
Seperti biasa, perempuan feeling macam aku akan menyediakan e card untuk jemputan birthday party walaupun semua orang tu bayar makanan dan ayaq minum sendiri. #TypicalAsianParty #damnyouSilver
I olls tak tau pun pasai Gravity ni, Nischa yang rekemen! Lepas tengok-tengok lokasi melalui Google Maps dan Facebook review, nampaknya tempat ini best. Banyak review baik, nampak eksklusif dan paling penting tidak terlalu hype macam satu lagi restoran Arab tersohor di Pulau Pinang. Boleh kata suku daripada penduduk Melayu Pulau Pinang kalau nak celebrate birthday mesti nak kena pi celebrate kat restoran tu.


Tiada etika pakaian yang ketat untuk roof top bar ini.

Feeling la hang pun. Hang ingat senang ka aku nak ginjat naik ataih kerusi tinggi tu.

Sesi feeling....

Pasaipa aku tunjuk kat situ? Sebab betui-betui jari aku jatuh kat rumah yang aku bakal beli tidak lama lagi. Nama dia apa? Nantila aku habaq dalam blog. Nanti jenuh hangpa nak mai beli rumah sama dengan aku. Yaa.....rumah tu dah siap.

Bersama kawan baik aku dunia akhirat. Gaduh macam mana pun aku tetap mai balik dengan hang. Dengan hang aku boleh jadi sendiri, tak perlu fake. Bila aku susah, aku senang...aku cari hang dulu!

Kita wefie dulu!

Thank you Fina and Veena. Depa ni bukan adik beradik. Kembaq pun bukan. Depa ipaq duai.
Tapi Gravity berkonsepkan urban bar in the sky. So takdak makanan berat yang boleh mengenyangkan, hanya ada kudapan ringan untuk u olls feeling-feeling sambil minum air buah bersama kawan-kawan. Pilihan non alcoholic beverages tidak begitu banyak, tetapi okay la untuk kita nak minum kan. Smoothies, jus buah, air mineral mewah dan beberapa jenis soda. Tapi harga not bad ya....from RM13 to RM30 sahaja. Lebih kurang Love Lane jaaaah! I love it.




Sementara menunggu yang lain datang, kami semua duduk lepak di luar dahulu. Menikmati angin malam gitu. Top left Kak Fina Soufjan, top right Ridhwan Shariff. Bottom left Ron Rodean. Bottom right Veena and Nischa.
Drinks

Sorry guys ini sahaja gambar ayaq yang aku sempat amik. Yang lain-lain tu, bila kata dah seronok bersembang hang rasa aku ada masa ka nak amik gambar ayaq satu-satu. Tapi most of us order ayaq yang sama berulang-ulang.
Kalau u olls nak mai dalam group besar macam kami tak boleh nak duduk kat luar sebab sofa-sofa kat luar tu macam untuk small groups of 4-5 sesuai la, kalau u olls macam more than 10 dan u olls semua pun size macam American Football kan? So boleh duduk kat bahagian indoor bar ini yang lebih selesa, luas dan berhawa dingin. Haaa sebab tu kami duduk di dalam.



Macam eloq pulak deni dalam gambaq ni. Kalau hangpa putih melepak, cantek berseri, please lepaskan peluang untuk mengurat deni. Next.

Cantek lampu ni. Sangatlah sesuai untuk bubuh kat rumah baharu. Cewah...feeling....

Veena sudah sudah la alter remos...

Focus adalah Ron dan Shada yang duk kak nam di belakang. Shada cantek kat dalam gambar ni.

Bersama Faez Tea Kadai dan Nizalina Anzalna Mujahid Rawa.


Apa pun, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan kami yang mai birthday pada malam itu. U olls u olls yang mai malam itu semuanya adalah yang betul-betul rapat dalam hidup I olls. Ramai lagi yang istimewa juga, tapi depa tak boleh nak mai.....jenuh la kalau nak jemput satu-satu......Dewan Sri Pinang pun tak cukup! Jangan kecik hati ya....u olls always in my heart. Thank you for everything. Jom tengok gambar.

Selfie sebelum keluaq rumah. Make up sendiri ya! Cewah....make up aku masih meletops kan?



Mesti ampa pelik kan? Pasai pa kami pakai mahkota? Ini semua idea Nischa sebelah aku dalam gambar ni. Dia la punya semangat suruh suruh jugak paksa pakai mahkota. Dia memang ada mahkota dia beli dan simpan pakai. Aku pulak, gigih pinjam dari Kak Baby. HAHAHAH Feeling....

Hello u olls! Terimalah ratu anai-anai dengan mahkotanya.


Bersama Kak Baby, my mak ayam. Thank you so much for coming. She is the best make up artist in Penang, always be always are. Hangpa pi follow IG make up dia, dia lani selalu buat promo make up price harga yang amatlah meletops! Peluang untuk ampa rasa untuk dapatkan sentuhan cantek flawless! Zarina Rahman

Tahukah anda, dulu aku and Nischa kawen....dua dua dimake up oleh Kak Baby!
Gravity
G Hotel Kelawai
Level 24, G Hotel Kelawai, 2, Lorong Maktab, 10250, Pulau Pinang
Happy birthday to me. 34 this year. 🧚♀️🎂 .
.
.
Tahniah Jumizah sebab masih hidup. You are a special woman, so full of life, so full of love. U always share so much of love to all the people around you. So don't stop doing that. Never stop believing Allah will always be with you. No matter how many times you fall, just keep on going up. Stay afloat and keep on swimming bebeh.
.
.
.
#myfabolouslife #blogjumiesamsudin #justkeepswimming #bipolarwarrior #wanitaagam #plussizewoman