Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Satay Ah Basri vs Satay Mama Mieda (Satay Buffet Penang)

$
0
0


Takdak sapa pun suruh aku buat review comparison macam ni,  aku sendiri nak buat.  HAHAH punya pasai la.  Aku bukan pengkritik makanan tau,  aku adalah pencinta makanan.  Kawan aku Shad cukup bara sebab dia kata,  "Semua benda sedap kat mulut aku..."  Masalahlah dia punya mulut taste style hebat dahsyat,  so benda yang sedap tak sampai kat dia punya halwa kesedapan.  Apa la susun kata aku pakai ni.  Tapi siriesly,  aku pencinta makanan.  I love food.  So review aku selalu positif,  kalau aku bubuh kat Facebook dan blog ni...hangpa percayalah makanan tu memang sedap dan berbaloi untuk duit.  Kalau aku setakat bubuh gambar dan tak tulis apa-apa personal input....FAHAM FAHAM LA YA......

So aku terpanggil nak buat review secara comparison ni sebab kedua-dua kedai satay ni iaitu Satay Ah Basri dan Satay Mama Mieda Satay meniaga dekat-dekat.  Buiding yang sama,  satu kedai mengadap selatan,  satu kedai mengadap timur.  Gitu! Tapi memang sekentut dekatnya boleh berbau dan berbunyi. 

Aku dah pi try dua-dua kedai,  dan dua-dua kedai aku dah pi try dua kali.  So ini adalah review ikhlas aku dan aku harap kepada pencinta makanan di luar sana,  boleh mai try DUA DUA KEDAI SEKALI.



INTRODUCTION

Satay Ah Basri
Kedai Satay Ah Basri ni ada banyak cawangan,  kat Penang ada 3.  Kalau tak salah.  The first one in Bayan Baru area,  then Krystal Point,  pastu satu lagi kat Juru (baru bukak).  Sangat popular sejak dulu dan pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan semua.   Satay Ah Basri ni specialnya dia menyajikan pelbagai jenis daging satay.  Ada daging dan ayam yang diperap dalam pelbagai perisa like original,  black pepper dan tandori.  Pastu ada satay seafood iaitu udang dan sotong.  Pastu ada juga satay arnab,  burung unta,  daging rusa ......haaa meletops!  So tips u olls nak mai sini,  adalah you cakap kat kaunter tu,  u nak semua satay setiap satu perisa 1 batang.  Kalau u makan banyak,  u boleh mintak 2 batang untuk setiap perisa.  Satu pengalaman citarasa yang lain dari lain.  Kalau hangpa tak mau makan satay,  kat sini ada pilihan juadah yang lain jugak seperti nasi ayam,  nasi tomato dan lain-lain.

Lokasi cawangan Satay Ah Basri di Krytal Point adalah 303, Jalan Sultan Azlan Shah, Krystal Point Corporate Park, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.





First time mai makan sini dengan marhayam Muna Kasim,  layan kakak kita yang meletops.  Tau tak gambaq ni aku shot 26682 kali.  Tapi aku pilih hat ni sebab paling senonoh untuk tontonan umum.



Inilah yang kami order.  Kepada para penghidap OCD sekalian,  mintak maaf aku tak lap kuah kacang seketoi jatuh atas meja tu. HAHAHAH



Mak ayam ni tamak,  aku kata cukup la kita makan 24 cucuk sorang (setiap rasa dua cucuk) tapi dia kata takut tak kenyang dia order pulak jus timun dengan nasi tomato.  Haaaa makan laaa makanlah...jangan duk bebai tak boleh habih.



Adik tauke satay ni rupanya kawan asben aku,  masa kami makan dia jamu kueh kacang mazola ni.  Dia tak tau aku pun tauke kueh kacang mazola juga.  🙊🙊🙊


Satay Mama Mieda 
Satay Mama Mieda ni selalu duk keluar dalam order makan Delivery Eat,  tapi aku tak pernah try.  Rupanya ada kedai.  Tapi aku tertarik nak mai kedai ni sebab depa duk tunjuk kat Instagram (kawan-kawan di Penang) kata satay buffet.  Pergh!! First time aku dengar orang bukak kedai satay versi buffet.  Kat sini ada dua satay sahaja,  iaitu satay daging lembu dan satay ayam.  Selain dua benda alah ni,  hangpa boleh order nasi impit,  nugget ayam dan hashbrown goreng.

Alamat Satay Mama Mieda,  303-1-15, Krystal Point Corporate Park, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.





First time kami mai sini kami mai makan dengan mak ayam kami Zarina Abdul Rahman.  Beliau seorang make up artist yang paling cantik hasil make upnya di Penang ini, hangpa wajib follow beliau di IG:  https://www.instagram.com/zarinarahman78/


Ini yang kami makan,  akak makan buffet.  Kak Baby Zarina makan ala carte.  Tapi jenuhla orang kedai tu duk peringat,  kata kami tak boleh share......yeee...kami tau...kami bukan jenis tipu tipu punya weh.


Tapi jenuhla orang kedai tu duk peringat,  kata kami tak boleh share......yeee...kami tau...kami bukan jenis tipu tipu punya weh.


RASA SATAY

Satay Ah Basri
Ada macam-macam jenis satay. Daging, kambing, ayam, itik, arnab, ostrich, rusa, perut lembu, udang, sotong malah vegetarian. Kesemua jenis satay diperap dalam adunan rempah berbeza. Malah, untuk daging, ayam dan kambing sahaja setiapnya dimasak dalam 3 jenis perapan. Paling saya suka Satay Sotong!! Sedap gila!! Satay kambing black pepper dan satay ayam original adalah kesukaan saya juga. Saiz satay sederhana, saiz biasa. Dimasak garing dan tidak terlalu kering.



Dalam semua jenis satay kat Ah Basri,  aku paling jatuh cinta kat dua benda alah ni. Satay sotong dan udang.  Masya Allah..........sedapppp haram.  Rasa perapan kari-kari,  lemak manis macam mana ka.



Satay yang bewarna-warni.  Sepatutnya kat setiap batang satay tu ada tanda warna,  so hangpa boleh tengok kat menu,  apa satay yang hangpa duk tekedarah.  Tapi bila depa bakaq,  colour tu dah pudar sikit.  So hang main teka-teka sendiri la satay apa hang telan.  HAHAHA




Kiri adalah satay udang,  kanan adalah satay perut lembu.  WEHSSS satay perut ni pun sedap wehs...



Yang kiri ni obviously adik beradik Nizal dan Azmi,  yang kanan aku tak ingat.  Tapi dari bentuk rupa rasanya ayam.  Tapi kalau ini daging arnab,  mungkin jugak. Arnab adalah adik beradik Arafat.



Dua ni adalah ayam.  Yang kiri kalau tak salah aku adalah perisa lada,  yang kanan aku tak ingat.


Yang ni adalah ayam perisa tandori.  Macam tak sesuai.  Tapi hangpa kena la cuba.


Nampak macam sama kan semua ni?  Tapi aku sure semua ni daging beza-beza,  salah satu ni mesti kambing,  rusa dan lembu.  Seingat aku,  yang kambing black pepper memang sedap haram.  Yang mana jenis daging-daging merah ni memang sedap lah!


Satay Mama Mieda 
Ada dua jenis satay sahaja iaitu satay ayam dan satay lembu. Satay ayam memang sedap manis. I sangat suka. Satay lembu dia I tak berapa suka sebab perapan satay daging tak boleh manis. Saya rasa kedua dua ini diperap dalam adunan rempah yang sama. Tak sesuai. Saiz satay sederhana, saiz biasa.  Not too small and not too big.  Dimasak garing tetapi tidak terlalu kering.

Satay daging yang gemok dan juicy macam Nizal jugak.



Satay ayam yang gemok dan juicy macam Azmi.



Kuah satay kena pi amik sendiri.



Selain nasi impit,  hangpa boleh order naget ayam ataupun hashbrown goreng macam ni.



Sapa amik pakej satay buffet,  boleh makan ice cream free flow.


RASA KUAH SATAY
Tapi sebagai kesimpulan,  bagi I kedua-dua punya kuah satay tak berapa nak kick!!  Sebagai wanita berdarah Bawean,  kuah kacang ni adalah satu kemestian dan resepi kuah kacang kami ala-ala orang Jawa yang lengkap lemak,  berempah,  pedas tapi manis.  Aku tak dapat nikmat kuah kacang sebenar di kedua-dua kedai.

Satay Ah Basri
Rasa kuah kacang biasa. Tak pedas sangat.



Dekat Satay Ah Basri,  kuah satay depa akan bagi kat ampa ikut order.  Kalau tak salah aku depa tak charge untuk kuah satay.


Satay Mama Mieda 

Pekat dan pedas yang melampau.



Dekat Satay Mama Mieda,  hangpa boleh amik satay dan condiments sendiri.






SAIZ SATAY
Kedua-dua kedai iaitu Satay Ah Basri & Satay Mama Mieda Satay menawatkan satay pada Saiz sederhana, saiz biasa. Tak besar sangat dan tak kecik sangat.

Contoh satay kat Satay Ah Basri,  saiz dia lagu mana.  Tangan aku kira besaq jugak tau.


Okay ini contoh gambaq laki aku makan satay kat Satay Mama Mieda.  Boleh nampak tak betapa besaqnya satay tu.  Not bad kan?  Maafkan keserabutan laki aku yang berjambang dan bermisai.  OMG



HARGA

Satay Ah Basri
Harga satay di sini lebih mahal. Satu cucuk mencapai harga RM7.00 secucuk (udang) dan RM1.20 secucuk (ayam). So kalau u amik dua cucuk satay untuk setiap perisa,  u kena standby lebih kurang RM40.  Dapat dalam 20 lebih cucuk.  Tiada pakej buffet.  


Okay hangpa boleh click kat gambaq ni tengok harga satay-satay kat sini.



Just timun.  Besaq gelaih ni.


Satay Mama Mieda 
Boleh beli secara ala carte iaitu RM8/8 cucuk (ayam) RM8/8cucuk (lembut). Atau boleh ambil pakej buffet satay RM19 per person. So sapa yang buleh makan banyak2 ini adalah deal yang menarik.




Ini adalah harga di Satay Mama Mieda.  Simple ja menu kat sini.  Senang nak buat tempahan.  Apa pun,  satay buffet dia memang sangat menarik.


SUASANA KEDAI


Satay Ah Basri

Bersih, cafe style. Penyataan lampu semua best untuk ambil gambar.




Konsep kat sini hang kena pi order kat kaunter.

Aku nak amik gambaq kedai,  tapi Kak Muna bukak step zapin.



Satay Mama Mieda 

Bersih, warung style. Tapi macam berasap sikit. Sapa yang sensitif akan rasa macam sesak nafas sikit.


Konsep kat sini orang akan mai amik order kat meja ampa,  ampa isi borang macam kat Kopitiam tu.  Nanti depa bok mai.  Cuma bayaq ja ampa pi kat kaunter.


Hiasan yang simple ala-ala gerai kat tepi dinding.


Kerusi dia lagu ni kecik-kecik, so untuk Beyonce,  Jumizah dan Nizal,  Azmi dan kawasan yang sama waktu dengannya,  sila amik dua kerusi ni dan gabung baru jadi kerusi yang cukup untuk menampung.




#satay #satayahbasri #sataymamamieda #sataybuffet #sataybuffetpenang #sataypenang

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>