Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Cameron Highlands Trip with Resdongs Team #ResdongsRelax2019

$
0
0

Apa Resdongs Resdongs?  Penyakit ka?  Inilah yang semua orang duk tanya berkali-kali bila Facebook aku dah tukar nama jadi Jumie Samsudin Resdongs.  Untuk pengetahuan hangpa,  Resdongs adalah nama team teater kami Resdongs Entertainment.  Established sejak tahun 2002 dah oleh pengasas-pengasas terdahulu,  tapi ada yang dah blah,  ada yang baru join (macam aku).  Tapi ahli-ahli asal masih ada,  hence nama itu masih di bawa hingga kini.  For now,  ahli-ahli asli kami adalah Lanun ResdongsIkhtiaruddin ResdongsAshraf ResdongsRizal ResdongsAwie ResdongsMantaro Resdongs dan Jumie Samsudin Resdongs.  


Macam tahun lepas,  kami bertujuh bercuti ke Langkawi.  Ingat tak?  So untuk tahun ini,  pusing punya pusing, last-last pi Cameron Highlands.  Apakah kisahnya bila bercuti dengan abang-abang sado ke daerah buah strawberry ini?  Ermmm......semua jadi jem stroberi.  Selain kami bertujuh,  ada tiga orang non-ahli yang dijemput bersama-sama memeriahkan.  Acan Boria,  Whazzy DJ dan last sekali Amer Sunmelon.  


Perjalanan kami menaiki van yang disewakan dengan Van Sewa Penang DidieTurbo.  Van 10 seater cantek renovate ala-ala van siam.  Siap dengan tol dan minyak,  dia kira sewa satu hari RM600. Termasuk dengan upah driver.  


 

 Some of pictures kami amik bersama-sama van.  Masa kat Langkawi dulu kami sewa van tapi kami drive sendiri,  tapi kali ni sewa sekali dengan pemandu.  Tapi rasanya,  lebih bebas dan seronok kalau drive sendiri.


Trip kami 3 hari dua malam,  bergerak hari Jumaat pagi.  Nak dikisahkan tarikh yang kami pilih untuk ke Cameron Highlands adalah pada 25,  26 dan 27 Januari 2019.  Dan kebetulan minggu itu adalah tarikh pilihan raya kecil parlimen Cameron Highlands.  Aiiyooo...I olls ingat dah tragedi awal tahun 2019 lah nak pi Cameron Highlands yang merupakan lokasi favorite rakyat Malaysia ditambah pulak dengan pilihanraya kecil ni.  Pastinya berasak-asak dan jemlah seluruh kawasan yang ingin dilawati.  Tambahan pulak,  kawan we olls sorang ni artis iaitu Mamak Puteh,  mesti kalau sepanjang jalan orang nanti tak berenti nak amik gambaq dengan dia.


Kami pun gigih plan suruh abang driver amik kami awal dari Penang supaya kami tiba di kaki Simpang Pulai seawal 7:00 pagi.  Tapi alangkah indahnya dan bahagianya hati bila kami dah mulai sampai di kawasan Brinchang.....................WEHSSSSSSSSSSSS TAKDAK ORANGGGGGGGGGGGGGG PUN!  

 Berhenti di tepian banjaran menuju Cameron.  Of course untuk ambil gambaq.  Kat sini,  angin bayu membawa diriku dah semakin sejuk.

 Depa ni bila masa pun...tapi perhatikan tukang amik gambar.  Seluar jeans dia diseterika siap ada line.  Steady Achan.

Kedai makan pun takdak sapa...kami ja....alhamdulillah.

Nasib baik aku pekena scone siap siap kat sini sebab takut nanti pi Sungai Palas orang ramai.  Abang yang buat scone ni...boleh tahan jugak dia punya scone so buttery.  Tapi dia tak bagi la clogged cream...dia bagi homemade strawberry jam dengan whipped cream sahaja.

Sumpah!  Jalan lengang,  tak banyak sangat orang,  kami turun pi Tanah Rata pun tak berapa nak ramai orang sangat.  Tambahan pulak perjalanan kami menaiki denai-denai sempit di tepian ladang teh,  TAKDAK ORANG WEHS!  Abang Shah yang jadi pemandu 4WD pun kagum sebab dia kata selalunya nak sampai tapak Mossy Forest dari Brinchang ambil masa lebih kurang 40 minit sebab terpaksa berhenti banyak kali bagi memberi laluan kepada kenderaan yang banyak.  Tapi kali ini...macam kami jer yang lalu jalan tu!


"Mungkin ramai orang takut nak datang Cameron Highlands sebab pilihan raya ni,  jadi tinggal korang jer yang sanggup datang."


Kami menginap di Mama Mountain Homestay terletak di Brinchang.  Katanya dekat dengan pasar malam Brinchang yang popular tu.  Kak Noor yang rekemen aku mai sini sebab dia dan family selalu duduk sini.  Tapi kisahnya,  kawasan lapang yang dulu jadi lokasi pasar malam tu sekarang ni tengah ada contruction nak buat hotel baharu.  Hampeh!  Jadi takdak la aktiviti pi pasar malam.

The whole bungalow are covered with pokok pokok bunga yang pelbagai.  Kesejukkannya memang melampau u olls.

  


Pose depan romah before keluaq melewaq.

Pantry dia siriesly memang aku suka sangat-sangat.  Konsep wet kitchen yang open,  mengadap sungai kecil yang mengalir belakang bungalow.

 Sungai kecik.  Kat seberang sungai tu,  siap ada pokok pandan semua,  Sunmelon pi renggah masuk kutip daun pandan.  HAHAHA 


Bahagian ruang tamu.

 Two of the rooms,  sorry bilik aku lupa nak amik.  So semuanya ada tiga bilik u olls.


Yang bestnya kat atas ada verandah untuk lepak-lepak.  Ditutup dengan akar pokok morning glory.  Rasa sangat nyaman.

Mama Mountain Homestay,  Brinchang,  Cameron Highlands

BANGLO 3 BILIK @ 12-16 Orang @ RM400/NITE (xblh lebih 20 org)

Lokasi : brinchang, belakang pasar malam lama (5minit kemana2 destinasi)
Kemudahan :
*Astro
*Water Heater
*Parking 4 kereta
*Kelengkapan Dapur (Kecuali Rice Cooker)
*Tempat BBQ (bawa arang sendiri)
*Extra tilam
* Muslim only

HOMESTAY 2 BILIK @ max 5- 8orang @ RM230/NITE (Max 10 org)

Lokasi : brinchang, belakang pasar malam lama (5minit kemana2 destinasi)

Kemudahan:
*Astro
*Water Heater
*Parking 2 kereta
*Kelengkapan Dapur (kecuali Rice Cooker)
*Tempat BBQ (bawa arang sendiri)
*Extra tilam
* Muslim only

Contact details:  +60 18-400 9280 (Whatsapp only utk Detail Homestay 🏡)

Mama Mountain Homestay,  RM400 satu malam untuk sebijik banglo.  Ada 3 bilik.  2 bilik air,  ruang tamu dan satu dapur.  Nak kata cantek sangat homestay ni takdaklah sangat,  tapi selesalah juga.  Aku punya gambaran untuk Mama Mountain Homestay ni adalah "Macam kita nak pi Cameron Highlands,  pastu Mak Lang kita pun kata...haa...Mak Lang ada rumah kat Cameron Highlands tu...hang mai la...takdak sapa pun...takat hang nak duduk dengan kawan-kawan bolehla...."  Style dah duduk dua hari pun tuan rumah tak kalut mai mintak duit baki.

 Sunmelon pi renggah masuk kutip daun pandan.  HAHAHA .  Wak duk potong ayam.

 Aku kena basuh mata punai...jantan sangat kerja yang diberikan.

First night sampai kami buat BBQ session depan rumah.  Petang tu lepas check in,  kami terus pi mini market kat Brinchang.  Baguih kedai tu semua ada,  dari ayam,  daging,  seafood frozen sampailah bahan-bahan perapan lain semua.  Rizal jadi master chef malam tu.

Alien workshop jadi tukang bakaq kami.

 Depa la buat kerja,  aku makan ja!

Amer jangan duk bersajak sangat.

Tapi yang pastinya duduk kat sini,  MASYA ALLAH punyalah sejuk.  Sah-sah kita dah payah pasang air cond sebab sini sejuk.  Hang tau tak,  bila mai ja Maghrib suhu teruih drop ke 15͒℃.  Gila ka????  Aku style duduk Cameron Highlands ni siries wehs teruih tutup aurat syariah compliance.  Siap dengan hand socks,  stockin,  anak tudung...haaaaaaaaaaa tudung pun pakai elok selit lagu mana ka.  Sampai tidur pun aku pakai baju tiga lapis siap beranak tudung!  

Second day kami merambu ke lokasi macam Mossy Forest,  Ladang Teh dan tempat-tempat wajib lain la bila dah sampai Cameron Highlands tu.  Kecuali Mossy Forest,  hangpa mesti pernah baca tentang lokasi ni bila sampai Cameron Highlands tapi tak tau macam mana nak access kan?  Nah baca sini:  Mossy Forest, Cameron Highlands


Boh Tea Plantation Sungai Palas

I dunno why but somehow with this tudung style and this shades,  i look like glamorous woman going for umrah.  Wah....insya allah.


Macam bigfoot posing ni.

Budak-budak laki bila masuk ladang teh...ermmm....akak tengok jer la...

A must visit at Boh Tea Plantation,  yang ni new wing.  Tak ramai orang wehs.  HOW I AM SUPRISED TO EASILY FOUND A TABLE FOR US.


Tea and cakes dibelanja oleh Mamak Puteh....steadyyy mamak! Bukan senang weeeoohh...


Bila masa pun nak feeling amik gambaq.

Dulu depa amik Noor Kumalasari jadi model,  lani depa akan amik akak pulak jadi model Boh.

Pasar Malam Mini @ Brinchang

Duduk Cameron Highlands teruih tutup aurat secara format yang betul,  stokin,  baju tutup semua kancing depan,  anak tudung.....fuh!

Buah cinta dan buah oren diamond.

Di tengah-tengah deretan jualan mainan dan barang plastik,  tiba-tiba depa ni jual timun macam ni.  Akak terus rasa seram sejuk.  Toys jugak ke?


Pasar Pagi Brinchang @ Depan Balaih Polis

Selain cactus,  banyak lagi jualan anak pokok yang begitu merambangkan mata.  Jaden (kucing) akak dah besar sikit,  i think now i can start tanam pokok balik sebab dulu pokok yang manis-manis semua dia dah gigit sampai mati.  Contohnya anak pokok pudina RM6 ja satu pasu u olls...tapi akak tak beli la sebab mai naik van.  Kalau naik kereta sendiri lain u olls!


 
Masa kat pasar tani,  terjumpa booth adik-adik n jual serunding Strawberry.  MELETOPS!  Depa bagi try test,  ada floss ayam dan floss daging.  Pergh....memang sedap.  Pedas,  manis dan masam dia mai dari strawberry tu.  After taste dia memang lain la u olls.  Nak tau lebih lanjut pasai produk tempatan ni,  nah follow depa kat sini:  Cik Merah Cameron Highlands 



Lima pack RM10.  Gilaa wehs murah nohorom.  Kalau aku duduk sini,  hari-hari aku makan sayur.  Confirm aku kurus dan lebih cantek dari Sajat! Kakak jangan maki hati ya.


Mountain Strawberry Farm 
Tak sangka mai sini lagi,  this is a secluded strawberry farm located far way up on the mountain.  Its not that popular,  sebab susah nak mai sini.  Dulu I olls pernah mai sini dengan Encik Khafi,  tak sangka boleh mai sini lagi.  Nah baca artikel dulu:  Bercuti di Cameron Highland part V : Mountain Strawberry Farm


On the way balik Penang,  kami singgah Ipoh untuk mandi kat Lost World of Tambun.  Ini kira first time aku masuk Lost World of Tambun.  Okaylah itu sahaja nak cerita,  takdak benda best sangat pun pasai cuti kat Cameron Highlands kali ini.  Obviously mai dengan ABANG-ABANG mana nak suka mai tempat macam ni,  kalau mai dengan group "Sisters in Islam" aku mesti meriah depa semua kan suka la strawberry and shits.


Lost World of Tambun,  Ipoh

Tahukah anda ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke taman tema air yang popular kat Utara ini?



Tengok nak makan........takdak sapaaaa....depa pi laaa mandi.  Aku nak makan dulu!  Nasi ayam hainan RM15,  ayaq RM10!  Fuhhh rasa macam makan kat Lagenda Cafe.


 Ngap-ngap-ngap.


Lepas makan baru mai cari depa untuk fotoshoot!  Feewwwittt.


 Aku suruh depa posing satu ponen-ponen,  satu macam jantan. Teka which is which?


Takpalah,  next time pi bercuti,  harap ABANG ABANG RESDONGS sekalian amik perhatian sikit orang duk bincang nak pi mana,  nak buat apa.  Ni tak mau amik tau langsung,  bila dah sampai baru nak buat muka kata tak best.  Nasib baik i bukan kaki sentap tau!


Apa pun u olls semua,  jangan lupa untuk follow kami di IG dan Facebook:  Resdongs Entertainment.  Kami bukan sahaja satu group teater,  tapi kami buat macam-macam event management lagi especially kat Penang ni.  Emcee,  celebrity appearance,  PA System,  karaoke set dan macam-macam lagi.

And jangan lupa untuk watch out kami punya next teater project bulan Mac 2019 di Shah Alam.  Insya Allah akak akan berlakon.  Tunggu shout akak ya!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>