Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Musim Panas dan Demam

$
0
0
Gambar ini bukan kata aku nak try look seksi k dengan bibiaq mugil macam mana ka,  aku sesema,  takboleh bernafas kot hidung so aku bernapaih kot mulut.  Hence mulut terbukak sikit.

Girls and boys,  awal tahun macam biasa kita semua rakyat Malaysia akan mengalami musim panas dan sekurang-kurangnya akan berlarutan untuk beberapa bulan.  As we can see in these few weeks,  tempreture goes up sampai 35 darjah celcius pada sesetengah masa pada waktu siang.  Siriesly,  kalau u olls sidai baju pukul 9 pagi,  pukul 1 tengahari dah boleh angkat sebab semua kain tu dah kering.

So last weekend on Sunday,  aku bangun dengan semangat kemas rumah,  basuh kain (syiok sebab boleh sidai kain banyak hari panaih elok) dan setelah selesai kemas rumah,  aku pun memasak gulai ikan ataupun hangpa orang-orang KL kata kari ikan lah.  Mamak style u olls.  Tak pakai santan,  bubuh ayaq asam jawa bagi banyak kasi masam.  Around 7pm aku dinner dengan husband before dia pi kerja,  sebulan sekali u olls akak memasak di dapur,  gembiralah kami makan bertambah-tambah walaupun lauk simple.

Malam itu,  sebelum tidur,  tiba-tiba aku rasa macam tekak aku sakit.  Maka bermulalah episod sakit ....FUCK.  Mula-mula dia mai tekak macam sakit macam mana ka,  pastu dia jadi batuk.  mak pun minum kopi habatus sauda orang kata makanan sunnah kan.  Alhamdulillah batuk pun hilang,  tapi dia jadi selsema pulak.  Pastu tiba-tiba dia mai berhingus untuk berhari-hari.  Dan aku habaq tak setiap malam aku akan demam seram-seram sejuk.  Bured rimaihnya......seminggu aku berlarutan sakit.  Tapi still aku boleh mai kerja sebab masih kuat lagi badan untuk fight.



Aku tak pi klinik sebab aku rasa macam demam tu bila siang takdak la panas sangat pun badan,  so aku duk makan ubat-ubat yang beli kat 7-11 ja.  U know,  padanol,  solluble,  hurix dan seangkatan dengannya.  Tapi masuk hari Khamis,  aku kata kat laki aku,  hang pi Farmasi,  tolong beli kat aku ubat selsema yang paling strong punya. Kena beli over the counter.  Kata ubat tu kecik dan warna kuning. 

Memang susah sikit nak beli ubat tu,  bukan apa,  sebab ubat tu strong dan mungkin ubat terlarang,  husband aku kata,  depa tanya macam-macam before depa jual ubat tu.  SOP dia kot.  Tapi betul wehs,  lepas makan ubat tu,  aku jadi mengantuk gila-gila,  malam tu aku makan sekali,  Jumaat pagi aku makan sekali,  Jumaat tengah hari aku makan sekali....mengantuk jangan habaq.  Tak boleh nak lawan dah.  Jumaat pas semayang Jumaat aku mintak izin boss untuk letak kepala sat sebab tak tahan dah nak lena....

Alhamdulillah,  lepas tu aku okay baik dah demam,  tapi aku duduk rumah baik-baik pada hari Sabtu dan Ahad.  Tak keluar rumah pun siang ataupun malam,  sapa pun aku tak contact sebab tak mau ada temptation nak keluaq dan berjimba.  HAHAHA.  

Tapi sedikit rasa bohsan sebab duduk rumah tanpa handphone aku.  Why?  Sebab aku takdak TV....hahahaha so aku rely 100% kepada handphone aku.  Sumpah wehs,  aku bukan pengikut setia ajaran Al Arqam tapi memang rumah aku takdak TV.  Sebabnya aku kata kat laki aku,  buat apa beli TV kalau kita takdak masa nak tengok.  Sebab lani kalau nak bubuh TV kat rumah nak kena pasang Astro la apa semua mahai wehs.  Baik tengok handphone sahaja,  buleh download movie macam-macam malah Youtube pun banyak rancangan information yang best.  Berita pun boleh tengok Youtube dan Facebook sahaja.  

Baru-baru ini,  aku keluar dengan Kak Muna.  Seronok punya seronok berjimba bersama,  tiba-tiba macam mana ka phone aku jatuh u olls.  Elok punya jatuh atas jalan tar....ya Allah.  Retak hati ku tengok handphone aku punya screen pecah.  Kebetulan pulak aku baru cabut tempered glass yang aku pasang kat phone aku sebab masa mula-mula phone aku keluar (model baharu),  kat pasaran takdak lagi tempered glass yang customed untuk jenama phone aku beli ni.  So pakailah satu model lain yang hampir sama.  Tapi perlahan-lahan tempered glass tu macam masuk angin kot bawah macam mana ka dan mula menggelembung.  Sebab actually tempered glass tu lebih kecik dari permukaan screen phone aku.

Alhamdulillah handphone aku masih lagi dalam perlindungan warranty,  so kena hantar ke Kuala Lumpur HQ untuk repair.  Kenalah tunggu lagi seminggu dua untuk make sure dia siap. In the mean time,  Ridhwan Shariff bagi aku pinjam dia punya handphone Vivo.  Deni kaya banyak phone.  Phone dia works perfectly fine,  boleh tengok Youtube dengan lancar.  Tapi kalau ada phone aku kan best,  sebab aku dah download banyak movie baru dalam tu yang aku tak sempat tengok lagi.

Jadi itulah aku punya perkongsian untuk kisah minggu lepas.  Untuk semua rakyat Malaysia terutama di Semenanjung,  please take care of yourself.  Depa kata,  dalam dua tiga hari ni,  kita akan mengalami kepanasan melampau antara 35 celcius to 37 celcius.  Gila wehs!  Drink a lot of water and kalau takdak kerja nak buat,  duduk rumah diam diam jangan duk feeling nak pi buat activity outdoor.   

ps.  Tiba-tiba dalam kepanasan melampau ini,  kawan aku dari Arizona US nama Willane hantar gambaq dari belakang rumah dia yang penuh dengan salji.  Arizona tu area gurun u olls panas macam mana ka,  tiba-tiba boleh turun salji.  Aku jeles kat dia.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>