Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Movie Review Stail Cepat Punya : Chocolat

$
0
0
Hello u ollls,

Okay hari ini akak nak share dengan u olls satu movie yang sangat best bertajuk Chocolat.  Sila bunyi ala-ala French sikit,  SHO KO LAT.  Cerita ini adalah sangat lama.  Tahun 2000 (ooohhhh dah 13 tahun kita meninggalkan Y2K).  Akak pernah tengok cerita ni sekali kat Astro.  Tapi dah lama lepas tu tak tengok dah.  Tiba-tiba kali ni keluar pulak cerita ni kat Sundance TV.  Akak dan En.  Khafi suka layan TV Sundance ni u olls.  Banyak cerita drama yang touching.

So apa cerita Chocolat ni?  Ianya adalah sebuah cerita simple tentang bagaimana seorang wanita menggunakan Chocolat dan membuatkan satu pekan itu berubah!


Click Read More



Sinopsis :

Cerita ini mengisahkan sepasang anak beranak Vianne Rocher (ibu) dan Anouk yang merantau dari satu kampung ke satu kampung untuk membuka kedai chocolate.  Pada suatu petang musim sejuk,  mereka tiba di sebuah pekan kecil di pedalamana negara Perancis dan dia telah bertemu seorang tuan rumah kedai bernama Armande dan menyatakan bahawa dia berhasrat untuk menyewa rumah kedai dan bilik di atas rumah kedai itu.  Vianne kata,  dia nak buka kedai chocolate.


Pekan itu (tak tau nama apa) dihuni oleh orang orang Kristian yang kuat agama.  Setiap hujung minggu depa akan pi gereja untuk dengar ceramah oleh paderi. Dan ketua depa kat situ adalah seorang mayor bernama Comte Paul de Reynaud. Mayor depa ni adalah seorang lelaki yang amat tegas dan berpegang teguh kepada ajaran agama Kristian.



Untuk pengetahuan u olls,  apabila Vianne sedang membaiki kedai barunya itu,  tiba tiba Comte Paul de Reynaud datang memberikan ziarah kepada jiran baru dan menjemput Vianne dan anaknya pergi ke gereja pada hujung minggu ini.  Tapi Vianne dengan lantangnya berkata "Aku tidak pergi ke gereja,"  wowwwww......sangat berani okay.  

Bila Comte Paul de Reynaud tu tanya "Hang nak buka kedai apa?"  Vianne kata "Tunggulah...ini adalah sebuah kejutan," 


Tapi esoknya,  bila Comte Paul de Reynaud melihat bahawa Vianne membuka sebuah kedai cokelat terus membuak buak perasaan marah kepada Vianne.  Perlahan-lahan,  Comte Paul de Reynaud menghasut orang kampung untuk membenci Vianne dan kedainya kerana Vianne adalah seorang yang jahat,  tidak pergi ke gereja,  tidak beragama,  tidak menghormati agama Kristian kerana membuka kedai cokelat pada musim perayaan Lent (perayaan puasa) dan mempunyai anak luar nikah.


Kisah Comte Paul de Reynaud menabur fitnah kepada orang kampung telah sampai ke telinga Vianne dan Vianne sebagai seorang perempuan yang berani,  dia terus menyerang Comte Paul de Reynaud di pejabat beliau dan berlakulah pertengkaran mulut ke mulut.  Pada ketika itu,  Comte Paul de Reynaud dengan megahnya berkata "Aku akan make sure,  kedai cokelat hang ditutup sebelum perayaan Easter akan datang,"  kata beliau.  Vianne terima kata-kata itu sebagai cabaran.


Hari berganti minggu,  minggu berganti musim......nampaknya perniagaan Vianne semakin menjadi jadi.  Dengan ramuan cokelatnya yang unik dan meletops serta layanan yang baik antara beliau kepada semua pelanggan yang datang ke kedai beliau....dia tak memilih darjat untuk dilayan dengan baik.

Sampailah satu hari,  tibalah sekumpulan gypsi yang datang berlabuh di sungai di hujung pekan ini.  Ketibaan gypsi ini membuatkan penduduk kampung ini benci dengan kehadiran mereka.  Comte Paul de Reynaud memasang satu perang boikot kepada kumpulan gypsi ini.  Tau tak sapa yang jadi pelakon gypsi ni?  JOHNNY DEPP.  Ya Allah hemsemnya Johnny Depp dalam cerita ini hanya Tuhan yang tahu. Watak Depp dalam cerita ini adalah Roux.


And pada saat yang sama,  Armande (penyewa rumah kedai) telah meminta agar Vianne mengadakan satu parti hari jadi untuk beliau.  Of course.....inilah scene yang paling akak suka.  Vianne masak meletops gila u olls!!  Paling meletops....ayam panggang dituang dengan sos cokelat.....Ya Allah...cayak lagi air liur aku masa menulis artikel ini.  Memang membayangkanya adalah sangat FUNKY.  Tapi visuallnya.....memang membuatkan u olls droooling.  Sorry akak tak dapat cari gambar tu dalam Google Image.




Ting tong tiang...lepas parti hari jadi itu,  depa semua (jemputan ke majlis hari jadi) telah pergi ke kapal milik Roux dan depa menari sepanjang malam.  Sekutu Comte Paul de Reynaud telah nampak perkara ini dan depa pun jadi marah dan membakar kapal-kapal milik Roux dan keluarga.  Sangat celaka anakharam.  Esoknya,  Armande yang juga seorang tua yang mempunyai kencing manis tapi sangat suka makan cokelat telah ditemui mati di atas sofa oleh cucunya sendiri.

Tragedi ini amat meng-devastated-kan Vianne.  Oleh itu dia nekad untuk berhijrah pergi dari kampung ini lagi.  Anak dia Anouk meronta-ronta tidak suka.  Of course la dia tak suka.  Dah banyak kali dia merantau jauh jauh dengan mak dia.   Tapi apa akan jadi kalau Vianne berpindah keluar daripada kedai cokelatnya itu?  Kalau Vianne pindah....maknanya Comte Paul de Reynaud BERJAYA!  Dia berjaya menghalau seorang wanita pembuat cokelat yang dia anggap sebagai perosak masyarakat.


OHHH SUNGGUH SKEMANYA AYAT AKAK DALAM BLOG INI...TAPI TAK APA...KITA TERUSKAN!

Penghabisan cerita amat menyeronokkan,  semua kawan-kawan Vianne telah berkumpul dan membantu Vianne untuk membuat cokelat cokelat baru sempena pesta cokelat Easter!!  Vianne yang baru turun dari bilik amat terharu dengan bantuan rakan-rakan beliau.

Apabila Mayor Comte Paul de Reynaud mendapat tahu bahawa Vianne dan kawan-kawan telah berjaya menyiapkan persiapan pesta cokelat sempena Easter...dia jadi amarah!  Dia pi gereja dan berdoa lagi.  Dia persoalkan Tuhan...kenapa Tuhan seksa dia sedangkan selama ini dia telah buat sedaya upaya untuk menjadi seorang Kristian yang beriman.  Dan pada ketika itu,  dia pun bingkas bangun dan nekad untuk memusnah kedai cokelat Vianne. 

Apabila semua orang dah tidur,  Comte Paul de Reynaud menyelinap masuk ke kedai cokelat Vianne melalui tingkap dapur.  Dengan sebilah pisau,  dia pun masuk ke dalam tempat display cokelat di depan kedai itu dan memusnah semua hiasan hiasan cokelat!!  

Tiba-tiba satu percikan cokelat terlompat masuk ke dalam mulutnya.....dan terus terjelir jelir lidah Comte Paul de Reynaud akibat kesedapan rasa coklat.  Lucahnya ayat ini.  Dia pun memakan semua cokelat-cokelat itu sampai dia menangis dan terlena di dalam bekas display kedai.  


Esok pagi,  sebelum semua orang bangun,  Comte Paul de Reynaud dikejutkan oleh Vianne yang langsung tidak marah kerana beliau telah musnahkan cokelat-cokelatnya.  Dia memberikan satu gelas air yang beramuan khas untuk menghilangkan rasa pening kepala akibat terlalu banyak cokelat.  

Comte Paul de Reynaud meminta maaf dengan ketelanjurannya dan mereka pun berbaik-baik.  Cerita ini berakhir dengan seluruh kampung berpesta dan bersuka ria dan akhirnya Roux mai lagi sekali dan sambung romennya dengan Vianne.

Trivia Best Pasai Cerita Ini

  • Judi Dench iaitu pemegang watak M dalam James Bond berlakon sebagai Armande.  Dia mempunyai wajah seiras ibu akak iaitu Kak Edeh.
  • Filem ini memenangi banyak anugerah dalam pesta filem Eropah dan mendapat banyak nominasi dalam Academy Awards.
  • Ini adalah filem kesukaan akak!!
  • Cerita ini adalah adaptasi daripada sebuah novel daripada Joanne Harris dengan tajuk yang sama.
  • Filem ini dishot dengan shot yang ala gloomy gloomy fantasy u olls.  Macam pakai camera 360.
  • Satu lagi filem yang berunsurkan cokelat yang dilakonkan oleh Johnny Depp adalah Charlie and the Chocolate Factory.
  • Sebuah pekan kecil Perancis bernama Flavigny-sur-Ozerain telah dijadikan lokasi penggambaran untuk most of the scene dalam filem ini,  tapi hakikat sebenar....pekan ini tidak memiliki satu kedai cokelat pun.


  • Juliette Binoche (pemegawang watak Vianne) telah pergi belajar buat cokelat di Paris untuk menghayati watak meletops ini.  In fact,  most of the chocolate yang beliau buat sendiri digunakan dalam cerita ini.  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>