Buku berjudul Lebih Duka dari Suka: Kisah Maknyah Malaysia ditulis oleh Mama Regina Ibrahim dan diterbitkan oleh Gerak Budaya Entreprise. Kalau tak salah aku buku ini merupakan buku kelima yang ditulis oleh Mama Regina. Kalau salah tolong betulkan ya Mama?
Aku beli buku ini dari Mama Regina sendiri masa bulan Ramadhan yang lalu. Kalau ingatkan nafsu, dah lama akak habiskan bacaan buku ini. Tapi akak belajar daripada kesilapan yang lalu apabila akak mendapatkan buku berjudul Cerpen dari Mama Regina terbitan FIXI. Tak sampai 2 hari habis aku khatamkan buku tu. Lepas tu aku jadi bodoh sat tak tau nak buat dengan hidup aku. So untuk buku ini akak baca perlahan-lahan agar terasa nikmatnya.
Nah! Sekarang dah masuk November akak masih ada 7 buah cerpen untuk dihadamkan. Yes masih banyak, tapi bayangkan dalam antologi ini ada 23 cerita pendek plus 1 cerita bonus. Ini bermakna ada 24 buah Cerpen kesemuanya dalam buku ini. Puaih hati u olls!
click read more
Dedikasi dan kata Pengantar
Kata pengantar disampaikan oleh journalis terkenal tanahair iaitu Dina Zaman. Tahniah Mama sebab bukan calang calang orang yang sudi memberikan kata pengantar untuk mama. Sebagai anak ayam dan pendokong Mama sejak seawal kelahiran pertama Perjalanan, akak tumpang bangga dan gembira. Tapi of course lah kalau kita panggil orang -orang atas untuk bagi komen pasal kerja kita, kita kena bersikap terbuka dengan apa yang ingin dia sampaikan.
Akak kurang setuju dengan pendapat Dina di mana beliau tidak mahu lagi transgenderisme menjadi genre utama dalam penulisan mama. Maybe untuk mengelak cliche. Tapi bagi aku Mama kena terus menulis tentang transgender, LGBT dan yang sama waktu dengannya. Sebab bagi aku Mama adalah orang terbaik untuk melakar warna- warna ini berdasarkan pengalaman mama sendiri. Tetapi of course aku setuju kalau penerbitan- penerbitan ini diselang selikan dengan genre lain.
Dedikasi mama dalam buku-buku tak pernah mama lupakan untuk Allahyarham puan Salmah.
Susunan Cerita
Seperti yang aku dah habaq kat hangpa buku ini mengandungi 24 buah cerita. Susunan cerita ini dimulakan dengan yang ringan dan yang mudah dihadam oleh pembaca cisgender. Kisah pertama misalnya adalah kisah yang biasa kita dengar dalam dunia maknyah.
But as this book goes deeper, duk keluaqlah kisah- kisah maknyah yang lebih mendalam dan kompleks. Contohnya cerita Ratu Maknyah. Mampuihlan pompuan-pompuan cisgender yang buta tuli tentang dunia maknyah pasti akan berasa kisah ini adalah fiksyen semata- mata. Tapi kalau tak pernah jadi, tak tertulis lah cerita kan? Yang membezakan adalah bagaimana kisah ini dihidangkan.
Seterusnya kisah-kisah yang disorotkan dalam buku ini juga ada antaranya memberikan perspektif yang berbeza kepada si pembaca tentang dunia tangender. But of course, bak kata Dina Zaman, sapa yang baca buku ini tapi tak merenung dan tak mempersoalkan, bukanlah seorang pembaca yang bijak. Pembaca yang bijak dia akan sedar juga akhirnya, trans woman, maknyah , pondan, whatever you may labelled them, at the end of day, depa ni semua pun manusia macam kita. Ada hati, perasaan. Keinginan dan ada juga benda yang mereka tidak hingin.
Kesimpulan
Like I said I have another seven stories to go. Aku akan baca naskhah ini perlahan-lahan dan aku tak terkejut kalau aku ulang dan baca buku ini dari awal.
Penulisan nama yang ringkas dan mudah ini sangat addictive untuk aku. Dan tak tau pasaipa kalau lepas baca buku mama aku punya semangat untuk menulis akan datang dengan lajunya. Hahaha. Tapi still tak boleh lawan Mama. Dia tulis 24 buah cerita macam magic sangat. Aku yang duk terhegeh-hegeh nak siapkan HCM sampai lani tak sudah .
Akhir kata, semua orang wajib miliki naskhah ini. And yes, bila pula aku boleh baca buku yang ditulis oleh golongan LGBT yang open about their status macam ni lagi? Oh come on! We need you!!
![]()
Buy this book on GerakBudaya: Lebih Duka Dari Suka
Buy this book on Priceza : Lebih Duka Dari Suka

Semua buku akak oleh Regina ada gincu merah ya...jangan jeles ! |