
Bercakap pasai skandal rumah tangga keluarga diraja yang paling lekat dalam hati kita semua tentunya kisah cinta tiga segi antara Putera Charles dan Mendiang Puteri Diana dan Camilla Parker Bowles. Kepada yang tidak familiar dengan skandal rumah tangga bakal raja Britain ini, mai sini aku nak ceritakan secara ringkas.
Putera Charles tidak kahwin awal, masa mudanya dia dikenali sebagai putera raya yang hidung belang (pay boy). Selepas mendapat desakan daripada keluarga akhirnya dia bersetuju untuk menikahi seorang gadis bangsawan yang masih dara, sesuai untuk dijadikan bakal permaisuri satu hari nanti iaitu Lady Diana Spencer. Ketika itu, Putera Charles berusia 33 tahun dan Puteri Diana baru berusia 20 tahun.
Rumah tangga mereka tidak kekal lama sebab sebaik sahaja mereka menikahi, Putera Charles kembali menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih lamanya yang jugak sudah menikahi lelaki lain iaitu Camilla Parker-Bowles. Dari sini bermulalah pelbagai catatan hitam dalam kisah rumah tangga diraja ini. Prince Charles punya perbualan telefon seksi dengan Camilla, Puteri Diana pulak secara diam-diam terbitkan buku yang mendedahkan kisah rumah tangganya yang remuk akibat orang ketiga, dan dalam wawancara TV, Prince Charles telah mengakui yang dia menjalinkan hubungan luar nikah dengan wanita lain! Pertama kali seorang bakal raja Britain membuat pengakuan bahawa dia melakukan hubungan luar nikah. Sesuatu yang amat mengejutkan.
Dan seperti hangpa tau, pada tahun 1997 Puteri Diana mati dalam satu kemalangan jalan raya. Masa tu keadaan jadi amat teruk dalam kalangan rakyat Britain terhadap Institusi diraja mereka. Bukan mudah nak ubati luka-luka dalam hati rakyat dan juga menjernihkan keadaan yang sudah sediakala keruh. Pada tahun 2005 akhirnya, Putera Charles dan Camilla bernikah. Dan Camilla diberikan title Duchess dan sehingga kini dia telah diberikan mandat untuk sama-sama bertugas sebagai keluarga diraja yang lain.
Tapi kalau Queen Elizabeth mangkat kelak, do you think rakyat Britain akan biarkan Putera Charles dan Camilla naik sebagai raja dan permaisuri? Aku tak sabaq nak tonton cerita ini.
Sekarang Malaysia juga sedang melalui fasa lebih kurang yang sama. Seluruh rakyat Malaysia gempar apabila pada tahun lalu telah viral beberapa keeping gambar menunjukkan Mantan Agong sedang dalam satu majlis perkahwinan sebagai pengantin dan pasangan mempelainya adalah seorang wanita mat salleh. Mulanya macam takut nak share maklumat tu kat laman sosial, tapi cepat sangat laman-laman sosial lain berkongsi identiti wanita mat salleh itu di papan layer masing-masing sebagai maklumat am. OKSANA…….ratu Moscow. Itu sahaja. Tak salah kan nak share maklumat macam tu?
Setelah bernikah, Agong meletakkan jawatan dan kini nama baginda terus disebut-sebut apabila dia terus menggemparkan Malaysia sekali lagi dengan berita bahawa dia telah menceraikan Oksana dengan talak tiga kerana bayi yang telah dilahirkan Oksana langsung tiada ciri-ciri sebagai anak kandung baginda.
Okay apa yang aku nak tulis ni bukanlah nak mengutuk atau memalukan mana-mana pihak. Tetapi sebagai melaporkan apa yang sedang berlaku. Aku berasa apa yang sedang baginda lalui adalah satu saat yang amat buruk dan tidak sepatutnya berlaku. Pihak peguam, Kakitangan istana, pegawai yang menjaga hubungan awam baginda semuanya pasti dah buat yang terbaik untuk pastikan keadaan ini menjadi tidak lebih teruk.
Bukan senang nak jadi raja. Walaupun bukan bergelar raja mutlak, tetapi still gelaran raja atau sultan adalah satu jawatan yang terlalu amat tinggi. Aku pasti takdak sapa pun kat dunia ni dilahirkan dan menunggu giliran untuk jadi raja macam ini. Hang tak boleh lari, hang tak boleh pi mana. Title tu melekat kat hang sejak hang dalam perut lagi. Walau apa pun title yang terikat pada baginda, kot mana pun, depa pun manusia macam kita juga. Manusia pulak ada macam-macm perangai, ada yang baik, ada yang jahat, ada yang suka menipu, ada yang terlalu baik sampai jadi mangsa orang….
Aku harap cerita ini selesai dengan cara yang paling elok dan Selamat.