Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Review Fashion MET GALA 2013 Part 2

$
0
0
Okay u ollls!

Dah tengok Review Fashion MET GALA 2013 Part 1 kan?  Now kita akan tengok Part 2 pulak.  Kerlas tak akak?  Akak memang terpaksa buat sebanyak banyak part sebab ya rabbi memang banyak retis Hollywood yang attend event mahal ini dan memakai baju yang seronok untuk kita perhatikan.

Haruslah akak buat pembahagian.  Sebab banyak sangat pictures they olls yang cantek cantek ni.

Okay jom kita continue.


Click Read More


Kim Kardashian in Givenchy by Riccardo Tisci
Waaahhh...kerlas kakak Kim K yang berbadan dua sekarang ni.  Actually akak selalu tengok dan sangat suka dengan fesyen fesyen beliau sejak berbadan volapsyes ini.  Walaupun selalu mendapat kritikan dan dikutuk kerana keberaniannya,  akak sangat suka!  Pilihan fesyen beliau walaupun bertubuh badan ala-ala bantal kekabu ini membuatkan akak rasa macam waaaauuuu!! Akak sebagai wanita agam sangat sukakannya.  Termasuklah dress Givenchy ala-ala kusyen English Style ini.  Akak tetap sukakannya.  Bukan semua orang berani pakai macam ni.  


Amanda Seyfried in Givenchy
Apa pendapat u olls mengenai dress ini?  Seyfried and Givenchy memang tidak dapat dipisahkan.  Tapi akak tak tau macam mana dress ini dapat dikaitkan dengan PUNK.  Tapi dress ini memang meletops.  Akak suka.    

Jennifer Lopez in Michael Kors
Nak menangihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tengok kakak JLO ni.  Aiiiyooo...!!  Make up,  hair do,  baju...semua perfect!!! Sangat suka!!

Karolina Kurkova in Mary Katrantzou
Kakak model ni muka dia macam kuda sikit kan?  Baju ni tak cantek.  Nampak macam kusyen zaman 90an.  Kaki dia pun tak cantek.  Nampak macam tua.  Aiiyooo banyak nya komen i.  Macam la i ni perfect sangat. LARI>>>>>>


Anna Wintour in Chanel
Ni mak ayam besar American Vouge.  Sapa sapa nak ditayang dalam front page Vouge haruslah menyembah ratu 434 kali depan step kuda kepang dihadapan beliau.  Katanya last year,  dia gaduh royan apa tak tau dengan Kim K sampai Kim K pun dibanned daripada MET GALA.  Aiiyooo takutlah nak carut baju tidur ala-ala Wendy dalam cerita Peter Pan yang beliau pakai jenama Chanel ni.  HAHAHAH oooppsss.

Elle Fanning in Rodarte
Satu lagi akibat daripada memasukkan dress putih dalam meshin basuh yang mempunyai baju t shirt BN dan UMNO.  

Sarah Jessica Parker in a Giles Deacon dress, Philip Treacy headpiece and Louis Vuitton boots.
HANYA BELIAU YANG MAMPU MEMAKAI SEDEMIKIAN.  Walaupun havoc.  Akak salute sebab keberanian beliau.  

Mary-Kate in Chanel
How are u Mary Kate?  27?  GOSHHH u look so old.  

Coco Rocha in Ungaro
Salah seorang daripada model yang akak sukai.  I followed her on Twitter.  Dia ni macam mangkar sedikit.  Baju ini meletops maybe sebab dia elok...orang elok pakai apa pun elok.  Tapi i dont like the BOOTs.  

Kerry Washington in Vera Wang
Erm.....next!!!



Christina Ricci in Vivienne Westwood couture
Akak lebih suka beliau pakai baju daripada Zac Posen last year.  Baju ala labah-labah tu.   

Morgan Saylor in Holly Fulton 
AIIYOOO wasssss is disss???? Sales girl kat MAC berani tak pakai baju ni?  Ahakkk!! Rubeha Ramza sila jawab.

Brooklyn Decker in Peter Pilotto
AKAK SUKA KASUT BELIAU.  Next.

Chanel Iman in J Mendel
Aiiiiyooo.  I suka i suka.  Walaupun tak nampak kot depan.  Tapi i rasa i sangat suka dress ini.

Tyson Beckford in Alexander Nash
Sangat taste mamat ni.  Saja bubuh gambar dia kat dalam ni.  Nak bagi semangat tulis blog.  HAHAHHA



Amber Heard in Pucci
I suka dress ni.  Not the boring red dress.  Ada detailing and jarang tengok orang putih pakai kain labuci penuh ala ala orang Malaysia buat baju kawen. 

Minka Kelly in Carolina Herrera
Design ini amat baju pengantin Malaysia 2008.  Sekian.  

Kate Beckinsale in Alberta Ferretti 
Wow.  Kate Beckinsale yang kurus.  I think i like her look.  And her cincin and subang and kasut.  Ranggi.  

Kate Mara in Delpozo
Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....simple gila.  Deni macam takdak effort.  Design bunga bunga hitam kat tetek dress ni....apakah maksudnya???

Renee Zellweger in Prada
NEXTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT....

Gwyneth Paltrow in Valentino
WOW.  Walaupun akak tak tau kat mana nya PUNK itu.  Tapi warna yang sangat shocking pink ini dan juga ada belahan diatas tetek ini sangat sesuatu.  Akak suka edgyness pada dress ini.  

Anja Rubik in Anthony Vaccarello
Senang deni takdak skirt nak pakai,  dia jahit labuci kat bawah kot so tak payah pakai skirt dah.  HAHA

Kristen Stewart in Stella McCartney 
Suka atau tak suka?  Love it or hate it?  Akak macam nak suka.  Tapi macam pelik pun ada.  Maybe akak suka sebab detailing lacing pada suit pants ini.  Tapi kan......akak memang tak berapa setuju pakai seluar untuk pergi majlis rasmi kepada wanita.  Tapi kan (tapi ketiga dalam ulasan ini) kalau bubuh gendang besar dan topi kat dia...terus nampak macam pancaragam sekolah kan??

Maggie Gyllenhaal in Calvin Klein
Cup tetek pada dress ini adalah inspirasi lipatan bungkus nasi lemak Malaysia menggunakan daun pisang.

Kate Bosworth in Balmain
Ramai dah pakai design ni. NEXT

Sekian sahaja u olls.  Akak akan kembali dengan part 3.  Sorry artikel ni tak banyak carutan.  Maybe sebab kategori ni,  banyak yang pakai baju meletops.

Love,
Jumie Samsudin

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>