Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Gaun Perkahwinan Pewaris Kristal Swarovski

$
0
0


Hello u olls,  

Hari ini akak nak tunjuk gambar-gambar gaun perkahwinan yang dipakai oleh waris syarikat kristal mewah Swarovski  iaitu Victoria Swarovski  yang bernikah dengan seorang lelaki bernama Werner Mürz yang berusia 42 tahun.  Seperti yang kalian tau,  Swarovski adalah syarikat yang bertempat di Austria tetapi untuk majlis perkahwinan gilang gemilang ni depa buat kat Trieste, Italy.  

Victoria Swarovski mengenakan sebuah gaun ciptaan Michael Cinco berharga 700 ribu pound sterling (lebih kurang 3.8 juta ringgit).  Dress ini dikatakan seberat 46 kilo (lebih kurang berat badan akak le tu...) yang dipercantikkan dengan paillete (mami Penang panggil jigna),  laser-cut flowers dan  kristal Swarovski.  Kerlasss depa pakai Michael Cinco memang baju yang dibuat oleh fashion designer yang berasal daripada Philippines ni memang mahal nak mampus sebab tu dia based in Dubai dan baju dia kalau tak royals,  billionaire ataupun artist meletops ala-ala Beyonce dan JLO dan ke  atas sahaja yang mampu pakai.


Victoria Swarovski juga memakai sebuah veil panjang berjela yang bertatahkan setengah juta butir batu kristal jenama Swarovski.  GILA!!!!  Pengantin perempuan juga memakai sepasang kasut jenama Jimmy Choo yang turut bertatahkan kristal Swarovski.


Majlis perkahwinan tiga hari ni juga diadakan dengan penuh gilang gemilang tapi yang paling akak suka adalah depa guna bunga baby's breath untuk buat hiasan kat majlis dan juga dalam gereja.  Siriesly,  hiasan ni macam sangat simple dan kerlas tetapi at the same time bagi kita focus tengok pada pengantin dan bajunya yang grandis!



Jom tengok gambar dresses.  Click read more




Punya haluih dia punya kristal tak nampak kat dress ni.











Victoria Swarovski mengenakan sebuah gaun ciptaan Michael Cinco berharga 700 ribu pound sterling (lebih kurang 3.8 juta ringgit).



Dress ini dikatakan seberat 46 kilo (lebih kurang berat badan akak le tu...)


Dekorasi
Majlis perkahwinan tiga hari ni juga diadakan dengan penuh gilang gemilang tapi yang paling akak suka adalah depa guna bunga baby's breath untuk buat hiasan kat majlis dan juga dalam gereja. 


Sumber:  Dailymail.co.uk

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>