
#nopaddingneeded
Hello semua maknusia maya yang aku sayangi. Sorry u olls, sejak raya Krismes sampai masuk 20 Januari 2020 mak busy macam taik. Dengan laki sakit, bapak sakit, mak aku pun sakit, pastu proses dapat kunci rumah baru (nanti aku story na...). Aku dapat banyak jemputan jugak untuk review makan kat hotel-hotel sekitar Penang for CNY apa bagai tapi aku tolak tak boleh pi sebab aku busy teruk. Takpalah takdak rezeki. So untuk memulakan sesi qada penulisan blog aku, aku akan mulakan dengan mengreview satu resto yang terletak di sebuah hotel yang meletops di Penang.

Curi amik gambaq Adda time dia duk buat kerja.

Ada dengan Wan ponen.


Bongok kau Wan mata focus kot mana!

Ni gambaq aku amik dari luaq. Rasa macam tak tercapai apa yang aku bayangkan. Tapi hangpa kena mai sendiri la.....
So bila dapat jemputan, aku pun boleh la mai (ada pasai nak mai ~~ punya nak kata kita ni busy bukanmein la). Masya Allah, bila mai kot siang memang elok hotel ni. Hotel ni terletak dekat area Weld Quay atau orang Penang kata...area-area Jetty situ. Dia ni lorong-lorong simpang yang ada bangunan lama bank-bank tu semua orang suka duk amik gambar kawen time siang-siang hujung minggu.

Lobby

Pompuan Krosia

Fesyen ini dinamakan sebagai BINI ASKAR
Hangpa kalau mai tengok pun hangpa akan impressed sebab bukan sahaja bangunan khazanah (memang terletak dalam kawasan Penang Heritage Site) ini diberikan nafas baru dari segi hiasan dalaman, tapi bahagian luaq pun punya elok. Bahagian tepi jalan dia kosong, clear, takdak pokok-pokok bunga MPPP semua. Takdak tong sampah semua. Pastu dinding-dinding dia semua kaca macam mana ka. AKU RASA MACAM TIBA-TIBA SESAT KAT EROPAH!!


Ini menu dia hangpa buleh tengok sendiri.
Kalau hangpa nak mai sini boleh la nak mai stay-cation, tidoq-tidoq kat sini. Aku check kat Trivago, harga bilik dia semalam dalam RM300 lebih jugak semalam. Bolehlah why not!! (Sembang macam orang kaya...hanat!!) Tapi kalau ampa miskin-miskin macam aku, hangpa boleh mai makan kat resto dia yang bertajuk THE GLASSHOUSE.

Pintu masuk The Glasshouse.


Ini area utama ada aircond. Kat sinila depa letak buffet spread.




Ini area al fresco dia, berangin kipas kipas gitu. Takdak aircond. Cantik bahagian ni. Aku tak tau pasaipa takdak sapa pun blogger mai makan kat sini.

Ini salah satu corner kat The Glasshouse, kat sini boleh relax-relax dengar busking session. Baguih la depa letak area live music kat bilik asing. Takdak la bising sangat. Kalau nak dengar music baru mai area ni.
The Glasshouse ni punya cantik nohorom!!! Macam mana resto kat Cassablanca macam ma ka. Kemasan perabot kayu putih, ada kusyen kusyen warna pastel dan kacang keliling macam mana ka. Tapi yang best sekali, dia ada banyak seksyen. Hangpa boleh makan kat area aircond ataupun ala-ala al fresco gitu (tapi sorry tak boleh hisap rokok la walaupun....). Yang penting.....cantik elok ya amat. Bayangkan hang mai dengan kawan-kawan yang kala dah makin tua 40 an tapi masih feeling nak Insta Famous macam aku. Haaaaaaa...inilah lokasi yang hangpa wajib mai.


Candid with other blogger. Yang ataih tu Alia Farhan yang berangan, yang bawah ni Kak Sha dan anaknya berpisah tiada.
Okay dah habis bletiaq. Jom tengok gambar dan video.
Hot Roast Lunch and Dinner Buffet at The Glasshouse @ The Prestige Hotel Penang
DAY: Saturday Dinner
TIME: 7:00pm to 10:00pm
💵💵 Price:
RM68+ Adult
RM58+ Senior Citizen
Kids below 12 years old are entitled for 50% discount.
DAY: Sunday Lunch
TIME: 12:00pm to 2:30pm
💵💵 Price:
RM58+ Adult
RM48 Senior Citizen
Kids below 12 years old are entitled for 50% discount.
🍷🍺 Add RM50+ to enjoy free flow of beer & wine. (Nizal....hang jangan duk berangan!!)
Buffet Menu
Carving Station

HANGPA JANGAN CERCA AKU. AKU PUNYA SYIOK AMIK VIDEO SAMPAI LUPA AMIK STILL PHOTO UNTUK SEMUA BBQ SECTION NI. HAHAHAHA HANGPA TENGOK KAT VIDEO OKAY! UNTUK SEMENTARA WAKTU TENGOKLAH ABANG CHEF NI DULU YA.
Main Dishes


Spaghetti Aglio Olio ni memang sumpah sedap gila!!

My fave Mac and Cheese! Feeling Amerika sat.




Pancakes dengan sos sos berperisa. Yummy!

Sabaq Alia...sabaq.....
Appetisers







Garden salad with condiments and dressings.

Deni pun boleh juga ampa juga sebagai pembuka selera (apperizer).





Starch
Please ask our server for assistance
Beverages
Coffee, tea and chilled juice



Dessert

Assorted fruit, watermelon, papaya and pineapple

Butter cake (Banana/Chocolate/Vanilla)

Sweet bread and butter pudding.


Sekali lagi kelihatan Alia yang tak sabaq dengan makanan.






Selain manisan di atas, depa juga menyajikan Magnum Mini sebagai pilihan dessert.
Soup of the Day
Serve with cajun stick and assorted bread



Makan Sesh
Okay girls! Jom tengok gambar kami makan-makan pulak. Here are some of sedikit makan yang akak makan








Lapaaq......................

Soup dia ni memang sedap!!

The Prestige Hotel Penang
8, Gat Lebuh Gereja, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Phone: 04-217 5888
Laman web: https://theprestige.my/
Facebook: https://www.facebook.com/ThePrestigeHotel/
Instagram: https://www.instagram.com/theprestigehotel/