Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

"3 Abdul" Ramadhan Buffet Dinner Vouk Hotel Suites

$
0
0

Alhamdulillah,  bulan Syaaban iaitu satu bulan sebelum bermulanya bulan Ramadhan maka akak akan mulalah menerima jemputan daripada hotel-hotel dan cafe seluruh Pulau Pinang untuk buat review Ramadhan promo depa.  Bila kita post kat sosmed kawan-kawan mulalah duk komen dengan ayat cliche "Erm....tak ajak...."  Actually jawapan yang paling tepat nak balaih kat depa adalah "Kalau hotel ini tok menakan aku yang jadi owner aku akan jemput semua orang mai makan sekali"  Tapi disebabkan ini semua adalah komen-komen biasa para netizen Meleis yang sendu,  akak letak icon senyum jer.  Kan???

Review makan kat hotel ni semua nampak best dan seronok,  dapat makan free kan?  Tapi sebenarnya ini adalah satu tugasan yang perlu dibuat dengan penuh hormat dan displin.  Sama la macam tugas-tugas lain dalam hidup kita.  Hang kenalah mai awai dari waktu dan masa yang ditentukan,  kalau depa emel siap-siap press release,  hang kena baca supaya at least hang ada idea apa yang depa akan serve dan plan macam mana hang nak start amik gambar.  Sebab tu I olls mentioned yang kita kena datang awal,  sebab nak amik gambar!  Nak ka datang lambat,  pastu sesi makan dah bermula,  makanan yang terhidang semuanya dah diceduk dan disenduk.  Not nice for photo kan?

Persembahan khas dari sebuah pancaragam yang menyanyikan lagu lagu nostalgia P Ramlee.


Staf semuanya memakai tarbus ala-ala 3 Abdul!




Lepas makan,  happy sebab jumpa kawan-kawan blogger dan kawan media lain.  Masa inilah jugak nak pass story dan gossip.  WAH!  Lepas tu dah balik rumah,  u olls kena semak dan edit semua gambar yang diambil.  Kadang tu beratus-ratus.  Pastu dah edit gambar,  nak kena edit penulisan pulak.  Haaa...satu artikel macam ni.....ambil masa antara 1 hingga 3 jam okay.  

Oleh itu,  setiap artikel yang kami sebagai blogger duk share ni,  u olls hormati dan hargailah.  Ya seronok sebab makan free,  tapi it comes with duty for you olls!


Okay #doneberleter

Hari ini nak share pasai promosi Ramadhan Buffet bertemakan "3 Abdul" di Vouk Hotel Suites.  "3 Abdul"  Ramadhan Buffet Dinner Vouk Hotel Suites menyajikan lebih daripada 100 juadah tempatan yang pastinya akan membuatkan selera rasa u olls semua membangkitkan diri.  



"3 Abdul"  Ramadhan Buffet Dinner Vouk Hotel Suites
7 Mei 2019 hingga 3 Jun 2019
7:00pm - 10:00 pm.
C'est Si Bon, Vouk Hotel Suites

Harga
RM88 nett untuk dewasa
RM68  warga emas (65 years and above)
RM68 kanak-kanak (4 - 11 years)
FREE untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun

Early Bird
Boleh dapatkan voucher early bird untuk dine in sehingga 12 Mei 2019
RM68nett (adult only)

EARLY BIRD SPECIAL
Kepada anda yang membeli voucher Early Bird Special ini anda akan berpeluang untuk menang hadiah cabutan bertuah berupa sebuah 55" ISONIC LED TV juga hadiah-hadiah istimewa lain.

Booking
Sila hubungi +604 370 8333 emel info@voukhotelsuites.com.my atau check out Facebook Vouk Hotel Suites


Pembuka Selera


Rojak Buah



Sotong Kangkung



Bakar-Bakar Corner



Pasembor



Soup Gear Box




Mee Rebus




Main Dishes

Kambing Bakar


Gulai Kawah Daging Rebung


Dimsum



Goreng-Goreng


Kuih Muih Tradisional


Dessert






Fresh Fruits




Ruang Makan C'est Si Bon
 




"3 Abdul"  Ramadhan Buffet Dinner Vouk Hotel Suites
7 Mei 2019 hingga 3 Jun 2019
7:00pm - 10:00 pm.
C'est Si Bon, Vouk Hotel Suites

Harga
RM88 nett untuk dewasa
RM68  warga emas (65 years and above)
RM68 kanak-kanak (4 - 11 years)
FREE untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun

Early Bird
Boleh dapatkan voucher early bird untuk dine in sehingga 12 Mei 2019
RM68nett (adult only)

EARLY BIRD SPECIAL
Kepada anda yang membeli voucher Early Bird Special ini anda akan berpeluang untuk menang hadiah cabutan bertuah berupa sebuah 55" ISONIC LED TV juga hadiah-hadiah istimewa lain.

Booking
Sila hubungi +604 370 8333 emel info@voukhotelsuites.com.my atau check out Facebook Vouk Hotel Suites






Terima kasih Ridhwan Shariff for the pictures.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>