Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Jalan-Jalan Langkawi Menaiki Bas

$
0
0
Lagi 15 tahun depa ni semua mesti nak saman aku sebab aku paksa depa amik gambar macam ni dalam panaih! #anakmenakan #cucumenakan

Hello u olls, 

Okay ton lepas akak dan seluruh keluarga besar akak telah melancong ke Langkawi. Menggunakan khidmat syarikat pelancongan yang diusahakan oleh sepupu kami. Aturcara 3 hari 2 malam, setelah mendapat persetujuan dari semua dari segi harga pakej, maka kami buat kutipan ala-ala duit kutu dari awal tahun. Lebih kurang RM250 seorang merangkumi harga untuk penginapan, makan malam, makan pagi dan pengangkutan.

Walaupun akak dah banyak kali ke Langkawi, tapi kali ini rasa lain macam sikit eksaitednya sebab kami semua masuk Langkawi melalui bas. Travel is not about the location but with who you travel with.  Yelah walaupun ada yang kata,  kami ni macam tak standard la,  takdak kelas la sebab travel naik bas ala-ala rombongan cik kiah,  sebab kalau orang yang standard dan ada kelas ni depa travel naik kapal terbang jer.....bek pilaaaaa kami naik bas pun kami bukan ajaq hang! HAHAHAHAHA

So macam mana kami masuk Langkawi naik bas?  Bas pelancongan tu, mula-mula dari KL kutip semua sedara yang duduk kat KL, pastu singgah kat Penang, kutip semua sedara yang duduk Penang, pastu terus gerak ke Kuala Perlis. Pagi tu Subuh dan sarapan, pastu bas yang sama naik atas sebuah feri besar! Dan feri tu pun belajarlah masuk ke Pulau Langkawi.

Mejik kan?


Memanglah kita pernah dengar orang masuk Pulau Langkawi dengan kenderaan persendirian seperti kereta ataupun 4WD ataupun van, tapi macam jarang kita dengar orang masuk naik bas? Haaa inilah kali pertama akak dengar. Syarikat pelancongan milik sepupu akak ni yang uruskan semua, they olls dapatkan permit dan tiket untuk naik feri semua sekali. Cumanya, apabila bas nak naik ke atas feri, kami semua (penumpang bas) diminta untuk turun bas dan berjalan kaki masuk ke atas feri.


Melainkan, orang tua yang uzur (bapak-bapak we olls). Ini untuk memudahkan bas naik ke atas feri. Dan apabila kami dah naik sampai ke tingkat atas feri, wah! Selesa u olls. Ada ruang khas untuk penumpang berehat. Lengkap kerusi, meja, air cond dan yang paling penting, ada orang menjual jajan. Selain rehat kat ruang menunggu tu, kita boleh juga naik ke geladak untuk lihat pemandangan sambil ambil gambar. 


Berhenti sebentar kat Masjid Al Hussain Kuala Perlis.  Cuaca pagi tu tak berapa elok.  Hujan renyai dan angin yang agak kuat.



Caption untuk ruangan dalam Majalah Variasari:  "Salam sayang. Mencari jejaka yang setia,  jujur dan kacak persis Arel Peterpan.  Hobi mengumpul setem.  Surat pasti dibalas dengan bedak wangi."


Posing di tepi laut,  tepi feri kami nak naik.

Sepupu aku haram turun bawak kopi dalam cawan real dengan curut.




Gambar feri yang kami naik.  Hangpa boleh nampak bas kami bumbung warna biru,  duk ada belakang lori Gardenia.  Dari atas geladak,  boleh ambil gambar ni.



Ini gambar masa lepak-lepak kat atas feri.



Feeling amik gambar sat.  Tapi depa dorang tepi aku ni macam tak reti nak posing.  Posing cam tahun 80 an.



Yang tengah tu abang tour guide kami duk bersembang-sembang.


Berkaraoke dalam bus.  Gang-gang lelaki laki haram,  pukul 5 pagi tara nak sampai Jeti Kuala Perlis depa dah start karaoke lagu rock.  Dah la suara tak sedap.  Semua otomatik bangun tidoq.


Nilah abang Hamid Mayuni,  kami punya driver merangkap ketua rombongan.  Kepada you olls yang berminat nak buat rombongan cik Kiah naik bas ramai-ramai masuk Langkawi jugak macam ni,  contactlah sepupu akak nama dia Hamid Mayuni +60 12-633 7936.  Selain Langkawi,  dia jugak buat trip ke Melaka,  Cameron Highlands dan juga Hatyai!  Sekian,  harap maklum. 



Kakak Lili (cucu menakan) and Kakak Liya (anak menakan),  depa dorang ni duduk dengan aku sepanjang perjalanan.

Bapak aku style relax ja nampak perut.


Kami tiba di Pulau Langkawi lebih kurang 12 tengahari dan terus bertolak ke Restoran Kak Yan Nasi Campur di Ulu Melaka, Langkawi. Macam-macam lauk pauk ada, tapi agak berebut sedikit, sebab bukan bas kami sahaja yang berpusu ke lokasi ini, malah ada jugak bas-bas dan kereta lain. Rata-rata adalah pelancong yang datang dari luar. Tapi tak apa, walaupun terpaksa beratur panjang tapi sistem kat Restoran Kak Yan Nasi Campur adalah sistematik. Depa siap sediakan air dalam tong (pelbagai perisa) untuk kita ceduk sendiri. Selain ikan bakar, satu lauk yang menjadi kemestian orang bila datang Langkawi adalah kerabu bronok.

Bronok atau nama saintifiknya Acaudina molpadioides adalah sejenis hidupan laut, ala-ala gamat gitu, dibasuh dan dimasak kerabu style. Dia tak boleh masak lama-lama, direct heat, sebab tekstur dia akan jadi keras dan liat. Ini kali kedua akak makan bronok.


Dawn Chalet Langkawi
Lepas makan tengah hari, kami semua bertolak ke homestay yang menjadi lokasi inapan. Iaitu Dawn Chalet Langkawi‎ yang terletak di Jalan Batu Belah Batu Bertangkup, Mukim Kedawang. Agak jauh dari kawasan pantai, tetapi yang bestnya kat sini, setiap challet dilengkapi dengan dua katil saiz queen, pastu ada swimming pool! Kami semua yang lebih kurang 40 orang conquer semua bilik kat sini dan sangat happy sebab dapat lepak santai kat swimming pool.




Ini gambar dalam bilik chalet.

Ini gambar swimming pool!  Memang best la kolam dia.  Sebab tak besar sangat.  Cukuplah untuk keluarga kami.



Dinner
Malam tu kami dinner kat satu kedai tomyam di hujung Pantai Chenang.  Yang ni tak termasuk dalam pakej tapi kami tambah duit sorang sikit ja lagi,  sama jugak nak kena makan kan?  Tapi mudahlah....Abang Hamid tolong order siap-siap.



Sorry i dont care u amik gambaq 100 kali i nak makan.

Telaga Walk
Malam tu pi makan-makan pastu kami ke satu taman ni bertajuk Telaga Walk. Dekat Google Review tulis tempat ni dah tutup permanently. Tapi mungkin orang yang manage page ni tersalah kot. Tempat ni duk bukak elok lagi. Sapa yang ada anak kecik ramai, inilah tempat nak gula-gulakan anak-anak setelah seharian penat melayan kerenah ibu bapak di kedai shopping. Kita boleh sewakan beca, kereta remote control, basikal dan macam-macam lagi untuk kita kayuh sendiri ataupun dibawa oleh pengemudi. Kami sewa sebijik van Volkswagen RM35 boleh kayuh selagi larat. HAHAHAH kami siap kayuh bergilir gilir u olls.


Dia ni semua adalah basikal!  Walaupun bentuk kereta,  tapi konsep dia,  kita kena kayuh macam gila.  Berpeluh u olls.  Akak rasa macam baju putih kain kapas yang akak pakai malam tu memanglah basah sampai nampak basah habis!


Yang ni konsep dia macam kereta api la.  Ada pemandu yang akan kemudi di depan,  kita boleh duduk sekali dengan anak-anak kita ataupun bagi anak kita duduk sendiri.


Akak berlagak ngeri macam akak pemandu kereta api tu.



Ini beca yang warna warni tu.  Cantek!

Ini konsep dia kereta mini ada remote control,  anak kita boleh nak drive sendiri,  tekan jer minyak dia,  atau kita pun boleh control dengan remote ni.  


Aku pun sewa la satu kereta ni untuk anak Cakcing (adik aku) punya duk hambat dia bawak kereta ni...sampai aku berpeluh style serr.  Haram betui muka tak boleh blah!


Second day di Langkawi, rancangnya selepas ke Kilim Geopark melihat flora dan fauna di hutan bakau, kami nak naik kereta kabel ke puncak Gunung Machincang pastu pergi pulak menyelami dasar laut melalui kolam akuarium, tapi semua perancangan hancur lebur. Lepas Kilim, kami hanya ke kedai-kedai shopping sahaja. Dari kedai batik, ke kedai minyak gamat, seterusnya ke HIG, RAM dan macam-macam lagi.  Aku rasa the moment bas kami meninggalkan Langkawi maka semua periuk dan kuali jenama TEFAL out of stock.

Malam itu, kami balik ke Dawn Challet dan makan BBQ yang turut tersedia dalam pakej. 

Kedai Gamat

Pakcik Manap mencuba minyak urut panas.  Kalau pakcik ni tak beli,  hang sila pukul pakcik ni dengan kambe. 😝😜😛

Dua orang pesakit lutut sedang mengetes minyak gamat panas.


Sambil membeli kami pun mendengar taklimat dari pakcik pemilik kedai gamat.


Kak Iken,  Sanita,  Surianie dan Noy bergambar bersama Huzz. #ehh


Produk tempatan yang pelbagai.  Kami beli macam-macam. 



Pak Non sedang bergambar dengan dua ekor gamat tua yang sudah dibotolkan.


Dalam banyak-banyak benda,  aku beli benda ni kat Khafi.  HAHAHAHA

Kilim Geopark



Ni pun sorang gamat tua terikut kami mai Kilim Geopark.



Inilah saat-saat akhir aku pakai spek mata aku beli kat 1st Avenue walaupun RM23.90 tapi bila aku pakai muka aku stylo persis Angelina Jolie.  Aku pakai for almost 10 years already.  Tak sangka,  2018 tertinggal di dek nelayan Kilim Geopark.

  
Depa best la amik gambaq couple....aku couple tak mau ikut!


Jadi aku amik la gambaq sorang-sorang macam ketua nelayan.


Budak-budak syiok naik boat.


Pak Non Gamat dan Kak Iken.




Dataran Lang

Anak-anak menakan vs mak menakan.  Mana meletops lagi?


Lepas panas-panas bagi makan aiskrim.

Sekian sahaja yang boleh akak kongsi dengan u olls. Tak dak apa-apa sangat yang menarik, tetapi percutian ni jadi sangat best sebab bas yang kami dapat sangat selesa, siap ada karaoke lagi. Aircond semua banyak tak kedekut. Penginapan pun okay. Dan yang paling penting, seronok jalan-jalan kali ini sebab bersama keluarga akak semua yang semuanya supporting dan best! 

Dulu kecik-kecik kami seronok bila berjumpa di rumah kenduri, mak sibuk membawang, kami sibuk main masak-masak kat tepi. Sekarang ni, kami semua mak mak budak melayan anak masing-masing. Katanya tahun depan nak buat rombongan lagi! Sekali lagi nak masuk Langkawi, tapi kitorang langsung tak mau masuk mana-mana pusat menjual cokelat dah. Kami nak pi ronda-ronda dalam Langkawi jer!

Akak sokong!

The small section of our family.


ps/  Kepada you olls yang berminat nak buat rombongan cik Kiah naik bas ramai-ramai masuk Langkawi jugak macam ni,  contactlah sepupu akak nama dia Hamid Mayuni +60 12-633 7936.  Selain Langkawi,  dia jugak buat trip ke Melaka,  Cameron Highlands dan juga Hatyai!  Sekian,  harap maklum. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>