Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Lepak di Penang Digital Library

$
0
0

Pada suatu hari,  kawan I olls yang tak elok sikit dan gemok kat bahagian paha bersama Ridhwan Shariff telah mengajak I olls untuk pergi ke satu tempat. 

"Weh hari hang nak buat apa?"

"Aku nak tulis blog jangan kacau aku"  maknanya aku nak berkubang di rumah dan tulis blog.

"Jom teman aku.  Hang tulis blog aku buat assignment.  Dekat Penang Digital Library.  Sana best  selesa.  Hang mesti akan suka.  Bila hang tekelapaq, boleh turun ada cafe semua."

Atas pelawaan itu,  aku pun pergi lah ke Penang Digital Library bersama Ridhwan Shariff.  Kami spend time berjam-jam kat sini.  Sampailah dia dah balik,  aku stay sorang-sorang untuk siapkan hutang-hutang artikel aku kat blog.  Kepada u olls semua yang baca blog ini,  boleh tak tolong habaq kat kawan-kawan hangpa semua,  aku dah 'BUKAK' blog aku balik.  Jangan tanya pasaipa....just habaq kat depa.  Benda elok kita sambung,  benda tak elok kita lupakan sahaja.  Gitu.

So hari ini aku nak share kat hangpa gambar yang aku rakam masa first visit aku ke Penang Digital Library.  Penang Digital Library merupakan ruang awam yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk kemudahan orang Penang.  Banggalah menjadi rakyat Penang sebab ada kemudahan seperti ini.  Terletak di dalam kompaun di Jalan Masjid Negeri berdekatan dengan Penang Free School.  So mai kat sini ada apa?  Basically kat Penang Digital Library ni ada banyak bangunan-bangunan yang menempatkan free spaces untuk kita mai buat kerja kita menggunakan laptop, untuk study ataupun discussion.  Secara sendiri atau berkumpulan.

Hangpa boleh pilih macam-macam jenis ruang disediakan,  jenis booth.  Jenis open space.  Kalau nak discussion room, u olls boleh buat booking dulu untuk tempah pakai tempat berkenaan.  In fact,  I olls pernah rekemen sorang kawan,  dia nak buat kursus percuma kepada orang awam tentang cara-cara menggunakan social media untuk tujuan e-marketing.  Atas rekemen aku,  dia buat kat Penang Digital Library u olls.  Kalau tak salah.....tiada caj dikenakan untuk tujuan bukan komersial seperti itu. 



Untuk pengetahuan hangpa jugak,  sebenarnya salah satu ruang Penang Digital Library ini adalah bekas Puspahome yang jugak merupakan rumah agam yang menjadi lokasi bersejarah untuk aku dan suami.  Yaaa....inilah rumah yang I olls sewa dulu untuk adakan majlis perkahwinan ku.  Siriesss u ollls.  Lani kerajaan negeri dah amik dan buat bagi jadi digital library.

I olls sangat suka tempat ini.  I olls tak tau info lanjut sangat,  selain info-info di atas yang I olls share.  Oh yes,  tempat ni dibuka 24 jam.  U olls nak tau lebih lanjut,  pi la check it out sendiri.  HAHAH.  Okay jom tengok gambaq.


Parking Area
Walaupun parking area dia macam besaq,  tapi during peak time memang penuh noks.  Mak cadangkan ampa mai pakai motor ataupun public transport.


Used To Be Puspahome
Inilah bekas Puspahome u olls.  Dulu I dan Encik Khafi nikah kat sini la u olls.  20kg yang lalu.  HAHAHA.   
 Masa mula-mula depa established Penang Digital Library,  depa start kat bangunan ini dahulu.  Tapi sampai lani pun,  aku tak pernah masuk this part.  Aku duk masuk Penang Digital Library yang phase 2 sahaja.


 Todia!


Penang Digital Library ~~ Phase 2
 Inilah Penang Digital Library phase 2.  Bahagian ini ada bangunan pejabat kerajaan lama yang diperbaharui dan ada bangunan baru dibina.

 Ini bahagian yang baharu dibina.


Kemudahan Pada Bangunan Baharu Penang Digital Library Phase 2



Level 2

a lot of study spaces

reading space



Bekas Pejabat Agama Pulau Pinang
Ini bangunan kerajaan lama yang telah diperbaharui.  Bangunan ini pernah menjadi Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang,  dan masa akak nak kahwin dulu,  bangunan ni la aku mai amik borang mohon nikah dan bertemu dengan tok kadi untuk diinterview.  Cerita lawak aku dengan tok kadi ada kat sini:  Inteview with the Tok Kadi


Pintu masuk untuk bangunan yang dulu pejabat agama tu.


Blah sini banyak cubicle untuk buat kerja.

Mula-mula kami kat area ini sebab bahagian lain dah penuh.  Ini adalah ruang membaca yang selesa.  Ala ala ruang tamu kat rumah.


kat tepi sofa ni ada tempat nak charge electric semua.  Kerlas wehs....


ruang ni kat tingkat atas. kalau nak pakai kena tempah.

sorry tak clear tapi bilik kecik ni depa tulis QUIET ROOM...aku tak tau apa fungsi dia.  Dia macam kedap bunyi.....

Ini tingkat dua...

Akhirnya kami dapat spot untuk buat kerja.  Tapi mula2 Wan kena duduk depan aku sebab kat depan kami tu ada orang lain.

Akhirnya dia dapat tempat depan aku.

Meja luaih pastu ada plug point atas meja macam ni...senang u olls tak yah tunduk2 macam bodo.

Tepi ni pun ada parking untuk motor semua.

Tiles cantek.




Love a Loaf
Kat dalam Penang Digital Library ada cafe.





Penang Digital Library (Phase 1 & 2)
135, Jalan Masjid Negeri
11600 George Town, Pulau Pinang
Malaysia
Business hour:  24 hours
Admision fees:  FREE
Call:   +60 4-370 8687
https://www.penangdigitallibrary.com/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>