Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Kuasi Hidup Sendiri untuk Bahagia

$
0
0
"What is your aspiration in life?"  tanya pakcik tua sambil pegang mikrofon kepada Beyonce. Beyonce pun terkebil-kebil nak menjawab.  Dia mumbling,  "I wasn't expected that question,"  pastu keluarlah flashback balik gambar dia duk terseksa macam-macam semata nak cantek.


Last sekali dia balaih "My aspiration in life is to be happy..."





Pastuu kita semua pun keriaulahhhh macam meraung lepaih segala tok nenek dalam hati dengan feelingnya "Preettyyyy hurtsssss.....Shine the light on whatever's worse..."  Beyonce ni suka kita semua feeling kan!


Hari ini aku nak cakap pasai taking control of your life to achieve happiness.  Atau dalam bahsa Melayu,  kuasi diri untuk capai kebahagiaan.  Seperti mana hangpa yang duk follow aku kat Facebook,   dah dua kali aku buat pengumuman terbuka menyatakan aku menghidap bipolar disorder.  Satu jenis mental health problem yang menyukarkan aku dan orang-orang di sekeliling aku,  especially bila mai time aku depression.  Nanti aku cerita dalam post lain macam mana aku boleh diagnosed benda tu (aku pi doktor okay) dan segala maknena (details) yang bolehlah hangpa jadikan panduan dan bukannya buat-buat pandai dan self-diagnosed kata hangpa gila.


The moment aku tau aku ada masalah itu,  kena makan ubat,  kena terapi.  Aku mula-mula menangis dan teramat sedih.  Bayangkan duk tunggu turn nak bayar bil hospital,  aku duk duduk menangis sorang-sorang.  Orang yang duduk kat tepi,  mangkit pi duduk kerusi lain.  Mesti depa ingat aku duk nangis sebab sedih sapa-sapa mati ka?  Balik pun macam sedih dan tak tau nak hadapi macam mana stigma nak kena telan dua bijik pil bateri ni sampai mati.  Pil bateri sebab 'lithium carbonate'.  Lithium ni selalu dalam bateri kan? 


Ambil masa dan ruang untuk aku betul-betul terima kenyataan dan hakikat dan seperti mana dalam tajuk dalam artikel ini,  taking control of your life to achieve happines.  Sebab bila aku pikiaq balik dengan keadaan diri aku yang tidak dapat dikawal moodnya,  aku jadi takut dan ragu-ragu sentiasa.  Bila nak rancang atau plan sesuatu,  bukan sahaja aku rasa tak yakin dengan diri sendiri,  malah kawan-kawan selalu berkata "Hang ni duk excited plan gila gila...nanti mai hari kejadian hang HENG....kami semua kena tanggung."  


HENG tu adalah sebutan rekaan Lanun Resdongs a.k.a Abang Tony merujuk kepada keadaan bila mana dia contact aku tak dapat sebab aku dalam keadaan depression mode.  Ya.  sedikit rasa palat bila kawan-kawan dan adik-beradik kata macam tu,  rasa macam depa dah tak percaya kat aku.  So macam-macam punya perasaan negatif lagi berkumpul dalam hati dan otak membuatkan aku rasa tak happy.  Tapi sampai bila?


Aku terpikiaq sendiri!  Sampai bila aku nak sedih?  


Then aku kata kat diri aku sendiri,  dulu hang sedih sebab hang tak tau pasaipa hang jadi macam ni!  Sat-sat hang jadi down gila babi sampai benci dengan semua orang,  tak mau keluar rumah,  tak mau jumpa sapa-sapa.  Adakah aku ni pemalas?  Pasaipa perangai aku macam gila babi?  AND BENDA NI JADI DALAM SATU PUTARAN,  JADI DAN TERUS JADI.  Siries masa tu aku macam lagi sedih dan takdak keyakinan sebab cara orang treat aku pun,  aku duk rasa macam aku ni gemok,  pemalas yang loser.  Tak boleh dipercayai dan tak boleh diharapkan.


Jadi aku jawab kat diri aku balik!  Aku tak boleh bersedih lagi.  I've to start taking control of your life to achive happines.  Now,  as a start,  i should be thankful because i've already got an answer.  I am not pemalas, I am not bull shit-ter,  i am just sick.  Dan sekarang,  untuk jadi bahagia dalam hidup ini terletak pada 'tangan' kita sendiri.  So mulai saat itu,  aku nekad!  Frasa 'kebahagiaan adalah hak yang patut ada di tangan kita' bukanlah omongan sahaja.


Dan mulai saat itu,  aku lebih bersedia untuk terima apa juga halangan yang duk mai.  Sebab aku tau aku pilih untuk jadi BAHAGIA dan ini adalah beberapa langkah yang aku buat untuk memastikan aku bahagia:


INI CARA AKU...SEMUA ORANG ADA CARA MASING-MASING.  JANGANLAH TIRU AKU SEBIJIK YA!


NOMBOR 1
Aku unfriend ramai orang dalam sosmed aku.  Salah satunya adalah kerana aku nak kawal sapa yang boleh tengok posting aku,  sapa yang tak boleh tengok.  Tak dinafikan, ramai orang diluar sana feeds on our daily postingWatching over if we are well or not is not just their ugly hobby but its their livelihood!   If we are not well...bonus for them to talk about it.  If we are happy,  also one of their main reason to talk about it.  What ever you do,  they will talk about it.  I'm not just saying because I've been writing blog for 10 years now and many people knows me - so aku ramai la stalker.  Hello!! Hangpa yang sendu-sendu macam Nor Hafizah Mohd Nor Peah yang hidup jaga Miki dan Jojo hari-hari pun ramai orang interested di luar sana nak tau okay!  


Usually these people are those who never like or comment on your posting.  So,  as you can see on my Facebook now I only have 2k friendsAnd I'm deleting more and more from time to time (right now I'm at huruf O).  On my IG i only have 800 followers and i changed my profile to private.  Tapi lepas kena marah dengan anak ayam aku sorang,  aku pun public-kan balik.  Tapi IG punya posting aku boleh kawal,  dan sapa pelik-pelik duk follow aku seperti profile African men semua tu aku blocked siap siap lah.  Posting pun terhad.  Story pun terhad.  Tapi for those yang rajin like dan follow aku dan akan balaih story aku,  tapi still aku remove hangpa.  Faham-faham lah,  I'm just taking control of my life to achive happiness.



NOMBOR 2
Being open about my health status.  Mulanya ada berpendapat suruh aku senyap dan diamkan sahaja status ini sebab tak baik untuk masa depan aku.  Tapi pikiaq balik,  shits already happened and what do i have to lose?  I'm 34 years this year and only God knows berapa hari ja lagi aku akan hidup pada hari esok.  Aku perlu bagitau keadaan sebenar aku bukan sebab aku nak menagih simpati or shit,  tapi aku nak habaq sebab seikhlasnya kalau apa-apa berlaku pada masa depan,  aku nak minta tolong semua untuk faham keadaan aku dan tolonglah apa yang patut.  Kerana seikhlasnya,  aku tak menipu apa yang aku lalui adalah betul. Kalau aku ada macam di luar kawalan,  cepat-cepat orang boleh ingatkan aku untuk control perasaan dan emosi.  Kalau aku menolak untuk tidak mahu buat sesuatu,  orang dah faham kenapa aku tak mau buat sesuatu tu.  

Aku rasa lebih bebas sekarang sebab aku rasa aku tau apa masalah aku yang aku tanggung selama ini dan aku takdak masalah untuk ikhlas dengan semua orang.  Bersembunyi adalah satu bebanan yang membuatkan aku rasa tak happy.  So aku rasa happy sebab aku dah bebaskan diri aku dengan kebenaran.  


NOMBOR 3
Dan satu lagi kena mengena dengan perkara nombor 1.  I used to have a bunch of friends yang sangat-sangat rapat.  Dah kalau aku tulis ni,  mestilah nanti depa baca dan depa akan bergosip sesama depa.  Bekpila....like i said i have nothing to lose now.  

Aku bukan nak bukak aib sapa-sapa okay. Sebab aku tau,  aku sendiri ada kelemahan aku,  kekurangan aku.  Kelemahan dan kekurangan aku adalah aku terlalu sensitif.  Mungkin sebab aku ni pak lawak (suka buat lawak) dan aku pun bercakap agak laser,  orang ingat hati aku kuat.  Tapi sebenarnya tak!  Jadi bila banyak kali hati ni terluka,  aku pendam dan simpan sorang-sorang.  At the end of the day,  baru aku realized,  buat apa aku nak pi jumpa kawan-kawan yang aku balik rumah aku rasa tak happy dan sedih.  Sepatutnya lepas jumpa kawan-kawan,  gelak sakan dan seronok,  kita balik rumah,  kita rasa rindu.  Tapi bila kita jumpa kawan-kawan yang bila kita balik rumah,  kita rasa sedih dan marah.  Sebab duk pikiaq,  "Shit tadi depa kata macam ni kat aku...pasai pa aku tak boleh nak balaih balik?  Tadi depa duk buka cerita aku lama-lama bagi aku malu,  awat aku tak tau nak menjawab?" So last-last,  daripada BESTEST OF FRIENDS,  TERUIH JADI STRANGER.  Pilihan terbaik aku buat adalah taking control of your life to achive happiness by MOVING ON!


Bukan takdak usaha nak berbaik,  ada,  tapi aku yang tak mau dah.  Sebab bagi aku,  Allah dah bagi peluang sekali sahaja,  pastu peluang tu dah jadi tak elok,  kita move on lah terus.  Sebab mungkin ada banyak benda lain nak mai lagi baguih-baguih. Tipulah kalau aku kata dalam hati aku teruih suci,  murni,  takdak apa-apa perasaan kan.  Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang?  Inikan pula teman clubbing.


Mungkin la ada aku duk cakap belakang pasai depa....sama la jugak depa pun mesti ada duk cakap benda tak elok pasai aku.  1 sama! Tapi takdak la aku nak pi jaja cerita depa ke sana ke mari,  cakap pasai depa doplohpat jam.  So far aku rasa,  OGHANG LAIN LAGI RAMAI DUK UPDATE PASAI DEPA TU KAT AKU.  SEBAB BUKAN HOBI AKU STALK ORANG WEHS....aku sepupu Beyonce.  Orang stalk aku,  aku tak stalk orang.


Now,  aku moved on dengan kawan-kawan baru aku,  Nizal,  Azmi,  Topek, Kak Ren, Kak Yuss,  Wan Kotoq dan lain-lain semuanya.  LAHANJS,  kalau aku tak sebut jangan marah mak ang!!  Dan nak kata kawan baru takdak la baru sangat sebab kami semua pun dah kenal lani 10 tahun dah.  Bergaduh,  mencarut,  memaki,  baling kek,  terbalik kuah kacang,  left group,  add balik.........last-last kami tetap friends lagu tu jugak.


One thing for sure about this friendship,  aku boleh jadi diri aku sendiri,  aku boleh KATA APA AKU SUKA,  AKU BULEH BUAT APA AKU SUKA.  I don't have to lie or hide about anything,  because I am comfortable and I trust them.  Trust is the most important thing.  Trust is when that person tells you everything to you without doubt,  and you can also do the same.  Bukan aku nak suruh hang cerita semua benda kat aku sebagai kawan,  tapi apa jadi kalau semua orang kat luar sana tau about your best friend,  tapi bila aku tanya best friend aku sendiri betui ka apa orang duk kata ni,  dia boleh kata...TAKDAK APA-APA IM FINE.  


Dalam group ni I have a voice,  we celebrates and respects opinion of allAnd what ever aku nak buat,  or nak kawan,  i dont have to timid myself,  tak payah pikiaq bagi orang nampak aku class-class or ada-ada,  ataupun berusaha teruk untuk menampakkan yang kita ni special dari orang lain.  That's why I stayed in this group and that's why i left the other group.


Secara kesimpulannya dalam perkara nombor 3 yang aku buat adalah,  IM TAKING CONTROL OF MY LIFE BECAUSE I CHOOSE HAPPINESS.  


The reason aku tinggalkan group lama aku bukan sebab aku hold grudge and that leads me to the state of bipolar disorder.  Dealing with bipolar is nothing compare to dealing with Regina George.  Bukan aku tak mau berbaik balik,  tapi aku rasa macam kalau berbaik balik,  aku kena buang masa untuk explain everything and everything. Tak payahlah.  I'm taking control of my life and i choose happiness.  (Ulang suara) And the most important thing is that i don't want to do things that makes me not happy!


Let's all take control of our life.  If you want to be happy,  you are the champion to lead your life towards happiness.  Bila untuk bahagia hang perlu berharap kepada sesuatu yang lain bermakna hang takdak kuasa dalam hidup hang sendiri,  sebab tu hang tak happy dan perlahan-lahan hang akan jadi lagi sedih dan eventually hang sakit.  Kekuatan untuk menguasai hidup sendiri boleh datang banyak source,  kawan-kawan yang best dan happening,  hubungan keluarga yang penuh kasih sayang,  tempat kerja yang sihat dan macam-macam lagi.  

Sekian,  untuk hari ini.  Selamat maju jaya dalam kuasai hidup sendiri untuk bahagia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>