Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Mae Klong Railway Market

$
0
0
Tudiaa punya berlemoih la satu hari berjalan!

Haa...stop lama pasai aku punya travel pi Bangkok baru-baru ini sebelum Ramadhan.  So nah hari ni aku sambung balik untuk ceritakan salah satu lagi tempat yang aku pi masa kat Bangkok iaitu Mae Klong Railway Market.  Walaupun nama ja dekat Bangkok,  tapi rupanya dari Bangkok city nak pi Mae Klong Railway Market mau jugak lebih kurang 2 jam naik van.  Actually Mae Klong Railway Market dah nak dekat dengan Damnoen Saduak Floating Market.  Daripada van station di tepian sungai berdekatan Damnoen Saduak Floating Market,  kami amik van dengan bayaran hanya 20TB sahaja.   Paling lawak kat sini,  sebab as we all are coming towards the rural part of Thailand,  semakin kurang manusia yang mengerti bahasa Inggeris.

So kawan aku masa nak beli tiket ni dia kata "chu..chuu..chuuu..chuu.."  dia buat bunyi keretapi nohorom!  Pastu aunty kat kaunter tu gelak.  "Chuu...Chuuu...."  dia pun tunjuk kat papan kenyataan tepi dia tulis Mae Klong Railway Market.  Kami pun beli la tiket.  HAHHAHA

Perjalanan atas van dari van station ke Mae Klong Railway Market mengambil masa lebih kurang 20-30 minit sahaja.  So bila hangpa naik van tu,  orang-orang lain pun akan naik jugak.  Tapi depa akan turun la kat mana-mana tempat lain.  Ala-ala mini bus gitu.



Kucing kat market yang sangat hemsem.

Bila sampai kat destinasi,  abang van tu suruh kami turun.  Betui-betui kat tepi jalan di mana bermulanya kawasan Mae Klong Railway Market.  Bahagian depan Mae Klong Railway Market terdapat banyak kedai-kedai cantik ala-ala cafe hipster,  berlambaknya pelancong yang acah-acah model IG duk tersadai kat situ.  Depa nak buat photoshoot apa bagai.  Kami tiba kat sini lebih kurang 5:00 petang.  Tengok jadual ketibaan kereta api,  kami ada lebih kurang 40 minit untuk tengok keretapi sampai.

Kalau tengok kat online,  ampa mesti confuse pasaipa keretapi ni ada dua jadual masa.  Bertolak dan berlepas.  Sebab Mae Klong Railway Station ni adalah penghujung stesen dah.  So kalau ketibaan tu maknanya,  kereta api akan balik dan departure pulak,  kereta api akan blah pergi keluar.  Begitulah lebih kurangnya.


Selain cafe-cafe hipster yang terdapat di permulaan railway station itu daripada simpang jalan besar,  lagi u olls jalan ke belakang barulah u olls akan tengok market.  Market a.k.a pasar ni macam pasar biasa ja,  jual sayur,  daging, buah,  ikan,  yang orang tempatan mai beli.  Takdak pun barangan istimewa untuk pelancong,  tapi pelancong macam I olls dan kawan-kawan kami still teruja sebab kita boleh tengok apakah makanan yang local food duk beli kan?  Contohnya katak panggang.  Haaa macam sedap pulak kalau cicah air asam.

The Market
Katak panggang.  Haaa macam sedap pulak kalau cicah air asam.

Pelbagai jenis sayuran.
Depa pasang roda siap siap kat meja meniaga depa.  Senang nak seret keluaq masuk bila kereta api lalu.

THE SMELLY REBUNG.....menghantui ku sepanjang perjalanan di Bangkok. Ni semua sebab sup ikan tak sedap kat Hatyai tu,  teruih aku pi mana-mana pun,  aku boleh bau dah benda ni depa duk jual!

Betapa dekatnya depa susun barang kat landasan kereta api tu.  Bakul-bakul ini dikekalkan rendah macam ni dan tidak akan diangkat sebab dia akan terletak elok-elok di bawah kereta api yang lalu tu.

Baguih punya aku duk amik gambaq,  nenjia sekali amik gambar makcik jual babi ni. HAAAAA.....oleh itu kepada kita semua kalau mai market ni jangan suka suka hati nak duduk kat mana pun atau pegang kat mana-mana ya.  Satgi terbasah,  nak kena samak pulak!  Akhir kata terimalah jelingan manja dari makcik ni.

Depa ni juah,  masa awai-awai dia bubuh siap-siap kereta sorong dia.  Bila kereta api dah lalu.  Dia meniaga pad thai. HAHAHA

Sampai penghujung market,  u olls akan bertemu dengan satu lagi jalan besar dan kemudiannya stesen kereta api.  Kalau sapa-sapa nak travel menggunakan kereta api tu,  bolehlah u olls beli tiket kat situ.

Mae Klong Railway Market & Saat-saat Kereta Api Lalu






Nampak tak pergerakan?

Lebih kurang jam 5.40 petang,  maka kereta api yang ditunggu-tunggu pun tiba.  Disebabkan kami mai ziarah lokasi ini pada belah petang,  so tak banyaklah kedai yang berniaga.  Makanya tak berapa nampak la effect sebenar macam mana kedai-kedai itu ditutup dan disimpan untuk memberikan ruang kepada kereta api,  sebab tak banyak perubahan yang depa kena buat.  So aku suggest,  kalau ampa nak mai sini,  ampa mai pagi-pagi,  ataupun make sure by tengahari ampa sampai sini.

Ini Youtube best aku nak share dekat ampa pasai Mae Klong Railway Market.


Ini Youtube aku buat,  hangpa kena tengok dari minit ke 5:49 untuk saat-saat masa kat Mae Klong Railway Market


Selepas habis bergambar dan berposing, kami jalan kaki ke van station tak jadi dari lokasi ini. Tak susah nak jumpa, just tunjuk gambar VAN (simpan siap-siap gambar van dalam handphone) kat orang tempatan, nanti depa tunjuk kat hangpa.


Mae Klong Raiway Station

Muka aku pun dah macam Thomas & Friend.  Babi betui.

Kereta api dah masuk stesen!

Ini adalah pemandangan tepian pasar.

Ada banyak lori-lori macam ni kat tepi market,  menunggu pelanggan untuk penuhkan lori sebelum bertolak ke destinasi yang tidak diketahui.

Kami berhenti beli ice blended kat uncle ni sebab dua orang anak ikan elok ni duk beli kat sini jugak.  #pengaruhanakikan

Ini kat van station berdekatan dengan Mae Klong Railway Market.

Daripada Mae Klong Railway Station tu, kami bayar van sebanyak 80TB untuk dibawa ke Mo Chit BTS station. Tetapi abang bas tu nga-nga dia hantar kami kat salah tempat, kami pulak dah malam mana nak nampak dan tau semua tempat tu betui ke tak, rupanya dia send kami kat Chatuchak Bus Terminal. So kami kena naik teksi, lebih kurang 60TB untuk dibawa ke Mo Chit BTS station. Walaupun dalam peta nampak macam dekat, tetapi adalah lebih selamat dan pasti kalau naik teksi. The rest of the infomation pengangkutan apa kami amik dan berapa harganya ada dalam list kat bawah:


PERJALANAN DARI BANGKOK - DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET DAN MAE KLONG RAILWAY MARKET
✅ Sillom Village to Surasak BTS == Jalan kaki== 💸percuma
✅ Surasak BTS to Siam Centre == BTS Skytrain== 💸33TB
✅ Siam Centre to Victory Monument == BTS Skytrain== 💸26TB
✅ Victory Monument to Bus Stops == Jalan kaki== 💸percuma
✅ Victory Monument to Southern Bus Terminal == Bus == 💸19TB
✅ Southern Bus Terminal to Damnoen Saduak Floating Market (Boat Station) == Van == 💸 80TB
✅ Boat Station Pertama to Sawadee Boat == Jalan kaki== 💸percuma
✅ Boat Cruise (1 hour) Share dua orang. Ending send to jetty dekat dengan Van Station ==Boat== 600TB
✅ Van Station to Maeklong Railway Market == Van == 💸20TB
✅ Maeklong Railway Market to Van Station == Jalan kaki== 💸percuma
✅ Van Station - Mo Chit BTS == Van == 💸 80TB
✅ Chatuchak Bus Terminal (Silap Turun) - Mo Chit BTS ==Taxi Meter== 💸60TB
✅ Mo Chit BTS - Siam BTS (Interchange) - Surasak BTS== BTS Skytrain== 💸 46TB
✅ Surasak BTS - Silom Village Inn == Jalan kaki== 💸percuma


MAE KLONG RAILWAY MARKET
545/3 ซอยข้างห้างทวีกิจแม่กลอง แม่กลอง
Mueang Samut Songkhram District,
Samut Songkhram 75000, Thailand



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>