Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Pementasan Teater 'Hati Anak Hantu' 7 dan 8 Jun 2013, Panggung Sasaran USM

$
0
0
Hello u olls,

Ingat tak hari tu akak pernah letak teaser untuk  Akan Datang : Hati Anak Hantu daripada Bakawalee Penang.  NENJIAAA...akhirnya kita dah dapat tarikh yang sebenarnya dan sengaja akak post lambat lambat sikit pasai teater ini supaya u olls tak ketinggalan.  Sebuah karya En.  Yusof Bakar a.k.a Pegawai Khalwat dan juga produksi Bakawalee,  teater drama yang berjudul Hati Anak Hantu.

Akak dah baca skrip teater ini.  Terima kasih untuk En  Yusof kerana telah membagi akak membaca skrip ini sebelum beliau mengambil keputusan untuk mementaskannya.  Aiiyooo!  Satu penghargaan yang amat meletops untuk diri akak.  Akak dah baca skrip itu dan YES....cerita ini sangat meletops dan very the makan hati.



Click Read More



Sinopsis  :
Putra adalah manusia, sejahat-jahat manusia. Dibenci pelusuk alam, seantero dunia, dan juga Jameela si ibu Amelia dan Said bapanya sendiri. Jauh di sudut hatinya, Putra mahu berubah, tetapi perubahan secara mendadak itu bukanlah suatu yang mudah. Putra mahu lakukan kebaikan, tetapi apa saja yang dia sentuh, akan menjadi nanah dan kudis.

Amelia menaruh hati kepada Putra, dan percaya ada sekoyak cahaya kebaikan di dalam hatinya. Namun perasaan itu ditentang hebat oleh ibunya Jameela. Ketika Putra berperang dengan hatinya, satu peristiwa telah membalikkan rasa para pembencinya.

Apakah yang sebenarnya terjadi? Tontonlah teater "Hati Anak Hantu" oleh Bakawalee Penang.

Tarikh  :
7 & 8 Jun 2013

Masa  :
8.30 malam

Lokasi  :
Panggung Sasaran, USM

Harga Tiket  :
RM 10.00

Facebook event for more info  :  Teater 'Hati Anak Hantu'

Barisan Pelakon dan Nama-nama Watak

"Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Sempurna dari segi sikap dan perangainya. Tiada manusia yang tidak melakukan dosa, kecuali Rasul junjungan yang maksum sifatnya. Dan aku adalah antara berjuta-juta manusia yang dilahirkan tidak sempurna. Aku manusia berdosa. Berdosa kepada TUHAN, kepada ibu dan bapa aku, kepada kawan-kawan aku, kepada Amelia… " - Putra 

"Mak aku ni susah sangatkah nak faham? Budak perempuan memang mudah suka pada lelaki yang nakal, dan mengharapkan lelaki itu akan baik padanya. Lelaki pula, sukakan perempuan yang baik, dan berharap perempuan itu akan menjadi nakal untuknya. Aku perempuan, mestilah aku cari lelaki yang nakal. Kalau di kawasan ini, Putralah yang paling nakal" - Amelia (Camayra Lazania)


Watak Putra oleh Kayrol Unwar dan Amelia olehCamayra Lazania.


"Sudah-sudahlah tu. Seburuk-buruk setandan pisang, pasti ada yang eloknya" - Said (Taufiq Sallehuddin Apek)

Sharifah Juairiah Syed Jamal sebagai Jameela, ibu kepada Amelia (Camayra Lazania).
Pemilik katering/restoran Dapuq Anak Mami yang menyajikan sajian istimewa bawal goreng hangat-hangat bersama kuah kari.

Taufiq Sallehuddin Apek sebagai Saleem dan Sharifah Juairiah Syed Jamal sebagai Jameela. Mereka adalah ibubapa Amelia (Camayra Lazania)

Ainarambelan sebagai Zaleha, ibu kepada Putra (Kayrol Unwar).
Berpengalaman memegang pelbagai watak, DJ radio internet.

Zulkarnain Ahmad sebagai Said, bapa kepada Putra (Kayrol Unwar).
Berpengalaman memegang watak pelbagai variasi.


Zulkarnain Ahmad sebagai Said dan Ainarambelansebagai Zaleha. Mereka adalah ibubapa kepada Putra (Kayrol Unwar).

Eyta Laila memegang watak Syikin, isteri kepada Don (Mohd Asrar).
Lakonan terkini sebagai Permaisuri kepada Raja Bersiong.

Mohd Asrar atau nama manjanya Acan, membawa watak Don.

Mohd Asrar sebagai Don dan Eyta Laila sebagai Syikin. Don adalah orang kanan Putra (Kayrol Unwar)

Watak Doktor/Orang 1, Fawaz Line Clear

Orang Kiri Gengster Nizam Nizzkun & Orang Kanan Gengster Mista Fixx.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>