
Misi mencari ikan lumba-lumba, yang dalam gambaq ni bukan ikan lumba-lumba tapi ikan duyung. Spisyis terancam jugak. Haram terbang kelumbong semua....angin kuat u olls.
Semasa kunjungan kami ke CEMACS USM sempena Balik PUlau Nature Xploration bersama TOurism Malaysia baru-baru ini, Dr. Leela menceritakan tentang penyelidikan tentang hidupan ikan lumba-lumba disekitar Pulau Pinang. Terdapat beberapa spisyis ikan lumba-lumba utama di sekitar perairan Pulau Pinang iaitu Indo-Pacific Finless Porpoise, Irrawaddy Dolphine, Bottlenose Dolphine and Indo Pacific dan Humpback Dolphine. Kalau tak salah aku, Irrawaddy adalah yang paling suka main di permukaan laut (kerana dolfin ni spisyis mamalia yang bernafas di atas permukaan laut. Depa macam ikan paus la jugak). Irrawaddy banyak terdapat di sekitar Georgetown sebab dikatakan spisyis ini habitat asalnya adalah sekitar pertemuan air tawar dan air masin.

Menurut Dr. Leela lagi, setakat ini terdapat lebih kurang 50 - 60 ekor ikan lumba-lumba yang hidup disekitar perairan Pulau Pinang dan mereka pusing mengelilingi Pulau Pinang mengikut arah jam. So u olls akan boleh nampak depa kat mana-mana sahaja keliling Pulau Pinang, itu kalau u olls nasib baik.

Pada hari kedua perjalanan kami menuju pintu kedua Taman Negara Pulau Pinang yang terdapat di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, kami terserempak dengan sekumpulan ikan lumba-lumba! Bayangkan masa kat tengah-tengah laut, tiba-tiba pemandu boat menghentikan enjin. Kami terpinga-pinga, terkejut sekejab. Pastu renjer kami cakap "Kat sana...ada ikan lumba-lumba." Kami tengok ke depan, yes, aku boleh nampak ada macam benda timbul bermain di permukaan air.
Tapi tak macam apa yang kita tengok dalam kaca TV, ikan lumba-lumba kat Penang ni agak pemalu dan tidak akan naik ke permukaan laut terlalu lama. Sekadar main cilut-cak ja dengan u olls sementara dia nak hirup oksigen. Aku rakam video dan edit untuk tontonan hangpa, tapi sorrylah kalau video aku tak dapat nak memberikan keadilan untuk menggambarkan apa yang aku rasa masa kejadian.
Kita tak boleh pergi dekat dengan ikan tu, sebab depa adalah haiwan terancam. Pastu kita pulak, bila bergerak ke hadapan sedikit (menuju destinasi) dia akan ada ja dalam jarak yang sama dengan boat. Macam keeping the same distance dengan boat kami. Dolfin kan haiwan yang bijak!
Kita tak boleh pergi dekat dengan ikan tu, sebab depa adalah haiwan terancam. Pastu kita pulak, bila bergerak ke hadapan sedikit (menuju destinasi) dia akan ada ja dalam jarak yang sama dengan boat. Macam keeping the same distance dengan boat kami. Dolfin kan haiwan yang bijak!
Banggalah kat Pulau Pinang boleh ada dolfin. Rasa macam kat Australia dan negara-negara yang hebat hidupan marinnya. Boleh tak kita sama-sama menjaga kesejahteraan laut dan hidupannya, kalau tak dolfin ni semua akan hijrah pi negara lain tak mau duduk Penang dah.
Ingin dapatkan maklumat lanjut macam mana nak buat trip naik boat pusing Penang macam ni? Sila hubung dengan tour guide yang bertauliah dari Penang Nature Guide Association iaitu Encik Fazli Mahamat 019-4114320 dan Encik Shahnone 017-429 3335 atau hubungi pejabat Tourism Malaysia Wilayah Utara di talian Call 04-261 2269.
#CemasUSM #USM #TourismMalaysia #VM2020 #VisitMalaysia2020 #BloggerPenang #Blogger #travel #balikpulaunaturexploration #balikpulau #tamannegarapulaupinang #telukbahang #samudera #kajian #kajihayat #biologi #ikanlumbalumba #ikanlumbalumbaPenang #dolphinepenang