
Gambar masa kat Khlong Hae Floating Market, Hatyai
Hello u olls, selalu orang kata kalau mai Thailand semua makanan kat sini sedap kan? HAAAAAAAAAAAA mai sini aku nak share dengan ampa beberapa makanan Thai yang tak sedap pulak.Mesti pelik kan? Sebab makanan Thailand adalah antara makanan paling sedap di dunia sebab terkenal dengan gabungan rasanya yang lengkap. Pedas, masam, manis, masin dan segar.
So macam mana pulak boleh jadi tak sedap? Makanan-makanan yang aku nak list ni jadi tak sedap bukan sahaja sebab takdak rasa atau terlebih pedas ataupun apa? Tapi dalam catatan aku hari ini berdasarkan perjalanan aku ke Hatyai dan Bangkok pada Mei 2019 yang lalu, ada juga makanan yang aku anggap dia tak sedap sebab bukan tak sedap kat mulut tetapi tak sedap kat poket.
Sup Perut Ikan Dengan Rebung
Benda alah ni aku makan masa kat Khlong Hae Floating Market, Hatyai. Kunonnya nak bersifat food adventerous dan feeling-feeling berani la makan benda pelik-pelik. Mana tau kalau nasib baik dapat makan sesuatu yang dapat berikan suprise pada taste buds kita. Tapi haram! Malang tidak berbau. Sup ikan pekat dengan rebung jeruk ini yang berbau. Bau style kau punya.
Aku bukan tak pernah makan rebung, pernah aih....masa kat Pahang dulu selalu makan rebung dengan masak lemak gitu. Tapi sup ikan ni, bau rebung itu tak hilang. Kalau hangpa tengok ni kat Khlong Hae Floating Market, tak payah la beli siries! Macam mana aku beli, macam tu la aku buang balik. I DONCH LIKE!


Menurut kakak kandung aku, orang Aloq Star yang lama-lama pun banyak suka masak sup lembu macam ni. Bahagian lemak tepu dan jugak tetel dan urat daging lembu direbus semata-mata dengan garam sahaja. Takdak perisa ataupun rempah sebagai penambah rasa dan bagi mematikan lendir-lendir lemak tu. Ewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww memang serrr wehs. Tapi inilah taste sebenar orang Selatan Thailand. Makan bersama nasi putih. End up...aku makan nasi putih sahaja.


Minyak Limau
Masa beli breakfast kat satu kakak Muslim di sebuah market di Hatyai, dia ada bagi sekali dengan satu paket minyak cili dengan ikan bilis. Mak pun ingat ini adalah penambah rasa yang akan menyedapkan lagi nasi yang sedia kala sedap.
HARAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM MINYAK NI PAHIT OIIIII! Aku menyesal sebab taboq minyak ni ataih nasi. Last-last sebahagian besar nasi ni pahit. Aku terpaksa telan bagikan aku telan kenangan-kenangan pahit aku bersama bekas kekasih.
Nasi putih dengan paprik dan telur goreng sedap oi!


The shit i put!
Pad Thai
Pelik kan pasaipa aku kata Pad Thai sebagai makanan yang tak sedap? OIII! Pad thai memang sedap. Tambah kalau ampa duduk area Patpong, ada satu Pad Thai Firefigther memang paling sedap sangat sekali harga pun 50TB sahaja. Tapi aku nak habaq ada satu pad thai yang haram jadah paling tak sedap di dunia adalah di Damnoen Saduak Floating Market aku beli kat makcik baju pink ni. Pasaipa tak sedap? Sebab satu pad thai ni 300TB. Nohorom! Dengan matawang ringgit sekarang yang tidak stabil, makanya aku makan satu pinggan kotiau ni dengan harga RM35 lebih kurang. Babi betui....HANG INGAT HANG CHEF HOTEL SHANG RI LA KA? Walaupun berlambak (potion besaq) aku aku still rasa depa ni cekik darah. Babi betui.


Aku tutup jugak gambar makcik ni sebab aku tak mau satu dunia tau dia penipu.
Okay hangpa jangan lupa untuk baca dan share artikel aku yang lain na!
MY HATYAI-BANGKOK TRIP 2019
Jangan lupa untuk baca catatan lain kat sini:
Jangan lupa untuk baca catatan lain kat sini: