Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Dilem Cinta Asyik Tak Menjadi

$
0
0
Salam Jumie,

Saya baru start baca blog Jumie hari ni. Kawan yang kenalkan dengan blog Jumie. saya tertarik dengan gaya penulisan Jumie yang bersahaja tapi sampai maksudnya.

Terus kepada soalan saya. Saya cuma nak minta pandangan Jumie tentang sikap lelaki. Saya berumur 28 tahun masih single dan baru putus dengan teman lelaki. Ini lelaki ke 3 yang datang kepada saya yang kononnya nak jalin hubungan yang serius ke arah perkahwinan. Mula-mula berkawan macam biasa la. Semuanya indah. Tapi selepas seketika timbul cerita mereka ni masih tak boleh lupakan kekasih lama. Kalau seorang boleh tahan lagi. Tapi masuk yang ke 3 pun timbul isu yang sama. Pening gak fikir.

Yang ke 3 ni masih berhubungan dengan kekasih dia yang dah pun jadi isteri orang. Alkisahnya depa ni dah couple lama. 3 tahun. Tapi family perempuan tu ada calon suami untuk dia dan sekarang dia dah kahwin hampir setahun dengan calon pilihan keluarga. Bila saya mula berkawan dengan yang ke 3 ni selepas 2 bulan saya dapat tahu dia masih berhubungan dengan kekasih dia yang dah jadi isteri orang.

Saya dah ambil tindakan tinggalkan dia. Kecewa 2 hari ja. Hari ni hari ke 3 saya dah ok. Buat apa nak kecewa lama2 kan.hehe. Tapi tu la nak juga tau pandangan Jumie pasal lelaki-lelaki macam ni. Kenapa la mereka tak boleh move on ja mulakan hidup baru?

p/s: Mungkin cerita saya tak begitu detail sebab saya tak pandai mengarang. Harap Jumie faham la cerita kat atas tu.hehe.

Terima kasih♥ 



Hello u olls,

Pendapat saya mengenai lelaki-lelaki ini adalah………mereka ini adalah lelaki lelaki sepi. Gitu. Malah perempuan-perempuan dan sesiapa sahaja yang pernah bercinta tapi tak boleh lupakan kekasih lama YANG SUDAH BERKAHWIN adalah insan-insan yang sepi.

Kenapa I kata dia sepi? Sebab……………hidup ni adalah macam-macam keindahan dan kegembiraan lain yang boleh dicapai pada bila-bila masa sahaja tetapi kenapa dia pilih untuk bermimpi dalam kenangan silam? GITUUU AYAT AKAKKKK….MACAM LIRIK LAGU EDDIE HAMID.

Sapa-sapa yang pernah putus cinta, macam akak…..sekali-sekala kalau u olls nak ‘amik tau’ pasai your X why not. Dia dah kawen ke? Dia dah ada anak ke? Dia kerja mana dan duduk mana lani? Bukan pi tanya directly kat dia. Mungkin kita pi stalk FB dia ataupun kita tanya pada mutual friend dia….GITUUUUU AKAK KANTOI STALK FB X AKAK….HAHAHHA. Tapi bukan sebab akak sepi dan bermimpi dalam kenangan silam, tapi sapa tak mau tau pasai X dia???????? Semua orang ada unsur-unsur jarum dalam diri masing-masing kan. HAHAHAH

Anyway, awak nak suruh I olls kupaskan tentang insan-insan sepi ini? WHY????? Mereka akan terus sepi dan hidup dalam mimpi kenangan silam. There’s nothing that we can do or change them. So why kita kena pikiak teruk pasai depa?

So now u are single? Akak sangat jealous dengan u olls. Kalau u baca blog I dulu-dulu ada banyak penulisan yang ditulis untuk memberikan semangat kepada mereka yang masih dalam misi mencari cinta. Don’t give up and percayalah CINTA itu ada untuk u olls yang gigih dan ikhlas. Insya Allah….   

Read this  :
Hidup Lepas Kahwin, Perempuan Kena Kuat

Tapi buat masa ini, cherish the moment of being single. Go for holiday and cari hobby yang best untuk mengisi masa lapang.

Sekian, love u olls.

Love,

Jumie Samsudin

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>