Hello u olls!
Inilah rentetan aktiviti akak sempena minggu PRU 13 kali ini. Asalnya, kami ingin bertolak ke KL, melawat ibu mertua akak and then bertolak balik ke Penang by Ahad, tapi malangnya ada beberapa perkara yang perlu disettlekan di Penang so kami tak dapat nak balik ke KL. Akak pun stay di Penang.
Sabtu, 4 Mei 2013Akak pergi make up di Penanti (Parlimen Permatang Pauh) untuk make up pengantin akak iaitu Nadya Azhar yang juga kawan akak masa di SGGS dahulu. Dalam perjalanan pulang, akak Danny dan Firdaus Adikarma pun lalu jalan kampung melalui Kubang Semang dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Sepanjang perjalnan kami dihiasi dengan warna warni penyokong parti Pas dan PKR yang begitu meriah mengibarkan bendera parti kesayangan mereka. Di simpang MOBIL di Kubang Semang, akak nampak sorang penyokong pegang sepanduk yang berkata "Sila HON jika anda menyokong kami," Apa lagi!! Akak pun HON kereta Dorrie akak. Meletops u olls. Akak suka dan memberikan sokongan ini.
![]() |
Nadya Azhar, selesai di make up oleh akak :) |
Please Click Read More
Malamnya, akak yang memang takdak apa-apa plan di contact oleh kawan akak. Hafiz Mazlan from Northwind Intellec Sdn Bhd. Depa dapat tender untuk provide PA system untuk program Majlis Makan Malam Amal Cabutan Bertuah 1 Malaysia di Jelutong Express Highway, Penang. Depa minta tolong akak jadi EMCEE untuk program malam itu. Memandangkan akak takdak apa-apa plan and akak pikir....WHY NOT? Bolehlah dapat duit pocket sikit...maka akak pun terus pergi ke lokasi program. Sorry to my bestest friends Asmaa, Aishah, Ezrin, Syaz and Nonie yang mengajak akak lepak makan di Padang Brom, akak tak mau pi....akak mai sini. Tapi akhirnya, depa pun mai tengok akak masa jadi EMCEE. :
![]() |
Akak on the way nak pi event. Meletops tak akak pakai lipstick merah bertajuk Ruby Woo daripada MAC. |
![]() |
Gambar akak masa menjadi MC diambil oleh Nonie yang mangkar. |
Ahad, 5 Mei 2013
Rumah akak meriah hari ini kerana keluarga abang akak datang dan lepak di rumah. Bukan lepak saja-saja tapi ada sebab u olls. Mak akak iaitu Kak Edeh dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makan pagi, tengahari dan petang untuk petugas petugas khemah BN di Kampung Kebun Lama. So abang dan kakak ipar akak duk tolong Kak Edeh dari pagi.
Kalau semua orang seronok pi mengundi pagi pagi, akak pulak bersenang lenang u olls. Akak pagi pagi dengan baju kelawar berwarna hijau berketwok ke pintu pagar SMK Cina Chung Ling, Ayer Itam yang terletak di sebelah rumah akak, untuk tengok masih ramai ke yang sedang mengundi. Akak tengok macam ramai orang. So akak pun ketwok balik rumah balik and relaks-relaks bersama anak-anak menakan.
At 1230 PM, akak pun tukar baju lawa sikit dan kebetulan adik akak iaitu Cakcing pun datang dengan perutnya ke rumah akak. So, kami pun pergilah mengundi bersama-sama. Apabila kami masuk ke kawasan sekolah, kami pun pergi ke khemah untuk semak nama. Apabila dah habis menyemak nama, kami dorang pun berketwoklah masuk ke Bilik Mengundi.
Tiba-tiba...EHK...akak ternampak seseorang yang akak sangat kenal mukanya. Hari hari akak ternampak muka dia di poster-poster sekitar Air Itam ni. Budak ini sangat kendu. Akak selalu macam teringin nak jumpa dia secara live. Ya Allah...rezeki akak u ollls! Akak berjumpa dengan Calon BN DUN Air Itam iaitu Loo Jieh Sheng.
Akak terus sapa dia dan kata "Hello...hi! Good luck ya...." kerlas akak sapa beliau. Terpinga pinga beliau. Mesti dia terkejut melihat akak dan hati beliau berkata "wahh...canteknya wanita berparas persis orang Amerika Latin ni," Haaa! Kan?? So akak pun apa lagi. Ambil lah gambar dengan beliau.
![]() |
Inilah Calon BN, Loo Jieh Sheng yang akak cerita tu. Haaa..................ellllllllll kan? Akak jarang tau taste kat lelaki Chinese. So bila akak boleh taste tu.......erm.... |
![]() |
SMK Jenis Cina Chung Ling yang sangat cantek dan bersih. Terletak di sebelah rumah akak. |
![]() |
Haaa...u ollls! Inilah Cakcing yang dah sarat mengandung. Beliau kini sudah boleh tukar nama kepada Ular Sawa Batik. |
![]() |
Bilik Mengundi kami. 3 |
![]() |
Akak dengan kuku akak yang bertanda. |
![]() |
Nenjiaaa orang kuat BN dengan Kak Edeh. Penghantar makan dan minum dari Kampung Baru ke Kebun Lama. |
![]() |
Jalan sesak di depan rumah akak. Tapi sesak yang bergerak. Seperti yang akak ulas dalam Astro Awani, lebih ramai orang ramai yang keluar mengundi kali ini berbanding PRU yang lalu. Bukan sahaja ramai yang keluar mengundi malah orang ramai yang keluar untuk tengok keadaan PILIHANRAYA pun berlambak. |
And yes, around 230pm, akak dapat called daripada Astro Awani untuk membuat ulasan ringkas mengenai suasana mengundi di kawasan akak. U olls yang terlepas tengok siaran itu, akak sempat rakam dalam handphone akak. Nenjia, ampa tengok kat sini :
Terima kasih kepada anak ayam yang disayangi iaitu Hilal Azmi, yang pernah jadi Personaliti Bulan Ini di blog saya suatu ketika dahulu and now he is one of the wartawan di Astro Awani (Kini Trending) yang memberikan peluang kepada akak untuk diwawancara dalam Astro Awani. Sangat bangga u olls!
Orait. Itu sahaja coretan akak setakat ini. Pada ketika ini, jam menunjukkan 9pm di rumah akak. Kami sekeluarga sedang duduk beramai-ramai menanti di depan TV. Tunggu keputusan. Seikhlasnya, pada pendapat akak...Penang memang akan terus diterajui oleh DAP. Mereka akan terus menang. And seikhlasnya, akak rasa DAP has been doing quite good job here in Penang especially dalam pembangunan pelancongan di Penang. Kalau mereka terus menang. Akak tidak akan terkejut. :)
Sekian, melaporkan daripada DUN Air Itam, Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan Abadi (gituuuuu terus ada abadi di belakang)