Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Jumie Going on 34 #eh

$
0
0
My only kek birthday.....


Aku ingat aku tak nampak dah cahaya matahari kat dunia ini.  Kepada hangpa yang tengok aku punya Facebook posting,  aku dah mulai semakin berani untuk menceritakan secara lebih terperinci tentang perjalanan aku dengan Bipolar Disorder yang aku hadapi.  Hangpa boleh baca kat sini,  kalau tak boleh bukak takpa nanti aku akan update dalam blog aku juga.  Janji aku,  setiap Ahad aku akan post satu cerita pasai aku punya mental health issues dalam FB.  Tujuan aku,  aku nak bagi hangpa semua kawan-kawan aku untuk rasa lebih open,  lebih selesa dan lebih memahami penyakit yang tiada nanah,  lebam atau darah ini.


Malangnya depression itu singgah dalam hidup aku pada minggu yang aku biasanya akan jadi happy gila iaitu hari jadi aku.  Hari jadi aku tak pernah kurang dari 3 bijik kek,  hahaha,  kawan-kawan dan family semua akan mai duk bagi hadiah kek.  Tapi tahun ini,  hari jadi aku,  pukul 9 malam aku paksa diri aku pi Emergency Room,  Hospital Pulau Pinang.  Aku paksa diri aku jugak sebab aku tau kalau tak paksa silap hari bulan sebulan baru aku akan boleh ada 'mood' untuk hidup balik macam maknusia biasa.

Thank you husband for taking this picture.  Me in Emergency Room  Penang General Hospital waiting room......special waiting room if you are here for mental health breakdown.

Keluar ER,  masuk kereta,  Khafi kata Happy Birthday.  Dia bagi kek ni kat aku.  Kami makan kek kat parking lot di Hospital.  Biaq la orang nak kata macam-macam pasai laki aku,  tapi aku tau laki aku macam mana.  Laki lain tak akan boleh jaga aku macam mana Khafi boleh tahan dan jaga aku.


Part tu aku akan cerita dalam blog aku yang lain.


Hari ni aku nak cerita pasai Birthday aku yang ke 34 tahun.  Yaa.....aku berusia 34 tahun walaupun hakikat aku tau hangpa semua macam tak percaya kan?  Sebab aku nampak persis gadis 19 tahun.  #masihketatyaampun.



Bila dah paksa mai kerja dan 'hadap' dunia,  maila singgah kawan baik aku sejak sekolah rendah Farah Shaik Omar! Dia singgah office aku walaupun birthday aku dah terlepas beberapa hari,  dia tetap mai singgah aku dengan perutnya yang sedang sarat dengan sebuah kek birthday.  Aku rasa macam nak nangis tapi depan dia aku cover macho la.....kami sembang-sembang dan aku pun rasa lega sebab aku luah banyak benda untuk dia.  Farah,  mungkin dia tak dak masa banyak nak lepak sembang dengan aku lama-lama tapi dia selalu ada dengan aku bila time aku susah.  Hanya Allah yang dapat balas jasa pompuan ni.  


Bersama Farah.  Thank you for always making me feel better.

Hadiah dari kawan-kawan tersayang.  💓💓💋💋

Selain itu,  ada satu lagi berita baik yang aku dapat lepas aku 'kembali dari alam barzakh'.  Aku dapat surat daripada SUK Penang menyatakan aku dapat offer untuk beli rumah kos sederhana rendah projek di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang.  Ya Allah ....Hang jawab doa aku nah!  Aku tak pernah doa minta anak....sebab bila bab anak doa aku adalah "Hang tau bila aku ready Hang bagi.."  Tapi aku selalu doa "Ya Allah bagi la aku rezeki untuk beli rumah"  Ini struggle yang paling susah sekali la.  Dengan kos hidup yang tinggi,  simpanan yang tak pernah nak cukup,  dan harga rumah di Pulau Pinang yang semua selayaknya untuk orang kaya level Firaun dan Oprah Winfrey sahaja,  maka aku simpan impian ini sudah bertahun lamanya.



Aku isi borang mohon rumah dari kerajaan negeri rasanya sejak tahun 2013.  Tahun 2015 ka macam tu,  aku dapat surat dan borang baharu suruh aku kemas kini maklumat diri.  Masa tu kawan aku Apek a.k.a Ijam yang tolong hantar borang  ini lagi sekali kat kakak tudung oren,  eye shadow,  kerongsang oren kat kaunter SUK tingkat 3 KOMTAR.  So bayangkan,  sejak tahun 2013. 

Bila mak aku telefon habaq kata "Jumie ada surat SUK Bahagian Perumahan sampai kat rumah mak"  aku pun macam "Oh....depa nak suruh update borang la tu..." aku takdak harapan langsung.  Tapi bila mak aku call lagi sekali dia kata "Jumie....hang dapat rumah la....."

So i know,  life is still GOOD.  Do not give up Jumie.  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>