Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Salam Dua Kosong Satu Tujuh

$
0
0
Akak dan somi akak yang kendu tapi berpenyakit.


Hello kalian semua,

Maka ini adalah artikel penulisan pertama aku untuk tahun 2017.  Apa habaq ampa semua?  Sorry tau sebab aku terpaksa tangguhkan penulisan post-post di blog aku ini sehingga 15 Januari 2017 kerana untuk menyusun atur beberapa kerja yang aku akan ceritakan seperti di bawah untuk hangpa semua.


Laki Aku Sakit
Well,  maybe hangpa terperasan dalam cerita aku dalam blog dulu-dulu pasai laki aku yang mempunyai masalah kesihatan iaitu asthma.  Untuk pengetahuan ampa,  dia memang sakit asthma sejak kecik dan disebabkan dia seorang perokok maka tak boleh nak buat apa dah.  Takpayahlah duk bagi petua telan anak tikuih la,  telan anak kelawaq la,  telan teloq naga la,  tak payah la aku nak pi ancam binatang-binatang tu semua.  Memang tak akan baik asthma dia ni.  Sekali-sekali kalau nasib tak baik sebab salah makan (langgar pantang makan benda sejuk-sejuk),  keadaan cuaca atau kerja yang berat,  maka beliau akan mendapat serangan asthma.

Kalau nak diikutkan sejak 6 tahun perkahwinan kami,  beliau sudah naik ambulans sebanyak 5 kali (4 kali dari rumah kami di Ayer Itam ke Hospital Pulau Pinang dan sekali dari Klinik Kesihatan Farlim ke Hospital Pulau Pinang),  dan sudah 3 kali masuk hospital.  Tetapi kalau hangpa rajin stalk Facebook aku,  rasanya baru dua kali aku secara terang-terang memaparkan gambar dan post di wall aku menyatakan yang suami aku ada di hospital.  Sebenarnya aku TAKKKKKKKKK SUKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA nak cerita pasai hal-hal sakit ni semua kat hospital,  aku nanti semak perut orang duk tanya macam-macam (siries) tapi lately aku rasa memang patut aku post laki aku masuk hospital siap tag nama dia sebab aku nak bagi laki aku sedaq diri sikit jaga diri elok-elok,  bagi kawan-kawan dia semua tau bila dia sakit bini gemok dan cantik dia ni la duk jaga dia apa semua!


Apa pun,  lani alhamdulillah laki aku dah sihat walafiat,  nanti dia kena pi follow up lagi.  Terima kasih sangat-sangat kepada hangpa semua yang mendoakan suami aku hari tu.  Siriesly dalam keadaan dia yang agak tenat baru-baru ni,  laki aku jadi macam restless dan cemas semasa ada di atas katil hospital.  Bila dia cemas macam tu,  maka pernafasan dia jadi lebih teruklah.  Aku sampai duk mengaji Quran sebelah dia sebab nak bagi dia relaks,  aku suruh dia ikut pelan-pelan.  Alhamdulillah lepas tiga hari,  dia pun dibenarkan untuk keluar daripada wad.

click read more



Kesian tengok muka aku masa ni.  Memang dia jadi cemas sebab dia duk over thinking pasaipa kali ni after dah amik nebulizer tapi tak okay-okay jugak pernafasan dia.

Terima kasih juga kepada En.  Akhiar,  my boss dan isteri beliau,  Prof.  Hasnah yang sudi menjenguk aku dan Khafi masa kat hospital hari tu.  Comel sangat boss aku bagi kek,  roti semua ada dua biji bagi setiap jenis.  SEBAB DIA TAU AKU YANG NANTI SIBUK NAK MAKAN JUGAK!!! So dia beli sorang satu kat kami.  HAHAHAHA


Kampar Road Trip
Lepas laki aku dikeluaqkan daripada hospital,  aku takdak pilihan lain untuk membawa bersama laki aku untuk roadtrip ke Kampar,  Perak sempena cuti hujung minggu menyambut tahun baru.  Kalau aku tak bawak laki aku,  sapa nak jaga bagi dia makan ubat dan sedia makan minum semua.  Dia nak berjalan pi tandas pun duk semput dah!!

Aku tak boleh nak cancel trip tu sebab kami dah lama plan nak buat trip ini.  So,  aku bawak En.  Khafi bersama tetapi dia duduk kat rumah dan berehat sahaja di rumah anak ayam ku Yuss Zulk yang merupakan host kami di Kampar.  Aku akan ceritakan lebih lanjut pasai road trip ini kat hangpa semua dalam artikel yang lain.

Lepas hajat akak untuk jumpa Lata Kinjang. Air terjun yang sangat majestik.


Editing Buku Himpunan Cerita Marhayam
Dan ini adalah reason yang paling utama kenapa aku tak boleh nak menulis blog seperti biasa sampai tarikh yang aku kata ni.  Aku tengah edit buku yang aku tulis.  Sebelum ini,  naskhah ini telah diterima oleh Taro Press untuk diterbitkan dalam bentuk buku tetapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,  Taro Press release aku daripada tawaran tersebut sebab depa ada masalah sikit dan aku pun carilah publisher lain untuk lahirkan naskhah ini dalam bentuk buku.

So cari punya cari,  alhamdulillah ada satu publisher company yang menunjukkan minat.  Tapi depa suruh aku edit mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan depa akan follow up dengan aku setiap bulan!  Aku dah janji nak hantar kat depa by end of 2016,  tapi dah laki aku sakit apa semua,  aku pun tak boleh nak hantar editing tu kat depa seperti dijanjikan,  hence aku minta depa masa tangguh untuk hantar dan depa izinkan,  dan aku pun terpaksalah berhenti tulis blog sat sebab aku nak make sure aku buat editing tu semua dengan betul.

Aku penulis baru,  takdak maknanya editor akan buat semua editing kat aku.  So mak kenalah buat sendiri nyah!!  Tapi siriesly,  aku tak kisah langsung sebab aku pun boleh belajar dan pada masa yang sama aku boleh improve cara penulisan aku.  Ejaan kena betul,  perenggan,  muka surat dan macam-macam lagi.

Dan seikhlasnya,  kalau kata,  23747 kali depa suruh aku edit,  tapi at the end of the day,  company tu finally come to the conclusion menyatakan yang depa tak mau nak terbit buku aku ni,  TAKPA!! Sebab aku hargai setiap proses yang aku lalui sekarang dan aku akan usaha pula untuk cari publisher lain.

Hangpa nak tau dak buku tu pasai apa?  Aku rasa aku pernah cerita kot dalam blog aku. Tak tau lah tak ingat.  Tapi takpa,  aku cerita lagi sekali.  Naskhah ini actually macam antologi cerpen yang mengandungi 15 buah cerita.  Ada cerita cinta,  cerita kawan-kawan,  cerita bagi sedaq diri,  cerita lawak.  Macam-macam.  Tetapi semua cerita ini disusun seolah-olah cerita ini sedang dibualkan oleh tiga watak utama iaitu Kak Wanie,  seorang maknyah post-op,  Lina,  seorang pompuan yang dipondan dan Zainal,  seorang gay boy yang queen.  So sambil depa mengeteh, depa pun duk story,  dan keluarlah cerpen-cerpen itu.

Hangpa doalah agar finally buku aku ini akan diterima oleh publisher yang duk suruh aku buat editing ni.  Sebab dia duk kata,  'naskhah ni ada potensi tapi ada beberapa perkara yang puan perlu....'. Dia tak kata solidly,  dia berminat dan setuju nak terbit buku aku.  So aku duk ubah dan editlah selagi boleh.  Ubah,  ubah lah jugak,  pada masa yang sama aku tak boleh lah nak ubah semua sampai hilang warna-warni Jumie Samsudin dalam cerita-cerita tu.

Of course,  cerita-cerita aku adalah cerita-cerita orang macam kami,  ponen,  gay boy,  pompuan-pompuan dosa.  Nasib baik Mama Regina selalu bagi panduan dan tunjuk ajar secara percuma kepada aku untuk aku buat kerja dengan tersusun dan progresif.  Satu hari aku nak jadi macam mama,  sampai publisher pulak yang call mintak manuskrip nak terbit!  Amin amin amin.

Okaylah ini sahaja omelan aku untuk hangpa semua yang aku sayangi sebagai pembuka bicara.  Hangpa nantikan ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkk artikel yang akan menyusul.  Semua cerita best-best yang pasti akan memeriahkan hari kita semua.

Sekian,  I love you olls!

Yang benar,
Jumie Samsudin
15 Jan 2017

Posing kekwat masa melilau di Kelli's Castle.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>