Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Our Weekend at Royale Chulan Penang

$
0
0

Terima kasih banyak-banyak kepada kalian semua pembaca blog Jumie Samsudin sebab pada tahun lalu,  telah memberikan support yang amat baik untuk promosi 7 Continents Buffet Dinner at Royale Chulan Penang yang I olls review dalam my Facebook wall.  Melalui post promosi itu,  setiap blogger/social media influencer diberikan code istimewa untuk diberikan kepada para pembaca gunakan bagi mendapatkan special diskaun.  Alhamdulillah,  u olls semua my followers yang paling ramai guna code istimewa ini.  Oleh itu,  saya telah layak untuk menerima hadiah istimewa from Royale Chulan Penang,  untuk stay satu malam di sana.

Macam tak percaya bila dapat emel ini.




Alhamdulillah!  Thank you jugak kepada Royale Chulan Penang atas peluang ini.  Saya dan suami pun ambil peluang ini untuk berehat a.k.a honeymoon la walaupun dalam negeri Pulau Pinang sahaja.  Kami booking satu malam extra di mana kami tanggung satu kos untuk satu malam lagi,  of course pihak Royale Chulan Penang berbesar hati untuk memberikan tempahan pada kadar yang amat istimewa.  Upon checking in,  I olls disambut mesra oleh front desk officer yang sangat mesra.  Dari muka pintu dia dah tersenyum menyambut kita,  kita pulak rasa gelisah dan tidak selesa sebab dah lama tak dapat senyuman ikhlas daripada orang yang kita tidak kenali. 
Front Desk
Hamik hanggg Khafi!!! Pi isap benda lain...

Grandeur look upon lift door.



Cewah Kak Zah pun posing la....

Carpet menuju bilik suite.  Masya Allah ....rasa macam Duchess of Sussex sangat.

Selesai sesi pendaftaran,  saudari di kaunter front desk menyatakan,  "Your room has been upgraded to Deluxe Suite"  akak tanya dia lagi sekali macam tak percaya u olls.  Tapi sungguhlah,  kami duduk di Deluxe Suite room.  Terletak di paras paling atas dan bilik kami menghadap swimming pool.

The Room
In this Penang-fornia King Bed..Deluxe Suite Room.  Puas bergolek.


Mak gajah posing atas katil.  Aku just nak buktikan aku yang besar pun duduk atas ni ada ruang lebih lagi.

Abang Pakistan ni duk ikut aku masuk hotel.  Susah la...









The Toilet
Ini adalah dia punya bourduir. A.k.a meja mekap u olls.

Sorry guys sangat excited bila perasan rupanya aku amik gambar kaunter sinki sahaja.  Shower and tandas aku tak amik gambar.  Tapi siriesly sangat cantek dengan kemasan jubin kerawang biru tua.  Sangat italian marble feeling.


The Swimming Pool

Dari bilik kami boleh nampak dermaga feri Pulau Pinang.  And yes,  boleh dengar dia duk honnnnnn.

Malam pertama,  usai mandi dan meletakkan kepala atas bantal yang empuk,  sumpah aku terus lena dibuai mimpi.  Sedapnya katil hotel ini macam katil kat rumah sendiri,  tapi lebih besar dan luas!  Esoknya,  bangun seawal 6:30 pagi.  Selepas bersiap,  kita pun gerak sang suami,  ajak dia turun sarapan bersama.  Dia kata dia nak sambung tidur sebab nyaman sangat tidur di bilik yang sangat selesa ni.  


Aku amat mengerti.  Dia dah lama tak bercuti panjang dan berehat,  bila dapat bilik selesa dan nyaman, haruslah sukar untuk dia melepaskan peluang ini.  Aku pun turun breakfast sendirian,  lengkap berkasut tinggi dan tudung berseterika,  aku pastikan gaya aku di Sri Tanjung Cafe adalah kemas kerana kebanyakan yang menginap di sini nampaknya macam dari golongan profesional dan ada-ada.  Aku tidak mahu kelihatan canggung dengan baju selekeh.

Breakfast Day 1
Saturday lazy morning i eat alone and i eat a lot. Nasi lemak dia sedap!

Selepas breakfast,  aku kembali ke bilik,  sang suami sambung tidur.  Aku biarkan.  Aku?  Aku gunakan peluang ini untuk berblogging dan mencari bahan untuk blogging.  Hebatnya,  setiap bilik ada connection WIFI yang padu!  Pagi itu aku seronok menulis dan membaca melalui laptop yang aku bawa.

The Wifi

Internet password and checking in such

Internet sangat laju.  Aku happy!

Selepas Zohor,  adik aku Cakcing datang bersama anak lelakinya Zill.  Kami lunch di bilik dahulu,  kami order in Hawaiian Pizza dan Gelugor Char Koay Teow.  Ada special offer happy hour pada minggu itu.  Usai makan tengahari,  depa dua beranak turun mandi di swimming pool.  Kami berdua tengok sahaja dari atas.

Mulanya macam teringin nak keluar berjalan-jalan di sekitar Georgetown,  play-play pelancong.  Namun,  cuaca teramat panas di Malaysia ini membatalkan niat kami untuk berjalan-jalan.  Lebih baik duduk dalam Deluxe Suite yang sungguh selesa.  Buat apa?  Order lagi la makanan room service,  sambil tengok movie kat laptop.

More movie and Pizza!

Malam itu,  suami aku terus-terus lagi lepak di bilik.  Semua orang telefon dia tak jawab.  Haaaaaa...bagus juga sebab inilah peluang dia nak rehat.  Kalau tidak,  aku pun tak jumpa dia dua tiga hari.  Aku ajak dia pi Dinner Under The Stars satu offer istimewa Royale Chulan Penang untuk bulan itu.  Candle light dinner untuk dua orang di tepi swimming pool.  Tapi dia kata,  dia tak larat.  So aku tak mau tanya dua tiga kali nanti spoil the mood kan?  Remember this article:  Kenapa Saya Tak Suka Travel Dengan Laki Saya

The Verandah

Awat Khafi amik gambar aku macam ni!!!!!!

Aku suka area ini,  menuju Sri Tanjung Cafe untuk menikmati breakfast.  Sangat cantek u olls. macam berjalan di celahan bangunan lama di bandar purba Eropah.


So saya pun labuhkan kepala di atas katil,  terlena lagi selepas Maghrib.  Tiba-tiba lebih kurang 9:00 malam kawan-kawan I olls mengecall,  rupanya depa buat suprise visit dan tunggu akak di lobby. Ehh terharu sangat-sangat,  sebab adalah ajak depa mai tapi tak sure depa boleh mai ka tak sebabnya semua orang pun busy dengan hal masing-masing kan?  So kami pun lepak di lounge Royale Chulan Penang sambil menikmati nyanyian secara live.

Lounge


Sumpah ini Virgin Mojito. Abaikan iklan itu!

Thank  you Taufiq,  Nizal,  Azren and Faez for coming.  Also to Arafat and Shada (not in the picture)


Inilah yang I olls boleh sharekan dengan U olls semua.  Terima kasih banyak-banyak Royale Chulan Penang atas peluang ini.  Sangat terharu sebab dah lama datang buat review di sini,  teringin sangat-sangat nak stay di sini,  akhirnya tercapai satu impian.

Tengok dia amik gambaq aku macam mana!!!

Aku amik gambaq dia elok ja.  Haram.

\
Gambar ni wajib la kan!

Breakfast Day 2
Siries sedap makan pagi kat sini.  Kan best kalau dapat breakfast macam ini hari hari.😓

Pose nak balik.  Sedih u olls......keluar keluar terus panas.

Again,  thank you so much Royale Chulan Penang!  

Royale Chulan Penang
No 1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Phone: 04-259 8888
Website: https://www.royalechulan-penang.com/
Facebook: https://www.facebook.com/royalechulanpenang/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>