
Seperti kalian tahu, akak sangat suka menghabiskan masa terluang dengan menonton rencana di Youtube. Di Youtube ada macam-macam benda best yang kita boleh tengok selain muzik video dan juga video yang dibuat oleh vlogger terkenal, ada juga filem yang ditayangkan secara percuma malah dokumentari. Berjuta-juta banyaknya. Tengoklah hang selagi hang ada banyak data.
Jadi pada satu hari yang fana, entah macam mana, akak terfikir untuk membuat pencarian tentang Freddie Mercury, seorang icon muzik yang selalu dijadikan meme dalam 9GAG. Lukisan komik seorang lelaki, seluar putih, baju warna kuning terang, sambil mengangkat satu tangan ke atas. Freddie Mercury diangkat sebagai raja oleh para 9Gaggers malah komik meme yang melambangkan lelaki ini digambarkan apabila sesuatu yang ohsem tercapai.
Click read more

Itu sahaja yang akak tahu tentang lagu itu dan kumpulan Queen. Maka akak pun tontonlah beberapa buah dokumentari mengenai Freddie Mercury dan perjalanan kerjayanya bersama kumpulan Queen, sebuah kumpulan rock daripada British.
Sambil menonton dokumentari ini barulah akak menyedari beberapa buah lagu era akhir 70s dan masuk ke era 80s, seperti "Radio Ga Ga", "We Are the Champions" , "Another One Bites the Dust" (dulu aku ingat lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan negro) adalah lagu-lagu yang ditulis dan dinyanyikan oleh kumpulan Queen. Aku pasti hangpa mesti pernah dengar lagu-lagu ini sebelum ini, mungkin sebagai runut bunyi untuk filem-filem, menjadi muzik latar untuk majlis-majlis sukan dan pelbagai lagi. Lagu-lagu Queen sebenarnya masih hidup walaupun di era 2010s ini. Malah rentak muzik mereka juga memberi pengaruh besar kepada pemuzik era ini seperti Lady Gaga dan sebagainya. Lagu rock yang ada ballad tapi at the same time ada elemen elektrik sikit.
![]() |
Original member of Queen. Dari kiri, Roger Taylor, Freddie Mercury, John Deacon and Brian May. |
Tiba-tiba sekarang, ketika usia akak sudah menjangkau 32 tahun, barulah buat pertama kalinya akak mendengar lagu ini. DAN OH MAI GOD!!! The second akak dengar warna muzik itu masuk ke lubang telinga akak, terus akak rasa macam bunga-bunga api meletops dalam hati akak, otak akak jadi cair, hati akak berdebar dan pada masa yang sama akak rasa hiba dan teruja ketika mendengar melodi muzik ini. Siriesly, tak pernah seumur hidup akak, akak rasa macam ini apabila mendengar muzik. Inilah lagu pertama yang membuatkan akak rasa macam ni. Kepada pencinta muzik di luar sana, kalian pasti boleh relate dengan apa yang akak ceritakan? Perasaan yang kita hanya akan dapat apabila mendengar muzik lagu yang majis!
Lagu Bohemian Rhapsody merupakan lagu yang dirakamkan melalui album A Night at the Opera pada tahun 1975.
Akak berhenti menonton dokumentari mengenai kehidupan Freddie Mercury buat seketika kerana akak hendak nikmati lagu-lagu kumpulan Queen, satu demi satu akak tonton. Malah akak juga berkesempatan untuk melihat beberapa rakaman konsert Queen penuh yang ditayangkan dalam Youtube juga.
Akak punya syiok tengok dia duk menyanyi dan beraksi. Freddie Mercury mempunyai range suara yang tinggi tetapi tidak menyakitkan hati, somehow suaranya walaupun agak tinggi dan nyaring, alunan suaranya tetap nyaman untuk didengar. Ada jiwa dan penuh dengan attitude dan semangat. Akak suka suara beliau! Oh salah, I fucking love his voice.
Akak sambung tonton dokumentari kehidupan Freddie Mercury, perlahan-lahan dokumentari sepanjang 1 jam 50 minit itu telah beralih daripada kehidupannya seorang rockers yang meletops kepada seorang homoseksual yang suka berpoya-poya dan malang tak berbau, dia mendapat jangkitan HIV dan akhirnya dia meninggal dunia dengan AIDS. Akak yang sedang menonton rencana it uterus menitiskan air mata, tak tau pasaipa. Tapi akak rasa sedih gila, sedih macam tengok filem sedih.
![]() |
Bersama kekasihnya, Jim Hutton. Depa couple dari 1985 sampai ke akhir hayat Freddie Mercury. |
Akak terus menangis, dan cuba mencari cerita-cerita lain mengenai beliau. Rata-rata beliau digambarkan sebagai seorang menghambakan seluruh hidupnya untuk muzik, malah sehingga ke nafas terakhir hayatnya, dia masih tetap nekad hendak merakam lagu demi lagu, menyanyi melodi demi melodi, semua itu yang kini menjadi legasi muzik untuk kita dan zaman manusia yang mendatang.
Hangpa kalau ada kelapangan, boleh la baca dan tonton dokumentari mengenai lelaki ini. Seorang pemuzik yang terperangkap dalam gelumang virus HIV dan AIDS yang pada ketika itu (tahun 80an) virus maut itu baru menular dan masih tiada penemuan jelas tentang bagaimana virus ini ditular dari seorang manusia ke manusia yang lain, malah cara-cara untuk mencegah diri daripada mendapat virus ini juga masih belum menjadi sesuatu yang pasti. Ketika itu, siapa yang mendapat virus HIV, dia sama seperti telah disahkan untuk mendapat hukuman mati mandatori.
Nanti kalau aku free aku akan nyanyi lagu Bohemian Rhapsody dan rakam bagi hangpa dengar. Lagu tu sedih dan sangat feeling.
Okay bye semua orang.
Lagu paling berhantu - Bohemian Rhapsody
Lagu favorite agak juga - Don't Stop Me Now
Masa penutup Olympic London 2012 depa buat gimik kemunculan Freddie Mercury : https://www.youtube.com/watch?v=YzoyDILKlhY