Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Mangsa atau Penipu?: Polaris Northern Star

$
0
0


Pada bulan Mei yang lalu,  sejurus selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya Malaysia ke 14,  tiba-tiba terlintas sebuah video dalam laman Youtube bertajuk Polaris Northern Star.  Akak nampak tajuknya,  Message to Tun Dr Mahathir from a Malaysian refugee in Europe SOS menunjukkan gambar seorang perempuan bercakap dalam sebuah bilik dengan cahaya yang malap.

Wajah wanita ini macam mix Cina + Melayu.  So akak pun bukak nak tau apa dia deni nak habaq kat Dr.  Mahathir.  So lepas tengok video dia,  dan beberapa video yang lain terus akak rasa macam Ya Allah kesiannya perempuan ni...

Intro
Kisahnya,  dia ni tak sure asal dari mana sebab tak diceritakan dengan jelas. Informasi dia ada sedikit di sana,  ada sedikit di sini.  Tapi dia dikatakan berdarah keturunan Borneo (Sabah/Sarawak) pastu dia mai Johor,  di Johor dia jadi mangsa human trafficking.  Di mana ahli keluarga dia cuba menjual dia kepada pihak yang tidak bertanggungjawab atas sebab keuntungan peribadi (bayar hutang atau sebagainya). 

So hari-hari dia kena pukul dan kena dera dengan keluarga dia sendiri,  walaupun dia dah buat report polis dalam satu keadaan dia mengatakan bahawa,  pihak polis Johor hanya tengok dia yang kena pukul teruk tetapi tidak diambil apa-apa tindakan kepada keluarga yang menyeksa dia.

click read more


Satu hari,  entah macam mana dia diselamatkan oleh seorang lelaki dari Canada dan mereka lari ke Eropah.  Katanya sekarang dia duduk di Belanda.  Dia mempunyai passport merah dari Malaysia dan pada yang sama dia mendaftar dirinya sebagai refugee (pelarian) untuk memudahkan dia meneruskan hidup di negara Eropah.

Sekarang dia buat Youtube Channel ini bertajuk Polaris Northern Star dengan tujuan untuk menuntut hak keadilan.  Dia nak orang yang telah seksa dan deranya mendapat hukuman setimpal dan pada masa yang sama dia nak balik ke negara Malaysia.

Ini adalah penjelasan paling ringkas yang akak boleh ambil daripada beberapa video yang telah akak tonton.  Kalau akak salah,  please betulkan akak di ruangan komen. 



Ini dia punya Youtube,  Polaris Northen Star

Jadi akak sangatlah kasihan dengan kes ini,  terus akak subscribe dan click butang loceng pada chanell Youtube-nya sebab akak nak sangat tahu apakah yang terbaru dan terkini jadi kat dia.  Akak akui,  akak tak amik apa-apa tindakan sebab bila akak baca komen kat channel dia mendapat banyak sokongan daripada orang awam.  Ada yang siap komen kat situ kata,  depa ada direct access dengan Tun M dan pemimpin tertinggi yang lain untuk bersama-sama bantu dia selesaikan masalah ini.



Persoalan Timbul
Tak lama selepas itu,  dia up satu lagi video.  Bertajuk Demand The Star News to remove the Inciting article with dishonesty dated May 15 menunjukkan Youtuber ini sangat bengang dengan tindakan pihak Star News yang telah terbitkan sebuah artikel menyatakan bahawa dia adalah seorang fake/penipu.  Lepas dengar rintihan dia,  kita pun terus Google artikel berkenaan.

Hangpa boleh baca sini:  A Malaysian refugee in Europe? Her claims are not true, say Johor cops

Ringkasan dalam artikel tulisan Nabila Ahmad,  Star Online menyatakan bahawa apa yang didakwa oleh wanita dalam Youtube ini adalah tidak benar kerana dia tidak dipukul oleh anggota polis seperti yang didakwa tetapi dipukul oleh keluarganya sendiri.  Ketua Polis Johor,  iaitu YBhg. Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahkan wanita ini mempunyai masalah dengan keluarganya sendiri sejak tahun 2011 dan banyak laporan polis telah dibuat,  oleh dia sendiri dan juga oleh bapanya. 

Pada tahun 2011,  dia telah meninggalkan Malaysia dengan passport sendiri dan mengemas kini passportnya di London pada tahun 2014.  Tetapi dalam laporan itu tidak dinyatakan nama penuh wanita ini,  asal usul dan juga maklumat butiran lain.

Dalam satu laporan lain,  Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali menerusi laporan Astro Awani bertajuk Dakwaan 'pelarian' Malaysia terkandas di Jerman masih dalam siasatan - KP Imigresen yang dilaporkan oleh Isabelle Leong pada 13 Mei 2018,  menyatakan pihak Imigresen dalam proses meneliti kes ini. 

“Memang dia kata dia warga Malaysia dan menunjukkan pasport (Malaysia). Tetapi dia tidak memberikan sebarang perincian seperti nombor pasportnya.

“Kami tidak dapat mengesan sebarang rekod lagi kerana tidak mempunyai maklumat yang mencukupi,”

And then,  akak google around lagi dan jumpa dua link forum perbincangan di Lowyat  dan Reddit.  Lepas baca orang-orang dalam tu punya komen dan perbincangan barulah akak buka mata,  selama ni akak duk kesian dan ingat kat dia macam-macam dia lalui semua kan?  Tapi sebenarnya ada banyak benda yang kita perlu pikiaq secara kritikal dan tidak boleh sewenang-sewenangnya kesian dia membabi buta.  Depa siap bagi beberapa channel Youtube yang dibuat oleh orang (yang berlainan) tapi cara yang sama,  macam mengaku depa suami isteri,  kena masuk hospital tapi kena tahan sampai lani tak boleh balik Malaysia.....WTF!

So here are some of the important point yang kita kena pikir bersama.

  1. Apakah isu sebenar?  Ini bukan isu keagamaan mahupun perkauman.  Adakah ini juga satu kes rasuah?  Kesan pihak-pihak berkuasa yang tumbuk rusuk?  Adakah ini hanya satu kehendak memuaskan keperluan peribadi?
  2. Pasaipa dia terlalu berahsia dan banyak informasi yang dibiar terlopong.  Dalam semua video dan post,  takdak satu pun dia habaq dengan jelas nama penuh dia,  no IC,  asal usul dia,  sekolah mana?  Pernah kerja mana?  Semua takdak.  At the end of the day...deni betui ka orang Malaysian?  Kalau dia share.....mesti lagi mudah orang nak tolong.
  3. Kalau betui dia orang Malaysia dan pernah jadi mangsa sekian-sekian,  takkan takdak seorang pun kawan sekolah,  kawan sekampung,  adik beradik atau sesiapa sahaja yang tampil di laman sosial lain ataupun komen kat situ habaq kata YES LILY ni adalah mangsa betul dan kami adalah saksi!  Sehingga kini takdak sapa pun yang tampil untuk sahkan apa sahaja yang dia kongsikan dengan kita selama ini adalah sesuatu yang sah (validation).  Come on laaaaaaa Malaysia ni bukan besaq mana pun,  mustahil takdak sapa kenai dia!
  4. Ada satu komen dalam Reddit punya discussion yang kata,  depa orang Malaysia yang duduk kat Belanda,  depa cuba PM Lily Polaris ni kata nak jumpa...tapi haram sampai sudah tak dapat!  So betui ka dia ada kat Belanda?  Sebab semua video dia dalam bilik gelap takdak bumbung.
  5. Sekarang daripada hari dia post video-video terawal dah hampir 2 bulan kes ini diberitahu kepada pihak umum,  tapi pasaipa di era globalisasi macam sekarang ni apa-apa sahaja kalau post di sosial media akan cepat diambil tindakan,  kenapa sampai lani takdak satu pun penyelesaian dapat diketengahkan?  Tambahan pulak sekarang ni zaman Malaysia Baru,  pasaipa sampai lani Tun M tak bagi apa-apa komen mengenai perkara ini ataupun memang depa dah siasat kot belakang dan tahu sepenuhnya bahawa kes ini adalah kes tidak jelas so depa tak boleh nak amik apa-apa tindakan.
  6. Tak dinafikan.....polis Malaysia ada korup.  Mana-mana polis kat dunia pun korup...tapi setahu aku la,  siasatan yang dibuat oleh polis Malaysia antara terbaik di dunia juga.  Korek-korek,  sat sahaja boleh jumpa.  Tapi pasaipa kes ini macam takdak apa-apa pendedahan pun?
  7. Dia sangat butthurt bila orang kata dia tak cukup Malaysian,  pastu siap buat video khas untuk buktikan yang dia Malaysia.  Lebih details,  dia kata dia ada darah Melanau,  tapi tak tau cakap Melanau.  Pastu dia kata dia mixed Chinese,  tapi Mandarin tak boleh cakap...Hokkien pun tak tau.  Pastu dia kata dia ada darah Belanda,  tapi dia cakap Belanda pun very basic.  Yes,  sebagai anak berdarah campur,  you olls kadang-kadang hanya cakap English atau satu bahasa sahaja di rumah,  bukan semua...tapi takkan pasai benda tu pun hang sampai nak bergaduh-gaduh dengan netizen?  Hang punya isu sebenar apa?  Nak tangkap orang jahat atau nak buat pertandingan DEBAT PERDANA MENTERI MENGGUNAKAN BAHASA MELANAU.
  8. Kalau hangpa tengok video dia,  aku pun macam musykil dan lani confuse,  apa sebenarnya yang dia nak perjuangkan?  Keadilan?  Hak saksama?  Tapi pasaipa setiap kali dia nak cakap lebih-lebih,  nanti mat salleh Canada tu macam controlled dia lebih dan akan cakap bagi pihak Lily.  Pastu depa hanya akan focus kepada depa jadi mangsa...depa jadi mangsa....  dan bukan focus kepada apakah cara untuk orang nak bantu dan tolong depa?


Akak Pulak Kena Serang

So ini yang paling penting sekali akak nak share kat sini,  Lily ni duk kata dia mangsa dalam semua keadaan teruk dalam hidup dia.  Okay lepas baca komen daripada page Lowyat,  akak pun pi komen kat video dia "If all this are fake and scam just like what have been discussed all over internet...i hope that you will finally stop and move on with your life.  This is not good.  Menipu orang untuk keuntungan peribadi...."




Hangpa baca elok-elok,  aku tak maki dia,  aku tak kecam dia,  aku tak kata pun dia menipu! Aku sebagai pembaca,  macam orang lain juga,  ada macam-macam perasan yang berkecamuk dalam hati.  Keliru. Nak kasihan ka?  Nak sedih ka?  Nak percaya ka?  Sebab dia dah keluarkan macam-macam statement,  tapi pihak polis menafikan,  pastu netizen pulak hemtam teruk-teruk.  


So kalau dia demand THE STAR NEWS untuk buang artikel itu,  akak pun seolah-olah macam demand untuk dia stop apa sahaja yang dia buat dan move on dengan hidup dia.  Bagi akak lah,  ramai lagi pelarian Malaysia yang ke luar negara dan hidup dengan lebih baik dan aman (jadi pelarian atas hak-hak kebebasan beragama dan kemanusiaan dan sebagainya).  Akak juga kenal seorang ramai pelarian yang tinggal di Malaysia terutamanya Rohingya.  Hangpa tau kan?  Akak duk tolong sikit-sikit Peace Learning Centre sebuah sekolah konvensyenal dan Maahad al arkan Li tahfiz al Quran,  sebuah sekolah tahfiz untuk anak-anak pelarian Rohingya di Pulau Pinang.  Hidup depaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi susah nak haram jadah oiiiii......tapi depa teruskan hidup juga.  Suami bekerja,  isteri jaga rumah,  anak-anak tetap dapat dibawa ke sekolah.


So samalah dengan dia,  duk lawan-lawan sangat untuk apa?  Hang kata dah dapat duduk Eropah,  boleh kerja semua elok.  Kira okaylah tu.  Duk buat video,  cerita hang kena dera,  hang kena pukul....semua cerita tu 7 - 8 tahun dah habis dah.  Pasaipa duk cerita lagi?  Untuk perhatian ka?  Apa point hang sebenarnya sampai lani akak tak jelas.


Tapi bila akak post komen itu,  hangpa tau apa dia buat?  Dia attacked akak balik.  Nah bukti...



Komen 1. 
Polaris Northern Star:  Jesus Christ, how many plates did you eat? Are you sure you left any food for the poor people.


 Komen 2.
Polaris Northern Star:  Better go on a Diet Jumie, dont eat too much PIG, its not healthy. Friendly advise


 Komen 3.
Polaris Northern Star:  Why dont you get lost & stop leaving stupid comments on my channel JUMIE. You are blocked corrupt Police supporter. Stay the heck away from my channel. You are not welcome there Jumie. Dont bring your mouth everywhere. BLOCKED


Hangpa boleh tengok semua komen-komen dia buat kat Youtube video akak adalah bersifat peribadi.  Dia kata akak gemok,  akak makan banyak dan sebagainya.  Tapi dia komen kat tiga video sahaja,  video video lain dia tak komen dah....kalau dia nak komen juga bestlah ...sebab video akak kat Youtube memang banyak yang merapu,  banyak bahan dia boleh umpatkan.

Bila dia dah attacked dan komen akak macam tu...akak pun komen balik kat komen akak tadi "VERY GOOD!...after i comment here,  you attacked me personally on my video.  saying im fat and all.  Do you know who I am?  I have a blog,  and i can write that you are such a liar and all you do is fake.  

And i will also lodge a police report saying that you harrassed me,  and secondly to investigate if you are a SCAM.

Lepas tu dia terus ignore akak dan tak amik apa-apa tindakan dah.  Akak rasa dia menyesal kot.  Dan akak cuba contact sorang kawan akak dia orang Malaysia yang mendaftar sebagai refugee di Sweden.  Akak minta tolong dia review Youtube ni dan bagi sedikit komen.  Dia tengok sedikit dan kata "Kak...tengok Lily ni macam tak berapa betul jer..."

Haaaaaa....sebab tu akak nak kongsi cerita pasai Lily dan kawan Kanada dia dari Youtube channel Polaris Northern Star.  Akak nak hangpa semua sama-sama baca dan kita bincangkan apa yang deni nak cuba sampaikan,  ataupun kalau ada sapa-sapa yang ada maklumat yang tepat,  why not kita dedahkan sahaja apakah kisah sebenar disebalik kes ini.  Sebab orang Malaysia,  semuanya baik-baik,  kalau susah kita sama-sama tolong.

Akhir kata,  hangpa baca juga laporan lebih penuh dari The Borneo Post  bertajuk Alleged refugee of Sarawakian Melanau descent pleads for help.  Akak paling suka apa yang ditulis kat bawah sekali bertarikh 12 Mei 2018:

Note to readers: Six years away from home is not a very long time. If this is a genuine case, people like her personal friends in Sarawak should be able to recognise her and verify her plight. The Borneo Post encourages readers to share her story for awareness, but advises against assisting her in any way that may be personally or financially detrimental.

Tepat sekali,  at the end of the day,  kalau benda ni betui...dah lama dah orang tolong settle dah!  Gila negara kita ada SITI KASIM kot.......

ps/  Please share this artikel,  takpayah nak minta kebenaran.  Nak copy paste pun boleh! Tapi kredit la nama aku sikit.  Okay bye.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>