![]() |
Di hadapan bangunan Trang Town Hall. |
Hello u olls,
Pada cuti hujung minggu raya cina yang lalu akak dan beberapa orang kawan akak telah menjelajah menaiki van pelancong merentasi sempadan Malaysia – Thailand dan menuju ke sebuah daerah di selatan Thailand iaitu Trang. Seperti daerah Selatan Thailand yang lain seperti Pattani, Satun, Songkhla dan sebagainya, Trang juga mempunyai kaitan yang kuat dengan sejarah kerajaan Kedah Tua yang wujud pada kurun ke ** yang menguasai kawasan laluan perdagangan pada ketika itu dari kawasan utara semenanjung Malaysia hingga ke selatan Thailand. Namun berbanding dengan daerah-daerah selatan Thailand yang lain, Trang tidak bersempadan terus dengan negeri Kedah, Kelantan atau Terangganu.
Trang was an important seaport in southern Thailand. Legend says that ships always arrived in the morning, which led to the town's name. "Trang" derives from the Malay word for 'light' (terang). The province was once a part of the ancient Kedah Tua Kingdom, a Kedahan Malay kingdom. – Wiki.
Untuk tiba di Trang, kami melalui pintu masuk Bukit Kayu Hitam di Perlis. Walaupun tarikh yang kami pilih untuk perjalanan ini jatuh ada hari cuti raya Cina di mana ramai mengatakan bahawa ramai pelancong akan berpusu-pusu masuk ke negeri Thailand, tetapi bagi akak, walaupun ramai pelancong yang beratur panjang tetapi tidaklah teruk sangat. Dua pintu imegresen yang akak lalui, Malaysia dan Thailand, kedua-duanya mengambil masa lebih kurang 30 hingga 40 minit sahaja. Bagi akak not bad u olls. Tetapi sudah tentu kalau kita travel pada hujung minggu biasa, bukan cuti sekolah dan cuti umum yang lain, proses melalui pintu-pintu imegresen ini lebih mudah.
![]() |
Beratur untuk cop di Imigresen Thailand pula. |
![]() |
Inilah kumpulan pengembaraan kami. 12 orang naik van semuanya. |
![]() |
Ringgit Malaysia jatuh. Untuk 3000 baht akak kena bayar RM380. |
![]() |
Deni lepas kawasan terus boleh menari ballet. |
Tak tau pasaipa orang Siam ni kalau masak memang sedap sungguh. Perisa yang digunakan cukup lengkap serba serbi, pedas, masam, manis, lemak. Setiap kali menyuap makanan ke mulut, aku rasa macam ada percikan bunga api dalam otak dan hati aku. Gembira sebab sedap yang teramat sangat. Walaupun hakikat kami hanya makan di kedai makan ‘bodo-bodo’ saja orang Penang kata, bermaksud kedai makan yang tidak dikenali dan bukan signifikan dalam peta pelancongan di Hatyai.
![]() |
Kedai makan Siam yang bodo-bodo. Setiap meja ada dah siap siap, camca dan sudu. Tisu. Menu. Cili sos kicap semua. Air mineral. Astray rokok dan paling penting. Tong sampah kecil. Kerlas! |
Untuk tiba di Trang, kami melalui kawasan yang berbukit bukau. Lebuhraya yang kami lalui tidak kurang baiknya dilengkapi dengan papan tanda arah yang ditulis dalam tulisan Siam dan tulisan rumi. Cuma aku rasa kalau drive malam buta agak scary lah kot sebab tiada lampu jalan. Kami melalui hutan-hutan tebal dan juga banyak ladang-ladang getah di sepanjang jalan ini. Ada juga ladang kelapa sawit, tapi ladang getah lebih banyak. Lebih kurang 1 jam 30 minit, kami pun tiba di daerah Trang. Ketika melalui pusat bandar Trang, jalan raya sedikit sesak, aku nampak satu bangunan pasaraya besar lebih kurang macam Tesco bertajuk Robinson. Aku teringat dulu tahun 2011 kali terakhir aku masuk Siam, di mana aku kunjungi salah satu hypermarket besar macam ini di Phuket bertajuk Big C.
Tak lama lepas itu, kami tiba di sebuah pekan kecil berdekatan dengan Trang Railway Station, di situlah hotel yang kami akan inapi. Nama hotel itu adalah My Friend Hotel. Kepada u olls yang hendak datang ke sini, kalau hangpa naik kereta api masuk dari Malaysia ke Thailand, sampai di hentian stesen keretapi Trang, hangpa jalan tiga minit sahaja dah boleh sampai kat My Friend Hotel.
Pasaipa akak suka hotel ini? Hangpa kena baca kat sini : My Friend Hotel, Trang Thailand
![]() |
Akak tanya kat driver Siam ni, nice gear. Dia kata, "Yes...yes. Special one. Hatyai. 1000 baht only." HAHAHAH butoh. |
Ekspidisi kami disertai jugak oleh 8 orang anak-anak muda (Yang Ridhwan Shariff join sekali dalam group kami ni), akak tak kenai pun depa ni semua. Semua muda trang tang tang. Spisyis anak-anak ikan usia 20 an. Aku panggil depa New Boyz, tau pasaipa? Sebab depa masa berjalan kat tengah town ni pun duk dressing macam pi Queensbay. Siap dengan kasut sukan dan spek mata hitam. Aku tanya "Hangpa ni semua buta ka?" Dan masa jalan-jalan pusing town yang bagi depa TAKDAK APA-APA ni, ada suara yang merungut-rungut pada Ridhwan "Wehs? Bayar RM450, dapat ni ja ka?"
Siriesly aku bengang gila kat budak budak kanyiak ni. Aku ada sound jugak sikit, "Butoh bayaq RM400 ja bukan RM1500." Tapi Nizal sudah jegil mata sama aku so aku pun tak jadi nak carut depa ni semua lebih-lebih dan aku teruskan perjalanan lebih jauh ke depan. Kami melewati bangunan Trang City Hall, Saparachinee Trang School dan saja la masuk sebuah wat (kuil Siam) yang terdekat di kawasan itu.
Siriesly kat sini memang takdak pelancong luar, mat salleh mahupun Malaysian. So bila kita duk jalan-jalan tu, especially gang-gang New Boyz ni, of course lah orang Siam akan pandang sebab memang nampak berlain langsung.
![]() |
The clock tower. |
![]() |
Pekan Trang yang damai. |
![]() |
Penyapu yang unik. Aku rasa macam nak beli penyapu depa ni dan buat perhiasan ja. |



![]() |
Sebuah wat yang kami kunjungi. Takdak apa pun, just jalan masuk pusing-pusing ja. |
![]() |
Ini antara night market di tengah bandar sempena CNY. |
![]() |
Cantik depa susun!!! |
Second day kami di Trang, kami telah dijadualkan untuk mengadakan aktiviti island hoping dengan memulakan ekspidisi maritim kami di Pantai Pak Meng. Perjalanan dari hotel ke Pak Meng beach mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kami menggunakan syarikat Andaman Islands Tour and Travel untuk menempah pakej snorkelling ini. Sampai kat Pak Meng Beach, syarikat pelancongan yang handle perjalanan ini menyambut kami dengan baik, walaupun tempat ini agak lama tetapi depa hias dengan pokok dan tumbuh-tumbuhan jadi cantik dan bersih. Kerlas orang Siam ni suka mengemas. Depa standby juga coffee untuk sapa-sapa yang tak sempat sarapan. Tapi aku tak minum coffee tu sebab takut satgi dehydrated sebab nak masuk laut kan? Nak tau lebih lanjut pasai perjalanan akak island hoping hangpa baca kat sini. : Jelajah Gua Morakot Semasa Island Hoping di Trang, Thailand
Sorry akak tak banyak share gambar akak masa snorkelling dan sebagainya sebab akak tak pakai tudung. AHAHAHAHAH sebelum akak kantol macam Nelydia Senrose baik akak mengaku cepat-cepat. Akak ingatkan di Trang ni takderlah haram jadah mana-mana orang nak kenal aku kan sebab tak pakai tudung? Haaaa Allah punya nak tunjuk, elok-elok aku dah sampai kat pantai Morakot Beach, nenjia satu gerombolan manusia yang bergelar kumpulan Adikarma dan gang-gang staf HEPA USM telah muncul dan turut sama bermandi manda di pulau itu. BUTOH betul.
Sorry akak tak banyak share gambar akak masa snorkelling dan sebagainya sebab akak tak pakai tudung. AHAHAHAHAH sebelum akak kantol macam Nelydia Senrose baik akak mengaku cepat-cepat. Akak ingatkan di Trang ni takderlah haram jadah mana-mana orang nak kenal aku kan sebab tak pakai tudung? Haaaa Allah punya nak tunjuk, elok-elok aku dah sampai kat pantai Morakot Beach, nenjia satu gerombolan manusia yang bergelar kumpulan Adikarma dan gang-gang staf HEPA USM telah muncul dan turut sama bermandi manda di pulau itu. BUTOH betul.
![]() |
Nizal catwalk di belakang adik-adik New Boyz. |
Paling kelakar sekali, Nato Alsany sempat menipu anak-anak buahnya yaitu budak budak Adikarma junior yang tak berapa nak kenal akak lagi, “Hello everybody, this is my friend from Thailand and her name is Ronnie,” pasti semua orang pun macam “Hai.....”
Noks! Mak tahan gelak. Pastu akak terdengar Jerry, salah seorang Adikarma membisik “Abang Nato, muka kawan abang Nato ni macam Kak Jumie kan?” HAHAHAH mak pun bantal gelak macam sial.
Okaylah ini sahaja yang akak nak kongsi dengan u olls semua tentang ekspidisi akak ke Trang, Thailand. Akak sangat rekemen hangpa mai sini especially pi try island hoping dan masuk dalam gua Morakot, satu pengalaman sekali dalam seumur hidup.
Okaylah ini sahaja yang akak nak kongsi dengan u olls semua tentang ekspidisi akak ke Trang, Thailand. Akak sangat rekemen hangpa mai sini especially pi try island hoping dan masuk dalam gua Morakot, satu pengalaman sekali dalam seumur hidup.
Depa ada habaq juga kata, bandar Trang ni memang kerajaan Siam tak mau nak promote sangat kat orang luar sebab nak simpan lokasi ini untuk rakyat Thailand sahaja. So macam Phuket, Bangkok, Hatyai, Krabi dan Chiang Mai menjadi tumpuan pelancong luar, tetapi bukan Trang. Sebab tu masa kami naik boat pi island hoping, kami 12 orang dan 2 orang abang dari Melaka sahaja pelancong luar. Pastu mungkin dalam boat yang lain, ada kawan blogger Penang iaitu Lia Hasty dan kawan dia. Dan satu lagi boat, penuh dengan gang USM yang aku jumpa kat Morakot Cave. Depa tu pun mai sebab kebetulan ada tugas di Prince of Songkhla University.
So kalau hangpa nak mai sini, akak sangat sokong sebab tak ramai pelancong lagi duk mai sini. Check out lagi page mengenai Trang di Tripadvisor dan sebagainya sebab kat Trang ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh kita lawati dan of course akak akan mai lagi!!! Tetapi definitely bukan dengan gang New Boyz lagi. AHAHAHA
Akak rasakan inilah kali pertama akak jalan-jalan akak kurang ambil gambar. Kalau tak aku mengalah paparazi UK duk ambil gambar semua benda yang aku nampak. 1 sebab digital camera aku tak boleh nak charge so tak syiok ambil gambar guna handphone. Kedua, aku rasa macam kali ini aku lebih indulge dalam pengalaman kembara ini daripada sibuk nak bergambar!!
Kalau hangpa berminat nak pi, dan hangpa macam akak bukan jenis adventures nak try buat semua sendiri, akak nak promote hangpa semua ambil pakej pelancongan yang diuruskan oleh kawan akak secara kecil-kecilan. Macam trip ini yang akak join la, ini semua dia yang handle.
![]()
Trang Thailand Budget Weekend Getaway
3 days 2 nights
RM450 per person
Kalau hangpa berminat nak pi, dan hangpa macam akak bukan jenis adventures nak try buat semua sendiri, akak nak promote hangpa semua ambil pakej pelancongan yang diuruskan oleh kawan akak secara kecil-kecilan. Macam trip ini yang akak join la, ini semua dia yang handle.

3 days 2 nights
RM450 per person
- kalau boleh hangpa cari group siap siap maksima 12 orang dewasa / kanak-kanak
- meliputi tambang pergi balik menaiki van (dari Penang – Trang)
- Penginapan 3 hari dua malam (tidak termasuk makan minum)
- Termasuk pakej snorkeling and island tour trip siap yang dilengkapi dengan minum pagi, makan tengahari, kudapan dan minum petang
Berminat? Contact kawan akak Ridhwan Shariff. 014-247 5477 atau PM dia kat Facebook/Ridhwan Shariff.
Jangan lupa untuk baca artikel akak yang lain berkenaan topik ini :
Catatan Kembara ke Trang, Thailand
Jelajah Gua Morakot Semasa Island Hoping di Trang, Thailand
My Friend Hotel, Trang Thailand
Chan Chala Night Market, Trang Thailand
Jangan lupa untuk baca artikel akak yang lain berkenaan topik ini :
Catatan Kembara ke Trang, Thailand
Jelajah Gua Morakot Semasa Island Hoping di Trang, Thailand
My Friend Hotel, Trang Thailand
Chan Chala Night Market, Trang Thailand