
Masa tu aku takdak computer kat rumah. Bapak aku kedekut teruk. Apatah lagi nak ada handphone kan. Tapi time tu, smart phone pun tak wujud lagi. Makanya social media pun tak berapa nak ada lagi. So basically masa tahun 2000 tu aku akan log in internet untuk buat apa? Main MIRC chatting dengan random people dan kedua.................cari lirik lagu dan salin (tulis dalam buku). HAHAHAHA. Toya la Jumizah. Sapa yang sama macam aku sila angkat tangan. 👸👸👸
Bila masuk alam kolej, masa tu barulah pelan-pelan ada social media. Masa tu ada FRIENDSTER. Bila aku start kerja tahun 2004. Tak lama beberapa tahun lepas tu, barulah ada Blackberry dan tak lama lepas tu barulah ada Facebook. Lepas dari situ barulah mai blog, Twitter, Instagram, Youtube dan segalaaaaaaaaaaaaaaaa-galanya. Tapi tak dinafikan, Facebooklah yang menjadi wadah paling penting dalam perkembangan dunia sosial media ni.
Kalau diingatkan sejarah aku dan kawan-kawan mula main Facebook back in 2008. Orang yang paling kuat duk kempen suruh aku join Facebook adalah Shanaz Balqis Erdin. Masa tu tak ramai Melayu yang main Facebook. Aku repeat............tak ramai Melayu yang lain Facebook. Masa tu aku rasa orang yang banyak main Facebook ni adalah budak-budak Universiti, budak kolej ataupun those yang pernah masuk U ataupun kolej (depa profesional people yang be connected dengan kawan-kawan lama).
Walaupun aku tak masuk universiti, tapi aku kerja universiti secara tak langsung aku ada ramai kawan daripada lingkungan yang sama. Sepuluh tahun selepas itu, kalau hang tanya kat aku ada perubahan tak tentang netizen pada 10 tahun yang lalu dengan netizen zaman sekarang. Masya Allah memang adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa banyak perbezaan yang ketara. Hangpa baca la komen-komen netizen kat posting-posting viral, page-page FB yang berpengaruh, IG insta famous dan artis, baca komen-komen depa ni semua aku rasa macam boleh migraine weh.
Walaupun aku tak masuk universiti, tapi aku kerja universiti secara tak langsung aku ada ramai kawan daripada lingkungan yang sama. Sepuluh tahun selepas itu, kalau hang tanya kat aku ada perubahan tak tentang netizen pada 10 tahun yang lalu dengan netizen zaman sekarang. Masya Allah memang adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa banyak perbezaan yang ketara. Hangpa baca la komen-komen netizen kat posting-posting viral, page-page FB yang berpengaruh, IG insta famous dan artis, baca komen-komen depa ni semua aku rasa macam boleh migraine weh.
Aku ada satu teori pasaipa dulu netizen tak berapa nak ganas sangat berbanding sekarang. Dulu tak ramai orang ada access dengan internet tanpa had dan smart phone. Dua perkara ini adalah luxury tau! Macam back in 2009, masa tu aku start pakai Blackberry dan pakai phone line dengan data internet....tu kira tahap tahap Neelofa dah masa tu. Makcik-makcik bawang dan abang serbanista waktu tak mampu lagi nak pakai.
Tapi lani internet tanpa had dan jugak smart phone......nohorom semua orang ada! Soo hang bayangkan kalau dulu ada 1000 orang pakai internet, 900 pandai, 100 orang bodo. Boleh kawal lagi. Tapi lani....semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa orang ada smart phone dan internet tanpa had......TERMASUK YANG PANDAI, TERLEBIH PANDAI, BUAT BUAT PANDAI, BODO PIANG, BODO BODO MASUK, BODO TAK BOLEH AJAQ semuaaaaaaaaaaaaa ada.
Maka betullah apa yang Lady Gaga kata, Media Social is the Toilet of Internet.
Contohnya tahun ini viral satu video menunjukkan satu lelaki ni mengamok macam gila babi kat kaunter APAD sebab dia kata, dia tunggu dari pagi, tapi sampai petang dia tak dapat settle kerja dia. Pastu ada satu perempuan pakai baju kurung, dia mai step up kat depan kaunter, dia suruh staff dia pi tepi dan dia cuba tenangkan lelaki itu.
Wanita dalam video itu adalah kakak aku. Dia kerja APAD, dan apa yang terjadi adalah setiap hari kaunter APAD akan bagi nombor giliran mengikut had. Bermula pagi hingga 2:00 petang sahaja, so kalau hang mai after 2:00 pm memang hang tak akan dapat nombor baru. So brother mengamoklah sebab dia dah mai jauh-jauh dan tempuh jem apa semua, tiba-tiba datang dia tak dapat amik number.
Yang mengecewakan aku adalah, bila video ni viral kat sosmed, netizen punya hemtamlah kerajaan. Kakak aku dalam video tu pun kena hemtam jugak. Aku ni geram punya pasai, aku pi kat setiap video kat semua page di sosmed, aku copy paste komen aku dan aku macam cuba pertahankan kakak aku. Tapi last-last aku yang kena hemtam, style netizen tanpa malu dan takut maki aku kata kakak aku kerja makan gaji buta.
Sebagai penjawat awam macam kakak aku, aku amatlah terasa. So apa aku buat? Aku pun delete semua komen aku yang tadi aku post. Aku rasa benda ni semua, kalau aku layan tak akan habis sebab depa ni semua sampah. Duk kutuk-kutuk over kat laman sosial apa depa dapat? Terinzal apabila marah tanpa usul periksa.
Kakak aku dipanggil untuk mengadap Ketua Setiausaha untuk Menteri Pengangkutan pada keesokan harinya dan diminta untuk menjelaskan keadaan. Tapi kakak aku tak cerita apa pun kat kami lepas tu. Dia pun busy u olls, banyak benda lagi nak kena pikiaq. Tapi yang pasti, beberapa jam selepas kakak aku jumpa dengan KSU, satu official statement dikeluarkan oleh page kementerian pengangkutan dan juga APAD mengenai isu ini.
Pastu isu ni sengap macam tu jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............adakah memang betul kes servis tidak baik oleh APAD? Adakah abang yang mengamok itu saja propa sebab di bayar oleh parti politik lawan? Tapi aku rasa benda ni disettle dengan baik, sebab tu takdak apa apa bunyi dah lepas tu.
Aku pun bersyukur sebab walaupun dalam situasi tu aku yang terover marah bagi pihak kakak aku, tapi tak lama lepas tu aku cepat-cepat berfikir secara waras dan amik langkah keluar daripada bertelingkah dengan netizen bodo ni semua. Syukur sangat-sangat sebab aku boleh berfikir waras masa tu.
Memang sekarang ni pun, di era sosmed yang terlalu pesat dan sesak dan sibuk, aku mengambil langkah yang amat mudah untuk melindungi kesihatan mental aku daripada 'tandas' internet. Aku limitkan diri aku dari menatap social media (Facebook dan IG) sebanyak mungkin, aku jugak kurangkan posting perkara peribadi tentang diri aku di sosial media. Aku hanya post aku punya 'content' which is my blog, youtube etc etc. Hangpa tau la kan!
Dan setiap kali aku post, aku dah set dalam kepala otak aku, aku dah susun yang terbaik, harap kawan-kawan yang membacanya sudi baca/tengok. Kalau tak tengok tak mengapa. Aku tak pikiaq dah berapa rating yang masuk, berapa like aku dapat, berapa komen yang masuk. Aku latih diri aku untuk letakkan rating tu semua sebagai perkara terakhir, dan aku terapkan dalam kepala otak aku, AKU MENULIS SEBAB MEMANG AKU SUKA MENULIS DAN BERCERITA SEJAK AKU KECIL LAGI. Aku buat apa yang aku minat, tak salah kan?
Buat apa nak berebut untuk kejar berapa like dan rating tu semua, lagi banyak aku fikir tentang tu semua lagilah perasaan gelisah/anxiety akan bertambah. Over thinking, risau melampau, tidak boleh tidur......sebab social media ni walaupun banyak bagusnya tapi kalau kita tidak guna dengan bijak, kita macam ketagih dengan perasaan untuk DITERIMA dan DIIKTIRAF. Kita post gambar kita dengan suami, sebab kita nak orang tau kita bahagia. Kita post gambar kita pi makan, sebab kita nak tunjuk kat orang kita ada life yang seronok. Kita post gambar-gambar dengan kawan-kawan sebab kita nak tunjuk yang kita ADA kawan. Dan......kita ketagih nak komen kat semua benda tanpa rasa malu dan takut, sebab kita nak pengiktirafan daripada netizen yang KITA NI PANDAI dan KITA NI WUJUD.
Tanpa kita pikir panjang dan jauh, efek orang-orang yang terkesan daripada komen kita itu.
![]()

Nanti rumah baru aku, aku dah habaq kat Khafi toilet aku nak ada tempat basuh bured macam ni.