Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Pergaduhan Dengan Keluarga Ipar

$
0
0
Assallammualaikum Sis Jumie,  

Saya seorang reader baru di blog sis Jumie yang vogue the vasss ni hehe.
Saya terpanggil untuk share a problem with sis, because i felt that we barely knew each other but sis macam dekat di hati saya. Cewahh pastu saya rase masalah saya ni boleh dishare kan bersama viewers yang lain mane tau they are having the same problem as mine kan.

Sedikit pengenalan mengenai diri saya, 25 years old, pernah bertugas sebagai make up artist untuk satu company cosmetic brand daripada luar negara tapi now i dah quit and jadi housewife and freelance makeup for wedding job on weekend la. I’m happily married for 4 years and got a pair of kids.

My problem is my relationship with my in laws. Not my father/mother in laws. But my husband's siblings. I ade kakak ipar dan adik ipar yang previously we used to have good and close relationship. Sis, i bukan nak cakap ape. But i am a thoughtful person. U mesti paham kan. Tapi macam kate orang tua-tua la, kalau terlampau baik nanti kite akan bergaduh. Tu memang tepat sekali.

Click Read More

So before this memang i rapat la with them, tapi sejak kebelakangan ini dah tak rapat. Because of i don’t know exactly why sis. Let me be honest with you, before this ada masalah melanda keluarga in laws. And out of no where my husbands siblings ni tak la menuduh saya but from their actions i can tell that they were avoiding me so obvious. 
Selepas itu, ade hacker dah hack my sis in law FB, and sebarkan pic x senonoh dia tu and it looks like she thinks saya yang buat just because i and my sister in law were very close and i tau segala baik buruk and rahsia dalaman dia pun and plus i pun ade Facebook account also and an active Facebook user.  

Saya ni taktau la siapa yang duk hasut dia n adik dia kan. So benda ni dah 2 tahun, but still kami tiada sefahaman lag. They don’t give me a chance to explain or defend myself. Bile I cakap, they said I’m a sweet talker. Pertelingkahan ini akhirnya membuatkan suami saya pun jadi tensyen dan kita pun selalu bergaduh.  

Sebab adik beradik dia tu dah kutuk saya belakang-belakang di Twitter or Facebook, without referring who but i know exactly to whom they may refer. My instinct is always right. They called me ' gemok' yes, i am plus size xxl.

Tu yang buat i rase macam, walaupun ape kerjaya or achievement seorang plus size ni, pada mata orang dia tetap seorang GEMOK. But tu sume tak bring me down pun sis, but tipu la if kite takde termenung and think bout it kan.My husband was a great supporter. Dia xsebelah kan his side or even my side. Dia nasihatkan saya to be mature and don’t act like a kids macam adik beradik dia tu. So, i follow la cakap my husband. Ignoring.  

Tapi sis, yang buat i lebih sakit hati is pretending that we are ok in front of everyone. Especially, depan parents In law saya. Kalau takde parents in law saya, they will only sit on their room for hours and avoid seeing me. 

Memang sedih la sis i rase sbb i memang clueless, and i tak diberi peluang tuk defend myself. Sekarang i tak tau nak buat ape sis, sometimes i termenung sendirian, but it doesn’t affect my makeup skills pun. Hahaha.

Just wanna hear your thoughts plak sis.. Hope dapat your reply. Tq sis 
Yang benar,

MUA Layar Lara



Hello u olls,

Terima kasih kerana menulis kepada akak. Sorry sangat sangat sebab it takes such a long time for me to read and reply to this. Maklumlah….mak bukan blogger full time. Mak kalau dapat emel pembaca yang panjang panjang ni. Mak suka baca dalam dalam dan membalasnya dengan hati dan jiwa yang penuh.

Semua perkongsian u olls semua amat bermakna untuk kita semua okay. Kita dapat belajar macam-macam antara satu sama lain.

Pergaduhan Budak Budak 

Setelah membaca cerita ceriti u olls ini, aiiyooooo! Akak wondering how old ampa ni semua? 21 tahun ka? Ataupun nak mencecah 30 tahun. Kalau u olls dan kakak-kakak ipar u olls semua dah umur nak mencecah 30 tahun tapi duk bergaduh lawan kutuk dalam Twitter adalah sangat budak budak.

Akak harap u olls tak buat benda yang sama. Sebab seingat-ingat akak, akak main kutuk kutuk orang dalam Facebook and Twitter ni zaman umur akak 22-23 tahun okay. Sangat zaman jahiliah. Itu sahaja yang akak nak pesan. Tapi kalau u olls terbuat jugak…DAH STOP IT. Kutuk mengutuk di belakang itu tidak akan membawa apa apa perubahan.

Jangan Cuba Lawan Dengan Gergasi 

Satu benda akak nak bagitau kat u olls, macam mana pun u olls bergaduh dengan orang orang ni semua, jangan u olls cuba untuk lawan dan tunjukkan kesalahan kakak-kakak dan adik ipar u olls itu. Anggaplah mereka gergasi.

Yes! Mereka adalah gergasi. Kerana macam mana betul pun u olls…mereka adalah satu kumpulan yang merupakan KELUARGA KANDUNG SUAMI U OLLS. Jangan kutuk mereka depan your suami and please jangan kutuk mereka depan your family in laws. Memang MUDAH untuk akak cakap, tapi better u olls diam ja! Diam tak semestinya u olls kalah dan salah.

Jangan Pi Korek Korek and Masuk Campur Cerita Orang 

Dalam kisah u olls yang bermacam-macam pusing ini, akak dapat rasakan ianya melibatkan banyakkkkk pihak! Kalau tidak macam mana u olls boleh tau yang kakak ipar u semua duk kutuk u kat belakang? And u sendiri pun kata, sampai lani u tak tau sapa pun yang menjadi penghasut dalam kisah ini.

Satu lagi pesan akak……berhati hati dalam berkongsi cerita dengan orang-orang yang MUTUAL FRIENDS antara u olls dan keluarga ipar u olls. Your cousin, your aunties, your anak menakan, or maybe your bestfriend. Somebody yang berada dalam circle persahabatan yang sama. Jangan cerita semuanya. Ingat….takdak sapa pun yang boleh jaga hati kita selain kita sendiri.

Cerita kita laki bini, kita makan ka, tak makan ka, sakit ka, berak ka, seks kuat ka…apa ka…biar kita dua yang tahu. Kalau masalah berat sangat terus ajak berbincang dengan orang tua. Ini semua benda nak story dengan kawan baik or sepupu sepapat. Akak belajar daripada pengalaman sendiri. Memanglah kita anggap saudara / kawan baik kita itu adalah yang terbaik dan percaya depa sangat sangat. Tapi kalau semua benda kita nak share dengan orang, last sekali untuk kita tinggal apa? Akhirnya kita jadi bahan ejekan dan orang pandang rendah dengan kita. Itu yang orang tunggu tunggu.

And of course, kalau ada sedara mara / kawan baik yang suka mai menyampai cerita kat kita. Kita dengar di situ, habis di situ!! Ingat tu!! Jangan kita duk amalkan pi menyampai cerita orang. Akak percaya pada karma. Kalau kita jaja kisah buruk orang, nenjia satu hari kena balik kat kita. Tak tunggu lama u olls. Sat saja Tuhan tunjuk. Akak juga pernah pesan dalam blog akak, Nakharamjadahsiyetakdaklife

Habis tu, kalau lepak dengan kawan-kawan dan saudara mara apa kita nak sembang? Dah takdak bahan gossip? Aiiyyooo. Sembanglah plan buat rombongan pi Tangkak ka, beli kain. Plan nak buat kelas memasak ka. Plan buat program amal rumah anak yatim ka. Bincang pasai blog JumieSamsudin ka….haaaa!! Kan?

Pergaduhan dan Kegemokan 

Aiiiyooo! Apa ni…..tak kena mengena langsung. Depa tu kalau dah tak suka kat hang…hang cantek melepak pun depa akan panggil hang TEPUNG GOMAK. Kalau hang mata juling itek, depa panggil hang JULING ITEK! Kalau hang takdak tetek, depa panggil hang BISKUT PONG. So…basically, people will say what ever yang akan menyakitkan hati hang sebab sebenarnya depa yang sakit hati! Hang jangan paranoid lebih dan rasa down sebab hang gemok. Tengok macam akak….PERFECT!! Biarlah apa orang kata, akak tetap perfect dengan IQ 412 dan kejelitaan tahap Venezuela Beauty Queen. Please jangan rasa down dengan kata-kata depa.

Bila hang sedih …hang nyanyi lagu ni “She’s just a girl but she’s on fire……hotter than the fantasy…lonely like a highway…”

Focus Pada Keluarga U and your Parents in Law

Akak pun pernah lalui saat-saat yang u olls lalui ini. Kadang-kadang kita terlalu kuat mencuba untuk mendamaikan semua benda. Tapi kita tak mampu, so akak just diam dan biarkan masa mengubati segalanya. Siriesly akak cakap, akak sangat penakut. Kalau ada orang yang akak sayang, mendiamkan diri dan IGNORE akak, akak anggap dia tak perlukan akak lagi dan better akak diamkan diri. Tapi kalau one day dia cari akak balik, akak pasti akan berada di situ.

Sama juga dengan orang orang yang akak tak suka. Daripada akak buang masa dan tenaga membenci orang itu, baik akak ignore dan buat tak tau saja. Kalau dia nak benci dan maki akak sampai hari kiamat pun, apa akak boleh buat. Akak bukan Mencari Keredhaan Allah….Opppss…nama Twitter Kak Abby Abadi.

Sekarang ni, awak focus dengan keluarga awak. Suami dan anak-anak. Tingkatkan produktiviti keluarga. Macam mana nak generate income. Macam mana nak bagi anak rajin belajar. Macam mana nak galakkan anak untuk buat benda yang diorang minat. Apa yang ampa satu keluarga boleh buat dengan masa lapang? Benda benda riadah yang menyihatkan. Itu lebih penting.

Sekian sahaja leteran daripada akak setelah beberapa bulan tak berleter. Hope u olls focus pada positivity dan terus maju dalam hidup u olls.

Love,

Jumie Samsudin

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>