
Dari cerita adik akak di Jabatan Kimia, depa punya order okay. Nasi dia okay, tapi takdak la sedap sangat ( standard sedap untuk orang Penang adalah tinggi ). Tapi nota kaki dari adik akak, "Lepas ni hang janganla order dengan dia, biar bagi lama dulu. Bagi makanan dia dah betul sedap baru kita order lagi,"
Pada masa yang sama, akak pun duk berhubung dengan abang I. Bertanya pada dia, betul ke dia ada kawan sekian-sekian nama. Abang akak kata, takdak. Dia tak kenal pun nama macam tu, lepas tengok gambar (akak amik dari Whatsapp), pun abang akak tetap tak kenal beliau. Hampeh betul, deni pandai-pandai ja mengaku kawan abang kami padahal abang kami tak kenal dia.
Seterusnya
Lepas beberapa minggu, abang akak hantar satu screen shot laman Facebook kepada akak. paparan pada Facebook itu menunjukkan gambar Mr. S didedahkan oleh seorang bernama Az Zubair sebagai orang yang telah menipu beliau dengan jumlah yang amat besar.
Akak pun bukak cari laman Facebook itu, dan baca perkongsian oleh saudara Az Zubair, tudia. mamat ni memang sah-sah pedukang duk menipu orang sana sini. Pastu akak tengok juga pada komen-komen pada post itu, ramai juga yang kongsi cerita tak best pasai Mr. S. Ampa pi tengok sendiri link tu kat sini : Masih ingat lagi scammer yang memalsukan LO Kemnterian Kesihatan tempohari?
Akak pun PM kat saudara Az Zubair dan bagi dia beberapa informasi yang akak ada untuk dia susul dalam kes ni. And here, akak share apa yang ditulis oleh saudara Az Zubair dalam laman sosial beliau sekali lagi tentang modus operandi yang dilakukan oleh Mr. S dalam kes ini.

Perkongsian daripada Az Zubair :
Seperti yang saya janjikan sebelum ini, saya bakal mendedahkan cerita scammer beserta modus operandinya. Dan maafkan saya kerana agak lambat menulis (baru ada masa terluang sikit)
Amaran!!! Cerita ini sangat panjang ... Sepanjang ingatanku padamu ..
Sebenarnya saya sengaja ambil masa yang sedikit lama untuk memastikan niat saya menceritakan kisah scammer ini bukan untuk membalas dendam. Demi tuhan saya hanya mahu menyampaikAn cerita ini supaya rakan2 dapat mengambil iktibar serta sedaya upaya mengelakkan diri dari ditipu dengan cara terancang sebegini.
Kisahnya bermula dari perkenalan seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada beliau. Kenalan saya ini juga tak berapa kenal latar belakang scammer ini yang saya gelarkan Mr S. Cuma atas track record beberapa kali mengambil job sub operator untuk event katering terdahulu. Lalu saya dibawa dan kami berbual panjang tentang masa depan yang tampak mudah dari penceritaannya.
Sebagai orang yang belum pernah terdedah kepada cerita mendapatkan tender katering dari Putrajaya, saya hanya angguk angguk sahaja mendengar. Cerita ceritanya membuatkan kita nampak laluan untuk mendapatkan banyak tender katering sangat mudah berdasarkan 'kenalan' yang berada di belakangnya.
Atas rasa ingin mencuba dan memulakan cabang bisnes dalam katering, saya rasakan saya sudah berjumpa dengan seorang mentor yang tepat. Kena pada masanya. Kena dengan keupayaan team saya pada ketika itu.
Hakikatnya tiada perkara yang 'too good to be true' selain dari izin Nya.
Selepas terpesona dengan cara kerja yang bakal ditempuhi bersama, masa untuk memulakan bisnes dicabang baru dan kami dapat satu job sebagai permulaan yang baik. Event itu agak lumayan dan saya sudah tak sabar untuk meneroka bidang katering dan mula fokus untuk mengembangkan selagi termampu.
Selepas event pertama berjaya, walau pun ada sedikit masalah kerana person in charge event tersebut gagal memastikan beberapa perkara, dan Mr S hanya melihat dari jauh tanpa membantu apa apa. Dia hanya lepas tangan dan tidak bekerjasama sebagai sebuah pasukan. Tetapi mr s pandai menggunakan helah yang menyelamatkan tembelangnya. Sepatutnya mr s membantu kami dengan mempamerkan pengalamannya menguruskan event sebagai rujukan kami untuk next event.
Dari situ mr s menawarkan saya mengambil alih cafe nya disebuah ipt swasta. Tetapi dalam masa yang sama menceritakan masalahnya yang menyebabkan dia terganggu untuk mendapatkan job berikutnya dari Putrajaya. Mulanya mahu meminjam sepuluh ribu untuk menyelesaikan masalahnya dan memberitahu job berikutnya sudah dalam tangan.
Dengan event pertama yang sudah deliver, sememangnya saya sangat percaya event kedua pasti kami deliver sepenuh jiwa.
Prosesnya begini, kami pergi berjumpa pegawai di kementerian yang sudah diaturkan oleh mr s, kami akan berbincang tentang menu dan kemudian menyerahkan sebutharga untuk menu yang diminta. Selepas bersetuju dengan harga tersebut, jabatan tersebut akan mengeluarkan 'letter of order' yang disebut sebagai LO.
Dalam pada itu juga tiba tiba mr s dilawati oleh dua orang kawan lamanya menuntut hutang lama yang sudah berusia dua tahun. Saya pun sebenarnya panik dengan situasi itu kerana tidak selalu perkara seumapama ini sepanjang berbisnes. Lalu mr s meminta bantuan dari saya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sambil berjanji akan membayar balik dengan job yang akan diterima nanti.
Agak lama juga saya berfikir untuk memberikan keputusan. Lalu saya niatkan untuk menolong rakan yang berada dalam kesusahan. Ini masa dia. Masa kita belum tahu.
Lalu bertambah hutangnya pada syarikat saya. Dan event yang dijanjikan itu semakin hampir tarikhnya. LO belum pun keluar lagi. Inilah yang menyebabkan saya tertunggu tunggu dan terus mengasak mr s untuk terus menghubungi pegawai tersebut untuk mendapatkan LO kerana sudah dipersetujui secara verbal.
Selepas kejadian itu mr s membawa saya melawat dewan yang bakal berlangsungnya event tersebut. Sambil mendoktrin pemikiran saya yang job ini pasti dalam genggaman.
Event tersebut ada meminta kami menyediakan satay, kuih muih tradisional, cendol dan banyak lagi yang kami tempah dari pihak lain untuk menyediakannya. Lalu deposit dibayar untuk memastikan produk ini sampai pada hari event nanti. Team saya berusaha sehabis baik untuk menjayakan event kedua ini.
Sehinggalah sehari sebelum event, LO yang dijanjikan masih tak kunjung tiba. Pada saat ini saya sudah terasa yang saya sudah ditipu demi kelangsungan cerita mr s. Dan saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan event ini kerana risikonya terlalu besar dan tiada hitam putih yang sepatutnya.
Dan whatsapp saya sudah tidak dibalas oleh mr s. Dia hilang tiba tiba. Saya terpinga pinga kerana semua produk yang sudah ditempah akan deliver esoknya. Lalu saya sedekahkan pada pelanggan kedai dari terbuang begitu sahaja. Ada jumlah kerugian disitu. Dan bertambah lagi hutangnya.
Pengajarannya, supaya kita bertindak bijak dengan menunggu LO dahulu sebelum memulakan apa apa jua tindakan.
Esok nya selepas hari event mr s hubungi saya semula. Ceritanya begini. Pegawai yang sepatutnya keluarkan LO ini baru pulang bercuti. Dan sudah keluarkan LO atas nama syarikat saya. Dan dalam perjalanan ke pejabat saya untuk menyerahkan sendiri LO dari sebuah kementerian di Putrajaya. Tarikhnya kelmarin dan walaupun event itu tidak berlangsung, saya akan tetap claim jumlah nya yang mencecah 79k dan pegawai itu cuma mahukan 10k sebagai upah perkhidmatannya.
Wah!! Ini sudah jadi game lain. Silap haribulan sprm pasti memberi salam.
Lalu saya katakan pada mr s yang kami perlukan masa untuk mengesahkan LO ini dari kementerian dahulu. Apabila diselidik, nombor siri LO ini bertarikh pada tahun 2014. Dan nama nama pegawai yang tertera di LO itu juga sudah ditukarkan ke bahagian lain info yang pegawai di kementerian itu memberitahu terdapat banyak kes seumpama ini dan bersedia memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya mr s. Cuma pesannya, buat laporan polis dahulu untuk keselamatan nama syarikat dan pemilik di kemudian hari.
Selepas tembelangnya pecah, mr s sudah tidak membalas WA saya sehingga saya mengaturkan rancangan untuk cekup mr s ini dengan bantuan rakan rakan saya. Ada saya muatnaik gambar seorang anggota polis cuba memujuknya ke balai tempohari sehingga ada yang salah faham mengatakan anggota polis yang bersalah.
Ketika itulah saya dan dia ke balai polis dan membuat perjanjian untuk melunaskan hutang nya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh agreement itu dibuat. Rupanya ramai yang ditipu oleh nya. Dan seorang demi seorang tampil menceritakan cara dia menipu mangsanya, yang terbaru ini mr s berkahwin dengan seorang nurse di kpj klang. Entah apalah nasib isteri barunya sekarang.
Dan sehingga hari ini, agreement itu sudah habis tempohnya dan mr s gagal membayarnya walaupun sudah hampir dua bulan menyepi. Link asal : Facebook.com/az.zubair
Kesimpulannya
Akak share benda ni adalah sebagai panduan kepada kita semua kot-kotlah orang ini ada datang dan mengajak u olls untuk sama-sama berniaga dengan beliau.
Seperti yang akak tulis di atas, hangpa boleh baca dengan lebih lanjut dan kalau kata hangpa ada berjumpa dengan orang ini, baiklah hangpa jauhkan diri daripada perangkap janji manis untuk adakan urusan perniagaan yang besar-besar alam. Melainkan perniagaan straight forward, seperti jual beli dalam jumlah yang kecil dan melibatkan wang tunai. Tetapi semuanya bergantung kepada penilaian kalian sendiri sebab daripada komen-komen yang akak baca dalam laman Facebook Az Zubair, orang ni sangat licik dan alim-alim kucing.
Orang ini maybe masih ada di sekitar Pulau Pinang lagi. Kalau boleh tolong share information ini kepada semua, dan kalau kalian kenali orang ini, share la juga dengan dia, dan minta dia settlekan hal ini secara baik dengan orang-orang berkaitan.
Nota : Tulisan dalam font warna biru ditulis oleh saudara Az Zubair tanpa sebarang pembetulan.