Love couple. |
Hello u olls,
Okayyy hari ni nak share dengan u olls akak bawak Kak Edeh and Abang Manap pi makan seafood atas meja (the shell out trend style) kali ini kat Nurul Ikan Bakar. Kan akak bagitau, lani kat Penang ada beberapa option nak buat Shell Out ni. So akak kenala try satu-satu u olls.
This time kami try di Nurul Ikan Bakar yang terletak di Marin, Batu Uban Penang. Lokasi ni memang ada deretan kedai ikan bakar yang agak popular kat Penang ni. Tempat kat sini popular sebab lokasi yang strategik, menawarkan tempat yang luas untuk big group makan bersama, and of course sedap!!
Di Nurul Ikan Bakar ada dua pakej untuk seafood atas meja ni. Pakej pertama berharga RM149 sesuai untuk 4-5 orang makan. Ada udang, sotong, ketam, kepah bersama nasi putih. Ada juga pakej yang berharga RM75 tapi yang ini maybe untuk potion yang kecil.
Kami ambil pakej RM149. Yang bestnya setiap jenis seafood dimasak dengan rasa yang berlainan dan bersesuaian dengan jenis seafood tu. Udang & sotong dia masak sambal, manis-manis pedas. For kepah and lala dia masak lada hitam with kunyit. Lemak manis u olls. And for ketam pulak dia masak kari pekat dengan telur.
Kata Abang Manap "Mana makanan aku....dah lapaqqqq ni...." |
Kepah and lala masak lada hitam and kunyit. |
Udang and sotong masak sambal. MELETOPS. |
Ini pulak ketam masak kari pekat yang meletops. |
Ketam punya besaq. My own hand as scale. TANGAN AKU MEMANG BESAQ GEMOK NA..... |
Sorry kami dorang tak make up malam ni sebab tau dah masa makan nanti keluar air hidung banyak. HAHAHA. Sebelah tu anak menakan aku nama dia Nurul Faezah, dia la penyambung legasi Make Up by Jumie Samsudin. Ampa boleh follow make up dia kat sini : https://www.instagram.com/nurulfaezahzainul/ |
Pak Non pun ada jugak....Pak Non ni bapak kepada Nurul Faezah la....rimaih aku kat deni. |
Untuk tempahan, sila contact nombor seperti berikut :
Lokasi : Polis Marin, Batu Uban Penang
Facebook : Nurul Ikan Bakar