Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Ulasan Ringkas Final Gegar Vaganza 3

$
0
0
Hello u olls,

So macam mana semua orang happy ka dah tengok vanza-vanza last week ?  Janganlah marah akak kerana sebenarnya akak tak tengok show malam itu kerana akak adalah penat seharian membuat kerja rumah dan membasuh baju (sebab dua minggu lepas akak tak berapa sihat sebab datang hari wanita akak,  so kerja-kerja rumah tergendala).  Malam Ahad itu,  seawal 10 pm akak sudah lena dibuai mimpi.

Tapi esok lusanya,  of courselah akak tengok semua video persembahan sepanjang pertandingan akhir ini melalui Youtube.  Lebih bagus tengok macam ni sebab takdak iklan Qu Puteh banyak-banyak dan kurang la juga akak tengok sepuluh kali Dato Kat duk tolong kirim salam kat semua yang buat persembahan.  Bak kata Riyadh Zuhdi Loksin,  mak ayam ni duk kutip duit upah ka tolong kirim salam kat semua peserta GV3?

Okay dah-dah,  jom kita baca akak punya ulasan.


Gambar dari MalayMail online.

Click Read More



Azharina
Akak memang jangkakan dia akan menang sebab suara dia amat power.  Bekas juara Bintang RTM ini mempuyai suara husky R&B soul yang semulajadi dan bukan dibuat-buat.  Dia nyanyi lagu Melayu pun sedap,  lagu orang puteh pun sedap.  Persembahan solo beliau malam itu juga adalah power dan tidak mengecewakan.  Pilihan lagu berjudul Mama Aku Ingin Pulang & Izinkanlah,  sesuai dengan jiwa nyanyiannya.  Tak nafikan pasaipa semua orang boleh menangis.  Aku rasa kalau aku kat dalam dewan tu pasti aku pun meremang bulu betis mendengarnya.

So kalau nak komen pun,  akak just nak komen mengenai dress dan juga lampu-lampu pentas,  dah mak ayam ni pilih pakai baju hitam,  hangpa kot belakang pun tak payah la nak bubuh lampu LED banyak-banyak sangat sampai pening kepala.  Bubuh la satu spot light focus kat dia sorang sudah la. Semak tengok lampu-lampu tu semua,  and hangpa pun bubuh lampu warna gelap,  tenggalam mak ayam ini dibuatnya.




Siti Sarah
Beliau memilih lagu berani mati from Mendiag Whitney Houstan iaitu I Will Always Love You dan 
lagu Matahari.  Aku setuju apa yang Dato Ram kata,  tak suka permulaan nyanyian I Will Always Love You,  sebab Siti Sarah macam terlampau nak tambah soul pada bait-bait epik itu,  sampai dia punya sebutan "I",  dah bunyi "Hai".  Aku bara dengar orang yang nyanyi duk feeling sebutan lebih lebih macam ni.  Rosak maksud dan rosak bunyi lagu tu.  

And yes,  juga benar kata Dato Ram,  kena dahulukan jiwa daripada teknikal nyanyian.  Nyayian adalah dari hati.  Sebab tu, beza kalau kita tengok orang-orang menyanyi.  Lagu yang sama,  tapi boleh dengar bezanya.  Beza itu akan nampak bila sorang menyanyi sebab dia ingin luahkan perasaan dalam nyayian itu,  dan seorang lagi punya menyanyi sebab dia nak tunjuk kat semua orang yang dia boleh menyanyi.  Beza ya hasil nyanyiannya.



Zarul
Persembahan Zarul mendapat tepukan yang gemuruh sebab dia hemsem of courselah ramai akak-akak,  makcik-makcik,  Kak Zie Kak Nam,  Abang Gee Lembut,  Abang Mail Sotong seronok tengok Zarul yang elok menyanyi lagu-lagu rancak yang menghiburkan.  Walaupun sedikit semput dan lari tempo.  Tapi dia menghiburkan.  


Gmie
Susunan muzik untuk lagu gabungan yang dinyanyikan oleh Gmie adalah sedap dan sesuai.  Suara mamat ni maintain ja macam zaman rock dulu-dulu.  Sayangnya,  walaupun gabungan dan susunan muzik dua lagu ini sedap,  tetapi sayang lagu-lagu ni bohsan kot.

Persembahan Gmie.  Susunan muzik macam best.  Masuk dua dua lagu.  Suara dia maintain macam rock dulu dulu.  Gilaaa... aku tak suka dia pakai topi tu macam ganggu.  Nyanyian okay maintain.  Tapi maybe pilihan lagu kot.  Bohsan.  Orang dah jemu dah dengar lagu Sudirman dalam pertandingan-pertandingan karaoke semua.  So mungkin sebab itu,  dia tak menang malam itu.  Nak ikutkan,  suara dia power kot kalau nak bandingkan dengan Intan Sarafina dan Zarul!!


Intan Sarafina
Deni masuk sebab Astro tak mau bagi Ustajah Nora masuk.  Baguih juga.  Aku lebih rela dengar Kak Intan nyanyi ala-ala semput ni daripada bagi diva-divana tu masuk final pastu duk feeling kontroversi ala-ala kampung.

Sorry aku tak tau sapa yang buat pilihan lagu untuk pertandingan akhir ni,  tapi Kak Intan ni berani mati juga amik lagu Kak Zainab Zain ya.  Dia nyanyi masa low key sedap,  sekali bila nyanyi pada key yang tinggi,  haram suara dia jadi macam burung pipit mati tersepit.  Halus pastu berdengung macam mana ka?

Actually suara dia dari dulu pun aku tau tak power mana pun.  Harap dia kurus,  cantek dan boleh la nak bagi keluar suara sikit-sikit,  orang Malaysia suka la acuan-acuan ni.  Aku ingat lagi dulu masa dia popular dengan lagu Duhai Malam tu,  dia kena nyanyi live lagu tu masa AIM.  Haram betui dia nyanyi semput,  pastu duk buat salam-salam dengan peminat.  Aku bara tengok !!

Apa pun,  aku suka apa yang Ibu Hetty kata,  kalau nyanyi tok sah duk feeling nak nampak cantek sajaa.  Baca lirik dan faham lagu itu baru nyanyi.



Ameng
Sayangnya Ameng pi nyanyi lagu sendiri masa final.  Nak ikutkan dia boleh beat Zarul kot.  Suara Ameng memang epik yang meremangkan bulu roma.  Kalau dia kena nyanyi lagu orang lain barulah ada cabaran dan kita boleh tengok kelainan dan setakat mana lagi dia cabar tahap vokalnya.




Battle Siti Sarah vs. Azharina.  
Lagu siti sarah sedap soo untunglah Azharina.  Siti Sarah nyanyi lagu Azharina punya over sampai bunyi dah lain dan tak sedap.

Battle - Ameng vs. Intan Sarafina.
Ameng punya suara biasalah sedap dan maintan.  Intan Sarafina pula nyanyi takdak soul.  Sayang suara dia yang dalam dan mendayu wasted macam tu saja.



Battle - Zarul vs. Gmie   
Lagu Azrul tak sesuai untuk suara Gmie sampai ada part dia struggle untuk cari key lagu.  Zarul untung dapat lagu Gmie yang sedap dan sesuai untuk vocal dia.  Fokus yang diberikan oleh Zarul dalam persembahan battle ini yang mengangkat dia sebagai pemenang tempat ketiga.



Kesimpulan
Secara ringkasnya anak-anak ayam akak kata,  show malam itu tak berapa best.  Last-last sekali bila Dato' Siti Nurhaliza buat persembahan,  nenjia barulah semua tergamam.  Dia punya nyanyian dan persembahan paling mantop.  Akak dah tengok juga video persembahan Tok Ti,  memang kerlas.  Nyanyian yang tersusun,  tak gopoh,  tak feeling over-over dan itulah yang menyebabkan persembahan dia jadi strong.

Aku juga suka depa jemput Ibu Hetty Koes Endang.  Aku suka pompuan ni tau!!  And yes,  last but not least,  Jehan Musa punya make up sangat kerlas sampai muka dia nampak lain.  Is it just make up?


Keputusan
Tempat Keenam:  Gmie
Tempat Kelima: Intan Sarafina
Tempat Keempat: Ameng
Tempat Ketiga: Zarul
Tempat Kedua: Siti Sarah
Juara:  Azharina

Pilihan Vote: Siti Sarah



Video Persembahan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>