Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Ulasan Penuh Anugerah Juara Lagu 33

$
0
0
Juara,  Ezra Kong,  Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini.

3 hari lepas persembahan Anugerah Juara Lagu 33,  itulah target peribadi yang I olls letakkan untuk siapkan artikel ini.  Pesanan dari anakanda Yuss Zulk,  "You kena siapkan cepat untuk memastikan momentum orang search about #AJL33 masih panas."  Nasib baik sehari lepas #AJL33 Malaysia dapat cuti umum dua hari sempena Chinese New Year.  Dapatlah akak luangkan masa sebaiknya.

Harap u olls semua berpuas hati dengan ulasan ala-ala literature review akak ni.  I olls dah buat research dan pembacaan sebaik mungkin.  Kalau boleh nak tulis semua benda dalam ini,  tapi keindahan penulisan blog ini akan hilang kalau akak sorang yang membebel,  apa kata,  kalau u olls ada pendapat u olls juga,  boleh tulis kat ruangan komen!

So jom kita mulakan!

PERSEMBAHAN PEMBUKAAN
HELLO TV3....SELAIN AMY SEARCH TAKDAK ORANG LAIN KA YANG HANGPA ADA HUBUNGAN BAIK UNTUK BUAT SHOW SHOW BESAR?  Siriesly memang nampak sangat TV3 sangat mengamalkan favoritism dalam barisan artis yang layak mendapat job persembahan show-show depa.  Muka Amy Search dan Ella adalah antara nama-nama wajib mesti ada dalam setiap konsert Sure Heboh.  Aku tak tau la lani masih wujud Sure Heboh atau tidak,  tetapi aku rasa macam kemunculan Amy Search di pentas pembukaan adalah sangat dekat dengan kebiasaan.

Selain itu,  aku rasa pemilihan lagu yang dimainkan oleh kumpulan Search adalah lagu-lagu yang tak berapa wow untuk persembahan pembukaan.  Gagalista (AKU BARU FIRST TIME TAU WUJUDNYA LAGU INI),  Pawana dan akhirnya Pelesit.  Persembahan Amy Search juga sedikit semput sebab beliau terpaksa terus bergerak,  berjalan,  dan berlari sebab pentas yang disediakan bersifat roda yang berputar.  

Nok!  Ko ingat Amy Search tu hamster ke?  Nak suruh dia lari dalam gelung bulatan tu sambil makan kuaci?  In fact platform besi yang digunakan oleh kumpulan Search masa mula-mula tu,  hanyalah sky folding tak siap!  Aiiyooooo...tak cantiknya visual tu u olls.  Paling kurang pun,  hang hiaslah skyfold tu dengan tanglung ke,  sampul ang pow ke?  Dah alang-alang CNY nak dekat kan?

And siriesly I dont understand why,  why Search dan lagu-lagu rock itu?  Sedangkan lagu-lagu genre rock bukanlah pilihan utama untuk genre finalis kali ini.  Ataupun penerbit #AJL33 menganggap muzik rock adalah pilihan tepat sebagai pembukaan persembahan kerana semangat dan auranya.


Kesian Amy Search duk kena lari dalam putaran!



EMCEE
Tahniah sekali lagi untuk Sherry Alhadad dan Alif Satar.  Aku suka gandingan depa dorang ni  since tahun lepas.  Tak merapu,  smooth,  tak terlalu membuat-buat,  tidak mencuba untuk menjadi badut,  dan paling penting..............PAKAIAN DEPA ORANG PENANG KATA....BERJENIH!  Ingat tak insiden sorang pengacara AJL ni pakai baju macam ayam hitam dengan balung?  #facepalm

Dress pertama Kak Sherry rekaan AMAZÉ Aterlier.  Very the inspirasi pelakon wanita agam Octavia Spencer semasa Oscar 2012 apabila beliau mengenakan gaun sequin warna putih dan silver rekaan Tadashi Shoji.  Kemas dan tidak memaksa!  Dengan sanggul dan make up yang simple,  Kak Sherry nampak steady.

Dress pertama Kak Sherry rekaan AMAZÉ Aterlier.


Dress kedua Kak Sherry adalah rekaan Zaimi Zulkafli.  Alif Satar pun tak kurang segaknya,  kemas dengan dua pasang suit dari Bon Zainal Harun

Dress kedua Kak Sherry adalah rekaan Zaimi Zulkafli.  Dress tu memang orang duk kata nampak macam tak cantek sebab dia punya lengan ada manik-manik macam mana ka...tapi depa tak faham,  style macam ni tengah 'IN' kat red carpet sekarang.  Cuma akak kecewa kenapa Kak Sherry tak sempat nak pakai wig rambut lurus blah tengah tu.  Siries yang tu memang hot gilaaa.

Alif Satar pun tak kurang segaknya,  kemas dengan dua pasang suit dari Bon Zainal Harun. Dua-dua suit tu bagi aku adalah potongan yang kemas,  tak sendat sangat, tak ponen sangat!

Cuma kali ini bagi aku nampak kelangkabut sikit adalah part entrance emcee yang dibuat sebaik sahaja Search habis buat persembahan.  Style boleh nampak cameraman berlari-lari dan kelangkabut nak ubah posisi and pasaipa Alif Satar kena duduk macam tu kat tepi?  Nampak dia macam ternanti-nanti que untuk start show.  Semua okay cuma nampak tak profesional u olls.  Dah la kerusi yang digunakan oleh penonton dalam Axiata Arena ala-ala kerusi banquet kenduri kahwin sahaja.  Warna biru plak tu.


Pasaipa Alif Satar kena duduk macam tu kat tepi? 

Tapi once Alif start nyanyi lagu We Will Rock You dengan sebutan dan suara yang mantap terus mak rasa macam energy tu naik balik,  Kak Sherry pulak buat kezutan main drum atas pentas.  Haaa....kerlass u olls.  Mak rasa kat sini momentum para penonton naik baik selepas persembahan sendu kumpulan Search.



Apapun,  aku sangat suka gandingan berdua.  Memang berbeza lawak orang ada pelajaran dan orang level SPM sahaja.  Sorry okay!  Memang penyataan aku agak harsh tapi inilah hakikat,  lawak orang pelajaran,  dia lebih peka dan sensitif.  Dia punyai persepektif yang mahal dan classy.  Tak dak langsung kutuk-kutuk bentuk badan.


Luluh by Khai Bahar
Komposer: Khai Bahar|  Lirik: Khai Bahar

Sebagai penyanyi pertama yang membuat persembahan dalam kejuaraan ini,  bagi aku Khai Bahar tidak lah bagitu mengecewakan.  KECUALI BAB TIBA-TIBA KAT TENGAH DIA BUAT PART WISEL APA BALA SOPRANO YANG MAHA SUMBANG.  Siries part tu sahaja bagi aku spoiled the whole performance.  People forgot that Khai Bahar punya suit hitam smart gila,  lupa yang gaya pentas dengan back drop lampu-lampu tingkap dan asap tu memang very the meletops,  people also forget yang suara Khai Bahar sebenarnya adalah sedap dalam persembahan AJL kali kedua ni.  Especially part last bila Khai ulang "oh biarlah" sebanyak tiga kali,  dia maintain sustain key dengan baik.  TAPI ORANG DUK INGAT PART BURUK KHAI BUAT ACAH ACAH SOPRANO TU....memang spoil la.  Paling tak boleh blah,  dalam sesi interview di bilik KFC,  pengacara tu tanya,  tadi tu buat teknik wisel ke apa?  Khai Bahar boleh buat gelak-gelak kata,  tadi tu dia cuba untuk buat bunyi ala-ala vampire.

TOK ANG VAMPIRE!

Aku rasa,  Khai Bahar perlu bersederhana sahaja.  Harap Khai Bahar terus menulis dan mencipta lagu-lagu yang best di masa akan datang sebab mak rasa melodi ikhlas beliau dekat dengan jiwa kita yang sendu-sendu ni.






Setting pentas untuk persembahan Luluh tak kurang hebat ya...



Jatuh Bangun by Haqiem Rusli ft Aman Ra
Komposer:  Haqiem Rusli,  Omar K,  Ikhwan Fatanna | Lirik:  Haqiem Rusli,  Omar K,  Ikhwan Fatanna

Dia buat video montaj yang bagi aku agak kemas dan more impressive daripada lakonan drama bodo-bodo!  Kan?  Akak bersyukur sangat sebab macam tahun lepas terlepas jugak dua tiga artis yang buat persembahan lakonan drama sendu sebelum mula nyanyian.  HANG INGAT NI SHOW HARI GURU KA?  Video montaj HR memang best,  kecuali part last dia petik jari.  Close up tangan HR dengan sarung tangan dia.  HAHAHAHA.  Part ini memang lawak wehs,  sebab sarung tangan tu panjang macam mana ka.  Nampak macam jari dia tajam-tajam.  OIIIIII BURUK LA...ini bukan tangan ahli sihir.  Boleh tak next time pakai sarung tangan yang custome size jari awak yang halus mulus tu.  Kalau akak jadi stylist awak,  AKAK POTONG SARUNG TANGAN TU BAHAGIAN JARI.  Bagi tinggal separuh.  Nampak lagi ganas u olls!  Bila petik jari,  akak bubuh tepung sikit kat tangan akak...soo nampak macam berdebu....haaa kerlass!  

Apa ni!!!!  Sarung tangan tajam tajam ni....

Habis video,  HR pun muncul di tengah pentas AJL.  Baguslah ada continuity.  Tapi seperti dijangkakan,  semua finalis pun macam berlumba-lumba nak dapatkan anugerah vokal terbaik.  Yang lagu-lagu rancak macam ni pun,  tetap nak masukkan akapela!  Depa duk agak lagu rancak dan laju takdak peluang depa nak tunjukkan bakat suara depa.  

Sampai over do sangat-sangat.  HR memang suara tak dinafikan sedap.  Jelas sebutan dia,  cuma dia jenis nyanyi T T dan R R ala-ala orang puteh u olls.  Mama Gina cukup rimaih sekali dengan vokalis seperti ini.  Aku suka persembahan muda oleh HR sebab dia tau dia tak reti menari,  tapi dia focus pada pergerakan yang dia tau dia cantek menari macam tu dan dia focus kepada pergerakan itu sahaja. 

Tahniah kepada koreografer Fuzz & Faroq sebab tidak memaksa HR membuat tarian yang susah dan membodohkan diri beliau sendiri.  Cuba tengok video clip lagu ini dalam Youtube,  HR menari....mak katop mata.  Tak cantek u olls!  Macam poyo sangat.  Dalam persembahan ni,  dia punya strong move adalah step gerak kaki macam Justin Bieber tu. 

Apa pun,  mak sangat kagumla dengan enegery orang umur 21 tahun kan.  Lari-lari tukar tempat pun,  masih sama ja pernafasan.  Tak semput u olls.  Aman Ra pun best...of courselah mana boleh kata lebih-lebih kat abang Aman aku..hahaha.


Dalam persembahan ni,  dia punya strong move adalah step gerak kaki macam Justin Bieber tu. 


Aman Ra pun best...of courselah mana boleh kata lebih-lebih kat abang Aman aku..hahaha.

Lari-lari tukar tempat pun,  masih sama ja pernafasan.  Tak semput u olls.




Nisan Cinta by Siti Nordiana dan Jaclyn Victor
Lirik dan Komposer:  Hael Husaini,  Mike Chan & Ezra Kong 

Dah nama pun nisan kan?  Depa pun mai la dengan selubong undertaker u olls.  Haaa Kak Hasnah,  kau tau undertaker tu apa?  Undertaker tu orang puteh panggil la untuk si penggali kubur.  Another masterpiece by Hael Husaini &  Ezra Kong dengan gabungan Mike Chan.  Lagu ini siriesly sangat sedap dan seperti mana lagu-lagi ciptaan Hael & Ezra,  hang tak boleh nak nyanyi duet ala-ala bantai dua-dua orang nyanyi sama key.  Sorang ke key lain,  sorang kena key lain,  so hasilnya harmonize.

Aku ada la baca dua tiga orang tweet,  nih geng-geng Nik Syazne ni.  Pandaila hangpa duk bagi komen kata,  Siti Nordiana duk over dalam semua nyanyian,  Jaclyn punya suara macam tenggelam macam mana ka.  Hey.....memang susunan vokal depa macam tu.  Bukan mudah tau nak nyanyi secara harmonize macam ni,  SUMPAH AKU TAK BOLEH!  Macam mana pun aku cuba,  akhirnya aku akan nyanyi part original sahaja.  Untuk harmonize,  hang bukan sahaja kena pandai menyanyi macam penyanyi lain tetapi yang paling penting telinga hang kena cekap agar tak terikut nyanyi pasangan duet. 

Disebabkan keterroran depa menyanyikan lagu ini secara harmonize,  Siti Nordiana sekarang ni dah tahap tahap penyanyi negro u olls ~  Destiny's Child like!  Hang bukan lagi zaman zaman Syura  BAKAWALI BAKAWALI lagi...


Tweet aku untuk persembahan ini adalah;



Tapi aku rasa depa nyanyi live lagi best gila daripada dalam Spotify!  Kagum sebab kedua-duanya menyanyi perfect tanpa bantuan music sheets.  Apa pun,  ada satu part nak dekat last,  Jac ada tersangkut sikit.  Aku rasa dia nak cuba buat wisel ataupun keriau high pitch dia tu la!  Tapi dia tau dia tak boleh,  so dia stop.  Tak buat pun takpa Jac..kami tau suara hang memang sedap.


 
Bulan tu.....kami yang tengok tibi and Youtube ja boleh nampak yeee...Thank you Samsung.



Ko pegang apa sial?  Tali ajaib?

Solekan mata putih oleh The Bosco.

Daun kering yang gugur terlekat kat rerenda kepala Nana.


 Busana kedua diva ini dari Rizman Ruzaimi.

Solekan untuk Jaclyn Victor oleh Sheila Mohamad.


Kau Pun Sama by Syamel
Lirik & Komposer:  Syamel

Pembukaan nyanyian vokal Syamel sangatlah nak menunjukkan yang nyanyian beliau level Kak Mariah kan?  Ini sama la macam yang I olls habaq dalam persembahan Haqiem.  Semua agak berlumba-lumba nak tunjukkan bakat nyanyian masing-masing,  walaupun hakikat lagu hang lagu rancak,  tak perlu nak buat intro acapela bagai.  Tapi yang mak tak boleh terima,  di akhir nyanyian acapela Syamel buat suara empok empok basah.  Ehhhhh pondannn sangat.  Dah jantan dah...tapi kenapa perlu...EHHHH kat belakang tu!!

Actually aku sangat suka lagu ni tau,  lagu rancak yang sangat best ditambah dengan vokal Syamel yang mantap. Seni gerak tari persembahan Syamel digubah oleh Alam Wakaka.  So kalau nak compare dengan gerak tari persembahan Haqiem Rusli dan De Fam,  aku paling suka tarian dan pergerakan untuk lagu ini.  Sebab lagu ni pun rancak,  ala-ala zumba sikit. 

Syamel pakai sport suit dari baldu warna hitam.  Tapi lagi best kalau dia pakai something yang cerah dan menghelit baru nampak atas pentas especially bila dia buat pergerakan.  Kalau aku jadi dia,  aku pakai velvet vest warna gold atau kuning!  Sebab berbanding Haqiem Rusli,  Syamel lagi pandai menari walaupun dia badan agak heavy set u olls.  Syamel really had fun dengan persembahan ini,  I olls enjoy.



Velvel body suit by Sara Jamaludin.

Alam Wakaka kata dia amik inspirasi Magic Mic punya tarian untuk koreograf lagu ini.


Persembahan terbaik! Aku suka team tarian ampa ni.



Hajat by Hael Husaini
Lirik & Komposer:  Hael Husaini & Ezra Kong

Aku suka persembahan ini,  macam apa aku tulis dalam Twitter aku; "Hael Husaini menghargai wanita dari pelbagai bentuk dan rupa. ❤❤❤ u Hael. #wanita #love #AJL33".  Aku suka sebab dia celebrate woman of all body type.  Kakak-kakak agam pun seronok la turun tangga sambil tengok bawah penuh hati hati,  kalau jatuh sorang,  disaster semua u olls.  Aku rasa terselit jugak dua tiga orang kakak pondan.  Kalau u olls perasan la kan,  tangga yang digunakan dengan susunan penari 40 orang perempuan baju warna putih kat tangga-tangga tu sangatlah persembahan Beyoncé  masa Coachella 2018. 


Hajat #AJL33

Kak Bey #Coachella2018

Aku perasan banyak persembahan artis kita yang mirroring ataupun amik inspirasi daripada persembahan-persembahan sepupu aku dari tanah Uncle Sam iaitu Beyoncé.  Aku tak kutuk,  aku tak cerca hangpa semua berbuat demikian.  Aku rasa ini adalah satu langkah yang baik.  Sepupu aku,  dah memulakan visual album sejak tahun 2013 lagi berjudul Beyoncé.  Ini adalah album yang tiba-tiba dia keluar un-announce,  tau-tau ja kat Youtube keluar semua video clip dan lagu-lagu dari album baharunya.  Lagu-lagu dalam album tu,  Drunk in Love,  Partition,  XO dan Flawless video clip memang kau-kau punya.  Hang bukan sahaja mendengar muzik,  tetapi mata hang jugak melihat satu susunan seni yang komplek dan menarik.  ITULAH ORANG PANGGIL VISUAL ART.  Jadi aku sangat suka bila ramai finalis AJL dah pandai meraikan perkara ini,  persembahan nyanyian bukan sahaja untuk halwa telinga tetapi jugak kenikmatan melihat.

Pastu tiba-tiba masuklah Syafinaz,  dia punya soprano bagi aku sangatlah raw dan tak best langsung.  Sorry ya sapa-sapa yang tak suka penyataan aku,  sebab aku adalah peminat nyanyian opera.  Aku kalau menulis blog,  lagu-lagu opera yang boleh bagi aku concerntrate.  Ramai jugak yang ada kegigihan pi cari video audition Hael Husaini way back when dia kena reject dengan Syafinaz dalam rancangan One in A Million.  Akhirnya,  dia jemput Syafinaz nyanyi dengan dia kat pentas AJL.  Tapi apa pun,  lagu ini sangat best.  Hael pun sangatlah best dan tenang dalam nyanyian persembahan dia. 



Haaa...nampak tak Kak Somnah kanan sekali punya duk layan feeling menari macam dia tu ballerina kan?



Sorry not your fan.



Tak Pernah Hilang by Amylea X Kaer
Komposer:  Farouk Roman | Lirik: Amylea 

Prop yang simple.  Duk ada empat bijik lagu kat belakang.  Asap dan backdrop awan berarak.  Aku suka,  ala-ala Grammy performances u olls.  Nyanyian depa,  secara keseluruhan, tak berapa la hebat sangat,  tak berapa la teruk sangat.   Tapi macam aku kata dalam my previous review about #AJL33 prediction,  lagu ini sedap tetapi suara depa dorang macam orang yang tak yakin dengan nyanyian sendiri.  Part last bila Amylea amik part "Selalu menantikan diri mu..."  sangatlah amatur u olls.  Suara Kaer pun mak rasa tak kuat,  sebab bermain dengan low key adalah sangat susah.  Its time u olls hire vocal coach yang best if you wanna make this "Amylea X Kaer"  a thing!  Sedikit komen mengenai baju Amylea,  mak rasa serabut dan finishing tak cantek.  AND WHO ADVICED YOU TO WEAR YOUR HAIR LIKE THAT?  Tak sesuai dengan bentuk wajah u olls. 

Prop yang simple.


Duk ada empat bijik lagu kat belakang.  Asap dan backdrop awan berarak.  Aku suka,  ala-ala Grammy performances u olls.

Suara Kaer pun mak rasa tak kuat,  sebab bermain dengan low key adalah sangat susah.


AND WHO ADVICED YOU TO WEAR YOUR HAIR LIKE THAT?



Persembahan Tengah
Seribu Impian - Nabila Razali, Ismail Izzani & Sarah Suhairi
First thing first,  Nabila Razali,  deni nyanyi ka cakap?  Aku kalau batuk seminggu,  demam tiga hari,  masih ada hingus-hingus tak kering lagi,  SUARA AKU LAGI SEDAP DARI DIA.   Ismail Izani dan Sarah Suhairi aku tak boleh complaint.  Depa ada suara dan bakat.  Bagi aku kan,  baik amik depa dorang ni ja perform,  Nabila Razali.....buat perabih duit ja.

Cuma aku nak komen satu ja,  sorry Seth&Luna walaupun hangpa aku kenal personally tapi I need to say this i hope u olls terima dengan hati terbuka dan tak IGNORE WHATSAPP AKU macam orang lain.  (Yelaaa...aku sedar diri aku siapa,  aku tak layak nak bergurau senda dengan orang yang pakai handbag dan kasut designers macam hangpa kan?  Aku layak bergurau senda dengan Nizal jugal martabak sahaja). 

Yes,  ramai yang kutuk baju Sarah Suhairi hasil rekaan Seth&Luna,  bagi mak rupa bentuk baju itu tak ubah macam makcik-makcik negro yang nyanyi koir kat gereja di hari ahad.  For me,  next time hangpa nak buat baju untuk penyanyi,  kena betul-betul tengok KESESUAIAN PADA PERSONALITI,  USIA,  BENTUK BADAN dan paling penting MOOD LAGU ITU.

Lagu ini bertajuk SERIBU IMPIAN,  tapi pasaipa baju hangpa buat kat dia macam impian dia dah hancur berkecai! 

Yang koir kat belakang pakai baju warna warni elok dah,  depa tu kira macam broadway la kan.  Gitu.  Tapi sorang yang lelaki agam pakai baju ungu tu,  mak macam nak kata something kat dia,  tapi takut satgi dapat surat warning lagi ataupun kena buang kerja terus. 







Di Matamu by Sufian Suhaimi
Lirik & Komposer:  Sirkhan & Rinkarnaen
Abang semut,  itulah gelaran aku kat Sufian Suhaimi.  Orang lain panggil dia Baby Pian sebab dia cute.  Aku panggil dia abang semut sebab dia cute dan mengingatkan aku dengan watak dalam filem A Bug's Life. 

Permulaan lagu ini digurindamkan ala-ala Melayu.  Seluring dan rentak bongo,  very the "Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,  Kajang Hamba Mengkuang Layu,  Dagang Pak Malau Dagang Bertempat, Dagang Saya Musafir Lalu."    Elemen ini masa aku mula-mula dengar sekali lalu,  rasa macam rosak lagu sahaja.  Tapi bila ulang dengar menggunakan earphone mahal jenama original (BERLAGAK SIAL),  memang kena sangatlah rentak ini.  Melodi lagu ini terus jadi lebih sedih dan memilukan.  Sesuailah,  orang Melayu kan semua benda nak sedih.  Ditambah dengan back up vocal koir ala-ala gereja kat belakang.  Susunan semula lagu ini tidak dapat dinafikan kekuatannya. 

Suara abang semut pun bagi akak sangat asli,  ada gemersik yang dia tidak cuba menjadi orang lain.  Tak perlu pun  nak buat buat soprano ka suara wisel semua.  Aku suka ulasan awal abang semut masa kat meja KFC tu,  dia dari awal mengakui dia mengutamakan elemen seni visual dalam persembahannya.  Hence,  pelamin anganku musnah yang menyebabkan seluruh Axiata Arena menangis! 

Persembaham malam itu terbahagi kepada 3 bahagian,  chandeliar (lampu siling),  kain putih dan juga pelamin.  Ketiga-tiga part itu dilakukan dengan susunan agar penonton seperti kita memahami penceritaannya.  Cuma part kecik la,  masa pelamin itu digerakkan dan diubah-ubah boleh nampak abang-abang prop duk tolak dinding pelamin tu.  AKU TAK SALAHKAN ABANG-ABANG PROP TU,  DEPA BUAT KERJA DEPA.  Dan tolong jangan salahkan kata awat depa ni tak mampu nak buat prop bergerak secara elektrikal,  HELLLOOOOO PENTAS-PENTAS ACADEMY AWARD PUN TOLAK PAKAI ORANG...cumanya yang salah adalah koreografi camera. Angel mana yang cantek nak shot,  nak cut tang mana...semua ni aku dah tegur dua tiga kali dalam reviw AJL sebelum ini.  Masih belum ada pembaharuan. 

Apa pun,  penghabisan nyanyian,  abang semut pandang camera ala-ala muka garang.  Serius comel sangat  sama macam time semut dalam cerita Bug's Life nak fight dengan belalang kunyit. 

Persembaham malam itu terbahagi kepada 3 bahagian,  chandeliar (lampu siling),  kain putih dan juga pelamin.


Tweet dari Dato' Siti Liza,  "deep sangat @sufiansuhaimi_  ..arrangement lagu pun terbaik👏👏👏"


Tabir putih mulai gugur.  Moment ini penonton keriau histerikali.

Pergerakan pelamin bermula.

BUKTI 1:  Nampak tak abang prop kat tengah dan tangan kat blah kanan!

BUKTI 2:  Nampak tak abang prop kat tengah duk doggy u olls.


BUKTI 3:  Abang  prop kali ni jalan relax ja tanpa rasa bersalah.

Part last abang semut buat muka garang before dia pergi ke pelamin.

Kesian part ni....syahdu u olls.

Standing ovation.

Abang semut dengan janggut palsu.



Bunga by De Fam
Penyanyi asal: Altimet|  Komposer:  Omar K & John Jeevasingam|  Lirik:  Altimet

Depa ni pun baju putih ..tadi menari untuk Hael ka?  Saja la nak tanya kan?  Opening lagu ini,  suara depa harmonize memang sedap.  Hello semua orang yang panggil depa ni group perempuan gedik,  gedik-gedik pun kau rasa Feminin dan Elite bolehkah buat harmonize nyanyi macam ni?  Depa ni dah level-level Fifth Harmony tau.  Siap boleh nyanyi harmonize dan menari sekali,  bukan sekadar bubuh sepit banyak-banyak kat rambut pastu nyanyi miming.  Aku harap lebih banyak girls singing group macam ni. 

Depa punya interpretasi daripada rap jadi nyanyian hip hop R&B adalah baik...NOPE...sangat baik.  Aku harap persembahan De Fam ni bagi orang bukak mata dengan  depa punya bakat.  Dan bagi lagu yang best untuk depa nyanyi lagi di masa depan.  Tahniah Altimet,  tepat hang pilih depa!  Apa pun,  selamat maju jaya jugak kat Altimet yang akan bersara tak lama dalam bidang nyanyian.  Sebab tu dia serahkan mic kepada De Fam!

For more info and pictures about De Fam boleh follow IG-IG ini:  @defamillion @defamofficial


Aku harap persembahan De Fam ni bagi orang bukak mata dengan  depa punya bakat.






Semakin by Siti Sarah
Lirik & Komposer:  Mera Utama

Secara keseluruhannya aku macam kecewa habis dengan persembahan Siti Sarah.  Sebab beliau adalah seorang vokalis wanita yang aku segani di Malaysia ini,  lagu ciptaan penuh suaminya Shuib Sepahtu menjadi pertaruhan malam ini dan aku expect something yang wow.  Tapi siriesly aku kecewa gila sebab aku rasa persembahan beliau sangatlah OVER dari awal sampai penghujung. 

Tapi before aku tulis review ini,  aku baca komen-komen netizen.  Takut kalau pendapat aku sorang yang over acting macam nyanyian itu,  tapi rata-rata memberikan pendapat yang sama.

Salah satu tips aku selalu amik dalam persembahan aku bila masuk pertandingan nyanyian adalah macam mana kita nak control emosi dalam nyanyian pada awal,  tengah dan akhir persembahan.  Sapa yang pandai mendengar boleh dapati nyanyian kita tidak flat dan ada pergerakan dalam momentumnya. 

Tapi sayang sekali, dari awal lagi,  Siti Sarah macam over!  Part awal lagi pun dia punya nak idgham maal ghunnahkan nyanyian dia sampai aku rasa macam deni pasaipa?  Halkum bengkak ka? Jadi bila dari awal hang dah overkan diri hang,  so kat hujung-hujung u nak naik macam mana lagi?  Maka hasilnya penghujung yang flat.  Ditambah dengan percubaan untuk membuat nyanyian wisel yang tidak menjadi itu.

Sorry Siti Sarah,  i was rooting for you.  Hanglah satu-satunya retis Melayu yang mampu nyanyi lagu Emotions versi Destiny's Child.  Hang ada style R&B yang semulajadi,  tak perlu nak over-over dah.  Dari segi solekan,  gaya tudung dan dress,  bagi akak sangatlah biasa.  Tiada yang baharu.  Sebab aku tau,  Siti Sarah adalah seorang yang stylo tapi pasaipa malam tu dengan anak tudung bunga besaq tu, beliau nampak sedikit kamfung.  Dan takdak sapa-sapa pakai pump heels macam itu lagi. Its so 2011 kakak.

Shuib! Jangan marah Siti Sarah,  please buat lagi lagu sedap sedap untuk kami semua.


Dari segi solekan,  gaya tudung dan dress,  bagi akak sangatlah biasa.  Tiada yang baharu.

Less is more.


Sorry Siti Sarah,  i was rooting for you.



Bunga by Ara Johari
Komposer: Hang Nadim,  Laq & Kadok | Lirik:  Hang Nadim

Kevin Juliano Lai suruh aku kutuk Ara kau kau dalam review ini.  Takutnya,  hangpa ni dendam kuat hanya sebab lagu favorite hangpa kalah.  Tahukah anda dalam garapan prediction #AJL33 yang akak tulis beberapa bulan lalu,  akak dah boleh predict lagu ini akan mendapat tempat top3.  Hangpa boleh baca kat sini:  Menjelang AJL 33: What You Should Now?

Lagu ni best.  Kekuatannya adalah pada chorus tetapi macam I olls kata,  Kak Ara kena pastikan dia tak sakit tekak macam #AJL32.  Walaupun persembahan Ara Johari agak semput dan tak tercapai dek akalku,  satu benda sebagai penyanyi profesional kena tau (bila Ara tak tau nak kenalpasti benda ini maknanya...dia tak cukup profesional lagi).  Setiap finalis masih boleh ubah arrangement lagu ikut percentage tertentu.  Ara Johari,  kalau hang dah tau hang tak boleh nyanyi lagu power ni apa kata tukar jadi classical ataupun bunyi acoustic. 

Tak tau la...sebab aku selalunya kalau nak menyanyi lagu ikut arrangement original vokal aku tak sampai,  jadi aku akan pilih arrangement jenis acoustic.  Confirm aku boleh nyanyi lagu itu dan key semua sampai sebab aku boleh dengar suara aku sendiri dengan lebih jelas,  lebih mudah nak control nyanyian aku dan paling penting,  tendency aku untuk menjerit adalah kurang sebab aku suara aku tidak akan berlawan dengan muzik yang kuat. 

Arrangement lagu Bunga adalah rentak rock.  Tapi mai part tengah lagu ni,  mai la dua orang laki dan pompuan Gong Xi Fa Cai duk nyanyi soprano macam bodo-bodo ni.  NI AKU TAK PAHAM DENGAN MELAYU-MELAYU NI,  kalau suara hebat,  KENA NYANYI OPERA! 

Kedua,  let's talk about visual art yang cuba digarapkan oleh team Ara Johari.  Aku nak tanya,  apa kena mengena dinding batu bata merah dengan ada lampu merah?  Pastu ada pulak perempuan-perempuan pakai baju pendidikan jasmani warna putih duk pegang bunga ros?  Pastu bila Kak Ara menjerit,  depa pun koyak semua bunga ros tu.  Serrrr!  Tak artistik langsung. 

Tapi still lagu ini best,  sayangnya persembahan live...TAHI.

Aku nak tanya,  apa kena mengena dinding batu bata merah dengan ada lampu merah?



Pastu ada pulak perempuan-perempuan pakai baju pendidikan jasmani warna putih duk pegang bunga ros?


Perasan sorang penari yang kanan,  tapi yang paling dekat dengan Ara....MUKA SEDIH STYLE FAKE GILA.



Sampai Bila by Misha Omar
Komposer: Sharon Paul | Lirik:  Ahmad Fedtri Yahya & Shah Shamshiri
Permulaan nyanyian Kak Mitch ni lah yang kita semua mahukan.  Dia tau suara dia sedap dah.  Tak payah nak over over,  nak buat macam RNB laa,  nak buat negro la!  Dia tak perlu itu semua,  dia jadi diri sendiri. 

Aku suka depa amik versi piano mula-mula dan diperlahankan tempo...sebab lagu ni kalau nyanyi yang original version semput mak ang!  Aku suka Kak Mitch pakai baju diperbuat daripada tulle hitam menyelubongi dirinya,  pastu dia bukak baju tu kot dalam tu dia pakai suit renda-renda warna merah Gong Xi Fa Cai!  Meletops u olls...sesuai dengan lirik motif lagu ini.  Bak kata penulis lirik lagu ini,  Ahmad Fedtri Yahya yang segak dengan suit gelap dan jahitan gemerlapan Swarovski,  lagu ini adalah untuk memberikan kekuatan kepada wanita-wanita yang digantung tak bertali dan akhirnya depa mendapat keberanian untuk mulakan hidup baru.  Sebab itu,  ada baju hitam menyelubungi tubuh Kak Mitch,  pastu dia dapat keberanian,  dia buang selubung tu....DIA PUN JADI MERAH!

Ramai wanita boleh relate dengan lirik ini,  ramai laki kat luar sana,  depa tak bahagia dengan perkahwinan depa sendiri.  Tapi instead of memblahkan diri like true gentleman,  laki-laki teloq kat dahi ni suka seksa bagi perempuan tu derita.  Gembira kot noh buat macam tu kat orang? 

Persembahan Kak Mitch through out the performance adalah sangat stabil,  penuh emosi,  berat dengan penghayatan and yet terkawal.  Muka Kak Mitch sendiri sebagai backdrop juga menjadi satu garapan seni visual yang simbolik.  Wajah dia nampak tenang tapi dalam hati penuh bergolak dengan pelbagai perasaan. 

Aku paling suka penutup nyanyian Kak Mitch,  dia tak buat dah tendang-tendang kaki tetapi dia buat dengan tangan ala-ala kau tikam hati aku tapi dia cabut balik pisau itu!  MAK ANG BETUI LAAA AKU SUKA! 



Aku suka Kak Mitch pakai baju diperbuat daripada tulle hitam menyelubongi dirinya,  pastu dia bukak baju tu kot dalam tu dia pakai suit renda-renda warna merah Gong Xi Fa Cai!

Muka Kak Mitch sendiri sebagai backdrop juga menjadi satu garapan seni visual yang simbolik.



Aku paling suka penutup nyanyian Kak Mitch,  dia tak buat dah tendang-tendang kaki tetapi dia buat dengan tangan ala-ala kau tikam hati aku tapi dia cabut balik pisau itu!



Haram by Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
Lirik & Komposer:  Hael Husaini & Ezra Kong

Aku suka lagu ni haram oi!! Macam prediction aku dalam artikel sebelum ini,  aku memang menjangkakan yang lagu ini akan menang juara.  Satu masterpiece hebat dari Hael Husaini dan Ezra Kong.  Elemen muzik digital yang sesuai dengan era Malaysia 2020.  No more lagu-lagu balada dengan gesekan biola dan dentingan piano. 

Macam susunan vokal dalam lagu Nisan Cinta,  lagu ni pun hang kena pandai harmonize nak nyanyi.  Kalau tak caya,  hang pi karaoke hang cuba nyanyi lagu ni.  Memang confirm hang akan nyanyi bunyi flat ja..sebab kita tak reti nak harmonize.  Harmonize menjadi sebahagian daripada elemen lagu ini. 

Kalau ikutkan arrangement asal,  Hael nyanyi dari awal sampai nak dekat hujung baru Dayang masuk.  Tapi untuk malam ini,  Dayang masuk lebih awal part chorus.  Itupun,  Dayang ada terlupa masuk part dia.  Punya nak penghayatankan?  Walaupun Dayang macam buat tak tau teruih...tapi  reaksi Hael macam kalih ke tepi,  mak faham! 

Lagu ni actually pendek gila tapi depa buat terbaik dan simple untuk menunjukkan kekuatan vokal dua-dua orang sampai hujan turun membasai pentas AJL.  Aku rasa ini adalah kali pertama pentas AJL bawak turun air hujan betui.  Very the grammy performance u ollls.  Part last lagu ni memang best...memang betui-betui vokal depa kuat,  tersusun dan kemas!  Compliment each other orang kata!  Cuma bagi aku personally,  part awal-awal ["Ternyata benar-benar memilih kamu...mencintai kamu..rahsiakan....] Dayang nyanyi ala ala R&B sangkut-sangkut yang merupakan signature style Dayang tu.....tu aku tak suka sikit. Macam tak perlu bagi aku.  Tak boleh ka for once...Dayang tak perlu buat nyanyi macam tu.  Sebab dalam recording asal takdak pun kan. 

Overall persembahan depa dorang memang gempak,  aku setuju dengan satu Twit yang menyatakan,  simbolik persembahan ini dalam hujan adalah kerana lirik lagu ini adalah mengenai kisah cinta pasangan yang haram.  Kemungkinan pasangan skandal yang sudah berkahwin,  ataupun di luar tabi'i....cinta itu cinta.  Haram atau tidak,  manusia ada perasaan kan?  Sebab itulah hujan,  sebab depa dua-dua cinta haram ini ditangkap basah.  OH damn!

Part di mana Hael macam perasan,  Kak Dayang lepas que!

The amazing Hael.  Hang ni talented.


Cinta haram...ditangkap basah bersama.




Tribute Hip Hop dan Rap
Interlude Medley - Joe Flizzow,SonaOne, Zizi Kirana & Nico

Shit mula mula keluar lagu KRU aku ingat KRU keluar.  Tapi just persembahan tarian kanak-kanak.  Pastu masuklah NICO ...depa ni berapa kali duk buat comeback.  this is not the first time depa buat come back.  Tapi takdak pun disusul dengan album or single baru...so this is not a comeback already ini hanyalah go back.

Tak dinafikan HIPHOP malaysia lani makin best,  tapi banyak lagu tak boleh keluar TV mainstream sebab kandungan lirik depa yang explicit.  Nanti aku buat artikel asing barisan lagu-lagu hiphop,  rap Malaysia dan Singapura yang best.  Ada yang tak berapa enjoy persembahan hip hop ini dari kaca TV sebab bagi aku lagu hip hop dan rap hang kena enjoy sengsorang dengan earphone mahal original (hahaha sekali lagi nak berlagak) ataupun dengar secara live kat concert.  Bukan kata persembahan rapper Malaysia yang nampak macam babi sahaja bila di pentas,  syiok sendiri dan tah apa-apa.  Kalau hangpa tengok kat Amerika pun,  tak semua artis hip hop bila perform live jadi gempak ya!  Hip hop dan rap adalah musik elektrik dan digital....tak semua boleh makan makanan ini. 

Macam pernah tengok depa pakai ni sebelum ni.


Budak ni cute gila!

Joe Flizzow!

Abang Aman I....muah muah muah.


Sonaone ni pun elok teruk.  Tapi bukan taste i.




Keputusan Pemenang
Akak berpuas hati dengan semua pemenang yang diannouncekan!  Semua mereka layak.  Pentas AJL adalah sebuah platform sacred untuk industri muzik tanah air,  takdak kat negara lain aku rasa.  Kalau komposer,  penulis,  penyanyi boleh ada kat pentas AJL...confirm u olls lepas ni akan mudah dapat jalan cari makan.  Semua pemenang yang dinobatkan telah membuat yang terbaik,  usaha mereka dalam memperbaiki persembahan dengan anjakan seni visual yang penuh sensasi dan mengundang kontroversi.  Inilah keunikan AJL!

Persembahan Terbaik
Telefon pintar Samsung Galaksi A9,  RM12, 000 dan trofi
Di Matamu by Sufian Suhaimi

Vokal Terbaik
RM12, 000 dan trofi
Sampai Bila by Misha Omar

Tempat Ketiga
RM20,000 dan trofi
Sampai Bila
Penyanyi: Misha Omar
Komposer: Sharon Paul
Lirik:  Ahmad Fedtri Yahya & Shah Shamshiri

Tempat Kedua
RM35,000 dan trofi
Bunga
Penyanyi: Ara Johari
Komposer: Hang Nadim,  Laq & Kadok
Lirik:  Hang Nadim

Juara
RM50,000 dan trofi
Haram
Penyanyi: Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
Komposer:  Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>