Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Seni Untuk Membenci

$
0
0
Hello u olls semua,

Terpanggil akak untuk membuat coretan hati macam ni. Dah lama akak tak buat coretan hati dalam blog akak kan?  Coretan hati akak kali ini bertajuk "Seni untuk membenci".

Perasaan benci tu memang akan ada dalam hati kita.  Yelah u olls,  hati kita tidak sesuci kekasih Allah, hati baginda pernah dicuci dengan air zamzam oleh malaikat Jibril masa Israk Mekraj.  Kita ni??? Hati kita di cuci dengan apa deknon.

Baik macam mana pun kita ni,  mesti ada dalam hati kita untuk membenci sesuatu ataupun seseorang.  Tanpa kita sedari ataupun dengan secara sengaja.  Nak hilangkan semua perasaan benci tu memang susah u olls.  Tapi kita boleh praktis untuk mengurangkan rasa benci itu.

Akak pun banyak perasaan benci membenci ni.  Haaaa...orang yang tak kuat iman macam akak memang banyak benda yang akak benci.  Back in 2008,  masa mula mula menulis blog,  akak pernah menulis artikel ini  :  Perkara yang Menyakitkan Hati.  Dan apa yang menyedarkan diri akak adalah "Wow....banyak nya benda yang aku benci dalam dunia ini."


CLICK READ MORE


Sikap Benci Ini Adalah Satu Penyakit
Tapi itu adalah masa tahun 2008.  Akak dah lalui macam-macam dalam hidup akak dalam 5 tahun ini.  Ada jatuh ada bangun.  Ada kalanya akak suka dan ada kalanya ada duka.  Akak ingat lagi pada tahun 2009,  akak seorang yang sangat bitter di dalam blog dan juga Facebook.  Kata-kata akak terkadang itu terlalu lantang dan menyebabkan orang terasa dan salah sangka dengan cara akak.

Tapi tak mengapa,  we learn from our mistake.  Mungkin ketika itu,  hati akak penuh dengan penyakit benci.  Ohhhh!  Penyakit benci adalah satu penyakit yang amat tak elok untuk tubuh badan kita.  Bila hati kita penuh dengan benci,  apa sahaja yang kita nak buat,  kita jadi tak ikhlas.  Kita always jadi paranoid dan kita always nak compare diri kita dengan orang lain.  Especially dengan orang-orang yang kita benci.

Contohnya,  akak benci dengan si A.  Akak terlalu benci si A ini kerana akak tak puas hati dengan kesalahan dan benda benda bodoh yang dia buat dalam hidup akak.  Akak tak maafkan dia apatah lagi melupakan segala onar dia buat dalam hidup akak.  So akak membenci A dengan penuh rasa firasat mendalam.

Apabila kebencian terhadap A terlalu menebal,  perasaan itu seolah-olah kempen utama dalam hidup akak.  Apa sahaja yang akak nak buat dalam hidup akak adalah kerana akak nak SAKITKAN HATI SI A.  Contohnya,  akak pergi melancong ke luar negara.  Akak pergi bukan dengan niat akak nak pi enjoy dan bersuka ria,  tapi akak pergi enjoy kerana "AKAK NAK BUKTIKAN YANG AKAK HOT DAN NOW AKAK PI LUAR NEGARA KERANA AKAK ADALAH LEBIH HOT DARIPADA SI A,"

Niat buruk akak itu sebenarnya membunuh percutian akak.  I dont enjoy because akak membuat benda benda dengan niat nak menunjuk bukan kerana nak have fun betul betul.


Kalau Aku Benci Dia,  Semua Orang Kena Benci Dia
Satu lagi penyakit benci yang lebih teruk adalah di mana seseorang itu kalau dia benci pada Si A,  dia akan make sure,  semua orang di sekeliling dia untuk membenci Si A juga.  Akak pernah jadi macam tu. Walaupun hakikat,  memanglah Si A ada buat benda yang menyakitkan hati akak.  Tapi dengan mengadu domba mengenai Si A kepada semua orang.....apakah kebaikannya kepada diri akak????

In the end,  akak sendiri yang jadi raplah sebab semua tenaga negative yang berlaku dalam proses mengandu domba itu meng-effect segala aktiviti harian akak.  Dan paling teruk,  Si A yang telah membuatkan hati kita menjadi remuk lebur masih dapat teruskan hidup dia dengan aman dan sentosa dan kita?  Kita hidup dalam keadaan tidak tenteram dan paling worse,  orang akan nampak bahawa "Si A tu okay je pun....Jumie tu yang lebih-lebih duk cerita pasai keburukan orang kat semua,  lani kita boleh tengok la sapa baik sapa jahat kan?"



Benci Pada Diri Sendiri
Banyak yang akak dah lalui dalam hidup ini.  Yes,  akak seorang yang banyak membenci.  Akak jadi penat u olls.  Penat tau membenci orang ni.  Banyak tenaga yang digunakan.  Hati jadi resah,  gelisah,  tak tenang,  dan otak kita sentiasa memikirkan benda yang membuang masa kita.

Tahun ini akak 28 tahun.  Dah almost 30 tahun dah.  Akak dah very woman u olls.  Akak tak mau memenuhi fasa seterusnya dalam hidup akak ini dengan perasaan benci.  Akak tak mau dikenali sebagai seorang wanita kertu (tua) yang penuh dengan kebencian.  Orang putih kata "bitter old woman".  Akak tak mau jadi macam itu.


Praktis Seumur Hidup
Bukan senang untuk melakukan praktis ini.  U have to be betul betul ikhlas untuk melakukannya.  Dan jangan lakukannya dengan cara sekaligus.  Buat sikit sikit.  Akak bukannya insan yang penuh dengan falsafah hidup yang komplikated.  Falsafah hidup akak very simple dan praktikel.  Yang mampu akak buat.  Yang tak mampu,  akak tak hipokrit.

Jangan paksa hati untuk buat satu satu benda yang kamu tidak selesa.  Bila kamu tipu diri sendiri,  hasilnya adalah amat mengharukan.

Alhamdulillah,  akak lebih tenang sekarang.  Akak tau tau nak share tips untuk menghilangkan kebencian dalam hati dengan u olls semua.  Tapi kebelakangan ini,  especially untuk tahun 2013 ini,  akak rasa hati akak lebih ringan.  I can forgive people easily,  i can be very very rasional and bila akak tak tau tentang sesuatu perkara itu,  akak mendiamkan diri,  bukannya membebel macam orang tua bodoh yang buat pandai.  Oh yes,  setelah semua kesusahan yang berlaku dalam hidup akak 28 tahun ini,  akak dapat rasakan jiwa akak sangat tua.

Itulah yang akak nak share dengan u olls semua.  Seni untuk membenci adalah satu frasa yang mungkin kita tidak pernah dengar sebelum ini.  Selalunya buku-buku ilmiah / rohani akan minta untuk kita JANGAN MEMBENCI,  tapi akak nak u olls kekalkan perasaan itu dalam hati.  Tapi kena pelajari seni untuk menggunakan kebencian itu dengan betul.  Bila kita berjaya untuk praktikkan seni kebencian itu dengan baik,  barulah kita nampak dengan jelas bahawa Allah jadikan semua yang berlaku dalam hidup kita ini kerana sebab-sebabnya.

Bagaimana nak master dalam seni untuk membenci ini? Yang ni akak tak boleh nak ajar u olls.  U olls kena cari dan garapkan sendiri kerana semua orang ada jalan cerita hidup masing-masing.

Semoga kita semua tidak end up menjadi makcik-makcik yang penuh dengan kebencian.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>