Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Diintai Lembaga Hitam Ketika Memakan Nasi

$
0
0
Hello u olls,

Meletops tak tajuk blog i olls hari ini ala-ala Variasari u olls.  Kaedahnya,  perkara ini berlaku kepada kakak I olls yang mempunyai anak kembar itu yang bertajuk Sanita.  Dia tulis kat status Facebook dia,  "Aku nampak hantu......"

Farihin,  anak kembar Kak Ita sedang posing 'AKU POYO' di balkoni kejadian.


Lepas tu satu Penang duk called dia bertalu-talu nak tau apa story.  Betul ka dia nampak hantu?  Sebab dia dah tak larat nak ulang story kat kawan-kawan dia semua yang duk call tak berenti,  dia pun suruh akak tulis kat blog akak.  So kawan-kawan dia boleh baca story kat sini.  Tula depa ni semua,  generasi tua tua sikit....depa tak berapa tau nak Wechat or Wassap ni...semua nak kena call terus kan.   (hahaha...sorry kawan kawan Kak Ita semua).

Okay beginilah kisahnya.

Click Read More



Pada suatu malam yang hening,  Kak Ita pun duduk di depan TV di ruang rumah apartmentnya.  Sambil menonton Astro Ria kegemaran beliau,  dia pun memakan nasik.  Di kiri beliau,  adalah sliding door yang juga balconi yang menampakkan pemandangan laut dan Penang Bridge.  Menjadi kebiasaan depa sekeluarga untuk biar sliding door itu terbuka dan memberi angin-angin sepoi bahasa bertiup masuk ke legar rumah.

Pada ketika itu,  Kak Ita sahaja yang berada di ruang tamu.  Anak-anak semua ada di bilik masing-masing.  Manakala suami beliau,  Cik Apis tak balik rumah lagi daripada pejabat.

Sedang beliau melahap nasik itu,  tiba tiba sedas angin masuk ruang rumah dan mengejutkan Kak Ita yang sedang enak memakan nasik.  Kak Ita terasa kesejukkan dingin luar biasa angin malam itu dan membuatkan dia terdetik untuk memandang ke arah sliding door....

Pada ketika itu.......jeng jeng jeng....

Kak Ita ternampak satu sosok hitam sedang mengintai dari tepi sliding door yang ditolak ketepi pintu balkoni itu.  Sosok tubuh itu berwarna hitam.  Tidak nampak rupa bentuknya dengan jelas.  Tapi apabila sosok hitam  itu tau yang Kak Ita memandangnya....sosok itu terus terbang ke ruang angkasa dan terus lenyap begitu sahaja.

APA LAGIIIIIIIIIIIII!!!!!...Pinggan nasi yang sedang dipegang erat oleh Kak Ita terhempas ke lantai dan beliau terus meluru lari ke dalam bilik anak terunanya Farhan.

"An.....................Ummi nampak hantu....." kata Kak Ita kegigilan.

Anak lelaki beliau yang juga agak penakut seperti Moknya yang menulis artikel ini pun kaget dan tak tau nak buat apa.  Dia just kata "Ummi pi la depan...tengok apa ada....."  hampes punya anak.

"Ummi tak mauu...takutt...."  Kak Ita pun terus duduk di dalam bilik bersama anak lelakinya.  Dia tak tau nak buat apa.  Dia tak berani nak keluar ke ruang tamu.  Dia hanya mampu menulis status di Facebooknya ----------"Aku nampak hantu......" itu sahaja yang dia mampu lakukan.  Sebagai memohon bantuan daripada jiran-jirannya,  dia pun tagged Puan Noorbaini dalam status itu. Puan Noorbaini dan keluarga tinggal di tingkat 3 di blok yang sama.


Lama selepas itu,  barulah suami Kak Ita pulang ke rumah.  Cik Apis pun terkejut melihat isteri kesayangannya duduk sebilik dengan anak lelakinya.  Perkara ini jarang berlaku,  hatinya terdetik  "Apalah kesalahan anak lelaki aku pula ketika ini,"

Tapi sangkaan Cik Apis adalah salah belaka.  Apabila mendengar penjelasan daripada Kak Ita dan An,  Cik Apis pun terus menuju ke balkoni rumah.  Untuk pengetahuan u olls,  abang ipar pencerita ini kisah ini (Cik Apis) adalah seorang yang amat sukakan benda benda mistikal seperti roh, jin dan alam ghaib ini.  Daripada minat beliau dalam hal hal ini,  beliau ada sedikit ilmu tentang hal hal ghai seperti ini.

Selangkah Cik Apis ke ruang balkoni ini  seluruh bulu di tubuh Cik Apis meremang setegak 90 darjah.  Ya....memang dapat dirasakan!  Pastinya kalian yang membaca cerita ini terasa bulu roma di lengan u olls sedang menegak sekarang.

Cik Apis pun duduk di situ dan membaca surah surah dan Ayat Suci Alquran yang sesuai untuk menyucikan balkoni rumah beliau dan juga bagi melindungi rumah dan seluruh keluarga beliau daripada diganggu oleh makhluk-makhluk ini lagi.

Sekian,  begitu sahajalah cerita daripada Kak Ita yang diintai oleh lembaga hitam ketika memakan nasik.

Saya tidak akan memasukkan gambar gambar yang menghorrorkan dalam artikel ini.  Cuma sekeping gambar anak kembar Kak Ita dan Abang Apis untuk tatapan u olls.

ps/ Cerita ini adalah cerita betui.  Tapi ada sedikit tambahan nilai nilai estatika bagi membuatkan cerita ini lebih dramatik.

Yang benar,
Jumie Samsudin
Lambang Keberanian (GIIITUUUUUUUUU)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>