Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region

$
0
0
Hello laut Penang yang cantek. 


Wow!!! Tak sangka tak sangka tak sangka.  Tak sangka dapat bersama-sama dengan Tourism Malaysia Northern Region untuk program Balik Pulau Nature Xploration 2019.  Rasa sangat bertuah sebab ini boleh dikatakan pencapaian tertinggi aku sebagai seorang blogger sejak 2008 bila diiktiraf oleh agensi kerajaan yang hebat macam ni.


Sebelum ini depa pernah jemput aku untuk join beberapa program, ada program 1 hari, ada program banyak hari, ada di Penang, ada di luar Penang.  Tapi tak pernah ada peluang nak join sebab kekangan ruang masa.


Alhamdulillah bila dapat emel ini sekali lagi walaupun dalam Penang sahaja tetapi aku rasa peluang ini amat penting sebab ini bahagian Pulau Pinang yang aku jarang-jarang dapat mai.  So aku print emel dan menghadap boss aku,  dan habaq "Ustaz, mau kalau saya tolak lagi,  maka saya mungkin tak dapat lagi peluang ini.  Dan saya memang niat nak pi bina hubungan baik dengan team Tourism Malaysia."  Boss pun setuju dengan catatan,  dibenarkan dan jaga diri.  Pastu dia luluih cuti tahunan aku.



Bersama Dr.  Annette Jaya Ram,  Timbalan Pengarah di CEMAC USM.  She was my senior from St.  George Girls' School.  Nice to meet her again.  Last jumpa dia masa dia mai tengok aku berlakon teater muzikal bahasa Inggeris bersama students dari Convent Green Lane.  God!! That was centuries ago.  Masa tu aku berlakon jadi mak kepada hero.


Program Balik Pulau Nature Paradise ini mengambil 2 hari 1 malam.  Kami menetap di Hype Eco Park Resort,  Teluk Bahang dan seterusnya kami melewati persisiran lautan Taman Negara Teluk Bahang menggunakan boat untuk sesi lawatan ilmiah ke Centre for Marine and Coastal studies (CEMACS) Universiti Sains Malaysia, sebuah pusat penyelidikan di dalam Taman Negara Teluk Bahang tu sendiri.  Kemudiannya kami ke Teluk Kampi dan Pantai Keracut.


Malam hari sepatutnya I olls join aktiviti memancing tetapi aku tersangatlah letih dan tidak bermaya badan very the level makcik-makcik kan? Soooo lepas makan dan mandi semua by 830pm aku dah GOAL.
Teluk Kampi hujan lebat bila kami meniba.  Tetapi tidak mengapa kerana NASI ADA!

I swear to God aku nak mai sini lagi sekali,  nak revenge posing maut kat sini.  Aku siap akan bawak baju dress merelet-relet siap make up dan pakai rambut palsu.  Nantikan.  Kak Lily Saidin,  sila standby.

Hari kedua lebih menarik.  Lepas breakfast, kami naik boat lebih kurang sejam dan mentengok burung-burung dan mergastua bergembira di sepanjang hutan paya bakau Balik Pulau yang akhirnya membawa kita ke Pintu Kedua, Taman Negara Teluk Bahang yang terletak di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau.  Jauh oooooo kami naik boat.  Masa dalam perjalanan ni, selain berpeluang tengok burung-burung hijrah yang sibuk mencari makan di waktu pagi, bot kami juga terlalu depan geng ikan lumba-lumba.  Walaupun ikan lumba-lumba hang kami jumpa ni bukan spisyis yang mesra alam dan suka main atas ayaq sangat.  Tapi pengalaman ni tak dapat alu lupakan!

Kat sini la ikan lumba-lumba tu duk main cilot cak dengan kami.  Siries ampa tunggu aku edit video.

Pastu kami ronda pekan Balik Pulau dan check out depa punya street art.  Pastu kami lunch kat Mak Ngah Gulai Warisan yang SEDDDDAAAAPPPPP NAK MAMPUIH.

Lepas lunch,  kami buat aktiviti ATV!  Ini first time aku naik ATV,  walaupun boleh bawak motor dan mampu bawak motor Jaguh. Tapi mula2 naik ATV agak gayat jugak.  2 jam eksplorasi ATV aku rasa turun2 tu pungkok aku naik kebaih.



Okaylah guys.  Hangpa tunggu aku update story penuh.  Setiap cerita 1 post dalam blog supaya lebih terperinci.  Tapi yang penting, setiap cerit aku akan buat video. So jangan lupa selalu check out FB, IG and Youtube aku ya.

Buat apa melancong jauh-jauh ke London sampai kena buat personal loan,  MELANCONG DALAM MALAYSIA SUDAH.

Kami rappers yo yo yo yo!




#cuticutimalaysia #VisitMalaysia2020 #TourismMalaysia #VM2020 #buahnyioq #balikpulaunaturexploration #bloggerpenang #blogger #bloggermalaysia #penangtourism #penang #tour #atvbalikpulau #nature #balikpulau 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>