Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Hudson's Eumenthol Jujubes

$
0
0
Hello u olls,

Petua untuk sapa yang tiba-tiba batuk teruk dan malam tak boleh tidok lena sebab batuk u olls itu membuatkan u olls rasa macam nak garu kerongkong dengan pencakar daun kering.  And bila kat office,  punya duk terbatuk sampai terkencing sikit dalam seluar dalam.  Sila try makan Hudson's Eumenthol Jujubes.  Memang berkesan!!


Click Read More



Akak pi clinic tak jadi apa.  Bila siang,  okay...bila malam akak batuk macam serigala nak tumbuh bulu.  En.  Khafi tidok tak lena.  Dia pun suruh akak beli cokelat ni bertajuk Jujubes.  Akak kata kat dia "Hang duk pekena aku.  Nama cokelat tu pun aku musykil,"  kata akak yang penuh syakwasangka.

Pastu dia pun beli kat akak juga (boleh beli kat mana mana toko ubat / farmasi).

Pastu akak pun makan.  En.  Khafi kata "Jaga-jaga ubat ni pedas gila.  Potong sekerat.  Makan sikit-sikit.  And letak bawah lidah,"  tapi akak rileks je makan sebijik besar ni.  Sungguh lahar lidah akak kan?  Kepada u olls yang mempunyai lidah suci pekerti.  Sila jangan tiru cara akak sebab yes,  cokelat ini sangat pedas dan berangin.


* tapi kalau batuk kalian berpanjangan dan tak baik-baik,  maybe itu adalah kifarah dosa.  Oleh itu,  sila jumpa doktor pakar yang berdekatan.

Love,

Jumie Samsudin yang kena batuk teruk lepas balik KONGSET JUMIE SAMSUDIN LIVE IN PERTH April 2013 yang lalu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>