Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE

$
0
0
Hello u olls.  So baru-baru ini I olls,  my fashion designer friend Shanell Harun and MUA Zarina Abd Rahman dijemput bersama sesi makan malam bersama pengasas SchocoLITE iaitu Elfie Azizan.  SchocoLITE ni apa? SchocoLITE ni adalah minuman kesihatan yang dihasilkan daripada lima bahan iaitu Tea extract,  cocoa,  L-Carnitine,  hoodia gardonii dan guarana, yang boleh membantu untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan.

Founder & ajen-ajen SchocoLITE bergabung meletops!
Gambar ini dan beberapa oleh Nana Azman


Produk ni baru saja di pasaran,  tak sampai satu tahun lagi. Dan istimewanya produk ini dilancarkan untuk penjualan di sekitar Utara Malaysia dahulu.  Haa walaupun pengasasnya dari area-area selatan,  tapi dia test market kat Penang dulu!  Setakat ini SchocoLITE dah ada lebih kurang 20 ajen aktif yang sah di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Taiping.  Dan sedang mekar berkembang ke kawasan penting lain dalam Malaysia.  Walaupun baru saja produk ni dilancarkan,  tapi siriesly bila kami bersama-sama dengan sesi penceritaan dan perkongsian daripada founder dan ajen-ajen,  aku rasa macam THIS IS MORE THAN JUST CHOCO DRINKS.


Pasaipa?  Sebab produk ini alhamdulillah telah banyak memberikan feedback berkesan daripada para pengguna,  lelaki dan juga perempuan.  Ramai yang telah berjaya menghilangkan berat badan.  Selain itu,  founder amat menegaskan etika dalam menjalankan perniagaan kepada para ajen.  Aku suka dia duk berceramah bab ini sebab nak meniaga apa pun,  walaupun meniaga karipap,  hang kena beretika.  Barulah perniagaan hang lestari.  Memang depa berjaya 



Dah makan dekat-dekat, dapatlah kenal dua orang ajen dari Taiping iaitu Atin and Wina dari Teluk Bahang, Penang.  Sapa sini orang Taiping or Teluk Bahang,  nahhhhh ajen dah ada dekat hangpa.


Sesi makan malam bersama founder SchocoLITE  ni diadakan secara santai dan ringkas di Mizi Bistro Bayan Lepas dan padat dengan perkongsian ilmu perniagaan serta mesej-mesej penting oleh founder kepada ajen sekalian.   Depa semua team SchocoLITE mai pakai baju serba putih dan kuning emas-emas macam mana ka.  I olls dan Zarina saja ada bunga-bunga sikit.  Lepas dengaq kata-kata semangat dari Elfie semua,  Kak Baby pun teringin nak jadi ejen juga. Tahniah Kak Baby!


 Elfie Azizan,  founder SchocoLITE.  Nenjia...founder duk bagi dah pesanan-pesanan penting.  Gambar cantik ni dan gambar-gambar yang ampa perasan nampak macam cantik profesional ni diambil oleh depa punya juru foto rasmi,  daripada Nana Azman


Walaupun aku ni hanyalah tetamu jemputan yang mai makan free,  tapi aku pulak yang rasa semangat dan excited bila dengar kata-kata daripada founder.  Perkara yang disampaikan kepada para ejen amatlah empowering dan memberikan semangat.  Tak dinafikan,  aku rasa macam masuk master class pulak.  Kan...macam hang pi hotel-hotel selalu buat master class macam ni.  Hang bayaq,  pastu hang dapat makan sedap,  pastu pakar dalam industri tu akan bagi hang ceramah. Haa gitu....


Elfie banyak tegaskan tentang etika berniaga, jangan compare dengan produk competitor lain, jangan kutuk produk lain,  jangan jatuhkan imej produk lain. (I LIKE THIS) Dan,  kepentingan peniaga online iaitu ajen-ajen sekalian untuk menjaga persona dalam media sosial, tingkatkan kemahiran menulis (copy writing yang baik) yang positive supaya pembaca tidak cemuih melihat kita di sos med.  Dan macam-macam lagi nasihat aku tak buleh la nak share semua. Hangpa kenalah join jadi ahli keluarga SchocoLITE  untuk jadi usahawan berjaya.


Mimie Harun dapat Iphone!

Fendy dapat jam. Eh bukan jam,  dapat G SHOCK!


Kak Anna dapat Coach!  Kerlassssssss...


Di akhir sesi,  beberapa ajen yang paling hebat pencapaian jualannya dapat reward berupa jam tangan G Shock, beg tangan COACH  special edition (Selena Gomez edition) dan sebuab Iphone yang paling termahal setakat ni.   Makkkkkk ternganga sebentar! 

Thank you Elfie,  founder SchocoLITE sebab sudi jemput I, kongsi masa, ruang untuk tumpang belajar. One thing for sure,  depa ni bukan meniaga merepek repek.  Aku pasti depa boleh pi lebih jauh.  Jom follow depa macam link kat bawah:

SchocoLITE HQ
Official Instagram:  @schocolite.official
Whatsapp:  +60 16-600 7702 (Elfie)


Dah last last baru dapat selfie dengan beliau,  Founder SchocoLITE.  Elfie Azizan.  Kecik ja orangnya,  smart looking, simple guy,  tak sombong.  I like!


Jumizah dan makanan berpisah tiada.  Mizi Bistro always the best.


Dikesempatan jugak dapat jumpa Ms. Shanell Harun and mother Zarina Abdul Rahman. Mama soon to become mini ajen of Schocolite as well. Hangpa boleh PM dia jugak siap2.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800