Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

La La Land Movie Review

$
0
0


Hello u olls,

Lately akak tengok banyak filem best best tapi akak busy takdan nak share semua benda.  Nak share kat Facebook pun nanti macam banyak sangat posting,  nanti orang duk kata pulak akak ni takdak kerja ka dalam hidup ini semua benda nak kena share kat Facebook.  Entahlah hidup rasa macam dilema sekarang.  Tapi takpalah,  pelan pelan bila mai kerajinan bertembung dengan perasaan berlapang dada maka dengan ini,  akak akan share dengan you olls juga filem filem best tersebut.

So hari ini akak nak share dengan you olls cerita pasai filem yang baru baru ini mengundang kontroversi iaitu filem La La Land.  Kontroversi bukan kerana ada adegan LGBT,  apatah lagi kerana ada carut-carutan mengutuk agama atau kaum,  tetapi kontroversi semasa Oscar awards dimana dua orang presenter telah tersalah membuat announcement.  Dua orang presenter itu telah mengumumkan La La Land sebagai pemenang filem terbaik walhal hakikat,  pemenang untuk filem terbaik jatuh kepada filem Moonlight.

Akak tak tengok lagi filem Moonlight sebab pernah baca sinopsis cerita ni macam berat,  drama bagi hati sayu punya.  Kisah keperitan hidup sebagai orang kulit hitam di salah sebuah bandar urban di Amerika Syarikat.

Akak pilih untuk tonton La La Land dahulu.  Filem ini pun tidak kurang hebatnya dalam majlis anugerah Oscar dan majlis anugerah lain kerana telah berjaya merangkul,  eh salah,  menyapu banyak anugerah utama.  Syabas pengarah filem ini,  Damien Chazelle yang juga pengarah yang bertanggungjawab untuk membikin sebuah filem yang turut banyak anugerah pada Oscar yang lalu iaitu Whiplash.  Filem tak sampai 2 jam yang amat akak gemari.

La La Land juga sebuah filem muzikal.  Tetapi like siriesly the Bollywood musical film tetapi versi Hollywood.  Siap dengan berlakon,  menyanyi,  menari tengah-tengah jalan dan pakai baju macam-macam colour.  Akak tak letak ekspektasi yang tinggi sebelum tonton filem ini sebab biasalah,  orang selalu akan bagi rating gila gila kata best apa semua,  tapi bila kita tengok sendiri,  sebenarnya taste kita tak sama langsung.  Sebab tu kadang-kadang bila tertengok filem yang betul-betul tahi,  aku boleh jadi bodoh dah untuk beberapa minggu sampai takut nak tengok filem baru yang lain sebab takut effek tertengok filem tahi lagi.


Alhamdulillah,  La La Land bukan sebuah filem tahi.

click read more



Dari awal aku macam agak skeptikel dengan filem ini. Macam mana sebuah filem  muzikal boleh dapat raih banyak pencalonan dan menang anugerah.  Dari barisan pelakon hinggalah mereka di belakang tabir.  Sebab Hollywood tak pernah macam nak letak muzikal sebab genre utama depa dalam pengiktirafan serius.  Its always cerita yang ala ala drama yang berat.

Jadi aku pun download filem ini tapi aku tak tengok cepat-cepat. Aku simpan letak tepi bila aku boring dan dah takdak apa nak tengok baru aku akan tengok La La Land.  Dan bila aku tengok memang best, buat aku rasa macam omaigod bestnya mesej dalam cerita ini. Aku sedih dan menangis.



Sinopsis
Secara ringkasnya,  filem ini mengisahkan dua orang manusia yang bercita-cita tinggi dalam dunia seni.  Dunia seni adalah sebuah dunia kerjaya yang agak sukar.  You will never know,  when you gonna come in,  you never expect when you gonna go out.

Si lelaki dalam filem ini lakonan Ryan Gosling adalah seorang pemuzik yang bercita-cita untuk membuka jazz bar miliknya sendiri dimana otai-otai muzik jazz boleh bermain muzik jazz secara sambarono.

Si wanita lakonan Emma Stone pula adalah sorang gadis biasa yang bekerja di sebuah kedai kopi yang bercita-cita untuk menjadi bintang filem.  Uji bakat demi uji bakat telah dia hadiri namun semuanya masih belum berhasil.

Then one day,  mereka bertemu.  Bercinta.  Sama-sama memberi sokongan dalam dunia yang mereka minat.  Si lelaki cuba untuk buat sesuatu yang diluar impian utamanya semata-mata untuk bagi si wanita bahagia (duit dan steadibillity) tetapi akhirnya,  kedua-dua mereka tidak bahagia dan bergaduh.  Money is not everything.

Sampailah satu hari,  si wanita dapat peluang untuk berlakon dalam sebuah filem.  Untuk menerima watak itu,  dia perlu berhijrah jauh dari bandar itu.  Maka,  si lelaki yang amat menghormati dan percaya pada bakat yang dimiliki oleh si wanita itu,  dia izinkan si wanita ini pergi mencapai cita-citanya.

Tak lama selepas itu,  si wanita sudah berjaya dalam hidupnya.  Begitu juga dengan si lelaki.  Dalam satu adegan,  si wanita dengan suaminya (lelaki baru) berjalan-jalan dan terjumpa sebuah jazz bar.  Meraka masuk ke dalam jazz bar itu,  alangkah terkejutnya apabila si wanita itu mendapati jazz bar itu adalah milik bekas kekasihnya,  si lelaki.

Filem itu habis di situ sahaja.

So u olls,  berikut adalah kenapa akak suka filem ini!

The Building Of Story
10 minit pertama dimulakan dengan muzik. Actually starting punya muzik tu macam cheesy la,  ala ala Musical Highschool atau Glee sahaja.  Tapi pelan-pelan,  semakin lama,  muzik dan juga cerita semakin mendalam.  Pastu last sekali,  bila depa berjumpa balik bila sama-sama berjaya dan dalam kepala otak depa try untuk susun balik babak hidup depa secara lain yang sepatutnya mungkin pada ketika kini,  depa dua boleh hidup bahagia bersama,  part tu sedih gila la.  Aku nangeh kot.  Aku selalu kata banyak kali dalam hidup aku,  kita semua ada jalan hidup dan cerita masing-masing.


Hidup kita tak mungkin akan sama dengan cerita hidup kawan kita.  Tetapi hidup yang kita pilih untuk bersama-sama dengan orang yang kita sayang dan hormati,  pengorbanan yang kita perlu buat bersama,  penat dan sedih,  ketawa dan gembira,  tapi at the end of the day,  kalau sudah tertulis dalam suratan takdir,  bukan lagi untuk kita bersama.  Kita tidak akan bersama.



Lakonan Emma Stone
Memang best puki ni berlakon. Tapi dia kuruih sangat..dia nampak macam kucing. Nyanyian live. Teknik sama macam La Misrable.  Memang patut dia menang pelakon wanita terbaik untuk Oscar.  Mau perati masa dia buat scene ujibakat.  Musibat betui dia boleh berlakon,  macam duk bercakap telefon,  pastu nak menangih,  pastu baru dia nak nangih,  orang interupt dia punya ujibakat,  pastu buka dia confuse,  sebab orang duk kacau dia ujibakat,  pastu dia confuse adakah dia kena terus berlakon ka tak,  pastu tiba-tiba dia kena berhenti berlakon macam tu ja,  terus ekspresi muka dia berubah jadi kecewa.

TABIK SPRING.  Pompuan muka kucing ni memang patut mempunyai ramai peminat.

Lakonan Ryan Goesling
Mainan piano yang dahsyat. John Legend yang turut berlakon dalam filem ini amat mengkagumi Ryan Gosling yang berlatih untuk bermain piano dengan baik.  Walaupun bunyi asal untuk filem ini dimainkan oleh pemain piano profesional tetapi untuk semua scene lakonan,  Ryan Gosling berusaha bersungguh-sungguh untuk hafal setiap ketikan atas papan piano itu tanpa menggunakan teknik CGI apatah lagi 'hands double'.  Lakonan dia bersahaja dan bukan sahaja sebab dia hemsem,  tetapi dia ada karisma dalam menyampaikan dialog untuk setiap babak itu.

Penggunaan Warna
Penggunaan warna warna yang cantik dalam filem. Ini adalah trend baru yang disukai oleh pembikim filem Hollywood sekarang.  Depa belajar banyak dengan filem Hindustan akak rasa. So far antara filem Hollywood yang akak suka sebab dia guna warna-warna yang menarik adalah filem The Grand Budapest Hotel.

Untuk La La Land juga begitu.  Banyak scene di mana warna-warna digunakan dengan begitu cantik gila iaitu koordinasi costume,  background,  props dan set as a whole.  Tetapi my most favorite scene adalah apabila depa dorang menari kat tepi lereng bukit time maghrib.  Langit warna purple,   pastu Emma Stone pakai dress warna kuning.  Memang magical.   

Muzik dan Tarian
Nice dan artistik. Penari semua jadi latar belakang not the main karakter. Tapi Emma dan Ryan pun menari hebat juga na!  Patutlah Emma jadi kuruih kot.

Kesimpulan
Aku bagi cetia ni simple tetapi menyentuh hati dan perasaan.  Ini mungkin kisah benar.  Lakonan sangatlah baik,  dipandankan dengan lagu yang amat memorable.  Akak bagi 8/10.  Sangat rekemen hangpa semua tengok cerita ini.


Gambar adalah copyright of IMDB

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>