
Hello u olls,
Sapa sini pemalaih keluar jalan-jalan lunch masa hari kerja? SAYA!!!! Haram jadah nampaknya aku angkat tangan sorang-sorang. Aku memang antara maknusia yang tak suka berjalan-jalan masa lunch time. Sekali-sekali takpa, tapi kalau hari hari NO! Aku nanti pesan kat orang, atau bungkus siap-siap dari rumah. Pada hari Jumaat, orang kerajaan kan akan pi berlunch secara jemaah di Queensbay dan kawasan meriah yang sama waktu dengannya, tapi lain bagi akak ya, my ULTIMATE BEST WAY untuk spend y long lunch hour adalah dengan duduk dalam bilik di office, tutup lampu, tutup pintu, tutup tingkap dan apa lagi? TULIS BLOG LAH!
Tapi kadang-kadang bila ada bajet sikit, hang mesti teringin nak makan lunch sedap-sedap tapi hang malas nak keluar pi bungkus ataupun segan pulak nak menyusahkan kawan-kawan lain yang keluar berlunch.
Jadi apa kata kita semua jom try order lunch dengan DeliveryEat.my. Okay ampa mai baca dulu cara-cara mudah dia macam mana.
Click read more
- First sekali hangpa kena log in website http://jom.delivereat.my/
- Kalau ini adalah kali pertama hangpa nak order, hangpa kena register dulu. Boleh register guna emel, atau log in mudah menggunakan akaun Facebook. Hangpa nanti kena settinglah alamat, nombor telefon dan butiran diri untuk sesi penghantaran.
- Pada laman utama, hangpa boleh masukkan nama negeri dan nombor poskod lokasi hangpa dan kemudian bila klik search, akan keluar semua cafe dan restoran yang berdaftar dengan servis DeliveryEat.My
- Untuk memudahkan pemilihan restoran kesukaan, hangpa boleh click pada filter berkenaan. Halal, seafood, western dan sebagainya.
- Bila dah pilih filter, kita boleh pilih dengan tekan pada icon restoran kesukaan kita. Bila kita klik kat situ, secara automatik kita akan dibawa ke page yang menunjukkan pakej-pakej order yang mudah untuk kita pilih. Kita juga boleh pilih secara ala carte mengikut kepada tawaran yang ditetapkan pada paparan itu.
- Lepas masukkan apa yang kita nak order, page ini akan culculate harga caj penghantaran yang kita kena bayar. Selalunya lebih kurang RM6 dan ke atas. Kalau kita order untuk kita sorang, kita kena tanggungla kos penghantaran tu sorang, kalau kita order ramai-ramai, kita boleh share dengan kawan-kawan kita.
- Bayaran? Kita boleh pilih untuk bayar secara credit card, melalui debit card, melalui online bank in ataupun secara tunai. Kalau secara tunai, maknanya bila makanan sampai, barulah kita bayar kat budak yang buat delivery tu.
Ini adalah kali kedua akak makan makanan yang di order oleh DeliveryEat.my. Terima kasih kepada XJump Meteor sebab ajar akak cara-cara nak order makanan best menggunakan khidmat DeliveryEat.My ni ya. I love you olls!
